PAPAN KENYATAAN

KOSONG

Ahad, 29 November 2009

KORBAN DUN CHINI

Pada Tahun ini Pas Dun Chini telah mengadakan korban pada hari ini 29.11.2009 sebanyak 4 ekor lembu,
Ia telah disempurnakan oleh Ustaz Fahdilnoor Pengarah Dun Chini perangkap Ketua Pemuda Pekan bersama Imam LKPP Ustaz Aris bin Abd Karim di Chini Timur 2 pagi tadi.



















Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

FUTSAL PIALA KETUA PEMUDA MERIAH!

PERTANDINGAN FUTSAL PIALA KETUA PEMUDA PAS KAWASAN PEKAN

TEMPAT:DEWAN FUTSAL CHINI TIMUR 02

MASA:8.00 PAGI>6.00 PTG


>DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PEKAN HARI INI TELAH MENGANJURKAN SATU PROGRAM SUKAN UTK BELIA,IAITU PERTANDINGAN FUTSAL PIALA KETUA PEMUDA PAS KAWASAN PEKAN YG DIADAKAN DI DEWAN SUKAN CHINI TIMUR DUA YG DIADAKAN PADA 22/11/209

>PERTANDINGAN INI TELAL DISERTAI OLEH 32 PASUKAN,ANTARA PASUKAN YG MENYERTAI PERTANDINGAN INI IALAH PEKAN,CHINI,KETAPANG,SHAH BANDAR,JAYA GADING DAN LAIN2 SEKITAR KAWASAN PEKAN.

>PROGRAM INI BERMULA SEAWAL JAM 8.00PAGI DAN BERAKHIR KIRA2 JAM5.30 PTG.

>SEPAK MULA ATAU GIMIK TELAH DILAKUKAN OLEH YG BERBAHAGIA UST MOHD FADHIL MOHD NOOR SELAKU KETUA DPP KAWASAN PEKAN.

>PROGRAM INI JUGA BERTUJUAN UTK MERAPATKAN HUBUNGAN SILATULRRAHIM DAN UKHUWAH DIKALANGAN REMAJA DAN BELIA KHUSUSNYA DI FELD CHINI

>PERTANDINGAN INI BERTUJUAN UTK MENARIK MINAT BELIA DAN REMAJA UNTUK BERSUKAN DAN MENJADIKANNYA SATU AKTIVITI YG SIHAT.





>SABDA RASULLULLAH S.W.A YG BERMAKSUD:

“AKAL YG CERGAS ITU DATANGNYA DARI TUBUH BADAN YG SIHAT”

>ALHAMDULILLAH PROGRAM YG DIRANCANNGKAN OLEH DPP DAPAT DI LAKSANAKAN WALAUPUN ADA BEBERAPA HALANGAN YG SENGAJA DI TIMBULKAN OLEH PIHAK YG TIDAK BERTANGGUNG JAWAB.

>OLEH ITU DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PEKAN MENGUCAPKAN SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA SEMUA PASUKAN YG TELAH MENYERTAI PERTANDINGAN INI DAN BERHARAP AGAR DPP DAPAT MENGANJURKAN LAGI PROGRAM YG SEUMPAMA INI PADA WAKTU YG AKAN DATANG…

>PERTANDINGAN KALI INI MENAWARKAN HADIAH YANG AGAK MENARIK KEPADA PASUKAN YANG MENJADI JUARA..




JOHAN PERTANDINGAN FUTSAL PIALA KETUA PEMUDA KALI INI IALAH:

JOHAN >PASUKAN TAKDIR DARI PEKAN

>PIALA KP DPP

>WANG TUNAI RM400

>MEDEL

N.JOHAN >PASUKAN HILIRAN

>WANG TUNAI RM300

>MEDEL

T.KETIGA >PASUKAN JAYA GADING KUANTAN

>WANG TUNAI RM 200

>MEDEL

T.KE EMPAT >PASUKAN ACHEH PEKAN

>WANG TUNAI RM 100

>MEDEL




















Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Jumaat, 27 November 2009

Selasa, 24 November 2009

UMRAH DAN ZIARAH





Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Isnin, 23 November 2009

ANAK

Artikal asal dari sini

Lima tuntutan Anak Kepada Felda
Terdapat lima tuntutan dalam memorandum Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK) kepada Menteri Besar Pahang pada 17 November 2009

Pertama:
Memberikan lot tanah kosong di Felda bagi perumahan generasi baru. Tanah merupakan hak kerajaan negeri. Terdapat sejumlah tanah kosong yang belum dimajukan dalam penempatan Felda. Maka alangkah baiknya jika tanah tersebut di pecah lot dan dibina perumahan untuk anak-anak peneroka yang layak dengan kerjasama Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) di bawah program Rumah Mesra Rakyat. Contoh kejayaan projek tersebut dapat dilihat di Felda Sri Jaya, Pagoh Johor dengan siapnya 95 unit rumah generasi kedua.

Pilihan yang kedua ialah tapak lot-lot tanah yang telah mendapat hak milik diberi kebebasan mendirikan rumah kediaman mereka sendiri. Kaedah ini biasa diamalkan di banyak tempat. Sokongan dan dokongan kerajaan negeri akan mempercepatkan segala prosedur yang harus dipatuhi kerana selama ini generasi kedua berdepan karenah pentadbiran Felda yang begitu lokek untuk melepaskan pegangan atas tanah yang mereka dakwa miliknya.

Kedua
Batalkan Felda Plantation. Dasar kerajan membuka Tanah Rancangan Felda ialah membuka ruang pemilikan tanah kepada rakyat khusus orang Melayu. Selepas tahun 1990, dasar ini dihentikan dan diwujudkan Felda Plantation yang berkonsepkan estet yang menekan peserta tanpa jaminan masa depan. Walhal, seluas 367,710 hektar tanah milik kerajaan negeri telah dikorbankan. Adalah dianggarkan 79,000 anak peneroka beroleh manfaat jika Felda Plantation dimansuhkan dan ditukar kembali formatnya kepada pengambilan peneroka. Kerajaan negeri boleh memainkan peranan aktif membuat desakan tersebut.

Ketiga
Naiktarafkan penempatan Felda yang telah mendapat hak milik. Daripada sejumlah 317 rancangan Felda, 77 daripadanya telah selesai membuat bayaran kembali dan beroleh hak milik keperluan untuk penempatan ini ditadbir sepenuhnya oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di bawah kerajaan negeri sangat mendesak.

Dengan erti kata lain, sudah sampai masanya kedudukan Felda sebagai ejen pengurusan dikaji semula. Peneroka sudah mampu berdikari dan disambung oleh anak peneroka tanpa cengkaman Felda, hutang piutang, bermacam-macam perjanjian, sekatan dan tentunya pendapatan mereka jauh lebih lebih lumayan apabila tiada penglibatan pihak ketiga yang mengaut keuntungan melampau.

Generasi baru Felda yang berpendidikan mampu untuk mentadbir penempatan mereka sendiri dengan kerjasama erat agensi kerajaan negeri termasuk badan-bdan seperti Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Persatuan Pekebun Kecil serta menikmati subsidi seperti masyarakat di kampung. Felda hanya berfungsi setakat urusniaga kedai D’Mart, pemasaran komoditi dan lain-lain berasaskan persaingan semasa. Pendekatan ini membuka ruang penyertaan generasi muda lebih terarah dan jaminan masa depan lebih baik.

Keempat
Menangani gejala sosial. Pendekatan menangani gejala sosial mesti lebih seimbang dengan memperbanyak aktiviti keagamaan. Penekanan kepada program sukan sama ada Akademi Bolasepak Felda, Rally Felda, Liga Futsal Felda dan pembinaan Kompleks Sukan Komuniti sememangnya wajar tetapi kesungguhan mempelbagaikan program kerohanian menjadi tanda tanya. Jika pasukan Rela, Rukun Tetangga dan sukarelawan boleh diwujudkan untuk membantu polis memerangi jenayah, sudah sampai masanya sukarelawan membanteras maksiat juga ditubuhkan. Mekanisme bersama JKKK, Jawatankuasa Masjid, Jabatan Agama dan lain-lain boleh dibentuk untuk tujuan tersebut.

Institusi masjid dan surau mesti diimarahkan dengan budaya ilmu dan tidak bersifat streotaip yang membosankan. Pendekatan menarik anak muda ke masjid harus ditangani segera kerana ketika ini 90 peratus yang mengimarahkannya adalah peneroka semata-mata.

Penglibatan badan bukan kerajaan (NGO) seperti pemadam dan Pengasih mesti bermula di peringkat sekolah lagi dan sejauh mana keberkesanan pembangunan belia melalui Kem Bina Remaja, kursus pembinaan sakhsiah dan Rakan Waja diselenggarakan.

Percambahan idea bagi menyegarkan semula aktiviti golongan muda harus disegerakan dengan penyertaan semua pihak tanpa mengira latar belakang agama dan politik. Penekanan berlebihan aspek sukan dan hiburan hingga menenggelamkan soal pembinaan akhlak telah dirasai padahnya pada ketika ini.

Kelima
Perbanyakkan peluang pendidikan dan kemahiran.Pembinaan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Felda di Wilayah Trolak walaupun terlewat 20 tahun, sangat dialu-alukan. Pakej pendidikan tajaan Felda dengan institusi swasta umpamanya Universiti Lim Kok Wing seharusnya bersifat sementara dengan langkah segera mewujudkan pusat pendidikan berskala besar milik Felda seperti dilakukan syarikat multi-nasional Petronas da TNB tetapi fokus kepada jurusan perladangan dan bio-teknologi.

Program kemahiran yang dibuat ketika ini seperti melepaskan batuk di tangga kerana langkah susulan tidak dilakukan yang akhirnya pasaran kerja tidak berasaskan kebolehan dimiliki. Mungkin karenah birokrasi mendapatkan peruntukan dan pinjaman meletihkan peserta kursus atau campurtangan politik menggagalkan tujuan asal yang baik.

Sikap pentadbiran Felda yang kurang meraikan keperluan generasi kedua di sesetengah tanah rancangan mesti ditegur segera atau campurtangan kerajaan negeri melalui agensi berkaitan dalam menyelaras peluang-peluang niaga, kemahiran dan pendidikan mesti dibuka seluas-luasnya dan info yang harus dihebahkan dengan pelbagai cara.

Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Khamis, 19 November 2009

MEMORANDUM KEPADA MB PAHANG



Pada 17.11 2009 yang lalu Sdr Mazlan Aliman ,Ustaz Fadhirnoor dan rombonganya telah menghantar memorandum kepasa Yab.Dato' Sri Adnan Yaakob Menteri Besar Pahang.

Isu Yang dibawa ialah,masaalah dan tuntutan mengenai generasi baru (ke 2 dan 3 ) Felda Negeri Pahang.

Ia berkain dengan ,
Jaminan masa depan
Peluang pendidikkan yang terhad
Kouta dalam anak syarikat Felda
Rumah kediaman jenerasi baru
Gelaja Sosial.
Tuntutan
Lot tanah kosong bagi perumahan jenerasi baru
Batalkan Felda Plantation
Naik taraf penempatan Felda yang telah mendapat hakmilik
Menangani gejala sosial
Perbanyakkan peluang pendidikkan dan kemahiran
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Selasa, 17 November 2009

MAJLIS DAILOG DENGAN MAZLAN ALIMAN


PROGRAM DI DUN CHINI
Majlis dailog dengan Mazlan Aliman akan diadakan pada 17.11.2009 dikedai tongkat ali Chini 05 pada jam 5.00 petang .
Dijemput semua terutama warga Felda datang dalam program ini.
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Selasa, 10 November 2009

ANAS KEMBALI KE RAHMATULLAH

SAHABAT DAN RAKAN SEPERJUANGAN KITA DARI CHINI TIMUR 2 SDR ANAS TELAH KEMBALI KERAHMATULLAH PETANG TADI SEKITAR JAM 2 PTG SEMASA SEDANG MEMANDU KE KUANTAN URUSAN KERJA.
KITA SAMA-SAMA HADIAHKAN ALFATIHAH SEMUGA DICUCURIRAHMAT KEATAS ROHNYA...ALFATIHAH...





Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sabtu, 7 November 2009

LAPORAN AUDIT NEGERI PAHANG 2008

Antara intipati ceramah yang disampaikan oleh Ketua Pemuda Pas Pahang di Felda Chini Timur 1 malam tadi. Video klip akan menyusul kemudian.. untuk lebih lengkap layari sini










Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Jumaat, 6 November 2009

CERAMH UMUM DICHINI TIMUR 1

MALAM INI SATU CERAMAH UMUM DIADAKAN DIFELDA CHINI TIMUR SATU (6.11.09 )
PENCERAMAH OLEH ,
YB.KHALIL IDHAM LIM
UST SUHAIMI SAAD
UST.FADHIL NOOR




Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Pengikut

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...