PAPAN KENYATAAN

KOSONG

Isnin, 21 Oktober 2013

RM2.2 BILION ? PENEROKA AKAN KEHILANGAN LEBIH BANYAK KEUNTUNGAN.



Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila mencadangkan penjualan baki 51% saham syarikat pengeluar minyak kelapa sawit terbesar dunia, Felda Holdings Bhd (FHB), dan pengkritik berkata ia akan memudaratkan pemiliknya, Koperasi Permodalan Felda (KPF).

Penganalisis kewangan meramalkan perjanjian RM2.2 bilion itu akan menguntungkan FGVH.
Tetapi pengkritik berkata KPF yang mewakili 113,000 peneroka akan kehilangan wang tunai dan berhadapan dengan masa depan tidak pasti.

“Mereka mungkin akan dapat sesuatu, tetapi dalam jangkamasa panjang, mereka sebenarnya kehilangan lebih banyak keuntungan,” kata penganalisis ekonomi terkemuka, Tan Sri Dr Kamal Salih kepada The Malaysian Insider, merujuk kepada dividen lumayan 15% hingga 16% diberikan kepada pemegang saham.

Pada ketika ini, FHB merupakan pengeluar minyak sawit mentah terbesar dunia (CPO), dengan 3.3 juta tan dikeluarkan pada 2012. KPF memegang 51% kepentingan dalam syarikat itu manakala baki 49% adalah milik FGV.

“Sebanyak 80% daripada kekuatan KPF datang daripada FHB. Kehilangan 80% kepada projek FGV menyebabkan masa depan KPF tidak menentu,” kata Presiden Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman.
Penganalisa ekonomi, Azrul Azwar Ahmad Tajudin bersetuju dengan kebimbangan Mazlan dan berkata, KPF akan mengalami kerugian lebih besar jika menjual saham mereka sekarang.
“Saya bimbang KPF tidak akan mempunyai apa-apa untuk menjana pendapatan pada masa akan datang,” katanya yang juga pemikir ekonomi untuk Institut Rakyat milik PKR.

Walaupun Pengerusi KPF, Datuk Faizoull Ahmad mengatakan perjanjian RM2.2 bilion itu akan digunakan untuk melabur dalam anak syarikat Felda sedia ada, terdapat keraguan pelaburan itu akan menyamai keuntungan besar yang mereka perolehi kini.
“Terdapat kebimbangan sama ada pelaburan itu akan memberikan pulangan yang baik kepada ahlinya,” kata Azrul.

Selain itu, keputusan FGVH untuk mengawal penuh FHB berbanding membeli sejumlah saham menjadikannya pemegang saham terbesar menimbulkan persoalan mengenai motif di belakang cadangan itu.

Seorang pegawai kerajaan memberitahu The Malaysian Insider pembelian FHB akan menyebabkan FGV tidak diganggu oleh pemegang saham KPF berhubung keputusan pelaburan.
“Semasa mesyuarat awam, FGV tidak perlu berurusan dengan organisasi seperti Anak lagi,” katanya dengan syarat tidak dinamakan.
Anak satu-satunya kumpulan yang menentang perjanjian itu, menyatakan kebimbangan nasib peneroka tidak terjamin jika rancangan FGVH itu berjaya.
“FGVH merupakan syarikat awam yang mana sahamnya turun naik. Ini akan menjejaskan peneroka kerana kehidupan mereka bergantung kepada prestasi FGVH dalam pasaran,” kata Mazlan.
Tetapi pembelian itu juga mungkin tidak memberikan kesan positif kepada FGVH kerana komitmen mengambil alih FHB akan memberikan beban besar kepada syarikat itu.
Ini bukan kali pertama FGVH mencadangkan untuk membeli 51% saham KPF dalam FHB. Pada tahun 2011, FGVH mencadangkan tawaran awam permulaan (IPO) bermaksud peneroka menukarkan kepentingan 51% mereka dengan 61% saham FGVH.
Rancangan itu gagal selepas KPF membuat keputusan untuk menolak tawaran itu.
“Pada 2011, KPF mempunyai pengerusi yang dekat dengan peneroka dan mempunyai pengaruh kuat dalam ahli lembaga pengarah. Sekarang keadaan sudah berubah,” kata Mazlan.

Bekas pengerusi KPF, Datuk Zulkifli Wahab disuruh bercuti pada Disember 2011 selepas pengambilalihan itu gagal. Faizoull mengambil alih jawatan dikosongkan Zulkifli.
Pemerhati bersetuju faktor anak muda dicampur dengan peneroka yang tidak berfikir panjang menyebabkan perjanjian itu tidak dibantah ramai.

“Sudah tentu mereka yang mahu untung cepat mahu menjualnya,” kata Kamal.
Seorang pegawai syarikat memberitahu cadangan itu akan dibentangkan pada mesyuarat agung luar biasa (EGM) KPF pada 27 Oktober. Pemegang saham, termasuk Mazlan akan mendengar nasihat wakil yang datang ke mesyuarat itu.

“Peneroka biasanya akan mengikut sahaja nasihat diberikan oleh wakil itu. Apa yang kami bimbang ialah wakil dipilih untuk hadir ke mesyuarat itu terdiri daripada penyokong FGV.
“Ini merupakan berita sedih. Umno bercakap soal mempertahankan hak Melayu tetapi pengambil alihan ini adalah pengkhianatan kepada Melayu,” kata Mazlan. – 21 Oktober, 2013. 

 Isu menjadi semangkin panas dalam perbincangan di facebook JOM BERSAMA WARGA FELDA dan antara isunya saya copi paste dibawah ini untuk kita fikirkan bersama.

Lagi niaga KPF, tapi orang lain kobarkan!!

Akhbar 'The Edge Malaysia' keluaran Oct 21-27, 2013, laporkan KPF akan beli 10% saham FGV, dalam masa yang sama jualkan 51% saham FH kepada FGV.

FGV maklumkan kepada umum ?. Mesti sudah dapat persetujuan ALP KPF ?. Betul ke? ALP KPF sudah runding dengan ahli2 ? Atau tak perlu tanya mereka lansung ? Macam itu ke ALP KPF buat kerja ? Betul ikut peraturan KPF ke tu?

Macaman pulak tu. Siapa punya tugas jual beli saham ?. Ahli KPF yang jual? Orang lain yang jual ?. ALP KPF sendiri yang jual ?. Tidak seorang pon ahli KPF yang tahu hal ini ?

Siapa yang ada kuasa jual beli bagi pihak KPF? Kita cuma harap (main harap2 aje lah yang mampu ) semuanya berjalan dengan baik, memeberikan kebaikan kepada KPF. Wallahualam.




Jual saham KPF kepada FGV.

Pertanyaan yang ahli2 mesti bertanya. Tanya ALP KPF. Lihat apa jawapnya nanti.

I. Napa sehingga hari ini ALP terus membisa, tidak berminat berunding dengan ahli mengenai butiran tawaran dari FGV. Banyak perkara rahsia? Apakah ahli tidak punyai pandangan dan pendapat yang bernas mengenai jual beli saham?

2. FGV dilapurkan akan membayar sejumlah RM2.2b. Satu nilai yang adil kepada KPF? Macamana butiran perkiraannya?

3.Nap KPF sendiri, sebagai tuan punya saham (sipenjual) tidak boleh melantik wakil yang bertauliah dan berpengalaman untuk menilai sendiri dan memberi taksiran nilai harga saham FH, untuk ditawarkan kepada sipembeli. Atau hanya sipembeli sahaja yang layak memberikan harga putus?

4. Adakah bayaran kepada KPF dibuat secara tunai, atau tukaran saham FGV, atau separoh2, atau macamana? Ikut suka FGV aje?

5. Adakah duit jualan saham akan diagihkan kepada ahli KPF dalam bentuk dividen khas?

Ini soalan asas. Banyak lagi soalan yang ada dalam kepala ahli.Ahli KPF semua kena ambil berat soal jual saham FH. Ini soal wang ringgit. Setengah orang akan gelap mata nengok pitih yang melambak2.

Jangan sudah terantuk baru nak tengadah!
(Saya ketengahkan soalan seperti diatas dari sms Dato Kasah Ahwal)

Pelaburan yang dibuat oleh KPF ada percaturannya. Perkiraan di buat setiap hari: harga saham, keadaan pasaran, pergerakan ekonomi dalam dan luar negara, pergerakan politik dalam dan luar negara. keadaan cuaca, peperangan dan banyak lagi punca2 perkiraan pulangan saham, diambil kira. Satu ketika daulu, hasil pelaburan 51% datangnya dari perniagaan FH. Bila sudah dijual kepada FGV, hilanglah pulangan kepada KPF. Sifar. Ilek. Zero. KPF kena bekerja lebih keras untuk mendapatkan pulangan yang sama daripada punca2 lain. Macam pelaburan ASB, pulangannya hanya sekitar 7%. Pelaburan Saham Amanah yang dibuat oleh pihak swasta, mungkin mendapat pulangan sekitar 4-5 % setahun. Pulangan pelaburan tidak boleh main agak2 atau ramal2 aje. Tetapi sudah pasti, pasca jualan saham FH, pulangan kepada tabungan KPF akan meredum daripada tahun2 sebelumnya. Mulai 2014. Ini 'worst case scenario'.


Kekadang aku rasa FGVH ini macam gah pada nama sahaja. Mengapalah sibuk nak beli saham KPF dalam FHB. Bukankah FHB itu dalam negara (local). Kalau dah nama FELDA GLOBAL VENTURE, carilah syarikat luar negara, baru le global. Baru aku bangga kalau FGVH beli syarikat Wilmar ke, Syarikat Sinar Mas ke atau apa-apa sajelah syarikat luar negara. Baru nama global. Aku agak ini lah DS Najib katakan Golkal. Berfikiran global berbudaya lokal....ORANG FGVH JANGAN MARAH, SEKADAR BEFIKIR DARI SUDUT BERBEZA DARI MEREKA



Dah sah dah.

Berita Harian Sabtu 12 Oktober 2013. 'FGV beli keseluruhan saham Felda Holdings'. (Tawaran membeli dibuat kepada siapa? siapa yang patut beri kata putus jual hak 51% KPF....Felda, Pengerusi KPF, ALP KPF atau AGM KPF?) dengan harga RM 2.2 bilion. (Siapa beri nilaian harga saham terkini? Kisahnya masa penilaian saham Syarikat Felda untuk disenaraikan dulu jumlah harganya RM7.2 bilion. Kalau 51% sepatutnya RM 3.6 bilion).

Ahli Lembaga KPF dah setuju samalah kot. Ahli biasa KPF dah di minta pandangan, apatah lagi dah dapat persetujuan depa ka? Nampaknya ALP KPF yang telah buat persetujuan, tanpa berunding dengan ahli biasa KPF. Dah tu Felda pulak yang bersetuju jualkan saham yang di miliki oleh KPF. Macamana tu? Koperasi membuat keputusan dasar macam itu ka?

Eloklah ikut peraturan biasa KPF buat keputusan. Buat betul2. Kalau jualkan saham FH menguntungkan ahli cakaplah kepada depa. Depa2 pon nak tau. Nak dapatkan harga yang sewajarnya. Itu saja. Maklumlah pelaburan duit KPF. Jangan ada dakwa dakwi nanti. Kita pon ngerti. Kok arahan dari langit.....tak tertahan.

Apa kata penganalisa tentang pelaburan FGV, FIC ?. Baca 'Focus Malaysia Oct 12-18, 2013'.ms 40

1. Laporan Agensi 'Dutch Research Consultancy Profundo' berkata 'environmental, social and governance risks' that might result in serious financial risks for investors'. Ada beberapa 'concerns' dibangkitkan termasuk 'tensions between the company's ambitions and the Malaysian rural poor', 'the use of power politics to grab land'. 'political ownership and control of company management' 'and the use of IPO proceeds to buy a favorable (election) result'.
2.'Since Profundo's report, a series of questionable acquisitions by Felda and its associated and subsidiary companies are threatening to prove the Dutch trio right'.
3.'These acquisitions appear, in fact, to be so far divorced from Felda's original and august aim of 'addressing rural poverty and empowering the poor'.
4. Mereka menyebut tentang belian Iris Corp Berhad. Belian Syarikat teknoloji pada harga 40% lebih tinggi daripada jika di beli dipasaran terbuka. Sedangkan keuntungan mereka Q1 kurang dari keuntungan FGV tempoh yang sama.
5.Pembelian saham Pontian United Plantation oleh FGV pada harga RM140 sesaham berjumlah RM1.2b tunai juga menimbulkan tandatanya kewajarannya.
6.Pembelian RM509juta Grand Plaza Serviced appartments di Bayswater, London , dan juga Grand Borneo Hotel di Kota Kinabalu, dipersoalkan ,juga kewajarannya.
7.Harga saham FGV ? Merosot 10% dari harga terbitannya daulu, RM4.55. Masih belum bersemangat gerakannya keatas.

Memang terjawab perkara yang 'menarik' tentang perbelanjaan FGV (5), FIC (6), dan Felda (4). Tetapi jawaban yang menambahkan pertanyaan. Kerana kita saja ingin tahu.


Lagi hal beli saham dari KPF. Apa yang dibuat oleh FGV memanglah satu corporate game nan biasa. Mencari peluang dan ruang perniagaan. Pemain2 mereka (FGV) pun sudah bertukar regu. Bukan lagi pemain Felda. Cara permainan mereka juga berbeda dengan yang daulu2. Akhir tiap suku tahun nanti kita baca prestasi kewangan mereka. Analisa. Naik ke turun? Prestasi kagum atau meleset? Bikin serupa cakap?

Kiranya pegurusan KPF semestinya secekap FGV. Baru boleh berhadapan dan bertanding, siapa yang lebih cekap mengurusniaga. Jangan diputar belit orang saja. (Contoh KPFQ..ingat?).

Makanya sekarang ini pengurusan KPF uruskanlah jualan saham FH. Untuk mendapat faedah terbaik bagi ahli2nya. Kita ahli2 akan mengintai urusan tuan2. Cekap atau tidak. Untung atau rugi kepada ahli. Ahli layak mendapat pulangan yang maksima. Bukankah tuan2 juga setuju untuk menjualkan saham dalam FH?

Kalau tidak puas hati, ahli2 akan bantah. Ada caranya. Depa (pengurusan KPF) pun tidak pernah bertanya fikiran kita. Macamana nak sampaikan?

Ahli2 KPF jangan kelabu mata mendengar niagaan bilion2. Jangan terpesona dengan bayaran hadiah bonus khas jualan syer ratus ribu. Itu semua 'penyedap rasa'. Jangan terhutang budi kerananya.

Keuntungan itu semua sebenarnya adalah hak mutlak ahli. Bukan datangnya dari duit orang lain. Ikhsan orang lain. Ianya hasil dari pelaburan kita selepas berpuluh tahun, kita dapat syer FH. Hasil prestasi usaha FH sendiri. Ahli KPF dapat syer pon atas ikhsan pengurusan Felda daulu2 memperuntukkanya. Pengurusan sekarang hanya mencadangkan bayaran 'bonus khas'.

Ahli2 KPF hendaklah sedar tentang permainan 'corporate game' FGV. Ahli2 juga mesti sedar tentang hak mereka dalam urusan niagaan saham FH.


Tanya hal KPF lagi.

BHarian (12.10.13) laporkan, saya petik: ' FGV akan membeli baki saham 51% ...dalam FHoldings daripada KPF dalam satu janji niaga bernilai RM2.2b...ia telah mencapai persetujuan dengan KPF untuk mengambilalih kira2 113 juta saham FHB pada harga RM19.61 sesaham...tertakluk kepada kelulusan ahli KPF dan pemegang saham
FGV...dimuktamadkan menjelang akhir tahun ini.

'Pengambilanalih ini dijangka menyumbang secara positif kepada keuntungan FGV kerana FHB adalah sebuah kumpulan yang menguntungkan.'

'Pengerusi KPF berkata..koperasi itu akan menggunakan sebahagian daripada RM2.2b untuk membayar bonus khas kepada 200,000 ahlinya'.

Anda sudah baca? Ada faham? Ada reaksi? Ahli2 KPF kena buat sebok!!

Pihak lain sudah memberi makluman nak beli. Dah ada aku janji niaga dengan KPF lagi. Siap dengan harga sesaham lagi. Kata KPF dah setuju jual. Bila FGV buat tawaran? Bila KPF kata setuju nak jual? Siapa yang kata setuju? Itu mandat Ahli2 ke? Cara yang dibuat oleh ALP berunding dengan FGV adakah mengikut kata sepakat dari ahli?. Mengikut undang2 koop?.

Sampai hari ini ALP KPF senyap sunyai, tidak berbunyi. Barang kita hendak dibeli (diambil cara paksa!!) orang. Awak terkebil2 lagi. Berapa orang itu nak bayar, ikut sajalah harganya. Pengerusi janjikan bayaran khas bonus. Sebab dia tahu orang Melayu suka dapat durian runtuh. Beri duit ontoklah! Niagaan jual beli saham FH itu untung sikit ke rugi ke atau apa2ke tak kisah.

Ahli KPF kena buat keputusan bijak. Kita yang nak jual barang. Kitalah tentukan harganya. Itu hak kita. Jual beli ini bukan soal main2. Bukan ALP sahaja yang pandai. Ahli KPF diluar sana lagi ramai yang pandai. Tapi depa pilih untuk berdiam diri. Kononnya tak ndak 'rock the boat'.

Kita setuju ikut nasihat Tok Guru. KPF dapatkan nasihat pakar jualbeli saham. Berapa nilai harga saham FH la ni, kalau nak dijual? Jaga hak KPF. Kita pakat dengan loyar, jaga kepentingan ahli. Nampaknya tidak ada orang lain yang boleh dipercayai untuk menjaga kepentingan ahli KPF yang tidak ada apa2 kuasa ghaib ini.

AGM KPF nanti Ahli2 telah dipujuk untuk kata setuju. Betultak? Adohai nasib...Lebai malang..ayam sabung menang..kampung tergadai terjadi lagi.


Terkini. Niaga saham KPF.

Ada dengar? Banyak ahli, banyak tempat, dah kata dah. Hanya satu pilihan? Jualkan saham KPF dalam FH kepada FGV. Caveat. Dengan harga yang munasabah kepada KPF.

Alasan yang ditafsirkan? Tidak percaya kebolehan Felda mempertahankan hak KPF, (bahkan mereka yang mendalangi penjualan). Tidak percaya kemampuan ALP menjadi benteng kepada harta benda KPF ( dongengnya mereka2 sudah dibeli talibarut pemusnah KPF). Tidak yakin FGV akan berurusan menyebelahi KPF.

Ahli2 KPF sendiri tidak yakin kepada masa depan KPF, diurus seperti masa kini. Pengurusan KPF tidak mampu mempertahan diri dari 'serangan', melalui tindak tanduk urusan perniagaan pembeli yang tidak menyebelahi KPF.

Apa lagi tunggu ?

Pesanan Tok Guru, khabar dari Tiga Abdul yang telah mengadap, sebelum makan 'beriani gam': Jualkan. Jaga duit ahli. Pulangkan tidak kurang dari jumlah mereka labur, dengan tokok tambah, jangan kosong. Pastikan perkiraan wajar mendapat hasil jualan saham FH ( fair value to KPF). Cadangannya mesti lantik ejen bertauliah membuat kira2 jualan bagi pihak ahli, bukan yang dilantik oleh pembeli, nanti di belit!!).

Sempat gak Tok Guru bertanya, apa yang ALP KPF dah buat? ( Saya tambah ...apa Felda dah buat?). Kalau dah apa2 tak buat...apa boleh buat. Sama2 lah kita menanggung rindu semangat Felda daulu2.

Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sabtu, 17 Ogos 2013

TIPS MENJAGA BUAH PINGGANG

 Ketua MTD Pas DUN Chini kita sakit berpunca kedua-dua buah pinggang beliau tidak berfunsi ..Kini beliau terpaksa berulang alik ke hospital seminggu tiga kali untuk cuci darah... Beliau kini berada dirumah sesiapa rakan seperjuangan yang ada waktu sila datang menziarah ....





Untuk kita yang masih sihat ini ...
TIPS MENJAGA BUAH PINGGANG

** Minuman yang diambil hendaklah melebihi dua liter sehari terutama orang yang bekerja kuat serta berpeluh dan cuba elakkan dari memakan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram ,buah-buahan jeruk kering seperti asam boi dan buah kana.

** Memakan mi segera seperti mi maggi dan makanan rapu seperti twisties, chikadess, serta mi kuning dan roti canai memudahkan penyakit buah pinggang menyerang (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei)

** Minuman seperti nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa juga perlu dielakkan kerana kandungan utama minuman ini mempunyai bahan kimia pewarna dan perisa, meminum teh kedai juga wajar dielakkan kerana teh kedai adalah teh ‘recycle’ yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa.

** Pengambilan Coklat perlu dielakan dan meminimunkan pengambilan air milo dan gantikannya dengan horlick , dilarang sama sekali pengambilan minuman bergas kerana merosakkan buah pinggang.

** Kurangkan pengambilan ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang selama 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.

Mencegah adalah lebih baik dari merawat..

Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Selasa, 11 Jun 2013

Khamis, 6 Jun 2013

Catatan Safwan Anang selama 3 hari berada dalam penjara. Siri 1-3.

Realiti seorang banduan di penjara Sg Buloh oleh : Safwan Anang (31302770) Terlalu banyak cerita yang nak dikongsikan sepanjang aku di Sg Buloh. Patutlah bila ditanya kepada bekas tahanan ISA, setiap hari dalam tahanan pasti ada cerita baru..sedangkan aku hanya berada di sana selama 3 hari 2 malam. Cabaran aku sebenarnya telah bermula sebaik sahaja mengambil keputusan supaya tidak dijamin…lawyer cuba pujuk, tapi aku nekad untuk teruskan niat protes…Sudah kali keempat aku ditahan, tapi belum pernah bermalam di lokap mahupun penjara. Setelah 4 orang diikat jamin, tinggal lah aku seorang diri di dalam lokap mahkamah Duta..kemudian dipindahkan bersama 35 banduan lain yang telah selesai perbicaraan dan akan dibawa kembali ke penjara Sg Buloh. Lokap cukup bising dan ditambah dengan bau yang meloyakan. Aku dilihat seperti orang asing, sorang-sorang datang berjumpa bertanyakan “ Kau ni kes apa? Seksyen berapa? ”.
Apa yang sudah menjadi kebiasaan banduan ni adalah menghafal seksyen-seksyen yang berkaitan dengan kes mereka. Sorang ni cakap aku 39 (B) (kes dadah), aku ni pulak seksyen 9 (kes senjata api), yang sorang ni pulak seksyen 302 (kes bunuh), seksyen 376 (kes rogol) dan seksyen bla bla bla. Sekali aku pun menjawab, “ Aku seksyen 4 Akta Hasutan ”. Hah??? Semuanya ternganga mulut bila aku sebut kes yang aku dituduh. Tak pernah dengar pun! Aku hanya mampu tersenyum, nanti lah aku cerita panjang. Datang sorang brader ni duduk sebelah aku, kepala masih botak licin dan hanya sikit je rambut yang baru tumbuh. (seperti orang baru). Aku beranikan diri bertanyakan soalan kepadanya dulu sebelum dia mula bertanya. “Abang ni baru lagi ke duk lokap penjara? Dia jawab, baru jugak lah. Ni dah hari ke-90. Terkejut aku dibuatnya, hari ke-90 pun masih dikira baru. Tapi aku nak tanye kau satu soalan ni, “ Siapa ketua polis negara sekarang ni? Aku dengar-dengar dah tukar..Ya bang, dah tukar. Dulu Ismail Omar, sekarang Khalid Abu Bakar. Brader tu seolah-olah terkejut dan mengeluh, “Alamak, susah la aku macam ni..” (Agaknya brader tu tahu macam mana perangai KPN baru kot) Soalan kedua yang ditanya, PRU13 baru ni sape menang ye? lagi terkejut aku dibuatnya. (dan baru aku tahu betapa sengsaranya banduan, berita luar langsung tak tahu). Datang pulak sorang brader terus menunjukkan lagak sebagai orang lama, dan kononnya niat hanya membantu. “ Kau ni masuk dalam penjara nanti, kau duduk la dengan kami..selamat sikit kau ni, kalau tak nanti kau kena buli..(dalam hati, boleh percaya ke mamat ni) Aku jawab, ok ok.. Kau ada duit tak? Nanti nak beli rokok ke, roti ke, air minuman ke, aku boleh tolong dapatkan..Nah, aku dah agak tu point sebenarnya. Aku hanya tersengih dan jawab, “ Mana ada duit bang, dalam dompet ni ada la dua ringgit..aku dah agak diorang ni memang nak “pau” duit. Lepas aku kena, yang lain pun turut kena “pau”. Ada yang bagi dan ada yang tak bagi. Lepas diorang dapat duit tu, diorang gulung jadi kecik dan diorang bungkus ketat-ketat dalam cebisan plastik roti Gardenia supaya betul-betul mampat. Kemudian (aku terpaksa cerita realiti), salah seorang dari banduan memasukkan apa yang di istilahkan di penjara sebagai “roket” ke dalam dubur. Itulah yang dinamakan proses penyeludupan di penjara. Hanya mahkamah tempat mereka boleh seludup, kalau penjara terlalu sukar. Sebab itu ramai dari banduan ternanti-nanti sekiranya mereka akan dibawa ke mahkamah, ia boleh diibaratkan sebuah percutian setelah lama merengkok di Sg Buloh. Dan mereka akan menggunakan duit tersebut untuk berurusan di penjara kelak. Aku dapat mengagak sebab pernah dengar cerita-cerita sebelum ni. Kali ni aku lihat dengan mata kepala sendiri! Apalah nasib aku nanti kat penjara, dalam lokap mahkamah pun dah jadi macam-macam. Hampir jam 4 petang, aku masih belum solat zohor dek kerana urusan yang terlampau birokrasi. Aku buat keputusan, biarlah aku solat dalam lokap ni sahaja walaupun berbau air kencing yang teramat sangat. Perangai banduan, faham saja lah bagaimana. Aku ambil wudhu dan terus ambil penjuru hujung lokap yang padat dengan banduan. Sejurus aku mengangkat takbir, seorang konstabel polis menjerit, “ Nanti !!. ni ambik sejadah ”. Mujurlah, aku ingatkan masih tak dibenarkan solat tadi. Usai aku solat, rupanya 4 ke 5 orang sedang menantikan aku habis solat untuk bergilir-gilir menunaikan solat Zohor kerana waktu sudah hampir tamat. Dalam hati terdetik, alhamdulillah..satu dakwah aku buat mereka..aku mulakan, dan mereka terus mengikut… Hampir jam 5 petang barulah selesai semua urusan di mahkamah..dan aku dengan 35 banduan disumbat-sumbat sehingga muat ke dalam black maria untuk dibawa ke penjara Sg Buloh. Semua terpaksa berhimpit-himpit dengan gari yang berantai. Kesian betul aku pada seorang banduan yang aku rasa sudah warga emas (kantoi kes dadah) terpaksa berhimpit dan kadang-kadang aku tengok sehingga sesak nafas. Inilah nasib banduan rupanya. Kami diiringi dua kereta peronda polis dan aku agak hanya lebih kurang 30 minit kami sudah tiba di penjara Sg Buloh.(memandangkan aku selalu ulang-alik ke rumah isteriku di Sg Buloh) Mana tidaknya, kami semua dah macam ikan sardin disumbat dalam black maria dan di bawa pecut laju semahunya. Tak kira lubang jalan ke, selekoh ke redah saja. Nasib kami aku lah. Aku hanya mampu berzikir dalam hati “cukuplah Allah sebaik-baik pelindung”. Sesampainya kami di Penjara Sg Buloh, semua bergegas turun. Kedengaran laungan dari jauh, “ Wei, cepatlah sikit ”. Brader sebelah aku cakap, “ Ha, cikgu sudah datang ”. Baru aku tahu. Oh itulah istilah mereka untuk pegawai penjara. Mereka semua dipanggil ‘Cikgu’. Dan ada yang satu lagi dipanggil U.K.P. (nanti aku cerita) Mereka ini lagi digeruni daripada cikgu-cikgu. Kami semua diminta beratur dihadapan sebuah pintu besi yang berwarna hijau. Semua banduan baru termasuk aku hanya diam membisu menantikan apa yang ada di sebalik pintu besi ini. Kemudian kami diminta masuk dengan pantas setelah pintu dibuka. Aku agak pintu itu setebal 6 ke 7 inci tebalnya. Cukup kukuh dan menggerunkan! Bermulalah kehidupan aku di penjara Sg Buloh… Masuk sahaja pintu Sg Buloh, kami semua di bawa ke kawasan “kuarantin”. Semua diminta memberitahu atau mengisytiharkan (declare) sekiranya ada membawa bersama telefon bimbit. Mujurlah aku tak bawa dan minta isteri simpan. Tiba-tiba salah sorang Cikgu menjerit kuat “ Bukak semua kasut dan selipar, buang tali pinggang dan keluarkan dompet! Aku cakap sekali saja, sapa lambat siap! Tak lama lepas 4 lima saat…Panggggggggg!!! Orang pertama ditampar selang dua baris dari aku kerana lambat bukak kasut !”. Kan aku dah cakap bukak kasut, bukak kasut la…yang duk terhegeh-hegeh tu kenapa…rupanya mamat tu bukan warganegara dan tak paham bahasa Melayu. Cikgu dah cakap, sape suruh kau datang Malaysia, kau sampai Malaysia ikut undang-undang sini lah. Duduk diam-diam. Kami semua di periksa dengan teliti. Lepas sorang je kena, habis semua banduan dah kecut perut termasuk aku. Jantung mula berdegung kencang! Gedebuk lagi, yang ni pulak lambat bukak tali pinggang. Semua banduan baru seperti kami terlolong mata melihat lepas sorang-sorang kena. Cikgu melaung, siapa-siapa yang tak reti nak ikut arahan dia akan kena! Semua diperiksa di semua anggota badan. Ya, semua sekali tak ada seinci pun yang terlepas. Bukak mulut tu luas-luas. Dari hujung rambut sampailah ke hujung kaki. Tiba giliran aku, badan diperiksa. Pusing belakang, terpampanglah baju aku yang tertulis “Blackout 505”. Cikgu bersuara perlahan, “Oh, kaulah budak tu ye”. Aku hanya diam dan mengangguk. Terkedu. Tak mampu nak keluar suara. Apa lagi, semua banduan beralih arah mata tertumpu pada aku. Mereka hairan, kenapa bila sampai giliran aku, cikgu berlembut. Kalau giliran mereka semuanya tak lepas dari penampar, penumbuk, dan terajang. Semua muka banduan tu kelihatan tak puas hati, seolah-olah aku dapat layanan istimewa. Cikgu terus periksa, kasut aku. Dibukak semua tapak kasut, dirobek-robek takut ada apa-apa yang diselit. Dompet aku dibukak, dibukak kemudian Cikgu terjumpa sekeping memori kad dan Sim Kad lama yang sudah rosak. Cikgu mula melenting, “Kan aku dah cakap kalau ada telefon sila isytihar!!!” Aku menjawab, tak cikgu, tu semua dah rosak. Kau ni saja nak cari pasal sambil Cikgu mematahkan memori dan sim kad lama aku tu. Kesalahan pertama aku, hampir-hampir kena makan pelempang. Mujurlah cikgu masih boleh tahan sabar dengan aku. Habis pemeriksaan pertama, kami semua dibawa ke proses saringan seterusnya. Semua banduan diberi nombor untuk dihafal. No ini dikenal sebagai no SMPP. Entah sampai sekarang aku tak pernah tanya dan tak pernah tahu apa maksud SMPP. Cikgu melaung kuat, “ Mulai sekarang korang semua ni tak dipanggil dengan nama. Korang hanya diberi nombor dan sila hafal nombor masing-masing! ”. Yang tak paham bahasa Melayu sila hafal dalam Bahasa Inggeris, kata cikgu. Mujurlah aku ni jenis cepat menghafal. Selamat peringkat seterusnya. Kesian aku tengok banduan-banduan baru ni tergagap-gagap nak menghafal no lapan angka. Dan no aku ialah 31302770! Selesai ambil no masing-masing, kami ke saringan seterusnya iaitu proses gunting rambut. Cikgu beri arahan, “ Semua bukak baju dan siap untuk gunting rambut. Dah masuk penjara, kena ikut peraturan penjara.” Aku paham sebenarnya arahan tu ditujukan khas kepada aku memandangkan yang lain-lain tu tak ramai yang berambut panjang. Cikgu datang dekat kepada aku, “ Kau boleh tak gunting botak ni? Dah masuk penjara macam nilah caranya…Aku hanya angguk, ye boleh cikgu…
Semua kena gunting guna skala satu. Pendek betul. Sampai giliran aku gunting rambut, aku letak baju Blackout505 aku di meja belakang. Cikgu datang dekat, “ Kau gunting budak ni guna skala dua. Bagi lain sikit dari banduan-banduan ni.” Aku lega la sikit. Sebab rasanya sepanjang aku hidup sejak zaman sekolah lagi tak pernah botak kepala. Selesai gunting rambut, aku berpusing ke belakang untuk ambil semula baju aku. Malangnya, baju Blackout505 aku telah hilang dikebas hanya sekelip mata. Agaknya apa yang berlaku?? Aku cakap, habislah nasib aku kali ni. Tak jaga barang-barang sendiri. Siaplah kena marah lagi dengan cikgu! Rupanya tidak, sebaliknya Cikgu betul-betul mengamuk kali ni. Memekik kepada semua banduan “ Woi, sape yang ambik baju budak ni!!! Baju hitam berkolar, belakang ada tulis Blackout505!!! Aku dapat tahu sape ambik siaplah korang semua! ” Nah, saat tu penjara mula kecoh. Dan aku lebih dikenali dengan gelaran “Budak Baju Blackout505”. Tak sampai 5 minit lepas tu, sorang Cikgu membawa baju aku. Kau tahu tak aku jumpa baju kau kat mana? Tu kat tong sampah besar belakang blok penjara. Ramai betul yang berminat dengan baju Blackout kau ni. Nah ambik, lain kali jaga elok-elok. Aku hanya mampu ucap terima kasih Cikgu. Kali ni aku rasa banduan-banduan tu dah tengok aku lain macam. Betul-betul lain macam. Mana taknya, disebabkan baju aku hilang, mereka semua kena maki hamun! Alhamdulillah, mujurlah baju aku dapat balik dan sekurang-kurangnya aku dah berjaya sampaikan mesej Blackout505 dalam penjara walaupun ramai tak tahu apa isu blakcout ni! Habis gunting rambut, kami semua perlu ambil barang-barang keperluan. Selimut, gelas, timba, sabun dan berus gigi. Aku buat-buat cool walaupun agak terkejut sebab tak pernah jumpa berus gigi macam ni melainkan dalam penjara. Korang nak tahu macam mana, kena masuk dulu baru tahu. Sekadar bergurau je. Lepas ambil semua barang-barang, kami semua diberi selipar penjara. Keras betul selipar tu sampai habis merah-merah kaki aku ni. Nasib aku lah selipar baru dah habis stok, aku terpaksa pakai selipar lama dan saiz besar sebelah. Takpelah, memang niat aku bukannya nak bersenang-senang dalam penjara. Aku terima apa sahaja tanpa banyak komplain. Banduan lain yang ada komplain tak pasal-pasal dapat hayungan kayu cota. Jawapan ringkas bagi permintaan mereka. Petang tu juga aku dapat lihat satu pergaduhan berlaku. Ada sorang banduan yang sekadar bergurau nak baling sampah pada banduan yang lain tiba-tiba tersasar kena pada badan Cikgu. Apa lagi, naik angin Cikgu sampai lunyai banduan tu kena belasah dengan kayu cota. Aku cakap dalam hati, patutlah banyak kali aku dengar cerita banduan mati dalam tahanan. Tapi kami semua mana ada yang berani buka mulut time tu, silap hari bulan siapa-siapa yang buka mulut ke, cuba nak membantu ke, siaplah dia pula yang akan kena balun dengan kayu cota. Semua diam membisu hanya memerhati. Kami diminta pula untuk tukar kepada baju penjara berwarna ungu. Semua bertukar baju hanya dalam beberapa saat selepas amaran diberi oleh cikgu supaya tukar baju dengan pantas. Ramai yang tanpa rasa malu tukar serta merta di tempat yang sama juga. Aku pula ke belakang dan menukar baju sepantas mungkin. Semua diminta beratur panjang dan sorang-sorang masuk ke bilik cermin gelap. Entah apa la pulak kali ni kami perlu lalui. Badan aku sudah mula naik merah-kemerahan kerana rambut yang baru sahaja dipotong belum habis disapu dari badan, nasiblah mana cukup masa untuk buat semua tu. Tiba giliran aku masuk. Oh bilik saringan seterusnya. Kali ni (saya hanya cerita realiti) aku diminta buang semua baju dan seluar, tanpa seurat benang. Aku tersentak sekejap. Cikgu dah mula ulang arahan, “ Kau tunggu apa lagi bukak semua lah. Kau dengar tak?? ” Aku bukak semuanya dan Cikgu mula periksa seluruh anggota badanku. Semuanya sekali lagi diperiksa, cumanya kali kedua ini badan tanpa seurat benang pun. Di pusing-pusing badan aku beberapa kali dan kemudian salah seorang daripada 3 Cikgu yang periksa badan aku tu tanya, “ Nama kau apa? Aku jawab 31302770. La, aku bukan tanya nombor la aku tanya nama kau! Cikgu mula melenting. Yelah, sebelum ni diorang dah cakap takkan panggil nama tapi aku pulak yang kena marah kali ni. Nama saya Safwan cikgu. Oh, kaulah Safwan rupanya. Siaplah aku kena soal siasat kat situ. Kenapa aku buat macam ni, apa kesalahan aku, apa latarbelakang aku, diorang bertiga soal siasat aku dah macam dalam CSI yang selalu aku duk tengok. Masalahnya dalam keadaan aku masih tak berbaju dan seluar. Tak kurang jugak kena maki hamun dengan mereka yang kononnya aku dah gadai masa depan aku, aku dah rosakkan harapan keluarga, bla bla bla. Habis soal siasat barulah aku di minta balut badan dengan hanya menggunakan selimut dan bukannya pakai baju penjara. Rupanya proses saringan kali ni masih belum berakhir. Aku dibawa ke bilik saringan seterusnya. Nah, di sinilah aku betul-betul teruji. Cikgu H (aku hanya sebut huruf depan shj) menyuruh aku duduk betul-betul berhadapan sebuah kerusi besi. Kerusi besi ni cukup unik. Hanya yang pernah masuk penjara Sg Buloh dia akan tahu. Ya, itulah kerusi yang setiap banduan tanpa seurat benang di badan akan duduk mencangkung sambil batuk (membatukkan) diri, “Ehek, eehek, eheek..” Di bahagian bawah kerusi tu pula disediakan satu camera perakam bertujuan melihat setiap (saya terpaksa cerita terus terang) lubang dubur banduan. Dan aku pula diletakkan betul-betul berhadapan setiap kali banduan duduk mencangkung! “ Ha safwan, kau tahu tak kenapa semua banduan kena lalui proses macam ni?” Aku hanya menggeleng kepala. Dan aku tahu Cikgu H ni sebenarnya nak psiko mental dan ketahanan aku. “ Ni lah bertujuan untuk tengok apa yang banduan cuba seludup atau sembunyikan barang-barang larangan dalam dubur. Kau tahu tak aku pernah jumpa banduan simpan handphone dalam diorang punya tu..tak ke gila namanya tu…” fuh, aku betul-betul terkedu! Dan tekak aku mula loya waktu itu. Cikgu H hanya tersengih “ Kau boleh tahan lagi tak? ” Boleh cikgu! Aku berkeras menahan dan melawan mental ku yang cuba memberontak! (sama macam dalam tamrin latihan kepimpinan di universiti, betul-betul teruji mental). Tak cukup dengan itu, setiap banduan yang lambat dan tak faham arahan akan dilibas dengan rotan buluh yang hujungnya sudah pecah. Terbirat bahu banduan yang kena balun. Habis kemerah-merahan. Masalahnya aku ni dipaksa untuk melihat semua yang berlaku depan mata! Tak dibenarkan ke tempat lain! Cikgu H menyindir aku “ ha, nanti dah habis semua banduan baru aku hantar kau ke sel! ” Ah, betapa terseksanya aku terpaksa menghadap semua tu. Aku cekalkan hati sambil hanya mampu berzikir untuk hadapi semua ujian ni. Mulutku mula terkumat kamit membaca zikir sambil diperhatikan oleh Cikgu H. Aku agak proses tu berjalan lebih kurang hampir satu jam sebelum aku bergerak ke menuju ke sel. Selepas tamat proses saringan tadi, aku dibawa sendiri oleh Cikgu H untuk dihantar ke sel. Sambil-sambil berjalan cikgu bercerita dengan aku tentang pengalaman kerja beliau selama ni di Sg Buloh. Tiba-tiba kedengaran laungan suara dari jauh, sergah Cikgu H “ Ha tulah kawan-kawan kau yang dah lama duk kat sini. Suka lah tu akan dapat penghuni baru nanti…” Cikgu H psiko aku lagi rupanya. Selang dua tiga langkah, keluar satu katil yang ditolak oleh cikgu-cikgu. Cikgu H sergah aku lagi, “ Hah, nasib kau baik boleh tengok ni. Tu lah banduan yang baru mati. Kakinya terangkat ke atas. Keras terkaku! Fuh, aku teruji lagi kali ni. Ni belum lagi masuk sel, dah tengok macam-macam kat luar sel. Aku terus diperkenalkan kepada sel aku. Namanya blok Damai. Cikgu H cakap semua orang baru akan dihantar ke blok ini. Cikgu H terus membawa aku, sambil ditanya Cikgu yang jaga blok. “ Ni sape ni? Cikgu H jawab, nilah Safwan budak baju Blackout tu”. Aku hanya mampu tersenyum dan memberi salam kepada Cikgu. “ Amboi kau safwan, sampai Cikgu H hantar kau ke sini.” Aku diam membisu sambil mataku meliar melihat keadaan sekeliling blok Damai. Seram juga dibuatnya dengan pintu besi yang cukup klasik. Siap dengan bunyi. Kriiiiiikkkkkk…
Cikgu H minta diri dan meninggalkan aku dengan cikgu blok Damai. “ No kau berapa? Aku jawab, 31302770 cikgu. Kau duduk sekejap, nanti aku panggil. Kemudian aku dipanggil untuk dihantar ke sel. “ Ambil barang-barang kau ikut aku. Nah, inilah keadaan penjara sebenar. Ada yang duduk bertiga, ada yang duduk dalam dorm beramai-ramai. Suasananya petang itu cukup bising. Aku pula disergah oleh banduan-banduan lama, “Haa ada budak baru lah…” dalam hati siaplah aku lepas ni. Mungkin kena buli nanti. Waktu itulah aku bertemu dengan seorang bekas tahanan ISA Yazid Sufaat, dia menyapa aku “ Eh..Safwan…kau masuk dalam jugak? Aku hanya mengangguk. Dan aku belum pernah berjumpa dengan Yazid sebelum ini, hanya pernah mendengar cerita ketika ada aksi-aksi himpunan membantah ISA. Cikgu terus memotong perbualan kami, “Ha yazid, kau jangan nak hasut budak ni pulak. Duduk diam-diam.” Aku dengan Yazid hanya tersenyum dan menunjukkan isyarat bagus! Aku terus dibawa ke sel bernombor 15. Alhamdulillah, nasib baik aku hanya duduk dalam sel yang memuatkan 3 orang dan bukannya dorm ramai-ramai. Cikgu beri arahan, “ Ha, kau duduk dengan askar ni ”. Rupanya teman sebilik aku adalah seorang bekas askar dan kami hanya berdua. “ Ha, askar kau ajarlah budak ni macam mana peraturan duduk dalam penjara…aku ucap terima kasih cikgu..” bermulalah kehidupan aku di dalam sel bernombor 15 blok Damai. Askar tu baik orangnya. Namanya Jai. Dia yang mengajar aku macam mana cara hidup dalam penjara. Rupanya baru 13 hari dia masuk ke penjara Sg Buloh ni. Aku pun perkenalkan diri secara ringkas. Perkara pertama yang aku nak buat selepas masuk ke dalam sel adalah solat. Waktu dah hampir 6.30 pm dan aku belum solat asar. Jai minta aku mandi terlebih dahulu memandangkan masih banyak rambut di badanku. Aku hanya memandang tandas yang disediakan dalam sel, tanpa apa-apa hadangan. Ya, terbuka luas. Jai memberitahuku, “Alah kau mandi jelah. Nak malu apa kat sini. Semua lelaki…” Aku pun mandi dengan hanya memakai seluar pendek kerana aku tahu hukum aurat antara lelaki tetap ada batasnya. Selesai solat kami menyambung cerita. Rupanya Jai adalah tahanan reman yang dituduh memiliki dadah dan dia nekad untuk buktikan yang dia tak bersalah. Katanya minggu ini keputusan forensik akan keluar untuk membuktikan sama ada dadah atau bukan. “ Aku nak buktikan pada mak ayah aku yang aku tak bersalah dan aku bukan penagih dadah. Tu memang bukan dadah…” cerita Jai pada aku. Aku melihat cara Jai bercerita cukup bersungguh-sungguh dan aku yakin dia tidak berbohong. Aku pula bercerita mengenai kisahku, dia terkejut bila aku sendiri yang menolak untuk diikat jamin. Dan akhirnya dia faham akan tujuanku berbuat demikian. Dia cukup simpati terhadap perjuanganku. Habis cerita aku, aku bertanya kepadanya, “ Macam mana nak tahu masuk waktu solat ni? Dah masuk maghrib ke belum? Jam pun takde ni. ” Jai jawab, kau tunggu lah kejap lagi. Nanti ada orang azan, orang Sabah dia tu. Oo macam tu... Masuk sahaja waktu maghrib, selesai azan Jai askar ajak aku untuk solat berjemaah. Katanya tak pernah solat jemaah dalam penjara ni, kali pertama la ni boleh solat jemaah ni. Alhamdulillah, kali pertama juga aku dapat mengimamkan solat jemaah dalam penjara dan kami berseragam dengan baju penjara yang berwarna ungu. Bersambung..........
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Ahad, 26 Mei 2013

SEMBANG HUDUD

HUDUD POTONG TANGAN SAJA?

”Hudud tak sesuai di Malaysia laa…” komen Cikgu Lee [bukan nama sebenar] dalam bilik guru.

Saya dan Cikgu Aziah [juga bukan nama sebenar] saling berpandangan.

“Mengapa kata begitu, Lee?” Cikgu Aziah bertanya.

“Kalau semua ikut hudud, nanti ramai la yang akan dihukum potong tangan sebab mencuri,” Cikgu Lee menyuarakan pendapatnya.

Saya tersenyum, lalu memberi signal kepada Cikgu Aziah untuk terus berhujah.

“Sebenarnya Lee, hudud itu bukan setakat potong tangan, tau. Menurut hukum hudud, sebelum dijatuhkan hukuman potong tangan pada pencuri, kita kena selidik dulu mengapa dia mencuri. Bila dah sah dia tak ada sebab munasabah yang menyebabkan dia mencuri, dia curi sebab seronok atau nak balas dendam, barulah kita jatuhkan hukuman potong tangannya. Tapi jika didapati dia mencuri sebab dia kelaparan atau sebab dia tak ada kerja untuk beri makan kepada anak-anak di rumah, kita tak boleh hukum dia dengan potong tangan. Sebaliknya pemerintah mesti berikan dia pekerjaan supaya dia boleh dapatkan wang cara halal untuk sara keluarga,” terang Cikgu Aziah secara panjang lebar.

“Oh, macam tu kah? Kira kalau dia mencuri sebab nak bagi anak dia makan, tak kena potong tangan laaa?”

“Betul, tapi kita mesti berikan dia pekerjaan supaya dia boleh berdikari. Tapi jika sudah diberi pekerjaan dan dia tak mahu kerja, masih tetap mencuri, maka barulah hukuman itu boleh dijatuhkan ke atasnya.”

“Potong tangan mana, kanan atau kiri?” tanya Cikgu Lee lagi.

“Tangan mana yang dia gunakan untuk mencuri,” jelas Cikgu Aziah lagi.

“Potong di mana, ya? Di siku kah?” nampaknya Cikgu Lee semakin berminat nak tahu.

Cikgu Aziah yang mengajar Sains itu tetap sabar melayan soalan Cikgu Lee.

“Potong pergelangan tangan.”

“Guna apa potong? Pisau atau pedang?”

“Pisau yang paling tajam,” jelas Cikgu Aziah lagi.

“Mengapa mesti pisau tajam?”

“Supaya tak sakit dan sekali potong saja. Jika guna pisau tumpul, ia akan mengambil masa dan akan menyeksa orang yang dihukum,” saya menjawab.

“Betul, mesti pisau tajam. Sama seperti menyembelih binatang, mesti pisau tajam. Tak boleh pisau tumpul,” sokong Cikgu Aziah.

Hanya kami bertiga dalam bilik guru. Perbualan semakin hangat.

“Kalau ikut undang-undang sivil, orang yang ditangkap mencuri akan dihukum penjara walaupun dia buat begitu kerana anaknya kelaparan dan dia takde duit membeli makanan. Kasihan bila baca tentang ibu tunggal dimasukkan ke penjara beberapa bulan kerana mencuri setin susu untuk minuman anaknya. Jika ikut hudud, ibu itu akan diberi pekerjaan, tak perlu masuk penjara, dan tangannya juga tak perlu dipotong,” saya sambung lagi.

Cikgu Aziah mengangguk setuju.

“Betul, hudud bermaksud mencegah, dan ia sebenarnya sebagai langkah pencegahan, bukan untuk menghukum. Jika kita kaji betul-betul, hudud sebenarnya lebih bersifat perikemanusiaan. Malangnya ramai orang salahfaham dan hanya memandang hudud dari satu sudut saja, iaitu mesti potong tangan jikalau mencuri. Ia sebenarnya lebih kompleks.”

“Betul, dalam beberapa situasi, Islam membenarkan seseorang mencuri. Tak percaya? Misalnya seorang isteri dibenarkan mencuri wang suaminya yang kedekut sehingga gagal memberi nafkah kepada keluarga, dengan syarat jumlah yang dicurinya itu tidak lebih daripada yang perlu.Seorang pekerja dibenarkan mengambil upah daripada majikan jika beliau gagal dibayar gaji untuk kerja yang dilakukan. Dalam kedua-dua situasi, mereka tidak akan dihukum potong tangan, tau,” saya sambung lagi.

“Oh, begitukah?” Cikgu Lee kelihatan terkejut dengan penerangan kami berdua.

“Ya, betul. Hukuman hudud berniat untuk mencegah jenayah.”

“Tapi jika berzina, tentu tak sesuai kerana ia menganiayai kaum wanita. Wanita dirogol akan dihukum sebagai penzina.”

“Lee, jenayah hudud ada beberapa saja iaitu berzina, minum arak, mencuri, merompak, dan tuduh orang lain berzina. Orang yang menuduh seseorang itu berzina mesti kemukakan 4 saksi yang boleh dipercayai, yang lihat berlakunya kejadian itu dengan mata mereka sendiri; bukan boleh tuduh suka-suka saja.Jika timbul keraguan pada salah seorang daripada 4 saksi itu bahwa tertuduh itu tidak berzina, dia tidak boleh dihukum ikut hudud lagi sehinggalah dapat tampil saksi baru yang menuduhnya.”

Cikgu Lee mengangguk perlahan-lahan, nampaknya semakin faham selepas penerangan kami yang panjang lebar.

“Lee, you jangan risau. Hudud wajib untuk orang Islam saja kerana ia hukum Allah, bukan ciptaan manusia sendiri. Orang bukan Islam tak perlu takut sebab kamu takkan dihukum ikut hudud walaupun bersalah. Yang perlu takut hanyalah orang Islam yang suka melakukan perbuatan terkutuk itu iaitu penzina, pemabuk, perompak, pencuri dan penyebar fitnah. Lagipun belum tentu akan dapat dilaksanakan hudud sebab hanya pemerintah saja yang boleh jalankan hukum hudud. Kami rakyat biasa beragama Islam tak boleh jalankan hukum hudud.”

Alhamdulillah.. dua guru bukan opsyen pendidikan Islam, akhirnya berjaya menyakinkan rakan sejawat kami yang nonMuslim untuk tidak takut dengan hudud.


Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Kenyataan Balas Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang terhadap kenyataan Ketua A.M.K Pusat .

Merujuk kepada ucapan Ketua AMK Sdr. Shamsul Iskandar Md. Akin di Kongres Nasional seperti yang disiarkan oleh The Malaysian Insider pada 24 Mei 2013. Maka inilah respon balas saya;
Saya tegaskan, PAS adalah sebuah gerakan Islam yang paling lama dan berpengalaman dalam dakwah, tarbiah dan siasah di Malaysia. Maka PAS lebih faham tahaluf siasi berdasarkan kepentingan Islam berbanding saudara shamsul yang hanya memahaminya berdasarkan kepentingan politik menang semata-mata.
Oleh itu saya nasihatkan saudara shamsul yang baru belajar memahami tahaluf siasi, janganlah sewenang-wenangnya mengatakan presiden PAS benak dalam hal ini.

3- Sepanjang 50 tahun lebih, PAS bukan sahaja tidak pernah mengkhianati rakan tahaluf siasinya bahkan bersedia mengorbankan kursinya dan bekerja keras dengan menurunkan seluruh jenteranya semata - mata untuk memenangkan rakan tahaluf siasinya setiap kali menjelang pilihanraya umum dan kecil.

4 - Banyak sejarah hitam yang berlaku selepas PRU 12 sehingga PAS kehilangan negeri dan ahli disebabkan karenah-karenah ahli-ahli PKR yang membarahkan hati jentera-jentera PAS, namun PAS terus mengukuhkan ikatan tahaluf siasi ini dengan penuh keikhlasan dan samangat setia kawan.

5 - PAS bergerak di atas dasar kepentingan Islam tanpa mengkhianati prinsip dan perjuangannya. PAS bukan sahaja tidak akan mengkhianati rakan tahaluf siasinya bahkan bersikap menasihati rakannya jika tindakannya lari dari prinsip kepentingan Islam.

6- PAS berpegang dengan pesanan Nabi saw :

لا يلدغ المؤمن من جحر واحد مرتين

Artinya: Orang mukmin tidak akan disengat dari satu lubang dua kali.

Maka atas dasar inilah tindakan yang dilakukan oleh presiden PAS adalah diteliti dan dikaji.

7- Tindakan ketua AMK yang menyerang presiden PAS secara terbuka, tidak boleh diterima oleh seluruh pemuda PAS pahang dan mengutuk sekeras kerasnya tindakan itu dan mendesak saudara shamsul memohon maaf secara terbuka kepada presiden kami.

8 - Seandainya DAP boleh menghormati segala permuafakatan dalam PR maka selayaknya PKR juga mencontohi nilai budaya politik mereka agar tidak tersasar daripada landasan matlamat sebenar.

Salam persaudaraan dari saya,
Ustaz Shahril Azman Abd Halim AL Hafiz
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Isnin, 6 Mei 2013

6 VIDEO PANAS HARI MENGUNDI

Berikut adalah antara sebab2 PR tidak berpuashati pada PRU 13: a) Begitu banyak kes pengundi hantu yang berjaya dibongkar. b) Dakwat kekal yang dijanjikan langsung TIDAK KEKAL! Padahal berjuta2 habis untuk beli. c) Keputusan hanya diumum jam 1 pagi iaitu paling lambat dalam sejarah Malaysia! d) Setelah DSAI umum PR menang banyak negeri, serta merta banyak pusat kiraan tiba2 blackout dan secara tiba2 undi BN naik mendadak. e) Berjaya dibongkar apabila 3 peti undi disorok di parlimen Putrajaya. f) Pada pukul 11pm masih ada peti undi cuba dibawa masuk ke tempat pengundian padahal pusat mengundi ditutup pada pkul 5pm. Adakah tempoh 3 jam tidak cukup untuk proses kira undi di buat. g) Negeri Perlis, Terengganu, Perak dan Negeri Sembilan semua BN menang majoriti mudah. Untuk pengetahuan, negeri2 tersebut antara diumum DSAI telah dimenangi PR dan negeri2 tersebutlah yang tiba2 mengalami blackout!! h) Ada pengundi hantu berjaya ditangkap kerana berjaya mengundi 2 kali i) Kertas undi yang dibawa dari luar oleh petugas SPR!! berjaya di tangkap sedangkan adalah mustahil kertas undi boleh berada diluar dan ia satu kesalahan yang besar ! Rakyat yang waras pasti akan menuntut keadilan ! BN+SPR= sarkas
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Jumaat, 26 April 2013

GAMBAR / VIDEO TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ MASJID PUTRAJAYA

Masjid Tuanku Sultan Mizan... hampir seluruh jemaah mengiringi Tuan Guru Nik Abdul Aziz sambil berselawat... Allah Hu Akbar...
Tok Guru Nik Aziz Di Tengah2 Jemaah Masjid Sultan Mizan, Putrajaya, Mendengar Khutbah Jumaat Sebentar Tadi. Inshaa-Allah, Seperti Janji Husam Musa, PR Menang Seluruh Malaysia, Tok Guru Akan Berkhutbah & Mengimamkan Solat Jumaat Disini... Tok Guru Telah Sampai Sejak Awal Pagi Tadi Dari Kelantan. Beliau Tiba Di KLIA Jam 
Kehadiran Luar Biasa Rakyat untuk bersama Husam dan Tok Guru Nik Aziz dalam solat jumaat di masjid besi putrajaya sebentar tadi sehingga melimpah, adalah PETANDA bahawa Insyaallah Barisan Nasional akan terus 
sosok tubuh ini dihina, dicerca hanya kerna tidak sependapat dgn kerajaan. ada yg mengatakanya sesat & pelbagai tohmahan lg. Kehadiran beliau solat Jumaat (26.04.13) di "Masjid Besi Putrajaya" menjadi saksi segalanya2. Tidak memerlukan wartawan media, pegawai peribadi , anggota keselamatan yg ramai, namun susuk tubuh ini cukup membuktikan yg tohmahan di lemparkan padanya bakal ternoktah dgn Isyarat utk "kemenangan Islam" semakin hampir.. kredit untuk Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat — 
Sebaik saja selesai solat Jumaat di Masjid Besi, Putrajaya hari ini 26hb April 2013 hampir semua jemaah bila mendapat tahu akan kehadiran Mursyidul Am PAS TGNA dan calon PAS/PR Dato' Hj Husam Musa berada sama dalam masjid berkenaan, terus menyerbu kearah kedua pemimpin ini untuk bersalaman. Satu suasana yang cukup menyentuh kalbu dan mengharukan sekali. Sayugia diingat, majoriti jemaah adalah kakaitangan kerajaan yang bertugas di Putrajaya. Apakah reaksi spontan jujur lagi ikhlas para warga Putrajaya terhadap TGNA dan Husam Musa menandakan tidak mustahil calon PAS/PR Parlimen P100 Putrajaya, Dato' Hj Husam Musa, akan memenangi parlimen ini? Jawapannya ialah....Ins'y Allah, harapan cukup cerah sekali
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

UMNO KIANAT MELAYU

 
GAMBAR HIASAN
UMNO mengubah persempadanan pilihan raya pada tahun 2003 selepas kalah dalam banyak kerusi Melayu dalam Pilihan Raya Umum 1999. Sebanyak 27 kerusi baru diwujudkan. Namun demikian, Kelantan, Terengganu, dan Kedah masing-masing mempunyai pertambahan pemilih 16.2 %, 21.76 %, dan 17.4 % tidak diberikan sebarang tambaan kerusi. Johor diperuntukkan 6 kerusi parlimen. Sabah dapat 5 kerusi. Semua negeri yang lain mendapat tambahan kerusi, termasuk Wilayah Persekutuan. Sarawak tidak terlibat kerana persempadanan kawasan telah disempurnakan pada tahun 1997. Apakah akibat daripada tindakan itu? UMNO telah mengurangkan suara Melayu di Parlimen Malaysia. Inilah satu pengkhianatan yang dilakukan oleh UMNO terhadap orang Melayu. Bagi UMNO, orang Melayu tiada hak untuk memilih parti lain. UMNO mengamalkan sikap kuku besi terhadap Melayu. Tidak cukup dengan pengkhianatan itu, UMNO bertambah khianat lagi apabila pilihan raya diadakan. Di DUN Pulai Sebatang, Johor terbukti lagi kerakusan UMNO menjual Melayu apabila menyerahkan kerusi tersebut ditandingi oleh calon MCA, iaitu Tee Siew Kiong sedangkan pengundi Cina di situ hanya 38.19% sahaja berbanding pengundi Melayu sebanyak 60.28%. Tee mengalahkan calon Melayu dari PAS, iaitu Shamsuddin Jaafar dengan majoriti 5,765 undi. Sebelum ini UMNO telah serahkan DUN Tenggaroh, Johor kepada MIC; DUN Titi Tinggi, Perlis kepada MCA; Parlimen Gerik, Perak kepada GERAKAN; DUN Kahang, Johor kepada MIC; DUN Cheka, Pahang kepada MCA; DUN Pasir Panjang, Perak kepada MIC; dan DUN Batu Caves, Selangor kepada MIC. Ada banyak lagi yang akan didedahkan. Tungguuuuuu…… Oleh sebab itu, orang-orang Melayu perlu bangkit menuntut hak ini dikembalikan dengan menyokong Pakatan (PAS/DAP/PKR) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 pada 5 Mei 2013 nanti. Hanya dengan cara itu kerusi Melayu bertambah dan Melayu menjadi lebih gagah. INI KALILAH ….. KITA TUMBANGKAN PENGKHIANAT BERNAMA UMNO ….. KITA SOKONG PAKATAN (PAS/DAP/PKR) ….. KITA BENTUK MALAYSIA BARU ….. KITA NIKMATI PENDIDIKAN PERCUMA ….. HARGA MINYAK TURUN ….. HARGA KERETA TURUN ….. TIADA TOL – JUST GO ….. TIADA AES ….. TIADA GST. KEHIDUPAN KITA AKAN LEBIH BAHAGIA TANPA KETIRISAN YANG UMNO BUAT RM28 BILION, TANPA PENGALIRAN WANG HARAM YANG UMNO BIAR RM200 BILION, TANPA SONGLAPAN SAHAM KHAS BUMIPUTERA YANG UMNO SAPU RM52 BILION DARIPADA RM54 BILION - BERSAMA HAPUSKAN PENYANGAK BERNAMA UMNO – TUMBANG UMNO TUMBANGLAH PERASUAH ------ CHANGE!!!
 ----------------------------------------------------------------------------
Antara kesilapan-kesilapan besar UMNO/BN dalam menghadapi PRU 13 kali ini ialah :- 
1) Mengguna dan menjaja politik lucah
2) Membiarkan Tun Mahathir bermaharajelela berkempen
3) Meletak dan merestui Zul Noordin dan Ibrahim Ali sebagai calon mesra BN
4) Menggunakan TV3,RTM,Utusan dan Berita Harian secara keterlaluan dan berlebihan menyerang,mencaci dan memfitnah PR
5) Terlampau mengharapkan para blogger dan cybertrooper yang kaki carut,maki hamun,kaki fitnah cakap merapu sebagai soldadu siber untuk memikat anak-anak muda. 
6) Guna khidmat mat-mat rempit buat ganggu kacau ceramah PR
7) Cara berkempen yang dilihat seperti menghina kebijaksanaan rakyat
8) Terlalu kerap muka Najib terpacul dikaca TV.
9) Takut untuk berdebat dengan PR mengenai manifesto masing-masing
10) UMNO/BN masih terperangkap dengan politik lama dan
11) UMNO/BN tidak memahami kehendak dan inspirasi rakyat
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

ANWAR DI FELDA CHINI 1

 Ribuan yang hadir dalam ceramah Anwar di Felda Chini 1 malam ini... Sepatutnya malam ini Debat antara Anwar dengan Najib tetapi Najib gagal untuk hadir  menyebabkan Anwar menukar tajuk kepada ceramah sahaja...sedia maklum Felda gugusan Chini kebelakangan ini di cop sebagai kubu kuat najib tetapi dengan hadiran yang malam  ini BN kena berfikir dua kali untuk mengatakan ini kubu umno...
 Kehadiran malam ini bukan hanya dihadiri oleh penyokong PR sahaja sebaliknya ramah orang-orang umno hadir sama ..Semoga kebenaran akan membuka hati mereka kepada jalan yang Allah sukai...
 Tidak ada provokasi berlaku pada malam ini yang pada mulanya kita jangka ada sekatan atau kekecohan dari pehak lawan....Segalanya berjalan dengan lancar sekali.
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Pengikut

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...