PAPAN KENYATAAN

KOSONG

Jumaat, 12 Mac 2010

MAZLAM ALIMAN

semua sumber dari http://www.pahangkini.net/


RAUB: Pengerusi Persatuan Anak-Anak Felda Kebangsaan (Anak), saudara Mazlan Aliman boleh mengambil tindakan Saman malu terhadap Pengurus Felda Lembah Klau yang menghalangnya mengadakan dialog bersama peneroka di felda tersebut sehingga berlaku penahanan keatasnya.


Mahkamah Majistret Raub, pagi tadi walau bagaimana pun telah membebaskan Mazlan dengan bon polis berjumlah RM 3,000 tanpa sebarang pertuduhan.

Peguam Mazlan, Mohd Harris Abdullah dalam Sidang Akhbar Khas yang diadakan di Pejabat PAS Kawasan Raub, petang tadi menyatakan ada asas yang kuat bagi membolehkan saman malu dikenakan terhadap pengurus Felda Lembah Klau berhubung isu menahan Mazlan daripada mengadakan dailog bersama peneroka.

“Saman malu boleh dkenakan. Ada asas yang kuat untuk berbuat demikian kerana tuduhan terhadap Mazlan menceroboh masuk kawasan Felda tidak tepat. Menceroboh mesti dijelaskan dengan maksud berlakunya unsur jenayah tetapi ia tidak berlaku dalam kes ini.

”Sebagai orang yang mempunyai nama besar dan telah dimalukan Mazlan ada asas untuk membuat saman malu,,” katanya.

Sementara itu Naib Presiden PAS yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man dan Mazlan Aliman sendiri tidak menolak kemungkinan menyaman pihak yang terbabit.

”Kita akan saman Pengurus Felda terbabit. Dia bertindak diluar batasan yang sepatutnya,” kata mereka.


RAUB: Pengerusi Persatuan Anak-Anak Felda Kebangsaan (Anak), saudara Mazlan Aliman berkata peristiwa penahanan beliau oleh pihak berkuasa keselamatan dan felda bersabit isu dialog bersama peneroka Felda Lembah Klau kemarin tidak akan melemahkan semangatnya untuk meneruskan perjuangan.

Dalam sidang media khas pembebasannya di Pejabat PAS Kawasan Raub, sebentar tadi, Mazlan berkata kejadian yang berlaku telah menambahkan lagi tekad untuk melahirkan sebuah masyarakat peneroka yang berani memperjuangkan hak-hak peneroka dan generasinya.

“Sebagai pemimpin Anak, inilah kali pertama saya ditahan dan dimalukan pengurus felda. Penahanan ini tidak akan melemahkan semangat saya untuk terus berjuang bagi membentuk masyarakat peneroka felda yang berani memperjuangkan hak mereka dan generasi mereka,” katanya.

Turut Hadir dalam Sidang Media itu Naib Presiden PAS yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, Peguam Mazlan, Haris Abdullah, Pesuruhjaya PAS Nengeri Sembilan, Dr Zulkifli Ahmad, Yang Di Pertua PAS Raub, Dr Nilam serta pimpinan Pakatan Rakyat.

Dato’ Tuan Ibrahim dalam ucapannya mempertegaskan bahawa PAS tetap berusaha untuk mengambil tindakan undang-undang bersabit penahanan Mazlan.

“Kita sangat dukacita terhadap penahanan ke atas Mazlan sesuatu yang amat tidak wajar. Kita akan mengkaji dari segenap aspek untuk mengambil tindakan undang-undang keatas pengurus berkenaan,” katanya.

Sementara itu para penyokong Mazlan gembira beliau dibebaskan dan mengecam tindakan pengurusan Felda Lembah Klau sehingga menyebabkan Mazlan ditahan.

”Kami sokong penuh tindakan undang-undang diambil. Mazlan adalah wira yang berani memperjuangkan nasib peneroka tidak macam pemimpin Umno yang dayus dengan menggunakan pihak pengurusan felda untuk menyekat pengaruh politik pembangkang,” kata mereka.




Satu sidang Media Khas Berhubung Penahanan Mazlan Sedang Di Adakan

Di Pejabat PAS Kawasan Raub

Kronologi Penangkapan Mazlan Aliman

09/3/2010

- Pengurusan Felda membuat laporan polis agar bolis bantuan menambahkan ahli dan meningkatkan kawalan keselamatan di Felda Kg Lembah Klau

- lingkungan 5.30ptg, Mazlan bersama beberapa orang penduduk membuat laporan polis di balai Polis Raub berkenaan sekatan dan gangguan oleh pihak polis dan pengurusan felda.

- Pengurusan Felda sekali lagi membuat laporan polis dengan mendakwa Mazlan & penduduk yang bersamanya menceroboh tanah Felda.

- Mazlan ditahan di balai Polis Raub untuk dibicarakan keesokan hari.

10/3/2010

- lingkungan 10.30pg Perbicaraan kes Mazlan bermula

- 1.30tgh Mahkamah Majistret Raub membenarkan Polis menahan reman sehingga keesokan hari untuk soal siasat.

11/3/2010

- 10.00pg Orang ramai mula berkumpul di perkarangan Mahkamah Majistret Raub untuk mengikuti perbicaraan.

- 10.30pg Mahkamah memutuskan mazlan dibebaskan dengan jaminan polis dan di bawa ke Balai Polis Raub

- 10.45pg Selesai berurusan di Balai Polis.

- 12.50tgh Sidang Media Khas dibuat oleh mazlan bersama Pimpinan Pas Pusat dan Penyokong Pakatan Rakyat.

turut hadir Naib Presiden Pas Ust Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man




RAUB: Pengerusi Persatuan Anak-Anak Felda Kebangsaan (Anak), saudara Mazlan Aliman telah dibebaskan dengan jamin polis oleh Mahkamah Majistret Raub berhubung isu dialog bersama peneroka Felda Lembah Klau.

Mazlan yang tiba di perkarangan mahkamah sekitar jam 10.30 pagi tadi kemudiannya dibebaskan pula oleh mahkamah, kira-kira setengah jam kemudian. Mazlan seterusnya dibawa semula ke Balai Polis Raub dipercayai bagi urusan dokumentasi dan pembebasan sepenuhnya.

Peguamnya Haris Abdullah memberitahu satu sidang media khas akan diadakan di pejabatnya bagi memperjelasan kedudukan kes Mazlan. Pahangkini.net di fahamkan Naib Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man turut hadir.
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Pengikut

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...