PAPAN KENYATAAN

KOSONG

Khamis, 29 Oktober 2009

KONFLIK DALAMAN PAS AKAN DIBINCANG BERSAMA AHLI SEMINAR GANTI "EGM"


KUALA LUMPUR: PAS memutuskan untuk mengadakan satu seminar bagi mengantikan Muktamar Luar Biasa (EGM) yang dicadangkan oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, seminar tersebut akan diadakan pada 7 Disember bertempat di Taman Melewar dengan yang akan disertai ahli-ahli PAS daripada seluruh negara.

Siasah difahamkan peserta seminar tersebut adalah sama dengan peserta muktamar tahunan PAS.

Abdul Hadi sebelum itu mempengerusikan mesyuarat khas ahli jawatankuasa PAS Pusat berhubung konflik terbaru dalam parti itu.

Turut diputuskan dalam mesyuarat yang berlangsung lebih empat jam itu ialah kajian terhadap kes Selangor - salah satu isu yang dicetuskan dalam konflik tersebut, yang akan diketuai Naib Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man daripada jawatankuasa disiplin PAS Pusat.

Mesyuarat juga memutuskan isu kerajaan perpaduan (unity government) tidak akan berbangkit lagi dalam PAS.

Konflik dalaman terbaru PAS tercetus apabila Nik Aziz menggesa satu muktamar Khas (EGM) diadakan bagi membincangkan isu yang beliau sifatkan "dua tiga kerat pemimpin bermasalah".

Menguatkan cadangannya itu, Nik Aziz juga merujuk kepada parti Umno, MCA dan MIC yang mengadakan EGM apabila berlaku masalah dalaman parti.

"Kalau Umno boleh buat sesuatu dengan mengadakan mesyuarat agung khas dan MCA pun boleh mengadakan EGM-nya sehingga sempat menggugurkan presiden dan timbalan presidennya.

"Demikian juga dengan PKR yang telah membuat pindaan perlembagaannya melalui kongres khas mereka. Maka kita?

"Isu kita ialah isu dua tiga kerat pemimpin bermasalah. Masyarakat India pun boleh menentang (presiden MIC Datuk Seri S) Samy Vellu dengan mewujudkan parti lain.

"Maka pelik apa, kita panggil mesyuarat parti yang tergempar misalnya, mungkin dipanggil muktamar khaslah. Kalau nak kirakan, kitalah yang sepatut buat dulu." tulis Nik Aziz dalam blog beliau.

Beliau juga mengambarkan cadangan untuk EGM itu turut dipengaruhi setelah membaca tulisan pensyarah Undang-undang Universiti Islam Malaysia (UIA) Dr Aziz Bari yang mengaitkan kemerosotan undi PAS di Bagan Pinang baru-baru ini dengan kekecohan di Selangor serta mengkritik kepimpinan Abdul Hadi.

Sekurang-kurangnya dua pimpinan tertinggi PAS iaitu Nasharuddin dan Naib Presiden, Salahuddin Ayub telah bertemu Nik Aziz ekoran kenyataan tersebut.

Isu yang turut dipanaskan oleh media dan menjadi topik utama kebanyakan blog yang dikendalikan individu yang dekat dengan PAS telah menimbulkan kegelisahan dikalangan ahli PAS apalagi ada pemimpin yang memperlihatkan sokongan dan bantahan terhadap cadangan Mursyidul Am itu.

Bagaimanapun Abdul Hadi dalam reaksinya beberapa hari selepas isu tersebut menjadi panas meminta kemelut dalaman yang sedang dihadapi PAS perlu diselesaikan secara musyawarah dan bukannya menerusi penggunaan media massa dan media baru.

Dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan, Abdul Hadi berkata pendekatan musyawarah dengan berpegang kepada budaya dan panduan yang menjadi pegangan PAS sewajarnya dipilih, sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan parti.

"Sehubungan itu, saya meminta seluruh ahli dan kepimpinan PAS di pelbagai peringkat untuk bersabar dan bertenang dalam menghadapi persoalan dalaman parti pada waktu ini," katanya.

Nik Aziz kemudiannya juga akur untuk menukar EGM seperti mana cadangan awalnya kepada mesyuarat khas.

Sejurus itu, Setiausaha Agung PAS menetapkan jam 8.30 malam pada 28 Oktober untuk mengadakan mesyuarat khas dikalangan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat bagi membincangkan isu berkaitan EGM yang dicadangkan Nik Aziz, melalui sidang media pada 26 Oktober.

Mesyuarat tersebut turut menjemput Nik Aziz hadir untuk membolehkan membentangkan pendapatnya disamping semua pimpinan PAS mendengar sendiri penjelasan daripada beliau.

Nik Aziz pada asalnya dilaporkan keberatan untuk hadir kerana bertembung dengan persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan yang berakhir pada petang rabu bagaimanapun mengambil keputusan untuk turut serta dalam mesyuarat tersebut.
COPY DARI SIASAH
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Rabu, 28 Oktober 2009

PAS : Keperluan Muktamar Khas Luarbiasa?



Latarbelakang:
Jarang sekali hati saya menjadi tidak sedap sepanjang melibatkan diri dalam kepimpinan Islam. Hati saya pernah bergolak dizaman bekas Presiden PAS yang mahsyur iaitu di zaman Allahyarham Dato’ Haji Mohamad Asri. Di peringkat itu, saya terpaksa bersuara dan menunjukkan sikap saya yang ada sebahagiannya dirakamkan melalui buku saya yang berjodol “kemuncup dalam perjuangan.” Di waktu itu, saya masih ingat betapa sukarnya saya untuk memilih antara menegur atau mendiamkan diri. Namun, setelah teringat bahawa Nabi SAW juga pernah ditegur oleh Allah SWT, maka, saya memutuskan untuk berdiri dengan santun dan saya pun katalah jua apa yang munasabah untuk dikata. Saya memilih untuk mengambil sikap ini berasaskan adanya hujah nas yang memboleh, bahkan dalam keadaan-keadaan tertentu bersifat wajib untuk berbuat demikian. Sampai ke hari inipun saya masih berpegang dengan pendirian ini.

Untuk lebih terpimpin, mari kita terlebih dahulu perhatikan tiga petikan surah dan latar peristiwa disekitar tiga kisah ini. Ia ada dirakamkan didalam kitab suci al-Quran.

i). Dalam peristiwa Badar setelah perang berakhir yang memberi kemenangan kepada tentera Islam, terdapat sejumlah 70 tawanan perang. Apabila Nabi SAW membuka perbincangan, apa yang patut dibuat dengan tawanan-tawanan perang ini, Saidina Umar berpandangan, mereka semua perlu dibunuh manakala Sadina Abu Bakar pula berpendapat lebih baik mereka dibenarkan bebas setelah diambil wang tebusan.

Ditakdirkan Allah, keputusan yang ada dilangit adalah selaras dengan syur yang dikemukakan oleh Saidina Umar. Ia berbunyi:
“Tidak patut bagi seorang Nabi mempunyai tawanan sebelum ia dapat melumpuhkan musuhnya di muka bumi. Kamu menghendaki harta benda duniawiah sedangkan Allah menghendaki (pahala) akhirat (untuk mu) dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Kalau sekiranya tidak ada ketetapan yang telah terdahulu dari Allah, nescaya kamu ditimpa seksaan yang besar kerana tebusan yang kamu ambil.” (Surah Al-Anfaal Ayat 67 – 68)

Dari sini, jelas bahawa tidak ada sesuatu yang pelik dalam tradisi menegur pemimpin didalam Islam.

ii). Peristiwa kedua ialah sewaktu Nabi S.A.W. bersumpah tidak akan meminum sejenis madu dari bunga tertentu kerana menerima teguran dari salah seorang dari isteri baginda S.A.W. sewaktu berada di rumah salah seorang isterinya. Dalam peristiwa ini, sekali lagi Nabi S.A.W. di tegur dengan lafaz berbunyi:
“ Hai Nabi, mengapa kamu mengharamkan apa yang Allah menghalalkannya bagi mu; kamu mencari kesenangan hati isteri-isteri mu? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah At-Tahriim Ayat 1)

iii). Dalam surah ‘Abasa, sekali lagi kita dapat saksikan teguran Allah S.W.T. ke atas Nabi S.A.W. yang dilihat tidak memberikan layanan kepada seorang buta ketika Baginda didatangi oleh pemimpin Quraish yang turut berada di dalam majlis yang sama pada waktu itu. Teguran Allah S.W.T. berbunyi:
“ Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling, kerana telah datang seorang buta kepadanya. Tahukah kamu barangkali ia ingin membersihkan dirinya (dari dosa). Atau dia (ingin) mendapatkan pengajaran, lalu pengajaran itu memberi manafaat kepadanya. Adapun orang yang merasa dirinya serba cukup, maka kamu melayaninya.” (Surah ‘Abasa Ayat 1 – 6)

Apa isunya?

Isu yang ada di hadapan kita sekarang ialah isu kepimpinan. Biar saya mulakan begini. Saya boleh bersetuju dengan sebahagian dari tulisan Dr. Aziz Bari yang ada tersiar dalam akhbar Sinar Harian pada 19 Okt. 2009 di mukasurat N16. Antara lain, beliau mengemukakan teguran dan saranan seperti berikut :

“Dalam konteks sekarang Pakatan perlu dibenarkan membentuk kerajaan di peringkat Persekutuan supaya kita dapat membezakan kelainan mereka melaksanakan Perlembagaan.”
“Fungsi Dewan memantau kerajaan. Dalam sistem demokrasi berparlimen yang kita amalkan kerajaan pada hakikatnya dimiliki Dewan.”
“Dengan itu mungkin sudah sampai masanya Pas membuat langkah drastik, sama ada mendisiplinkan Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamad Ali atau menyingkirkannya terus.”
“Bagaimanapun, ini tidak mudah untuk berlaku kerana Hasan dilihat mewakili golongan yang pro-Umno dalam PAS seperti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Nasharuddin Mat Isa dan penyokong mereka.”
“Dalam kekecohan di Selangor Abdul Hadi membisu sehingga di dalam parti sudah ada yang berkata bahawa Abdul Hadi adalah watak bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam PAS. Sementara itu Nasharuddin membela tindakan Hasan itu secara terbuka.”
“Saya fikir ada beberapa tokoh tertentu dalam PAS yang boleh merubah keadaan. Beberapa bulan kebelakangan ini imej dan kemampuan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak agak menonjol dan kelihatannya beliau mempunyai kemampuan untuk memimpin parti.”
“Saya tertarik dengan kelicikan Azizan menyiku Azman Shapawi, Naib Ketua Pemuda PAS dalam isu penjualan arak beberapa bulan lalu. Dalam pada itu organisasi PAS di Kedah dikatakan lebih baik daripada apa yang ada di Terengganu.”
“Buat masa ini, hanya 32 peratus pengundi yang yakin dengan kemampuan Pakatan. Jika PAS kekal dengan kapten yang ada ini (sokongan) mungkin akan berkurangan.”

Pandangan Saya
Atas pandangan inilah saya berfikir dan terus berfikir. Setelah berfikir sambil berdoa, maka saya berpuashati untuk mengatakan begini :
Kalau Umno boleh buat sesuatu dengan mengadakan Mesyuarat Agong Khas dan MCA pun boleh mengadakan EGMnya sehingga sempat menggugurkan Presiden dan Timbalan Presidennya. Demikian juga dengan PKR yang telah membuat pindaan Perlembagaannya melalui Kongres Khas mereka. Maka kita?
Walaupun isu MCA benda lain, iaitu rasuah, kita lagilah tidak payah khuatir untuk adakan Muktamar Khas kerana kita bukan membawa isu rasuah . Isu kita ialah isu dua tiga kerat pemimpin bermasalah. Masyarakat India pun boleh menentang Samy Vellu dengan mewujudkan parti lain. Maka pelik apa, kita panggil mesyuarat parti yang tergempar misalnya; mungkin dipanggil muktamar khaslah. Kalau nak kirakan, kitalah yang sepatut buat dulu. Demi “tajdid” kita perlu buat Mesyuarat Agong Luarbiasa ini. Bila Mesyuarat Agong tak mahu tukar Presiden, misalnya maka tidak mengapalah. Kita pakat-pakat belalah. Begitu juga dengan isu-isu disekitar Hassan Ali atau Mustafa Ali yang tak habis-habis dengan nak bekerjasama PAS dengan Umno ke arah kerajaan Perpaduan atau UG. Tenggelam-tenggelam, timbul, kemudian dihidupkan. Kemudian dimatikan pula bila nampak orang marah. Apa ni?
Tidak boleh jadi ni, kita duk “ghok-ghak” (kacau) begini. Orang boleh terima atau tak boleh terima, bawa ke Muktamar Khaslah; senang cerita. Biar tentu sah, nak ikut yang mana. Kita nak kekal yang mana dan buang yang mana. Dengan Muktamar Khas yang boleh menjelaskan dan memutuskan banyak perkara ini, puak-puak atas pagar yang membuat swing votes dan mempengaruhi keputusan pilihanraya juga akan berpuas hati samada nak swing atau tak nak swing lagi kerana mereka sudah dijelaskan oleh keputusan Muktamar Khas berkenaan. Mereka jelas.
Biarlah kita ambil mandat baru sekali lagi. Mesyuarat biar ringkas;ambil sehari penuh atau dua hari penuh misalnya tetapi prosesnya mesti ringkas, dan keputusannya adil, telus, tepat, terus dan jelas. Undi perlulah sulit dan dilakukan di atas kertas .
Untuk kali ini, saya dengan kuat merasakan bahawa perlu ada perubahan dalam pemain-pemain penting yang menduduki kerusi kepimpinan PAS diperingkat pusat. Kalau nak kata ini persiapan ke arah PRU ke 13 pun, kata gi lah. Dan memang betul begitulah.


Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am PAS/Menteri Besar Kelantan
Bertarikh : 02 Zulkaedah 1430 / 21 Okt. 2009
copy dari sini
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

KEMBARA BERMOTOR

Kembara bermotor bersama Ketua Pemuda Pas Pekan























Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Selasa, 27 Oktober 2009

POLITIKING DALAM PAS



Politiking dalam Jamaah
Posted on 27 Oktober 2009 by dupahang
Oleh Nasrudin Hassan at Tantawi

1. Parti Islam se Malaysia [ PAS ] adalah sebuah Gerakan Islam yang melaksanakan aktiviti Amal Islami ke arah mencapai cita – cita perjuangan Islam iaitu meninggikan kalimah Allah swt sehingga ia mengatasi ideologi ciptaan manusia .
2. Penyertaan PAS dalam medan siasah [ politik ] adalah sebahagian dari tanggungjawab perjuangannya untuk mendaulatkan syariat Allah swt di atas muka bumi ini .
3. Siasah [ politik ] PAS adalah siasah Islamiyyah yang kaya dengan adab , akhlak dan prinsip Islami yang dipandu oleh wahyu dan sunnah . Semua pemimpin dan anggotanya terikat dengan tatacara yang telah dimaktubkan . Pelanggarannya dianggap satu kesalahan yang tidak wajar dilakukan oleh pemimpin dan anggota PAS .

4. Tugas dan tanggungjawab PAS jauh lebih besar dari hanya sekadar berpolitik . Tanpa mengabaikan tanggungjawab politik yang dilunas mengikut prinsip amal Islami , PAS juga mempunyai tanggungjawab besar untuk turun berdakwah dan memimpin fikrah [ pemikiran ] , syakhsiyyah [ peribadi ] dan ruuhiyyah [ spiritual ] masyarakat .
5. Justeru itu , kurangkanlah politiking sesama sendiri yang hanya mengheret kita bersengketa dan membuang masa dalam perkara yang tidak mendatangkan keuntungan kepada perjuangan sebaliknya menjadikan kita retak dan pecah .
6. Berikan tumpuan kepada usaha pengukuhan gerakkerja dan mempelbagaikan aktiviti ke arah memahamkan masyarakat terhadap Islam yang kita perjuangkan . Tidak hanya menumpukan isu – isu politik sehingga memperlahankan tempo dalam gerakkerja dan aktiviti Amal Islami yang lain seperti pemantapan Aqidah dan Fikrah .
7. Jangan biarkan sebarang kemelut melintasi ruang jamaah kita sehingga ia merosakkan penumpuan dan keikhlasan kita terhadap amanah perjuangan . Keasyikan berpolitik dan keghairahan bersaing di dunia politik kini kelihatan banyak melahirkan pemimpin dan anggota parti yang tidak lagi menumpukan tanggungjawab asas sebagai seorang pejuang Islam .
8. Telah ramai pemimpin dan anggota jamaah yang telah mengabaikan solat berjamaah , menjauhkan diri dari majlis – majlis ilmu , tidak lagi melazimi usrah . Ucapannya pula tiada lagi hikmah sebaliknya kasar dan keras . Tindakannya gelojoh , egonya tinggi dan hanya merasa diri sahaja yang bijak dan pandai . Gemar bertelingkah dan suka memfitnah . Melakukan dosa tanpa sedar ianya berdepan murka dan kutukan Allah swt . Sebagai contoh mudah , apabila jamaah dan anggotanya dilanda badai dan kemelut , tiada lagi usaha untuk bermunajat dan solat hajat agar keadaan tenang dan terkawal . Sebaliknya berlumba – lumba nak menyalakan lagi isu yang sedia membara .
9. Saban ketika dan waktu hanya merancang bagaimana nak jatuhkan si anu dan si anu [ saingan politiknya ] kerana ia tidak sependapat dengan aku [ atau mereka memurnikan sedikit alasannya yang berbunyi " demi kebaikan jamaah ...." @ " demi masa depan jamaah ..." dan lainnya sebagai melindungi perkataan sebenar " demi kebaikan aku ..." @ " demi masa depan politik aku ......." ]
10. Segalanya kerana pengaruh politik tanpa agama dan akhlak . Hitungan seharian dalam dunia politik ialah bagaimana nak menang ! bagaimana nak dapatkan undi melayu dan non malay ! tetapi malang , sebahagiannya tidak memasukkan dalam hitungan mereka , bagaimana nak pertahankan Islam dan memenangkan Islam ! Malah ada yang berani mengatakan jangan bercakap Islam kerana nanti kita kurang popular dan non muslim akan menjauhi kita .
11. Sebagai anggota Gerakan Islam , kita tidak seharusnya prejudis terhadap Islam . Perjuangkan Islam nescaya Islam akan menambat hati nurani semua ummat , justeru Islam adalah agama wahyu untuk seluruh manusia . Keadilan Islam dan akhlaknya akan meruntun hati manusia walau pada mulanya mereka membenci Islam . Pentingnya kita mesti tegas bersama Islam .
12. Jangan hanya kita berbangga dengan ilmu dan akhlak pemimpin kita seperti Tuan Guru Hj. Abdul Hadi dan Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz sedang kita tidak berusaha untuk jadi seperti mereka atau lebih baik dari mereka . Bangga meriwayatkan kesederhanaan 2 tokoh pemimpin kita tetapi kita hidup tenggelam dalam kemewahan yang keterlaluan . Bangga dengan tawadhu’ dan wara’nya mereka tetapi kita gopoh , liar dan tidak cermat . Bangga dengan karisma dan wibawa mereka sementara kita sering culas dan nakal .
13. Binalah jamaah ini sebagaimana kedua Tok Guru kita membinanya . Pagarilah jamaah ini sebagaimana kedua Tok Guru kita memagarinya . Kalau kita tidak mampu menjadi seperti mereka berdua , ambillah contoh dan ikutlah qudwah mereka bukan menjatuh dan melemahkan mereka serta melaga – lagakan mereka . Kerana itu perbuatan insan yang nakal lagi liar .
14. Berjuang biarlah dapat pahala , jangan berjuang untuk menambah dosa . Berjuang biarlah ramai sahabat , jangan berjuang meramaikan musuh . Berjuang biarlah tenang , jangan berjuang menambah serabut . Berjuang biarlah damai , jangan berjuang untuk bergaduh . Berjuang lah jangan tidak berjuang ….
15. Kita berjamaah untuk Islam bahkan kita menyertai PAS adalah untuk mendaulatkan Islam . Bukan membina empayar individu jauh sekali memburu kekayaan material . Lantaran itu , tidak sukar untuk kita memahami apa yang saya bangkitkan di sini . jangan tukar PAS sebagai Gerakan Islam kepada PAS hanya sebuah Parti Politik .
http://episodeperjuangan.blogspot.com/

Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Isnin, 19 Oktober 2009

Khamis, 15 Oktober 2009

IMAM BAGAN PINANG

Oleh : MRK albanjari
Saya tertarik dengan artikal dari albanjari ini berkara ini bukan sahaja ada di Bagan Pinang dikawasan rancangan pun ada .


Sambil kami berjalan berjamaah menuju ke Masjid Kariah Bagan Pinang untuk menunaikan solat Subuh pada pagi Ahad lalu(11.Okt), telinga kami diperdengarkan dengan alunan azan yang sangat kurang menyenangkan telinga oleh muazzin yang saya rasa dari segi usianya sudah terlalu tua dan sudah tidak mampu untuk menzahirkan makhraj-makhraj huruf yang sudah tidak sempurna lagi sebutannya.

Sesampainya saya diperkarangan masjid saya cukup teruja dengan kebanjiran para jemaah yang pastinya mereka adalah penyokong dan pendokong PAS dan Rakatan Rakyat yang pada telahan saya mungkin inilah kali pertama sejak kewujudan masjid ini

subuhnya jemaah melimpah sampai keluar.

Ketika saya sedang berwuduk, muazzin telah melaungkan Iqamah dan seterusnya solat subuh pun bermua dengan lafaz takbir imam yang saya amati lafaz Takbiratul Ihramnya sudah bertukar makna dari maksud Allah Maha Besar kepada Allah Maha .......... sudah bertukar kepada jelas huruf KAF kepada huruf KHA dengan dituruti bacaan surah al-Fatihahnya juga banyak bertukar huruf dan bacaan yang tidak jelas.

Ramai dari kami para jemaah menggelengkan kepala tanda protes terhadap lafaz bacaan sang Imam itu dan ramai juga yang merungut sendirian namun saya gagahi juga untuk masuk saf untuk turut berjamaah denganya tetapi sebelum imam itu menghabiskan bacaan al-Fatihahnya saya terpaksa keluar dari saf kerana sudah tidak tertanggung lagi kebingungan saya dengan bacaan sang Imam tersebut yang jelas banyak salahnya pada bacaannya, maka saya keluar dari saf menanti sehingga dia menghabiskankan solatnya.

Sesudah sang Imam itu selesai memberikan salam keduanya maka kami dengan segera bertindak membentuk saf baru lebih kurang 5 saf penuh dengan di imamkan oleh seorang ahli Pas yang tidak sempat saya bersapa dengannya.

Nasib malang kami juga tidak terhenti disitu sahaja kerana sound system masjid ini boleh dikatakan canggih juga, apabila kami yang bersolat diluar amat terkesan dengan kesan bunyi sang Imam tadi mengalunkan zikir-zikirnya yang juga tidak jelas butir kalimahnya melainkan kalimah Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar, dan kalimah tauhid yang dialunkannya cukup bersemangat maklumlah solat Subuh yang teramai dalam sejarah Masjid Bagan Pinang ini yang sekali gus amat menganggu jemaah lain yang sedang menunaikan solat pada waktu yang sama itu.

Sejurus jemaah kami selesai menunaikan solat lalu ada diantara kami yang melaungkan kalimah suci dengan laungan "TAKBIR" lalu dijawab "ALLAHUAKBAR" tiga kali. Tiba-tiba seorang dari sahabat saya mendengar 2 orang totok UMNO berkata " kita halau je orang yang kat belakang tu buat bising je".

Woi bodoh !!! itu bukan buat bising la tapi lafaz agung membesarkan Allah sambil memprotes bacaan imam tu.

Secara peribadi saya dengan secara jujur dan ikhlas kerana Allah mencadangkan agar Imam dan Bilal itu PERLU kena letak jawatan kerana bacaan dan fasohah anda sudah tidak menepati kehendak dan kaedah sebutan huruf-huruf hijaiyah dalam ertikata lain bacaan anda sudah lari dari Lahjah Quraish.

Sewajarnya pihak pengurusan masjid seperti Pak Nazirnya harus bertanggung jawab melantik imam yang lebih fasih bacaan serta sebutannya bagi menjadi Imam dan Muazzin di masjid ini atau jika Pak Nazir pun bangang juga eloklah pihak Dakwah dan Pengurusan Masjid Pejabat Agama Islam Daerah PD atau Mat Hassan mendepani isu ini dan yang paling wajar kena bergurulah dengan Isa Samad yang alim dan baik serta baik budi dan baik akhlaknya ini untuk melantik atau menamakan insan lain menggantikan dua imam veteran ini.

Saya tidak berhasrat untuk menentukan apakah sah atau tidak sahnya solat imam tersebut namun bagi saya jika dalam kariah ini hanya mereka berdua sahaja yang terbaik bacaannya maka itulah yang sewajarnya tetapi sebaliknya ada orang lain yang lebih baik bacaannya maka bolehlah dihukumkan solat mereka tidak sah kerana bacaan surah al-Fatihah itu merupakan salah satu rukun solat yang 13 termasuk lafaz Takbiratul Ihramnya. Maka pada ketika itu menjadi wajib kepada anak kariahnya belajar ilmu dan hukum-hukum Tajwid. Inilah akibatnya didikan dan tarbiyah yang telah dijelmakan oleh UBN dalam menjaga hal ehwal Islam di negeri yang kurang 1 jadi sepuluh ini. Wallahualam..
POSTED BY ALBANJARI AT 3:03 PM

Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Ahad, 11 Oktober 2009

berita terkini bagan pinang 2

Berita dari ketua pemuda Chini yang berada di Bagan Pinang.
Petang tadi berlaku pergaduhan berhampiran Firusa.Berpunca dari pertikaman lidah antara kedua-dua belah pehak dan kata mengata,akibatnya drever Ketua Polis N.Sembilan cedera dikepala kerana dipukul mengunakan topi keledar penyokong UBN sendiri,budak yang memmukul dapat ditangkap dan dengar berita dilepaskan semula.
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

berita terkini dari bagan pinang 1

Dari Ketua Pemuda Chini yang berada di Bagan Pinang
Pas di Bagan Pinang buat laporan polis dalam kes undi pos .Sebentar tadi diberitahu bahawa seorang angota tentera yang berpangkat telah mengambil peti undi pos di pejabat daerah dengan tujuan yang tidak diketahui .dengan ini Pas telah membuat laporan Polis.
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sabtu, 10 Oktober 2009

bagan pinang orangnya cerdik


Saya baru balik dari Bagan Pinang
Bagan Pinang suatu kawasan yang sudah jauh lebih maju dari kawasan yang ada di Pahang yang ada kawasan Felda .Pemikian orang Bagan Pinang jauh lebih maju dari pemikiran orang yang ada dalam Felda...
Saya yakin yang membuat kekacauan itu bukan orang Bagan Pinang...Orang Bagan Pinang sudah pandai berfikir mana yang baik dan mana yang tidak baik...Orang Bagan Pinang tidak mabuk macam yang saya lihat sendiri pada malam tersebut..muntah dimarkas Induk Pas...dengan lagak samsengnya...orang Bagan Pinang tidak rela budaya seperti ini masuk ditempat dia ...sama juga PAS,Pas tidak mahu dimalaysia ini orang-orang tuanya mengajar jenerasi muda membuat onar dengan keadan mabuk...Itu bukan budaya kita...Orang bagan pinang tahu jenerasi muda akan mewarisi negara ini..kita mahu negara ini ada Rahmat dari Allah...
Esok mengundi bacalah Bismillah sebelum memangkah..Bismillah kerana Allah bukan bismillah bagai burung tiung..undilah apa yang kamu suka ...undi kamu penentu jenerasi akan datang...












Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Khamis, 8 Oktober 2009

SMS DARI BAGAN PINANG

"KEADAAN SEMAKIN KRITIKAL.RAMAI AHLI KITA D PUKUL DAN TERBARU MALAM INI MARKAZ PEMIMPIN PAS PUSAT D BAGAN PINANG TELAH DICEROBOH DAN PETUGAS TELAH DIHALAU KELUAR .DEMI ALLAH DENGAN NAMA JIHAD FISABILLAH ANA SELAKU PEMEGANG AMANAH SEBAGAI KETUA DPPP MENGERAHKAN SERAMAI MUNGKIN PEMUDA DARI SELURUH NEGARA AGAR TURUN KEBAGAN PINANG ".
RAPTAI JAM 9.00AM DIMARKAS INDUK DAN IA AKAN PIMPIN OLEH USTAZ AZMAN TKP UNTUK ARAHAN KAWALAN KESELAMATAN
TG TANTAWI.


Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Isnin, 5 Oktober 2009

SAMBUTAN AIDILFITRI PEKAN 2009

Pas Kawasan Pekan telah mengadakan majlis sambutan Hari Raya Aidil Fitri pada Tahun ini di Felda Chini 05 diperkarangan rumah Tim.Pengarah Pas Dun Chini.
Kehadiran sangat mengalakkan yang hadir terdiri daripada penduduk persekitaran dan orang ramai dari masyarakat Perliman Pekan.
Turut hadir adalah Ketua Pemuda Pas terenganu YB.Ustaz Mohd Nor Hamzah,YDP Pekan Ustaz Ustaz Abu Kasim dan AJK Kawasan.Pengarah Dun Chini Ustaz Fadhilnoor mengucapkan ribuan terima kasih dengan ramainya kehadiran yang hadir pada kali ini.
Sumbanga pada yang kurang upaya juga diadakan.sumbangan ini telah disampaikan oleh YDP Pekan ustaz Abu Kasim dan Ketua Pemuda Pas Pekan Ustaz Fadhilnoor.



























Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Pengikut

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...