PAPAN KENYATAAN

KOSONG

Sabtu, 5 Disember 2009

Lebih 3,000 Hadiri Himpunan Sokong Nik Aziz

KOTA BHARU: Lebih 3,000 penyokong PAS, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan NGO dari kaum Melayu, Cina dan India telah berhimpun di hadapan bangunan perhubungan PAS di Jalan Maju di sini bagi menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.


Pada perhimpunan aman tersebut satu memorandum sokongan terhadap kepimpinan Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS telah diserahkan oleh wakil Pertubuhan Kebajikan Penyokong Setia Tok Guru.

Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan, Datuk Husam Musa dalam ucapannya menyatakan rasa hairannya kerana pihak Umno menyuruh Nik Abdul Aziz meletakkan jawatan kerana isu doa yang dibolehkan oleh agama Islam.

"Tuhan menyuruh kita berdoa sekiranya kita menghadapi masalah, tetapi pihak Umno menyuruh Tok Guru (Nik Abdul Aziz) meletakkan jawatan, saya tak pernah jumpa lagi dalam dunia parti politik macam ni.

"Pitih (duit) tak dapat, doa pun tak dapat, Najib patut letak jawatan," katanya.

Wakil Dewan Muslimat PAS, Zailah Yusuf menegaskan pihaknya tetap berdiri teguh dibelakang kepimpinan Nik Abdul AZiz sehingga keakhir hayat beliau dan yakin PAS akan dapat menguasai Malaysia satu hari nanti.

Turut sama memberi ucapan ialah wakil dari kaum Cina, India dan Siam yang menyatakan sokongan agar Nik Abdul Aziz meneruskan kepimpinannya.












Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Pengikut

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...