PAPAN KENYATAAN

KOSONG

KHUTBAH HARI INI - Islam DiNobat Masalah Umat DiRawat - May 16
السلام عليكم الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ...(more)

PERMASALAHAN MUWAFIK DAN MASBUK - May 14
RUJUKAN DARI KITAB “MASALAH MUWAFIK DAN MASBUK” OLEH HASAN BIN AHMAD HUKUM ORANG MUWAFIK Maknanya ialah makmun yang sempat berjemaah dengan imam semasa berdiri (qiam) imamnya, dan kesempatan...(more)

HUKUM SOLAT SUNAT SEBELUM MAGHRIB - May 13
Ulama berselisih pendapat berkenaan dengan hukum ini kepada tiga pendapat:- PENDAPAT PERTAMA: Disunatkan solat sunat sebelum maghrib. Ini pendapat mazhab Syafie dan ulama Zahiri. Dalil pendapat...(more)

GAMBAR SEKITAR MESYUARAT AGONG PAS CAWANGAN CHINI 4 - Apr 18


UMRAH WARGA CHINI - Feb 12
Warga Chini yang akan menjadi tetamu Allah yang di ketuai oleh Ustaz Fadhilnoor Yamani dan Ustaz Haris telah berlepas selepas zohor dari masjid Chini 2.. Umrah dan...(more)

COMANGO Melukakan Ummat Islam - Jan 09
1. Negara dikejutkan dengan kehadhiran sebuah gabungan Ngo [ The Coalition of Malaysian NGOs in the UPR Process ] COMANGO yang terdiri daripada 54 pertubuhan telah menyediakan satu laporan...(more)

RM2.2 BILION ? PENEROKA AKAN KEHILANGAN LEBIH BANYAK KEUNTUNGAN. - Oct 21
Normal 0 false false false MicrosoftInternetExplorer4 /* Style Definitions */ table.MsoNormalTable {mso-style-name:"Table Normal"; ...(more)

TIPS MENJAGA BUAH PINGGANG - Aug 17
 Ketua MTD Pas DUN Chini kita sakit berpunca kedua-dua buah pinggang beliau tidak berfunsi ..Kini beliau terpaksa berulang alik ke hospital seminggu tiga kali untuk cuci darah... Beliau kini...(more)

GAMBAR PROGRAM PEMUDA DUN CHINI ( 1 ) - Jun 11


Catatan Safwan Anang selama 3 hari berada dalam penjara. Siri 1-3. - Jun 06
Realiti seorang banduan di penjara Sg Buloh oleh : Safwan Anang (31302770) Terlalu banyak cerita yang nak dikongsikan sepanjang aku di Sg Buloh. Patutlah bila ditanya kepada bekas tahanan ISA,...(more)

Widget by Beautiful Beta

Selasa, 11 September 2012

Cara Betul Menggunakan Ungkapan 'Subhanallah' dan 'Masya Allah

Seringkali kita mendengar terpacul keluar dari mulut seseorang perkataan " SUBHANALLAH" dan juga " MASYA ALLAH".

Zikir Yang Menjadi Adat
Di alam Melayu, selalunya kita akan mendengar ungkapan sebagaimana berikut jika kita rasa terkejut bila mendengar atau melihat sesuatu yang negatif, contohnya bila kita dengar orang yang buat maksiat

"Masya Allah, kau berjudi?"  Atau juga bila kita mendengar cerita seseorang yang menzalimi ibu bapa, anak dan sebagainya. "Masya Allah, anak apa kau ni, buat begitu kat mak ayah kau" 


Begitu juga perkataan lain yang terkeluar dari mulut , umpama " SUBHANALLAH"
Biasanya jika berlaku perkara yang difikirkan ajaib, takjub dan indah, ungkapan "SUBHANALLAH" akan keluar. Contohnya jika kita dengar orang dapat 20A1 dalam SPM "SubhanaLLAH, hebatnya dia"

Begitulah  kita, jika kita mendengar sesuatu yang baik, pasti kita akan sebut " SubhanALLAH" dan jika kita mendengar sesuatu yang buruk atau negatif , kita akan ungkap "MasyaALLAH"

Penggunaan Yang Terbalik

Jika diteliti dan dikaji, perkataan (ungkapan zikir) yang kita gunakan (praktik) tika berhadapan dengan situasi di atas amat berbeza dengan apa yang diajar oleh Islam

Ungkapan "Masha Allah" sepatutnya digunakan untuk perkara yang menggambarkan keindahan, ketakjuban yang positif terhadap sesuatu perkara . Sebagai contoh, kejayaan seseorang dalam pelajarannya atau bidangya perlu kita sebut  "Masya Allah, hebatnya, dia dapat 20A1 dalam SPM" " Masya Allah, dia dapat cipta enjin solar berkelajuan tinggi"

Juga kita boleh menyebut
"Masya Allah, cantiknya baju awak"

Al-Quran menukilkan ayat berkenaan penggunaan kalimah "MasyaAllah ini dalam surah Al-Kahfi ayat 39 (Juzuk 15):

" Mengapakah tidak engkau katakan "MasyaAllah", tiadalah kekuatan melainkan dari Allah ; tatkala engkau melihat aku kurang berbanding engkau dari segi harta dan anak pinak"

Dari ayat tersebut dapat difahami bahawa jika kita mendapati kita lebih hebat dari orang lain, maka sepatutnya kita menyebut 'MasyaAllah".  Bukan dalam bab ini sahaja bahkan dalam apa jua perkara yang indah dan menarik , inilah kalimah yang sepatutnya diucapkan, bukannya perkataan lain .

Dalam masa yang sama, penggunaan kalimah ini boleh menghindari seseorang mendapat penyakit " ain" atau sumpahan mata . Oleh itu tidak hairanlah jika kita dapati di kebanyakan negara Arab, Pakistan dan Iran , mereka akan melakarkan perkataan "MasyaAllah" jika mereka sedang dalam proses pembinaan bangunan dan kalimah itu kekal sehinggalah bangunan siap dibina.

Manakala penggunaan kalimah SubhanaLLAH pula biasa digunakan oleh baginda SAW dalam perkara yang dianggap pelik atau hairan pada perbuatan yang kurang tepat .  Sebagai contoh dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Tirmizi, dari Abu Hurairah ra mafhumnya

"Suatu hari aku berjunub dan ternampak Rasulullah SAW berjalan bersama para sahabat, lantas aku menjauhi mereka dan pulang untuk mandi junub, setelah itu aku datang menemui Rasulullah SAW . Baginda bersabda : Wahai Abu Hurairah, mengapakah engkau melarikan diri tatkala ternampak kami? Aku menjawab: Wahai Rasulullah , aku kotor (berjunub) dan aku tidak selesa untuk bertemu kamu.   Rasulullah SAW bersabda : SUBHANALLAH!! sesungguhnya mukmin tidak najis "

Lihatlah bagaimana ungkapan Nabi tika mendengar kata-kata Abu Hurairah . Baginda tersentak dengan fahaman Abu Hurairah yang kurang tepat .

Oleh itu, sepatutnya jika berlaku atau terdengar sesuatu yang negatif , kita ungkapkan "SUBHANALLAH", contohnya

"SubhanaLLAH, awak belum solat lagi?"
" SubhanaLLAH, kenapa boleh jadi macam tu?"

Mungkin kita tertanya-tanya, bagaimana pula ayat Al-Quran yang menggunakan kalimah "SubhanALLAH" ketika membicarakan soal penciptaan langit dan bumi serta seisinya yang cukup mengagumkan?

Jawapannya ialah kerana ketakjuban kita dan keindahan yang memukau itu menyebabkan minda kita melayang-layang yang memudahkan syaitan menusuk 'jarumnya' untuk membayangkan zat Allah, lantas kita perlu sucikan Allah dari segala bentuk bayangan minda yang salah . Juga untuk memasukkan dalam jiwa kita sekalipun kita takjub pada alam, Allah yang lebih layak untuk kita kagumi . Wallahu a'lam (diangkat dari http://www.nuruldahlya.com/2012/08/cara-betul-menggunakan-ungkapan.html)
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

BEKAS SETIAUSAHA GERAKAN KELANTAN DI KG MENKASAR PEKAN PAHANG




Lagi video akan menyusul
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Pengikut

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...