PAPAN KENYATAAN

KOSONG

Selasa, 27 Julai 2010

JAMBORI AMAL PAHANG

Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Selasa, 13 Julai 2010

Satukan Umno dulu sebelum ajak PAS

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 13 Julai: PAS menasihatkan mereka yang cuba berusaha menyatukan parti itu dengan Umno supaya tolong menyatukan sesama Umno dahulu sebelum menyatukan orang lain.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, Umno kini berada di dalam keadaan yang bercelaru dan perpecahan sesama sendiri, kerana berebut “kek projek “ yang semakin kecil.

Menurutnya, Umno sekarang berada di akhir hayat, kerana sudah kehilangan identiti dan krisis nilai di kalangan ahlinya.

Beliau berkata, perjuangan Umno hanya berteraskan kepada benda, bukan ideologi.

Mereka yang memimpin Umno, kata beliau semuanya kerana perjuangan perut bukan menegakkan idealisme perjuangan seperti mereka yang terdahulu.

“Masuk Umno kerana projek dan ‘mengalibabakan’ khazanah negara sehingga perjuangan bangsa tergadai. Sekarang apabila banyak projek sudah tidak ada khususnya di Selangor yang dianggap lubuk emas, maka pemimpin Umno cuba bercakap soal perjuangan bangsa dan perpaduan Melayu untuk menarik kembali sokongan rakyat di negara ini, dan cuba menjadi umpan perpaduan untuk menimbulkan keraguan di kalangan Pakatan Rakyat,” katanya.

Tegasnya, PAS terus komited dengan Pakatan Rakyat dalam agenda perjuangan politiknya di Malaysia.

Penegasan itu, katanya telah dikukuhkan lagi untuk kali terakhir di Retreat Pimpinan Tertinggi PAS di Port Dickson pada 9 hingga Julai lalu.

PAS, jelasnya merasa selesa untuk melaksanakan agenda perjuangannya bersama dengan Pakatan Rakyat di negara ini, dan sudah terbukti di Selangor dan Pulau Pinang walaupun bukan PAS yang mengetuai kedua-dua negeri tersebut.

Katanya lagi, program menyemarakkan kefahaman Islam lebih rancak di bawah pemerintahan PR walaupun baru berusia tidak sampai 3 tahun.

“Pencapaian ini boleh dilihat di masjid-masjid dan surau yang diimarahkan berbanding 51 tahun di bawah Umno memerintah, ini adalah fakta yang boleh diukur dengan mata kasar,” katanya.

PAS, katanya hendak menasihatkan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan rakan-rakan yang sewaktu dengannya, kononnya mendakwa sebagai tenaga pemikir, sebenarnya penyokong Umno tegar, yang mempunyai kepentingan dunia yang tidak berkesudahan.

Menurutnya, mereka hanya berani bercakap kepada perkara yang menguntungkan politik Umno, tetapi membisu ketika kemungkaran dan pengkhianatan Umno kepada agama dan bangsa.

“Kita tidak dengar suara mereka mengkritik dengan lantang ketika khazanah negara habis disapu dan digadai.

“Membisu ketika kes Pulau Batu Putih, telaga minyak yang bernilai RM320 bilion terlepas kepada Brunei, 217 hektar tanah KTM difaraid dengan Singapura, tanah rezab Melayu yang ditinggal penjajah selepas merdeka seluas 3 juta hektar yang hanya separuh sahaja lagi yang berstatus rezab Melayu dan banyak lagi isu yang mengguris perasaan orang Melayu Islam di negara ini. Apakah semua ini angkara Pakatan Rakyat?” ujarnya.

Justeru, tambahnya PAS menasihatkan mereka itu agar berhentilah daripada menjadi ayam sabung Umno, untuk bersama-sama dengan PAS.

“Serulah rakyat untuk bersama dengan PAS, bukannya ajak PAS bersatu dengan parti yang sudah hendak karam. Habiskanlah sisa umur yang semakin senja untuk berbakti kepada perjuangan Islam yang dipimpin oleh PAS, ketika gerakan massa dari kalangan muda mudi yang tidak bertudung dan bersubang sebelah bersama PAS untuk menyelamatkan negara daripada kepimpinan yang rakus,” ujarnya.

Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Ahad, 11 Julai 2010

PAS Pekan Anjur Kursus Pemberitaan ?

PEKAN: PAS Kawasan Pekan telah menganjurkan program Kursus Asas Pemberitaan bagi mencungkil bakat baru penulis berita dari kalangan ahli dan anak ahli untuk membantu mengenengahkan suara dan kegiatan PAS dengan lebih berkesan kepada masyarakat.

Satu program yang baik yang patut diadakan setiap kawasan ...

Walau pun saya tidak diundang dengan semua cara dan semua keadaan tetapi saya tetap menyatakan ia baik untuk semua ajk Pas Kaw.

Ps/ - Siapalah diriku ...."Aku hanya blogger cap ayam"
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sabtu, 10 Julai 2010

INGATAN UNTUK KITA

1. ‘Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. Ini sangat memalukan umat Islam kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja’. (Dr. Mahathir b.Mohamed, 14.7.1992)


2.‘Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan’.
( Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak : 20.4.1993)


3.Saya akan memastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh BN tidak akan melaksanakan hukum hudud’. (Dr. Mahathir b.Mohamed, 1994)


4. ‘Apa erti pembentukan negara Islam jika ia mundur’. (Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi: 13.11.1999)


5.Kalau pencuri kita potong tangan kanan,nanti besok2 dia mencuri tangan kiri pulak,potong tangan kiri,besok2 dia mencuri pakai kaki pulak,potong kaki pulak..dah tk ada apa untuk di gunakan untuk mencuri dia pakai mulut pulak.
(Dr Mashitah Ibrahim 2008)
Apakah hukumnya orang Islam yang menolak hukum Hudud?

Orang Islam yang sengaja menolak hukum Hudud adalah kafir dan terkeluar daripada Islam.
Apakah hukumnya orang Islam yang menghina agama lain?

Walaupun Islam menganggap semua agama , ideologi , falsafah dan ajaran yang tidak berasal daripada wahyu Ilahi dan bertentangan dengannya sebagai SESAT & MENYELEWENG , akan tetapi Islam tidak membenarkan ( mengharamkan ) para penganutnya menghina agama-agama itu dengan sewenang-wenangnya , apatah lagi menghina tuhan-tuhan mereka .

Firman Allah Ta’ala di dalam ayat 108 , surah al-An’am


“ Janganlah kalian, wahai orang-orang mukmin, mencela patung-patung yang disembah oleh orang-orang musyrik selain Allah. Hal itu akan membuat mereka marah lantaran perbuatan kalian, dengan berbalik mencela Allah akibat sikap melampaui batas dan kedunguan mereka. Seperti apa yang Kami hiasi mereka dengan rasa cinta terhadap patung-patungnya, masing-masing umat juga Kami hiasi dengan pekerjaannya sesuai kesiapannya. Kemudian, semuanya hanya akan kembali kepada Allah di hari kiamat. Dia akan memberitahu mereka hasil perbuatannya dan akan memberikan balasannya “:.
Apakah HUKUMnya kita memilih PEMIMPIN yang menolak atau tidak melaksanakan HUKUM HUDUD?

Memilih pemimpin yang menolak hukum Hudud adalah berdosa.

Mari kita semak maksud Firman Allah Ta’ala:




"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu jadikan bapak-bapak dan saudara-saudaramu itu pemimpin-pemimpinmu, jika mereka lebih mengutamakan kekafiran dari pada keimanan, dan barangsiapa di antara kamu yang menjadikan mereka pemimpin-pemimpinmu, maka mereka itulah orang-orang yang zalim" (Attaubah : 29).

Artikal asal CUPING MERAH
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Khamis, 1 Julai 2010

OLE-OLE DARI KELANTAN

19 KEPING GAMBAR SEMUANYA




1





















Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Pengikut

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...