PAPAN KENYATAAN

KOSONG

Sabtu, 27 Oktober 2012

PROGRAM KORBAN UNIT AMAL PAS PEKAN

Unit Amal Pas Pekan telah membuat program korban pada tahun ini bertempat di LKPP T1/T2 sebanyak lebih dari 10 ekor yang di ketuai oleh Ustaz Aris.







Penyampaian daging korban daripada UNIT AMAL PEKAN kepada wakil saudara baru En Zamei bin Yusup di Tasik Gumum untuk 20 keluarga islam.
Gambar Ihsan dari
https://www.facebook.com/abdulsukur.saad
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Isnin, 22 Oktober 2012

Apa Sudah Jadi, 'Blogger Cucumatkilau' Di Halang Masuk Ke "Konvensyen Pakatan Rakyat" !!



KUANTAN, 22 Okt - Orang ramai yang hadir keKonvensyen Pakatan Rakyat Peringkat Negeri Pahang di sini semalam terkejut dengan tindakan pihak penganjur menghalang Mohd Shukri Mohd Ramli (foto), 42, atau lebih dikenali sebagai Blogger Cucumatkilau dari memasuki dewan utama tempat acara itu berlangsung. Mereka juga hairan bagaimana pihak terbabit tidak benarkan beliau masuk sedangkan dia telah banyak menulis artikel yang pro-pembangkang sejak 1998 hingga sekarang. Malah, kini ribuan artikelnya dibaca oleh rakyat Malaysia seantero dunia sejak zaman reformasi lagi. Persoalannya, kenapa beliau dihalang sedangkan dia hadir atas kapasiti media pro pembangkang itu sendiri. Blogger terbabit yang dihubungi pada mulanya enggan menjelaskan perkara itu kerana tidak mahu isu ini disensasikan. Namun selepas didesak, beliau akhirnya bersetuju mendedahkan apa yang berlaku terhadap dirinya itu. Menurut Shukri, beliau hadir ke lokasi program berkenaan di sebuah restoran (Sekilau Seafood) Jalan Hj. Ahmad (Kuantan) sekitar jam 11.00 pagi dengan hasrat untuk membuat liputan langsung acara itu. Beliau yang kini merupakan Juruhebah (DJ) di Radio Internet Cili FM selepas meninggalkan PDO berkata dia tidak pernah terfikir akan dihalang sedemikian rupa oleh pihak terbabit. "Saya hadir atas kapasiti media dan bukannya mewakili mana-mana parti politik... selepas bertemu dengan rakan-rakan saya cuba untuk masuk ke dewan ketika Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu sedang berucap. Anehnya, saya telah dihalang dengan keras oleh pihak berkenaan atas alasan saya tidak mempunyai pas masuk. Sedangkan, pas boleh diambil di kaunter pendaftaran di pintu masuk dewan.. saya lihat ramai yang masuk melalui pintu utama memang tidak punyai pas.. hinggalah mereka mendaftar di kaunter yang disediakan. Halangan keras dibuat yang meminta saya keluar dari dewan kerana tidak punyai pas masuk", kata Shukri. Beliau bagaimana pun berjaya meloloskan diri apabila dipelawa oleh rakan-rakan yang sudah ada di dalam dewan itu."Saya duduk di meja yang disediakan belakang kaunter pendaftaran sambil berbual dengan sahabat-sahabat yang lain sehinggalah salah seorang urusetia penganjur bertanya kenapa saya tidak terus masuk ke dalam dewan untuk mengambil gambar dan membuat berita seperti biasa. Saya katakan tidak punyai pas masuk... lalu beliau mengarahkan saya mendaftar di kaunter urusetia untuk dapatkan pas media. Anehnya, petugas kaunter telah sorokkan pas media berkenaan dan berkata saya tidak dibenarkan masuk malah mendaftar atas arahan pihak tertentu... kecewa dengan situasi itu, akhirnya saya keluar dan meninggalkan lokasi itu dengan perasaan musykil atas apa yang terjadi", tambah blogger terbabit.

http://pahangdaily.blogspot.com/2012/10/panas-apa-sudah-jadi-blogger.html?
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Ahad, 21 Oktober 2012

UMNO Mesti Keluar BN


1. Semakin jelas “MCA anti Islam”. MCA terlalu prejudis terhadap Islam malah berani menentangnya secara terbuka. Tidak hanya Presiden MCA Dr Chua Soi Lek sebelum ini mengambil posisi lantang mempertikai perlaksanaan hukum Islam, tetapi kini Pengerusi Wanita MCA Yu Chok Tow dan Naib Pengerusi Wanita MCA Heng Seai Kie mendedahkan sikap dan wajah MCA yang sebenar.

2. Pengerusi Wanita MCA Yu Chok Tow melahirkan kebimbangan MCA terhadap Ahli Parlimen Islam khasnya daripada UMNO dan BN akan menyokong perlaksanaan hudud di Malaysia berasaskan tanggungjawab sebagai seorang muslim.

3. Satu kecelaruan yang parah sedang berlaku dalam Barisan Nasional hari ini khasnya melibatkan kedudukan UMNO dan MCA. Selama ini UMNO telah cuba menunjuk sikap bahawa mereka menentang hasrat PAS untuk melaksanakan hukum Allah swt. tetapi kelantangan UMNO itu belum cukup meyakinkan sekutunya MCA untuk menerima UMNO sebagai rakan “sebantal” dalam menentang Islam dan perlaksanaan syariatnya di Negara ini.

4. UMNO terpaksa “menutup mata” dan “menyumbat mulut” terhadap apa jua kenyataan dan tindakan MCA demi mencari sepangkah dua undi dari non muslim yang rata – rata pada hari ini telah menolak Barisan Nasional yang penuh dengan kurap dan kudis rasuah.

5. Naib Pengerusi Wanita MCA Heng Seai Kie pula secara terbuka memfitnah Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Mursyidul AM PAS sekaligus mempersendakan hukum Allah apabila beliau menyebut :

"Pakatan menipu kita untuk percaya bahawa hudud PAS tidak akan menjejaskan hak bukan Islam kerana (berdasarkan hujah Nik Aziz) tiada undang-undang untuk menghalang orang Islam daripada merogol bukan Islam.

"Jika kamu tonton klip Youtube, kamu tahu bahawa Nik Aziz berkata berkata, wanita patut tutup aurat, jika tidak mereka patut dirogol.

"Daripada ucapan Nik Aziz, kami simpulkan bahawa Nik Aziz secara terbuka meminta orang Islam merogol bukan Islam, adakah saya benar?"

6. Saya mendesak supaya Heng meminta maaf di atas keceluparan dan kebiadabannya terhadap Islam dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Tuduhan yang tidak masuk aqal dan berniat jahat.

7. UMNO dan MCA sangat terdesak berdepan scenario iklim politik mutaakhir yang menyaksikan peralihan undi ketara kalangan non muslim dari Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat. Akhirnya mereka terpaksa mengamalkan “politik biawak” apabila bercabang lidah dalam kempen mereka.


8. Berdepan pengundi melayu, mereka berkempen supaya jangan sokong PR kerana kemenangan PR akan menyebabkan kuasa politik dan ekonomi akan jatuh ke tangan non muslim. DAP akan jadi Perdana Menteri dan sebagainya.

9. Lidah yang sama terus bercabang apabila mereka berkempen pula di kawasan pengundi non muslim supaya jangan menyokong PR kerana kemenangan PR akan menyebabkan hukum hudud terlaksana di Malaysia. Sokong PR ertinya sokong DAP. Sokong DAP ertinya sokong hudud. Begitulah nada dan bahasa kempen mereka.

10. Kini MCA melahirkan pula keraguan mereka kepada UMNO. Selayaknya mereka berpisah apabila “bersekedudukan” tanpa mempercayai antara satu sama lain. Selayaknya UMNO keluar dari Barisan Nasional kerana tidak lagi dapat kepercayaan daripada MCA. Orang melayu sewajarnya membuka mata melihat apa yang berlaku hari ini untuk mreka membuat pilihan yang tepat.


Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sabtu, 20 Oktober 2012

Gara-Gara Terlibat "Projek" Pembangunan Meragukan, Wang KWSP RM30.43 Juta Kini Lesap


KUANTAN, 19 Okt - Pakatan Rakyat Indera Mahkota hari ini mempersoalkan tindakan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melibatkan diri mereka dalam satu projek pembangunan meragukan dengan Malaysia Building Society Berhad (MBSB) dekat sini. Menurut kenyataan pihak terbabit mereka mendapati proses penganugerahan, pembinaan dan pembayaran terhadap projek Bandar Indera Mahkota itu penuh dengan unsur rasuah dan penyelewengan. Difahamkan, projek perumahan ini dirancang oleh KWSP secara usaha sama dengan MBSB. Projek diluluskan oleh Panel Pelaburan KWSP pada bulan Ogos 1993. Sebanyak 1,151 unit pelbagai jenis rumah telah dirancang dalam 4 fasa untuk disiapkan dalam tempoh 2 tahun bagi setiap fasa. Semakan Laporan Ketua Audit Negara 2011 mendapati bahawa pemaju MBSB (melalui syarikat subsidiari) telah gagal menyiapkan projek perumahan yang dirancang. Pemaju hanya menyiapkan 720 unit rumah iaitu 62% daripada 1,151 unit rumah dalam tempoh 6 tahun iaitu dari tahun 1995-2001. Selain itu, laporan juga menyebut sebanyak 97 unit rumah di fasa 2 iaitu 19 unit rumah kedai dan 78 unit rumah teres dua tingkat bernilai RM17.58 juta tidak dapat dijual. Lapor kenyataan itu lagi,  KWSP meluluskan penyelesaian tuntutan oleh MBSB sebanyak RM5.64 juta untuk bayaran Fasa 3 dan 4 projek tersebut. Sebenarnya, Jabatan Undang-undang berpendapat KWSP tidak terikat dengan projek perumahan Fasa 3 dan 4 dan maka tidak perlu dibayar. "Disebabkan penamatan perjanjian, KWSP kena bayar RM2.51 juta bagi Fasa 1B. Malah KWSP juga  tidak memasukkan terma denda atas kelewatan. KWSP telah lewat meluluskan baki tuntutan MBSB pada bulan Jan 2004 menyebabkan KWSP akhirnya dikenakan faedah  kelewatan berjumlah RM4.7 juta", kata kenyataan tersebut.

[Mengikut pengiraan pihak terbabit, hanya perkara kerugian faedah atas kelewatan, adalah bersamaan dengan yang RM4.7 juta, ataupun kira-kira RM9,650 sehari, RM289.5 ribu sebulan. Kami berpendapat bahawa disebabkan kecuaian/kesilapan KWSP, jumlah kerugian yang ditanggung oleh KWSP serta para pencarum KWSP adalah setinggi RM30.43 juta. Persoalannya, mengapakah kesilapan tersebut boleh berlaku dan tidak dijalankan sebarang siasatan, siapakah yang memanfaat daripada projek tersebut, dan pihak manakah yang harus bertanggungjawab atas kesilapan itu? Oleh itu, mereka mendesak Lembaga Disiplin dan Tatatertib KWSP serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya memulakan siasatan atas penyelewengan tersebut bagi menegakkan keadilan bagi 11.4 juta pencarum KWSP! Mereka juga menganggap seruan di atas adalah munasabah selari dengan arus dunia moden hari ini yang mengetengahkan prinsip kepertanggungjawaban (Accountability). Jika tindakan yang begitu mudah juga tidak dapat dipenuhi, apa lagi yang rakyat boleh tuntut?. Soalnya sekarang apakah pencarum KWSP harus berdiam diri atas senario yang berlaku ini. Ada pihak sewenangnya mengaut keuntungan dengan projek itu. MBSB dipercayai merupakan anak syarikat KWSP, namun sikap segelintir pihak yang ambil kesempatan inilah yang perlu dihindari sebenarnya. Jika tidak, lama kelamaan habis wang KWSP dibolot mereka].

http://pahangdaily.blogspot.com/2012/10/panas-projek-meragukan-di-indera.html
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Isnin, 15 Oktober 2012

Kelantan bentang bajet lebihan RM45.8 juta


KOTA BHARU: Kelantan membentang anggaran Bajet 2013 dengan lebihan sebanyak RM45.83 juta ketika Belanjawan 2013 kerajaan pusat defisit 16 tahun berturut-turut.

Sedangkan pada belanjawan 2012 dianggarkan mencatat defisit sebanyak RM83.23 juta. Ini bermakna berlaku kenaikan hasil sebanyak 35.21 peratus.

Buat pertama kali juga pendapatan daripada hasil royalti petroleum sebanyak RM200 juta dimasukkan dalam bajet bertema Bajet Negeri berkebajikan.

Pembentangan bajet dilakukan anggota Exco Kerajaan Negeri, Datuk Husam Musa mewakili Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengambil masa hampir sejam pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) hari ini.

Bajet dianggarkan dengan perolehan hasil sebanyak RM581.77 juta dan perbelanjaan mengurus sebanyak RM535.95 juta.

Anggaran hasil sebanyak RM581.77 juta meliputi hasil cukai sebanyak RM296.80 juta, hasil bukan cukai RM171.57 juta, manakala terimaan bukan hasil (RM113.41 juta).

“Peningkatan hasil pada 2013 berpunca daripada tuntutan hasil royalti petroleum yang sepatutnya dibayar kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri sebanyak RM200 juta atau sebanyak 34.38 peratus daripada hasil negeri.

“Kerajaan negeri memutuskan untuk memasukkan RM200 juta sebagai pendapatan dari royalti petroleum, di mana sebelum ini diletak sebagai token sebanyak RM10.

“Ini bertujuan untuk melonjakkan lagi harapan kerajaan dan rakyat Kelantan untuk mendapatkan hak serta meletakkan tiang pacak bahawa Kelantan berhak terhadap pengeluaran gas di telaga Kamelia yang akan memulakan pengeluaran Isya-Allah pada Mac 2013,” kata Menteri Besar.

Medan tersebut berada dalam Blok PM 301 yang paling hampir dengan pantai Kelantan, di mana pengeluaran tahunannya sebanyak 110,000 kaki padu setahun.

Husam ketika ditemui kemudian berkata, tidak salah untuk memasukkan  hasil daripada sumber royalti petroleum sebanyak RM200 juta memandangkan ia adalah hak Kelantan.

Katanya, perkara itu pernah berlaku di Terengganu ketika di bawah kerajaan PAS apabila perolehan daripada royalti turut dimasukkan dalam anggaran bajet negeri.

“InsyaAllah kita akan mendapat hak tersebut kerana sumber gas dan minyak terbabit berada di perairan Kelantan,” ujarnya.
template joomla

Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Isnin, 1 Oktober 2012

Pengikut

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...