PAPAN KENYATAAN

KOSONG

Ahad, 28 Mac 2010

KEAHLIAN ANAK BERTAMBAH



TEMERLOH: Pengerusi Persatuan Anak-Anak Felda Kebangsaan (Anak), saudara Mazlan Aliman berkata persatuannya menerima permohonan keahlian yang sangat mengalakkan daripada masyarakat felda selepas peristiwa penahannya berlaku. Dalam sidang media di pejabat Badan Perhubungan PAS Pahang, di sini, sebentar tadi Mazlan berkata beliau menerima banyak permohonan daripada generasi kedua Felda diseluruh Negara yang menyatakan keinginan menjadi ahli persatuan Anak.
“Saya menerima banyak permohonan daripada masyarakat Felda generasi kedua seluruh negara yang mahu menganggotai Anak. Penahanan saya baru-baru ini merupakan suatu hikmah yang telah menyedarkan masyarakat felda.
“Walau pun tekanan semakin kuat namun saya masih menerima banyak permohonan daripada mereka untuk mengadakan ceramah, dialog dan kegiatan lain. Ini menyakinkan saya bahawa masyarakat felda yang selama ini dianggap talian hayat Umno akan berakhir,” katanya.

Read more: http://biaqpila.blogspot.com/#ixzz0jSsAaxj7
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Pengikut

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...