PAPAN KENYATAAN

KOSONG

KHUTBAH HARI INI - Islam DiNobat Masalah Umat DiRawat - May 16
السلام عليكم الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ...(more)

PERMASALAHAN MUWAFIK DAN MASBUK - May 14
RUJUKAN DARI KITAB “MASALAH MUWAFIK DAN MASBUK” OLEH HASAN BIN AHMAD HUKUM ORANG MUWAFIK Maknanya ialah makmun yang sempat berjemaah dengan imam semasa berdiri (qiam) imamnya, dan kesempatan...(more)

HUKUM SOLAT SUNAT SEBELUM MAGHRIB - May 13
Ulama berselisih pendapat berkenaan dengan hukum ini kepada tiga pendapat:- PENDAPAT PERTAMA: Disunatkan solat sunat sebelum maghrib. Ini pendapat mazhab Syafie dan ulama Zahiri. Dalil pendapat...(more)

GAMBAR SEKITAR MESYUARAT AGONG PAS CAWANGAN CHINI 4 - Apr 18


UMRAH WARGA CHINI - Feb 12
Warga Chini yang akan menjadi tetamu Allah yang di ketuai oleh Ustaz Fadhilnoor Yamani dan Ustaz Haris telah berlepas selepas zohor dari masjid Chini 2.. Umrah dan...(more)

COMANGO Melukakan Ummat Islam - Jan 09
1. Negara dikejutkan dengan kehadhiran sebuah gabungan Ngo [ The Coalition of Malaysian NGOs in the UPR Process ] COMANGO yang terdiri daripada 54 pertubuhan telah menyediakan satu laporan...(more)

RM2.2 BILION ? PENEROKA AKAN KEHILANGAN LEBIH BANYAK KEUNTUNGAN. - Oct 21
Normal 0 false false false MicrosoftInternetExplorer4 /* Style Definitions */ table.MsoNormalTable {mso-style-name:"Table Normal"; ...(more)

TIPS MENJAGA BUAH PINGGANG - Aug 17
 Ketua MTD Pas DUN Chini kita sakit berpunca kedua-dua buah pinggang beliau tidak berfunsi ..Kini beliau terpaksa berulang alik ke hospital seminggu tiga kali untuk cuci darah... Beliau kini...(more)

GAMBAR PROGRAM PEMUDA DUN CHINI ( 1 ) - Jun 11


Catatan Safwan Anang selama 3 hari berada dalam penjara. Siri 1-3. - Jun 06
Realiti seorang banduan di penjara Sg Buloh oleh : Safwan Anang (31302770) Terlalu banyak cerita yang nak dikongsikan sepanjang aku di Sg Buloh. Patutlah bila ditanya kepada bekas tahanan ISA,...(more)

Widget by Beautiful Beta

Rabu, 7 November 2012

CERAMAH PKR DI FELDA CHINI 4

Buat pertama kalinya PKR membuat ceramah di Felda Chini malam tadi..Ceramah di buat di rumah saudara Din Loya ... Saya melihat ia satu perkembangan yang baik kerana kehadiran ramai dari orang tempatan walau pun segan-segan dan berselindung di tempat gelap.. di samping PA system yang jelas boleh di dengar lebih 300 mtr
Barisan penceramah terdiri dari
Man Kadir ceramah yang berseloroh tetapi dengan fakta,
Hj.Suhaimi Said yang banyak mengupas isu-isu felda
Dan Geng Jingga 13 yang banyak mengupas isu-isu terkini beserta dengan paparan dari projekter...sehingga orang-orang yang duduk dalam gelap semua keluar untuk melihat apa yang di tayangkan di skrin...
Apa pun tahniah pada PKR Pekan ia telah berjaya dan telah memecahkan mitos untuk Chini 4.















Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Makam Rasulullah akan diroboh ?


Adakah ini tanda-tanda akhir zaman ?

MADINAH: Tiga masjid tertua dunia, termasuk makam Nabi Muhammad (SAW) akan dimusnahkan apabila Arab Saudi meneruskan rancangan untuk meluaskan kawasan Masjid Nabawi.
Kerja pembinaan di masjid kedua paling suci itu di Madinah, tempat Rasulullah (SAW) dimakamkan, dijadual bermula bulan depan.

Akhbar The Independent melaporkan, berdasarkan pelan cadangan, kawasan itu akan dibangunkan semula, termasuk pembinaan masjid yang boleh memuatkan 1.6 juta jemaah.
Pembinaan semula itu dijadual dilakukan di bahagian barat masjid sedia ada. Selain makam Nabi (SAW), kawasan itu juga menempatkan makam Saidina Abu Bakar dan Omar.

Di luar tembok bahagian barat perkarangan yang ada sekarang ialah masjid yang diabadikan kepada Abu Bakar, Omar dan Masjid Ghamama yang dibina bagi menandakan tempat Rasulullah (SAW) dipercayai menunaikan solat pertama hari raya. Pihak berkuasa Arab Saudi tidak mengumumkan sebarang rancangan untuk mengekalkan ketiga-tiga masjid itu yang wujud sejak abad ketujuh, lapor The Independent.

Negara itu membelanjakan berbilion dolar untuk membangunkan Makkah dalam usaha untuk membolehkan lebih ramai jemaah menunaikan ibadah haji dan umrah.
Lebih 10 juta orang mengunjungi bandar suci itu sepanjang tahun untuk melaksanakan ibadah berkenaan. Pada musim haji baru-baru ini, kira-kira empat juta orang menunaikan rukun Islam kelima itu.

Ini bukan kali pertama pihak berkuasa Arab Saudi meruntuhkan kawasan bersejarah di Makkah dan Madinah bagi projek pembangunan semula.
Negara itu meruntuhkan Kubu Ajyad yang dibina pada era Uthamniyah untuk projek komp- leks Jabal Omar. Ia juga melaksanakan projek pembangunan baru di tempat kelahiran Rasulullah (SAW) serta rumah isteri pertama baginda, Saidatina Khadijah.

Institut Teluk yang berpusat di Washington menganggarkan, 95 peratus daripada 1,000 bangunan lama di kedua-dua bandar suci berkenaan dimusnahkan sejak 20 tahun lalu. - Agensi

Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Pengikut

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...