PAPAN KENYATAAN

KOSONG

Selasa, 17 April 2012

SPR PERLU DICABAR

Apakah jenis- jenis penipuan yang boleh dijangkakan di dalam Pilihanraya Umum akan datang? Setelah beberapa kajian dibuat dan disertakan dengan fakta dan bukti, di antara jenis-jenis penipuan yang dirancang dan sedang dilakukan adalah seperti berikut:

1. Potong Nama Pemilih Tanpa Di Pamer Di Dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT).
- Dari Dis 2010 hingga Sept 2011, terdapat seramai 106, 255 pemilih awam yang dipotong nama dari Daftar Pemilih Induk tanpa di pamer. Mereka mungkin sudah mati, tetapi bagaimanakah untuk kita mengetahuinya kerana ianya tidak dipamerkan? Tidak mustahil sebenarnya mereka masih wujud.

2. Nama Ditambah Tanpa Dipamer.
- Dari Dis 2010 hingga Sept 2011, terdapat 6,705 pemilih seluruh negara yang ditambah ke dalam Daftar Pemilih Induk tanpa dipamer.

3. Pemilih Yang Ramai Dalam Satu Alamat.

- MIMOS Bhd setelah membuat semakan audit, di dalam taklimatnya kepada PSC berkata terdapat kira-kira 200, 000 pengundi yang mencurigakan.

- Antaranya;

> 820 kes - 100 pengundi menggunakan satu alamat.

1259 kes - 51 - 100 pengundi satu alamat.

3254 kes - 21 - 50 pengundi satu alamat.

6002 kes - 11 - 20 pengundi satu alamat.

4. Pemilih Tiada Alamat.

- Terdapat 2, 425, 045 pemilih di seluruh negara yang langsung tiada alamat.

- Hanya ada lokaliti.

- Di khuatiri di sini terdapatnya `Pengundi Hantu'.

5. Penambahan Pemilih Secara Mendadak

- Subang (27, 765)

- Kapar (21, 606)

- Kuala Langat (17, 172)

- Selayang (16, 189)

- Gombak (15, 467)

- Gelang Patah (17, 356)

- Bukit Katil (16, 206)

- Hulu Selangor (15, 481)

- Pekan (18, 000)

6. Pindah Pemilih Dengan Alasan Perbetulkan Sempadan

- Terdapat 31, 294 pemilih di seluruh negara yang terlibat di dalam cara penipuan ini.

- Alasan yang diberikan ialah membetulkan sempadan kawasan pilihanraya. Penting untuk diketahui, apabila sesuatu lakaran baru dibuat ke atas kawasan pilihanraya, ianya bererti sempadanan semula kawasan pilihanraya telah berlaku,dan ianya mesti dilakukan melalui kelulusan di Parlimen 2/3 majoriti terlebih dahulu.

Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad mengatakan bahawa terdapat peruntukan di bawah Seksyen 7, Akta Pilihanraya yang membenarkan SPR berbuat demikian. Terbukti beliau berbohong kerana ini melibatkan melukis semula sempadan kawasan Pilihanraya yang memerlukan kelulusan 2/3 Dewan Rakyat.

Membetulkan sempadan lokaliti dan Daerah Mengundi dibenarkan oleh Akta akan tetapi selagi ianya tidak melepasi sempadan kawasan Dun atau Parlimen. Disebut;

4. Prinsip-Prinsip Membelah Bahagi

4.6 Sempadan Bahagian Pilihanraya.

"Urusan belah bahagi daerah-daerah mengundi adalah ditumpukan dan terhad dalam satu-satu Bahagian Pilihanraya Negeri sahaja. Oleh itu, urusan belah bahagi daerah-daerah mengundi adalah TIDAK BOLEH SAMA SEKALI melampaui sempadan Bahagian Pilihanraya Negeri apatah lagi Parlimen termasuklah urusan untuk tujuan mencantumkan 2 daerah mengundi yang kecil atau sebahagiannya yang terletak di sempadan 2 Bahagian Pilihanraya yang berlainan"

7. Daftar Undi Pos Pemilih Berumur 30 Tahun Ke Atas

- Modus Operandi

- Suku ke 3 dipamer potong nama atas alasan masuk tentera/polis.

- Suku ke 4 diberi Kad Pengenalan Tentera.

- Kemudian diwartakan sebagai Tukar Alamat Tentera.

- Ada `Slash' "/" di dalam nombor Kad Pengenalan Tentera bermaksud mungkin boleh mengundi di dua kawasan.

8. Seluruh Kem Dipindahkan Kawasan Mengundi Ikut Suka
- Contoh, Pusat Bekalan Polis Shah Alam. Kedudukan dalam peta di DUN Seri Setia dan mengundi di Subang.

9. Daftarkan Pengundi Yang Memang Sedia Jadi Pemilih

- Suku Ke 4 2011 sahaja terdapat 1969 pengundi didaftarkan semula.

- Dipamerkan 1689 pengundi yang telah sedia berdaftar sebagai pengundi baru.

- Kemudian didaftarkan semula menggunakan "/" dihujung nombor Kad Pengenalan untuk membezakan no Kad Pengenalan asal agar boleh diterima masuk melalui sistem komputer.

- Kebanyakan ialah di dalam Pengundi Pos.

- Dikhuatiri oleh sebab tiada dipamer pemotongan di dalam Rang, maka akan dibiarkan status pengundi sah di dua tempat.

BAGAIMANA JADI BEGINI? SPR PERLU DICABAR
- SYSTEM - Kemungkinan ada System B yang ada akses kepada Database SPR melalui Remote Station.

- PROSEDUR - Jelas tidak diikuti. SPR buat ikut suka dan beri alasan untuk melepaskan diri.

- DATABASE - Daftar Pemilih SPR hilang kredibiliti dan perlu ada inkuari/Lembaga Siasatan Bebas.

WUJUD `TASK FORCED" BEROPERASI DI PEJABAT PM?

Pendedahan oleh Naib Presiden PAS, YB Mahfuz Omar amat mengejutkan. Sehingga kini pihak kerajaan gagal menafikannnya secara jelas. Pakatan Rakyat menuntut Siasatan Bebas diadakan atas dakwaan YB Mahfuz ini kerana ianya bukan sahaja melibatkan soal penipuan di dalam pilihanraya, lebih serius lagi melibatkan soal keselamatan negara. Bayangkan, bagaimana suatu hari nanti Pendatang Asing boleh menentukan dasar dan pemimpin negara ini.

JENTERA PARTI PERLU BEKERJA KUAT

Melihat kepada fakta yang diberikan di atas, secara lojiknya bukan mudah untuk kita menuju ke Putrajaya walaupun kita sedar sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat amat melonjak sekali. Di Pahang, sokongan peneroka Felda dan Orang Asal jauh berbeza dari PRU yang lalu.

Masyarakat bandar dan mana jua kawasan yang maju, Umno/Bn tidak usah bermimpi untuk beroleh sokongan. Sehubungan itu, semua jentera parti mesti bergerak dari sekarang dengan menjadikan apa jua maklumat tentang penipuan pilihanraya sebagai panduan. Paling penting, lakukan semakan dengan teliti pada Senarai Daftar Pengundi di kawasan masing-masing bagi mengenalpasti sebarang penipuan atau keraguan.

Petugas-petugas juga perlu dilantik untuk melakukan siasatan mengikut alamat di dalam Senarai Daftar Pemilih yang terkini sekiranya terdapat keraguan. Arahan dari Pengarah Pilihanraya Negeri atau Cabang dari masa ke semasa mesti dipatuhi

http://pkrnegeripahang.blogspot.com/2012/04/bagaimana-jadi-begini-spr-perlu-dicabar.html?spref=fb
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Pengikut

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...