PAPAN KENYATAAN

KOSONG

Isnin, 18 Januari 2010

FELDA JANGAN CAMPUR URUSAN RUMPAI LAUT.

Oleh: ABDULLAHSANI HAJI ABDUL SALLEH

SAYA tertarik dengan artikel ‘Felda, Dulu Di Darat, Kini Ke Laut?’ yang dilaporkan dalam Sabahkini.net pada 14 Januari 2010 oleh Arsad Hussien mengenai rancangan untuk mewujudkan sistem tanaman rumpair laut di Semporna yang akan diperkenalkan oleh FELDA.

Kerajaan Negeri diminta berhati-hati untuk membuat keputusan mengenai rancangan berkenaan kerana saya tidak bermaksud prejudis terhadap FELDA, tetapi rekod FELDA di Sabah terhadap penanaman kelapa sawit beratus ribu ekar tanah yang diserahkan kepada FELDA untuk menguruskannya di Lahad Datu Sabah pernah dipersoalkan oleh para pemimpin negeri ini seperti Datuk Harris Salleh dan beberapa pemimpin masyarakat di negeri ini.


Kawasan FELDA SAHABAT disana pernah janjikan akan berikan kepada para peneroka dan rakyat negeri ini namun apa yang berlaku tidak sampai pun 5%-10% tanah yang dimajukan diserahkan semula kepada rakyat Negeri Sabah sebagai peneroka di sana.

Walaupun perjanjian dengan kerajaan negeri sekurang-kurangnya 50% tanah dibangunkan itu diserahkan kepada peneroka Sabah atau Kerajaan Negeri Sabah menguruskanya, tetapi tidak berlaku lebih-lebih lagi apabila FELDA diswastakan di Bursa saham Kuala Lumpur akibatnya tanah berkenaan memjadi milik individu atau pun milik kapitalis sahaja.

Sebenarnya kita telah mengemukakan permohonan kepada kerajaan negeri untuk memperkenalkan sistem penanaman rumpair laut Ala-Felda (Bukan Agensi Felda) pada 19 Disember 2005, melalui satu surat dari Lcf-TSMP (Local Komuniti Forum Tun Sakaran Marine Park) Ruj : FKT/TMTS/SP (077) oleh pihak saya sendiri selaku pengerusinya bagi membantu nelayan meningkatkan tarap hidup melalui 10 Nelayan pelupur dengan khidmat Konsultansi Waris Sebangkat Marine Park (WSMP) serta dikemukakan kepada Menteri Pertanian dan Perikanan Datuk Rahim Bin Ismail (Menteri bertanggungjawab masa itu) untuk dipertimbangkan.

Namun idea itu TIDAK diluluskan oleh pihak kementerian, sehinggalah satu laporan yang saya baca petang ini dalam laman web Sabahkini.net, di mana Adun Senallang, Datuk Nasir Tun Sakaran dan Pengarah Felda, Dato’ Dzulkipli Wahab hendak memperkenalkannya.

Jesteru itu, idea ini bukanlah idea baru ia adalah lama yang telah lapuk dan tidak mendapat kelulusan kerajaan negeri, walaupun sebenarnya ia adalah idea yang ternyata baik diakui hari ini oleh Menteri berkenaan.

Sistem Ala-Felda pernah diperkenalkan oleh Waris Sebangkat Marine Park (WSMP) pada 2005 melalui Lcf-TSMP dengan 10 orang Peserta tetapi tidak diluluskan oleh kerajaan Negeri

Pihak kerajaan Negeri Sabah diingatkan supaya berhati hati menerima idea ini dari pihak Felda disebabkan rekod Felda tadi. Saya mengakui Felda satu Agensi kerajaan yang amat berjaya tetapi kejayaannya tidak akan menguntungkan penduduk tempatan di negeri ini berdasarkan rekodnya yang dipersoalkan oleh pemimpin-pemimpin negeri yang gagal mengotakan janji kepada penduduk tempatan dan hanya memberi manfaat kepada PTI.

Bahkan kita terbaca di akhbar-akhbar dan laman web di mana pihak pengurusan FELDA lebih berminat kepada pendatang asing (PTI) menguruskan dan mengerjakan ladang di FELDA Sahabat Lahad Datu daripada memberikannya kepada penduduk tempatan.

Terlalu ramai PTI yang mendapat manfaat dari Felda Lahad Datu itu, Felda Lahad Datu telah menjutawankan beberapa orang dari Indonesia baik PTI atau penduduk yang tinggal di negeri ini tetapi bukan bumiputera negeri ini.

Mungkin pembaca pernah dengar George Soros Malaysia (Hasnah Soros) seorang wanita PTI dari Indonesia diberi Kontrak Kerja di FELDA sahabat di Lahad Datu. Hari ini perempuan itu jadi JUTAWAN di Indonesia kerana Berjaya membina hotel sendiri hasil dari wang kontrak yang sepatutnya diberikan kepada orang tempatan.

Saya amat khuatir jika rancangan berkenaan terlaksana, kawasan rumpairlaut yang dimajukan itu akan menjadi milik FELDA sepenuh dan sebahagian kecil sehaja diberikan kepada peneroka di Semporna atau penduduk Sabah, sedangkan nilai komesial industri ini memberikan pulangan yang amat baik serta menjanjikan satu industri besar kepada penduduk tempatan.

Rumpair laut jenis Euchoma-Cottoni adalah satu jenis rumpair yang hanya dapat dihasilkan secara komesial di daerah Semporna dan tidak terdapat di mana-mana daerah di negeri ini dan juga di mana mana negeri di Malaysia.

Jesteru itu adalah dicadangan FELDA tidak mencampuri urusan penanaman rumpair laut di Semporna, melainkan memberikan khidmat nasihat Sistem Pengurusan Ala-Felda.

Sementara itu ADUN Senalang Datuk Nasir Tun Sakaran diminta berhati hati membuat keputusan ini, kerana iainya akan melibatkan Nelayan di kawasannya kerana khazanah dan kekayaan industri laut ini yang baru ditemui di dunia sejak 30 tahun lalu amat berpontensi di peringkat antarabangsa.

Kalau Ranau memiliki Lombong ‘Tembaga dan Emas’ yang tidak terdapat di mana- mana daerah di negeri ini, Kota Belud dengan ‘Lombong Minyaknya’; Daerah Pedalaman dengan ‘Khazanah Uriniumnya’; Lahad Datu dengan ‘Lombong Arangbatunya’ maka Semporna yang memiliki ‘Clean Water’, maka biarlah Semporna mengekalkan khazanah kekayaan Lombong ‘Diamond Euchoma Cottoninya’ yang tidak terdapat di mana-mana daerah agar kekayaan ini dapat dinikmati Nelayan Semporna atau rakyat Negeri Sabah tanpa penglibatan Agensi Felda.

Saya juga ingin mengingatkan dan maklumkan Adun berkenaan supaya berhati-hati membuat keputusan kerana tindakan dan keputusannya akan mencorakkan peluang nelayan Daerah Semporna ke arah masa depan cerah atau ke arah kerugian untuk selama-lamanya.

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah juga pernah memberikan ‘Kontrak Farm‘ bernilai RM8 juta kepada beberapa pengusaha bukan nelayan yang dibawa daripada Semenanjung Malaysia semasa kepimpinan ADUN Sulabayan dahulu di bawah kelolaannya sendiri (Datuk Mohd.Lan Alani) di Sebangkat Reef yang akhirnya juga menemui jalan buntu, selain daripada wang peruntukan lesap dan hangus begitu sahaja.

Pihak Lcf-TSMP yang telah membawa syor ini kepada kerajaan negeri lima tahun lalu (Penanaman Sistem Ala-Felda) amat memandang serius terhadap rancangan FELDA yang ingin membantu nelayan tetapi akhirnya menyusahkan dan mengoncangkan nasib para nelayan di daerah dan negeri ini!

FELDA dinasihatkan menumpukan perhatian kepada pembangunan tanah dan jangan mencampuri urusan pembangunan laut khas industri rumpai laut atau seaweeds di Daerah Semporna.

Mungkin kerajaan Negeri melalui agensi seperti LKTNS atau KO-NELAYAN boleh melaksanakan sistem ini di peringkat laut untuk membantu para nelayan meningkatkan taraf hidupnya, sementara pihak FELDA boleh membantu dari segi kewangan dan kepakaran Pengurusan ke arah Sistem Tanaman Rumpair Laut Ala-Felda.

Kerajaan negeri ada agensi dan jentera melaksanakannya, sementara Felda boleh membantunya bagi merialisasikan impian membantu Nelayan itu.

Sementara Lcf-TSMP yang mempunyai kepakaran dalam Industri ini sejak 25 tahun dulu boleh dilantik sebagai Konsultan untuk Industri berkenaan kerana semua pemilik dan pewaris sedia berkongsi kepakaran demi nelayan dan rakyat negara ini.
Last Updated on Monday, 18 January 2010 14:00

Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Pengikut

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...