PAPAN KENYATAAN

KOSONG

KHUTBAH HARI INI - Islam DiNobat Masalah Umat DiRawat - May 16
السلام عليكم الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ...(more)

PERMASALAHAN MUWAFIK DAN MASBUK - May 14
RUJUKAN DARI KITAB “MASALAH MUWAFIK DAN MASBUK” OLEH HASAN BIN AHMAD HUKUM ORANG MUWAFIK Maknanya ialah makmun yang sempat berjemaah dengan imam semasa berdiri (qiam) imamnya, dan kesempatan...(more)

HUKUM SOLAT SUNAT SEBELUM MAGHRIB - May 13
Ulama berselisih pendapat berkenaan dengan hukum ini kepada tiga pendapat:- PENDAPAT PERTAMA: Disunatkan solat sunat sebelum maghrib. Ini pendapat mazhab Syafie dan ulama Zahiri. Dalil pendapat...(more)

GAMBAR SEKITAR MESYUARAT AGONG PAS CAWANGAN CHINI 4 - Apr 18


UMRAH WARGA CHINI - Feb 12
Warga Chini yang akan menjadi tetamu Allah yang di ketuai oleh Ustaz Fadhilnoor Yamani dan Ustaz Haris telah berlepas selepas zohor dari masjid Chini 2.. Umrah dan...(more)

COMANGO Melukakan Ummat Islam - Jan 09
1. Negara dikejutkan dengan kehadhiran sebuah gabungan Ngo [ The Coalition of Malaysian NGOs in the UPR Process ] COMANGO yang terdiri daripada 54 pertubuhan telah menyediakan satu laporan...(more)

RM2.2 BILION ? PENEROKA AKAN KEHILANGAN LEBIH BANYAK KEUNTUNGAN. - Oct 21
Normal 0 false false false MicrosoftInternetExplorer4 /* Style Definitions */ table.MsoNormalTable {mso-style-name:"Table Normal"; ...(more)

TIPS MENJAGA BUAH PINGGANG - Aug 17
 Ketua MTD Pas DUN Chini kita sakit berpunca kedua-dua buah pinggang beliau tidak berfunsi ..Kini beliau terpaksa berulang alik ke hospital seminggu tiga kali untuk cuci darah... Beliau kini...(more)

GAMBAR PROGRAM PEMUDA DUN CHINI ( 1 ) - Jun 11


Catatan Safwan Anang selama 3 hari berada dalam penjara. Siri 1-3. - Jun 06
Realiti seorang banduan di penjara Sg Buloh oleh : Safwan Anang (31302770) Terlalu banyak cerita yang nak dikongsikan sepanjang aku di Sg Buloh. Patutlah bila ditanya kepada bekas tahanan ISA,...(more)

Widget by Beautiful Beta

Isnin, 28 Jun 2010

Rizab Tunai Felda Merosot - ANAK Cabar Ahmad Maslan Berdebat

Rizab Tunai Felda Merosot - ANAK Cabar Ahmad Maslan Berdebat
Oleh Sidiqin Omar

KUALA LUMPUR 28 Jun - Pengerusi Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman mencabar Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan untuk berdebat secara terbuka mengenai isu kemerosotan rizab Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yang menimbulkan banyak persoalan seperti yang dibangkitkan dalam media baru-baru ini.
"Saya cabar Datuk Ahmad Maslan untuk berdebat secara intelektual tentang Felda, kalau dia rasakan yang dia betul, dan pendedahan kita ini salah. Di mana-mana pun tak kisah," katanya.dalam sidang media di Ibu Pejabat PAS, Kuala Lumpur pagi ini
Mazlan menyatakan bahawa tindakan Maslan tersebut seolah-olah ingin menyembunyikan sesuatu. Beliau memutuskan untuk menyatakan kesediaan berdebat, selepas Ahmad Maslan bercadang untuk menyaman akhbar Suara Keadilan yang didakwa sebagi memfitnah agensi kerajaan tersebut.
Turut hadir dalam sidang media tersebut ialah bekas Timbalan Menteri Tanah dan Koperasi, Datuk Dr Tan Kee Kwong. Beliau sebelum ini pernah mengeluarkan surat terbuka berkenaan penyelewengan dan penyalahgunaan dana yang berlaku di dalam Felda kepada umum.
Ahmad sebelum ini dalam jawapannya di Perlimen pernah menyatakan bahawa rizab tunai Felda merosot daripada RM4.08 bilion pada tahun 2004 kepada hanya RM 1.35 bilion pada 2009. Penyusutan tersebut yang berjumlah RM2 bilion digunakan bagi pembangunan tanam semula, termasuk sara hidup dan pendahuluan hasil, RM 603 juta bagi pinjaman pembesaran rumah peneroka dan RM 662 juta untuk pembinaan bangunan baru Felda.
Terdahulu sebelum itu, ANAK bersama-sama warga Felda dan pimpinan Pakatan Rakyat telah membuat laporan polis berhubung keraguan mereka terhadap penjelasan kerajaan tersebut diseluruh negara sehingga hujung bulan ini.
Sehingga kini tiga laporan polis telah pun dibuat iaitu di Temerloh, Kota Tinggi dan Segamat. Beliau yang pernah dihubungi Suara Keadilan sebelum ini, menyatakan bahawa, kira-kira 300 laporan polis akan dibuat diseluruh negara berhubung perkara tersebut.
Mazlan juga memaklumkan sekiranya tiada sebarang maklum balas dari laporan-laporan tersebut, beliau akan membawa laporan tersebut ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Kita akan serahkan satu dokumen lengkap tentang salah guna kuasa oleh kerajaan. Kita akan bawa semua wakil peneroka, anak-anak peneroka, dan berhimpun di hadapan pejabat SPRM. Kita minta SPRM supaya siasat dokumen tersebut," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan mengenai wang berjumlah RM 2 bilion yang didakwa digunakan untuk program tanam semula, Mazlan menyatakan bahawa Felda tidak sepatutnya mengalami kemerosotan tunai. Ini kerana peneroka telah membuat caruman yang berjumlah RM 40 pada setiap bulan dan wang tersebut dimasukkan kedalam tabung tanaman semula.
"Ke mana perginya wang ini.? Perdana Menteri mesti memberikan penjelasan," soalnya.
Selain itu, beliau turut mempersoalkan kewajaran penggunaan wang Felda yang berjumlah RM 253 juta untuk digunakan bagi membantu kerajaan Sabah. Ini adalah kerana, kerajaan negeri seperti Sabah telah menerima geran tahunannya sendiri. Jadi, penggunaan wang Felda tersebut dipersoalkan.
"Anak-anak Felda di Semenanjung ini pun tak dapat bantuan kebajikan, macam mana wang agensi ini pula yang ingin diberikan bagi tabung kemiskinan Sabah?," soalnya.

SUARA KEADILAN
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

KERETAPI TERGELINCIR BAWA GULA





Keretapi bawa Gula ke Singapura tergelincir. Rupanya gula Malaysia dijual ke Singapura. Adakah ini punca gula tiada di Malaysia ? Harga gula di Semenanjung Malaysia ialah RM1.65 sekilo manakala di Singapura ialah RM3.05, lagi untung jual di Singapura. Enam gerabak keretapi kargo dari 30 gerabak yang membawa gula dari Prai , Pulau Pinang ke Singapura telah tergelincir pada 23 Jun 2010 di Kluang. http://www.nst.com.my/nst/articles/Freighttrainderails_servicedisrupted/Article

Ambil posting ni dari blog ANAK MUAALLAF (umi).. hehehe..

Note: Berita ni ada kluar kat Media perdana ke? Mungkin aku terlepas pandang berita ni. sbb berita ni keluar pada 23 jun 2010. Tapi bukan itu persoalannya. Yang nak aku persoaalkan ialah macamana dalam keadaan gula dicatu di malaysia tapi malaysia boleh eksport sehingga 30 gerabak gula ke singapura? Ni pun "nasib baik" la keretapi tu terbalik dan NST kluarkan berita ni.. klau x siapa pun x tahu cerita ni. Entah dan berapa ribu gerabak gula la agaknya yang dah dihantar ke singapura yg kita semua x tahu..

Ini lah bak kata perpatah "Kera dihutan disusukan rakyat semua dibangang bangangkan" karam sing hadiau dari TV3 suku... hehehehe..

ARTIKAL ASAL BUJANG SUSAH

Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Pengikut

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...