PAPAN KENYATAAN

KOSONG

Khamis, 9 Januari 2014

COMANGO Melukakan Ummat Islam



1. Negara dikejutkan dengan kehadhiran sebuah gabungan Ngo [ The Coalition of Malaysian NGOs in the UPR Process ] COMANGO yang
terdiri daripada 54 pertubuhan telah menyediakan satu laporan mengenai pelbagai isu-isu hak asasi manusia yang berlaku di Malaysia dan telah menyerahkannya kepada PBB bagi tujuan penelitian. Sesi kajian dan
penelitian ini telah berlangsung pada 24 Oktober 2013 di Human
Rights Council, Geneva, Switzerland.

2. Setiap 4 tahun, Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) akan mengkaji dan meneliti perkembangan serta prestasi
isu-isu yang melibatkan hak asasi manusia sejak tahun 2009 terhadap
193 buah negara-negara PBB termasuk Malaysia. Ia disebut sebagai Proses Semakan Berkala Sejagat Majlis Hak Asasi Manusia.

3. Gabungan Ngo COMANGO ini telah mengemukakan beberapa tuntutan yang disifatkan sebagai kontraversi. Antaranya ialah :

a) Malaysia digesa untuk menandatangani International Covenant on Civil & Political Rights (ICCPR). Menurut Artikel 18 ICCPR, ia mengandungi peruntukan the rights of religious freedom (kebebasan beragama). Kebebasan untuk memilih agama atau kepercayaan termasuk hak seseorang untuk menukar agama yang dianuti.

(Perkara ini boleh
melonggarkan syarat untuk keluar daripada agama Islam.)

b) Malaysia digesa untuk mengiktiraf hak-hak Sexual Orientation and Gender Identity (SOGI) terutamanya bagi golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

( Implikasi perkara ini akan membawa kepada amalan kebebasan orientasi seksual songsang termasuk memberi
kebenaran untuk mengiktiraf perkahwinan sejenis. Ia turut akan
memberikan kesan negatif yang besar terhadap institusi sosial dan
masyarakat.)

c) COMANGO mempertikaikan peruntukan yang terdapat dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah dan menggesa untuk menggugurkan atau meminda
peruntukan mengenai moral policing yang didakwa menggugat hak privasi rakyat.

( Ini satu persepsi yang cuba digambarkan bagi menggambarkan kenaifan kewajiban umat Islam terhadap amalan amar ma’ruf dan nahi mungkar yang sudah tentunya ia dijalankan mengikut prosedur yang berhikmah dan sistematik. )

d) COMANGO mempertikaikan beberapa keputusan mahkamah Syariah terutamanya mengenai isu kalimah Allah, pengharaman ajaran Syi’ah dan hak seorang Muslim untuk menukar agama anak bawah umur kepada Islam.

( Keputusan-keputusan yang eksklusif melibatkan umat Islam ini seharusnya dibincang dengan baik dan tidak dijadikan isu yang spekulatif dan berniat prejudis.)

4. Demi melihat kesejahteraan dan kedamaian antara kaum dan agama, saya menyeru supaya COMANGO menggugurkan
tuntutan-tuntutan tersebut dan merujuk kepada kerangka Perlembagaan Malaysia serta prinsip-prinsip agama khususnya Islam bagi mengelakkan sebarang persepsi yang negatif pertelingkahan yang merosakkan. Selayaknya isu dalaman negara pula melibatkan ummat Islam tidak wajar dilobi ke peringkat antarabangsa (PBB) memandangkan ia harus
ditangani secara ilmiah di negara ini disamping mewujudkan perundingan bersama di setiap peringkat.

5. Namun kami menyokong sebarang usaha yang dilakukan oleh mana-mana pihak yang memperjuangkan isu hak-hak asasi manusia selagimana ia tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip Islam. Islam menyanjungi kemuliaan manusia dan menolak segala bentuk kezaliman yang dilakukan. Firman Allah swt :

وَلَقَدْ كَرَّمْنَا بَنِي آدَمَ وَحَمَلْنَاهُمْ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ وَرَزَقْنَاهُم مِّنَ الطَّيِّبَاتِ وَفَضَّلْنَاهُمْ عَلَىٰ كَثِيرٍ مِّمَّنْ خَلَقْنَا تَفْضِيلًا

"Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan."

Nasrudin bin Hassan
Timbalan Pengerusi 1
Lajnah Dakwah PAS Pusat.


Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Pengikut

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...