PAPAN KENYATAAN

KOSONG

KHUTBAH HARI INI - Islam DiNobat Masalah Umat DiRawat - May 16
السلام عليكم الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ...(more)

PERMASALAHAN MUWAFIK DAN MASBUK - May 14
RUJUKAN DARI KITAB “MASALAH MUWAFIK DAN MASBUK” OLEH HASAN BIN AHMAD HUKUM ORANG MUWAFIK Maknanya ialah makmun yang sempat berjemaah dengan imam semasa berdiri (qiam) imamnya, dan kesempatan...(more)

HUKUM SOLAT SUNAT SEBELUM MAGHRIB - May 13
Ulama berselisih pendapat berkenaan dengan hukum ini kepada tiga pendapat:- PENDAPAT PERTAMA: Disunatkan solat sunat sebelum maghrib. Ini pendapat mazhab Syafie dan ulama Zahiri. Dalil pendapat...(more)

GAMBAR SEKITAR MESYUARAT AGONG PAS CAWANGAN CHINI 4 - Apr 18


UMRAH WARGA CHINI - Feb 12
Warga Chini yang akan menjadi tetamu Allah yang di ketuai oleh Ustaz Fadhilnoor Yamani dan Ustaz Haris telah berlepas selepas zohor dari masjid Chini 2.. Umrah dan...(more)

COMANGO Melukakan Ummat Islam - Jan 09
1. Negara dikejutkan dengan kehadhiran sebuah gabungan Ngo [ The Coalition of Malaysian NGOs in the UPR Process ] COMANGO yang terdiri daripada 54 pertubuhan telah menyediakan satu laporan...(more)

RM2.2 BILION ? PENEROKA AKAN KEHILANGAN LEBIH BANYAK KEUNTUNGAN. - Oct 21
Normal 0 false false false MicrosoftInternetExplorer4 /* Style Definitions */ table.MsoNormalTable {mso-style-name:"Table Normal"; ...(more)

TIPS MENJAGA BUAH PINGGANG - Aug 17
 Ketua MTD Pas DUN Chini kita sakit berpunca kedua-dua buah pinggang beliau tidak berfunsi ..Kini beliau terpaksa berulang alik ke hospital seminggu tiga kali untuk cuci darah... Beliau kini...(more)

GAMBAR PROGRAM PEMUDA DUN CHINI ( 1 ) - Jun 11


Catatan Safwan Anang selama 3 hari berada dalam penjara. Siri 1-3. - Jun 06
Realiti seorang banduan di penjara Sg Buloh oleh : Safwan Anang (31302770) Terlalu banyak cerita yang nak dikongsikan sepanjang aku di Sg Buloh. Patutlah bila ditanya kepada bekas tahanan ISA,...(more)

Widget by Beautiful Beta

Jumaat, 1 Februari 2013

SPRM Serbu Majlis Ugama Islam Pekan ???

PEKAN,
1 Feb - Beberapa orang Pegawai Kanan Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dipercayai telah disiasat oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung satu kes penyalahgunaan kuasa. Difahamkan kes berkenaan kini telah kecoh apabila agensi yang terletak di bawah naungan Kebawah Dulu Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdulah Sultan Ahmad Shah selaku Yang DiPertuanya itu didatangi oleh beberapa orang pegawai penyiasat SPRM baru-baru ini. Kes yang disiasat itu membabitkan penyalahgunaan kuasa pegawai MUIP berkenaan urusan pengagihan wang zakat. Ia terbongkar apabila ada pegawai yang diberikan kuasa pelulus telah meluluskan bantuan zakat kepada waris terdekatnya yang bukan dikalangan Asnaf yang sepatutnya menerima sumbangan. Berdasarkan laporan, fail siasatan bagi kes ini telah dibuka buat kali yang kedua, setelah pelbagai usaha dilakukan bagi menutupnya. Dipercayai ada "tangan-tangan ghaib" cuba menutup kes itu dengan berbagai usaha bagi menyelamatkan pegawai berkenaan dari disabit kesalahan. Namun, setakat ini tidak ada tanda-tanda pihak SPRM akan menghentikan siasatan. Malah, difahamkan juga Pegawai Akauntan dan beberapa orang pegawai MUIP yang berkaitan Unit Zakat telah diminta hadir ke pejabat SPRM Kuantan pada Isnin ini untuk siasatan lanjut. Tambah mengejutkan lagi apabila cubaan menutup kes menjadi lebih parah apabila ada pihak atasan yang cuba membatalkan kelulusan pertama yang dibuat oleh tertuduh dan kemudiannya membuat kelulusan kedua pula atas nama beliau sendiri. Ini jelas menyalahi akta dan undang-undang serta peraturan yang telah ditetapkan. Malah ia menggambarkan memang ada kepincangan besar berlaku di jabatan terbabit sekarang ini. Apapun PDO mengucapkan syabas dan tahniah kepada SPRM Pahang diatas keberanian dan ketelusan menyiasat kes ini walau pun ia melibatkan orang penting di dalam pentadbiran jabatan terbabit. Nantikan pendendahan dan pembongkaran seterusnya berkaitan siasatan ini dan mana-mana pihak yang terbabit serta bersabit dengan kesalahan berkenaan perlulah dijatuhkan hukuman. Dengan menjunjung kasih kepada Kebawah Dulu Yang Teramat Mulia, Tengku Mahkota Pahang selaku Yang Dipertua MUIP maka rakyat memohon agar kes ini disiasat dan dibicarakan secara adil. Rakyat Pahang menaruh harapan yang tinggi kepada MUIP yang berkuasa menjaga perkara-perkara berkaitan Hal Ehwal Agama Islam khususnya soal pengurusan zakat, maka sudah tentu ia harus dilakukan secara adil, telus serta sampai kepada Asnaf yang berkelayakan. Masih ramai rakyat Pahang kini merempat di bumi sendiri dan perlukan bantuan tersebut. Tidakkah MUIP sedar perkara ini?. Jangan sampai rakyat Pahang tidak percayai dan tidak lagi mengeluarkan zakat kepada MUIP selepas ini.

Sumber Artikel: http://pahangdaily.blogspot.com/2013/02/panas-pegawai-pelulus-selewengkan-wang.html#ixzz2JcsqgWr3
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Pengikut

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...