PAPAN KENYATAAN

KOSONG

Ahad, 25 April 2010

terkini

Berita dari sini


1.00 Tengahari - Dari Felda

GEDANGSA - saluran 2 dan saluran 3 ada pertambahan

SUNGAI TENGGI - di sungai tenggi dan sungai tenggi selatan ada peningkatan
10% dari tahun 2008 dauhulu.

SUHARTO - jelas ada pertambahan untuk pkr

12.30 tengahari: Sehingga jam 12 tengahari ini, 49.1 peratus atau 31,632 sudah keluar mengundi.

12. 20 pm : Ketua AKM Selangor, Khairul Anuar Bin Ahmad Zainuddin ketika mengulas peratus sedikit keluar mengundi sebelah pagi berkata "Ini mungkin protes senyap orang Melayu kepada Kamalanathan (calon BN)".

12:15 Petang: Calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim berhenti makan tengah hari di Kuala Kubu Baru sebelum melawat ke pusat pengundiaan Rasa.
12.05tengahari: Menteri Besar Selangor, Tan Seri Khalid Ibrahim melawat pusat mengundi di Sekolah Rendah Agama Hulu Bernam. Penyokong PKR menyambut beliau dengan laungan "Reformasi", manakala Pemuda Umno melaungkan "tauke babi)". Penyokong PKR membalas dengan laungan "Altantuya" dan "rasuah".





12 tengahari: Exco Selangor, Elizabeth Wong mengesahkan 'halangan' di dua kampung Orang Asli telah dibuang selepas jam 3 pagi tadi, setelah laporan polis dibuat mengenainya.

12.00 pm : Penyokong BN mula mempamer aksi lucah kepada penyokong PR di Sek. Men. Ampang Pecah. Mereka saling berbalas sorakan. Keadaan masih terkawal.
11.55 am : Suasana sekali lagi tegang di Sek. Keb. Bandar Baru Batang Kali. Kedua-dua penyokong saling berbalas sorakan.

Pergaduhan hampir tercetus ekoran jarak kedua-dua penyokong hanya sebelah menyebelah.

11.36 am : Sekumpulan samseng cuba sekat orang asal dari keluar mengundi.- baca disini
11. 35 am : Pelbagai spekulasi mula tersebar melalui khidmat pesanan ringkas SMS mendakwa PKR bakal menang besar.

Ada yang mendakwa PKR akan menang besar berdasarkan maklumat briged Welsh, pemimpin Umno didakwa sudah beransur ansur meninggalkan Hulu Selangor.

Manakala ada juga SMS mengatakan PKR akan tewas jika hanya 60 peratus sahaja pengundi keluar mengundi. Namun jika Peratus keluar mengundi lebih 61 peratus, PKR dijangka menang besar.

11.30 pagi: Menurut SPR, sehingga jam 11 pagi tadi, 38.21 peratus atau 24,645 sudah keluar mengundi.
Menurut petugas PKR, kadar pengundian di Sekolah Agama Serendah setakat ini kira-kira 25 peratus daripada 1,898 pengundi.

Terdapat juga laporan mengenai pengundi, terutama warga emas, yang pergi ke pusat pengundian yang salah kerana tidak tahu yang nama mereka telah dipindah ke tempat lain.

Warga emas yang pergi ke SRJK (C) khususnya, tidak tahu yang nama mereka telah dipindahkan ke pusat mengundi yang lain dalam daerah mengundi Kampung Baharu Serendah.

Seorang warga emas yang pergi ke Sekolah Agama Serendah medapati namanya didaftar mengundi di SRJK (C) Serendah.

11.20 am : Di Sek. Keb. Ulu Yam Baru- Pemuda BN dilihat mendominasi keadaan. Gelagat sorakan mereka hanya diperhatikan penyokong Pakatan rakyat
11.15 am: Sukarelawan PKR, Maznah Abdul Aziz, 59 mendakwa seramai empat pengundi kaum Tionghua di Sek. Keb. Batang kali Baru terkejut apabila dimaklumkan SPR bahawa nama mereka masing-masing telah dipindahkan ke Parlimen Kepong.



11.10 am : Datuk Zaid Ibrahim tiba di Sek. Keb. Bandar Baru Batang Kali. Beliau bagaimanapun hanya meninjau dari kenderaan yang dinaikinya akibat jalan terlalu sesak.

Beliau bagaimanapun sempat bertanya khabar pengundi yang datang membuang undi dan bersalam dengan penyokong yang berbaris di tepi jalan.

11.05 am : Di Sek. Men. Ampang Pecah-Penyokong PR terus berlawan sorak dengan penyokong BN. Di sebelah PR, mereka melaungkan " enjin jet hilang...BN, curi pasir...BN" manakala di sebelah BN mereka hanya membalas " dua tahun perintah tak buat apa-apa".

Biarpun berbalas sorakan, keadaan masih terkawal dengan beberpa anggota keselamatan dihat cuba menenangkan penyokong dari kedua belah pihak.

11. 00 am : Di Sek. Men. Ampang Pecah- Berlaku sedikit kekecohan apabila pihak polis tidak membenarkan petugas media termasuk wartawan dan jurugambar masuk ke kawasan pembuangan undi biarpun mempunyai pas SPR.

11.00pagi: Ketegangan meningkatkan di Sekolah Rendah Kebangsaan Hulu Bernam, iaitu pusat mengundi majoriti Melayu. Pergaduhan hampir tercetus apabila sekumpulan penyokong BN yang memakai baju-T hitam 'Pemuda Umno' memprovokasi sekumpulan penyokong PKR. Anggota polis dapat mengawal dan menenangkan penyokong kedua belah pihak.

10.50pagi: Kira-kira 350 difahamkan telah mengundi di SRJKC Rasa. Pusat mengundi itu mempunyai kira-kira 1,700 pengundi berdaftarl.

10.49pagi: Para penyokong BN dilihat mengedarkan poster di pusat mengundi di Sekolah Agama Serendah, yang memaparkan calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim minum bir.

10.45 am : Di Sek. Men. Ampang Pecah- Kekecohan berlaku antara penyokong kedua-dua pihak. Mereka pada mulanya salang berbalas sorakan sehingga membawa kepada perang mulut yang hampir-hampir mencetuskan pergaduhan.

Beberapa anggota polis dilihat berkawal ditengah-tengah kedua-dua penyokong.



10.44pagi: Kira-kira 100 penyokong kedua belah pihak berada di SRJKC Khing Ming - kawasan majoriti pengundi Cina. Memandangkan mereka tidak memakai baju parti, maka sukar untuk menentukan sama ada mereka penyokong BN atau Pakatan.

10.43pagi: Kawasan majoriti Melayu Sungai Selisek, 248 daripada 793 pemilih sudah keluar mengundi.

10: 40 am: Pemimpin Pakatan Rakyat bersama penyokong sedang giat menjalankan tugas meraih undi di Sek. Men Batang Kali Baru.

Zaid Ibrahim dijangka tiba di sini sedikit masa lagi. Para wartawan sedang berkumpul di sini difahamkan mahu bertemu dengan Timbalan Pengerusi SPR berhubung isu jumlah pengundi Kampung Tanjong yang sebelum ini sebahagian besar dipindahkan ke Selayang.



10.35 am : Di Sek. Keb. Bukit Rasa- Ketibaan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin disambut laungan 'Yahudi', 'Israel', 'Umno Israel' dan 'rasuah' oleh penyokong Pakatan Rakyat.

Jumlah keluar mengundi di sini seramai 366 orang setakat jam 10 pagi ini.

10:34pagi: Pergelutan kecil berlaku di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Batang Kali antara penyokong Pakatan dan BN. Polis bertindak memisahkan kedua belah pihak.

Keadaan bagaimanapun tenang. Ada yang membawa poster foto calon, manakala segelintirnya kelihatan membawa poster Teoh Beng Hock.

10.40pagi: Menurut SPR, sehingga jam 10 pagi tadi, seramai 16,932 atau 26.25 peratus sudah keluar mengundi.

10.25pagi: Suasana di Sekolah Kebangsaan Kerling tenang. Kedua pihak menyediakan 'pondok panas' tanpa diganggu pihak SPR.

Akhbar Berita Harian dan New Straits Times diedarkan percuma kepada orang ramai di situ.

10.24am: Di Batang Kali, penyokong Pakatan dan BN, bersorak dan mengejek satu sama lain. Penyokong BN memanggil penyokong Pakatan "bodoh, gemuk" dan melaungkan "liwat", manakala penyokong Pakatan membalas “Umno rasuah" dan “Apco-Umno, "Umno-Yahudi”.

10.23 am : Di Sek. Ren J.K.C Khing Ming, Kuala Kubu-Sekumpulan petugas SPR mengarahkan pondok panas yang didirikan kedua dua parti bertanding berdekatan pusat membuang undi dialihkan.

Penyokong bagaimanapun dilihat akur dengan arahan tersebut, dan beramai ramai mengusung khemah yang dijadikan pondok panas dan dialihkan ke kasawan lain.



10.20 am : Tercetus kekecohan apabila Ketua Wanita Keadilan, Zuraida Salleh sampai di sini.

Sekumpulan penyokong BN menolak beliau sehingga hampir jatuh.

Dua remaja dari pihak masing-masing hampir bertumbuk tetapi sempat ditenangkan pihak Polis

10.10pagi: Di Rasa, Kuala Kubu Bahru, penyokong BN dan Pakatan hampir berentap. Sepasukan anggota polis yang lengkap dengan cota, perisai dan pemancar gas pemedih mata, bergegas ke situ.

Ahli parlimen Batu, Tian Chua berusaha menenangkan penyokong Pakatan. Seorang anggota polis mengawal di sebelah penyokong Pakatan manakala enam lagi mengawal di sebelah BN. Tian Chua memberitahu penyokongnya bahawa pihak BN sengaja bertindak memprovokosi mereka.

9.55pagi: Di Rasa, Kuala Kubu Bharu, exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu menasihatkan penyokong Pakatan supaya jangan termakan provokasi pihak BN.

Beliau memberi nasihat tersebut sejurus selepas berlaku pertengkaran antara penyokong kedua belah pihak di mana seorang penyokong BN melaungkan perkataan 'lucah' terhadap at Pakatan.

9.45pagi: Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek tiba di kawasan majoriti pengundi Cina di Baru Kelompang. Penyokong Pakatan di hadapan 'pondok panas' MCA mengusik beliau sambil melaungkan "Dato, marilah sini ambil gambar."

Chua hanya tersenyum dan melambai tangannya. Katanya, beliau yakin BN akan menang. "Saya yakin BN akan menang, tapi dari segi peratus tak tau."

Beliau mengaku bahawa strategi kempen MCA yang hanya ditumpukan kepada isu kampung baru dan pembangunan setempatan, tidak mampu menarik sokongan pengundi muda Cina dan pengundi yang tinggal di luar kawasan itu.

9.42pagi: Penyokong BN di Rasa, Kuala Kubu Bahru (kawasan majoriti pengundi Cina) lebih ramai daripada penyokong Pakatan. Mereka kelihatan 'mengejek' kenderaan yang membawa bendera PKR. Ada sesetengahnya cuba menutup tingkap kenderaan yang bergerak perlahan itu dengan bendera BN.

Penyokong kedua belah pihak yang berjumlah sekitar 70 orang, hampir bergaduh apabila seorang yang memprotes pembinaan menara TNB di Rawang naik angin dan mahu berdepan dengan penyokong di sebelah BN. Bagaimanapun anggota polis berjaya menenangkan keadaan.

Penyokong Pakatan melaungkan "Reformasi" manakala penyokong BN menjawab "Sudah Basi".

9.30pagi: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melawat 'pondok panas' BN di kawasan majoriti Melayu di Sungai Buaya. Kelihatan sekitar 100 penyokong BN dan Pakatan berdiri di kiri kanan jalan mencari undi bagi calon masing-masing.

9.24pagi: BN sediakan 'pondok panas' di sebuah rumah berhadapn dengan pusat mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan KKB, kawasan majoriti Melayu. Tiada kelihatan 'pondok panas' PKR di situ.

9.10pagi: Calon BN P Kamalanathan beredar dari pusat mengundi Sungai Choh untuk meninjau pusat mengundi yang lain. Beliau menyifatkan sambutan para penugndi sebagai 'fantastik'.

Agak ramai pengundi yang beratur untuk membuang undi, sebahagian besarnya wanita dan warga emas. Kelihatan kira-kira 20 penyokong BN dan Pakatan berdiri di kedua belah jalan, sambil memujuk pengundi yang lalu lalang di situ supaya mengundi calon mereka.

Beberapa kenderaan yang lalu di situ membunyikan hon masing-masing sebagai tanda sokongan.

8.42pagi: Di Kuala Kubu Bahru, walaupun SPR telah memberi amaran semalam, namun PKR telah menyediakan tempat untuk pengundi menyemak pusat mereka mengundi.

Tetapi petugas yang memperkenalkan dirinya sebagai Mr Siaw berkata SPR, yang turut menyediakan tempat yang sama, telah mengarahkan mereka supaya menutupnya.

Seorang pengundi mendapati namanya telah dipindahkan ke Bukit Sentosa dan akan dibawa ke sana oleh petugas PKR.

Sementara itu, Pusat pengundian tersebut menyediakan 136 saluran di 47 sekolah dan dewan masyarakat.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyelia proses pengundian hari ini, dengan diketuai oleh pegawai pengurus pilihan raya, Nor Hisham Ahmad Dahlan. Parlimen Hulu Selangor mempunyai seramai 63,701 pengundi.

Nor Hisham yang juga pegawai daerah Hulu Selangor menasihatkan mereka supaya datang ke pusat mengundi awal kerana tengah hari dijangka hujan.

Pilihan raya kecil ini diadakan ekoran kematian penyandingnya, Datuk Zainal Abidin Ahmad yang meninggal dunia bulan lalu akibat barah otak.

Ia menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara ketua penerangan MIC P.Kamalanathan dari BN dan bekas ahli parlimen Kota Bharu Datuk Zaid

Polis pula menggerakkan lebih 1,000 petugas dan beberapa helikopter bagi memastikan proses mengundi berjalan lancar.

Proses mengundi akan tamat jam 5 petang dan semua undi itu kemudiannya akan dikumpulkan di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Hulu Selangor.

Keputusan pengundian dijangka paling awal dapat diketahui sekitar jam 9.30 malam.
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

PAKATAN RAKYAT MENTEN 51.7% DAHULUI BN

PAKATAN RAKYAT MENTEN 51.7% DAHULUI BN


Zentrum: Pakatan 51.7 peratus, BN 48.3 peratus
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Petugas BN mengamuk tuntut gaji.

menarik sungguh..semasa kami sedang sarapan pagi tadi,kami melihat telatah beberapa kump;ulan besar petugas BN yg sedang mengamuk ngamuk...takut jugak bila melihat kumpulan besar petugas BN begitu,ingat mengamuk marahkan PR atau ingin buat kecoh pasal PR,rupanya bila kami dekat dengan mereka..mereka sedang mengamuk menuntut gaji dan elaun mereka sebelum berakhirnya undian petang ini.Kawan aku salah seorang pembantu khas Menteri Besar Selangor pun menghampiri kelompok kumpulan petugas BN tu...rupanya salah seorang dari mereka menjawab bila di tanya..yang mereka tidak mahu jadi macam di Permatang Pauh dahulu.Penat buat kerja tapi tak di bayar,semua boss cabut balik KL cam tu je,kawan aku pun tanya lagi,kenapa takut jadi macam permatang pauh plak? Mereka kumpulan petugas BN tu menjawab yang mereka dapat tahu dari orang atasan mereka yang BN kemungkinan besar akan tewas hari ni,tu yang mereka mengamuk minta gaji dan elaun secepat mungkin.
Kami diam je ler dan beredar dari situ,tak dapat kami nak bantu.
Ni kami sedang dalam perjalanan berjumpa dengan Tan Sri Khalid untuk menyambut YB2 PR yang lain..yg datang hari ni untuk memberi sokongan kepada Datuk Zaid..

Artikal dari sini
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Pengikut

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...