KUALA LUMPUR, 7 Sept: Tidak menafikan bahawa pemberian tauliah merupakan satu makanisme bagi menjamin bahawa kesucian Islam dapat dipelihara dan pengajaran agama Islam dapat dipantau dengan baik.
Namun begitu, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) hari ini menasihatkan agar jabatan-jabatan agama Islam negeri-negeri di Malaysia agar memudahkan pemberian tauliah kepada golongan yang mempunyai taraf keilmuan agama yang diketahui umum yang ingin membantu mendidik masyarakat Islam.
“Pemberian tauliah mengajar agama merupakan satu makanisme bagi menjamin bahawa kesucian Islam dapat dipelihara dan pengajaran agama Islam dapat dipantau dengan baik. Hampir semua negeri mempunyai makanisme tauliah ini.
“Ia adalah satu makanisma yang sangat baik selagi mana ia berjalan di atas landasan yang bertepatan dengan syarak. Apa yang mendukacitakan kini ialah sedikitnya tauliah yang dikeluarkan berbanding keperluan umat yang mengharapkan siraman ilmu,” tegas beliau dalam satu kenyataannya hari ini.
Para ilmuan Islam, kata beliau mempunyai tanggungjawab agama bagi menyampaikan ilmu agama selaras dengan hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Sampaikanlah apa yang kamu terima dariku, walau sepotong ayat.”
“Di atas asas ini, maka golongan agama mempunyai amanah menyampaikan ilmu yang wajib disampaikan,” tambah beliau.
Menurut Tuan Ibrahim, tugas utama menyampai dan membimbing rakyat adalah terpikul di atas bahu para pemimpin Islam di akhirat.
Sejajar itu, katanya golongan agama bertanggungjawab membantu para pemimpin ini untuk meringankan hisaban di akhirat.
“Pada masa yang sama, para pemimpin yang dibantu ini hendaklah berterima kasih kepada golongan agama kerana membantunya meringankan hisaban di akhirat dan melepaskan bebanan mengurangkan kejahilan rakyatnya.
“Untuk itu, pemerintah mestilah menyediakan ilmuan Islam yang cukup bagi mendidik masyarakat ke arah penghayatan Islam yang syumul. Adalah satu kesalahan besar bagi seseorang pemimpin untuk membiarkan rakyatnya terus jahil,” terang beliau.
Beliau juga memberikan peringatan bahawa ulamak atau golongan agamawan pula dipertanggungjawabkan mesti memelihara amanah ilmu dengan menyampaikan ilmu tersebut walau pahit sekalipun rintangan yang bakal dihadapinya.
Akibat kekurangan siraman ilmu yang mengekalkan kejahilan, terang beliau adalah sebab berlakunya pelbagai gejala sosial, soal murtad, rasuah, berkembangnya ajaran sesat dan sebagainya.
Lebih malang kini, mereka yang mempunyai taraf keilmuan agama yang diketahui umum dengan kelulusan ilmu agama, jawatan yang disandang seperti pensyarah, mufti, kadhi, guru agama sekolah-sekolah bahkan ulamak yang disegani juga terikat dengan sistem tauliah, tambahnya lagi.
“Jika pihak berkuasa agama membimbangi mereka ini menyampaikan ajaran salah atau bercanggah dengan syarak, bagaimana pula dengan kuliahnya di universiti dan tempat lain?
“Bahkan, kalau seseorang mufti pun kena memohon tauliah, sudah tentu ia menjadi bahan tertawa orang jahil dan ini antara sebab utama mengapa wibawa institusi agama sangat rendah di mata masyarakat,” terang Tuan Ibrahim, sambil menambah ini juga antara sebab mengapa pendakwaan mengajar atau menyampaikan kuliah tanpa tauliah kini mengundang pelbagai gurau senda dalam masyarakat.
Untuk jabatan agama Islam di negeri-negeri, Tuan Ibrahim mengesyorkan agar mereka memudahkan pemberian tauliah kepada golongan yang mempunyai taraf keilmuan agama di mata masyarakat, lebih-lebih lagi apabila golongan ini yang mengajar ini tidak pernah meminta upah dari pengajaran yang disampaikannya.
“Bersangka baiklah terhadap golongan ilmuan agama, dan bertindak adillah dengan kuasa di dalam tangan dalam pemberian tauliah, dan dengan ini diharap kejahilan masyarakat dapat di atasi dan pemimpin akan dirahmati Allah,” nasihat beliau.
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/5277-tauliah-jangan-sampai-jadi-bahan-ketawa
PAPAN KENYATAAN
KOSONG
KHUTBAH HARI INI - Islam DiNobat Masalah Umat DiRawat - May 16
السلام عليكم الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ...(more)
PERMASALAHAN MUWAFIK DAN MASBUK - May 14
RUJUKAN DARI KITAB “MASALAH MUWAFIK DAN MASBUK” OLEH HASAN BIN AHMAD HUKUM ORANG MUWAFIK Maknanya ialah makmun yang sempat berjemaah dengan imam semasa berdiri (qiam) imamnya, dan kesempatan...(more)
HUKUM SOLAT SUNAT SEBELUM MAGHRIB - May 13
Ulama berselisih pendapat berkenaan dengan hukum ini kepada tiga pendapat:- PENDAPAT PERTAMA: Disunatkan solat sunat sebelum maghrib. Ini pendapat mazhab Syafie dan ulama Zahiri. Dalil pendapat...(more)
GAMBAR SEKITAR MESYUARAT AGONG PAS CAWANGAN CHINI 4 - Apr 18
UMRAH WARGA CHINI - Feb 12
Warga Chini yang akan menjadi tetamu Allah yang di ketuai oleh Ustaz Fadhilnoor Yamani dan Ustaz Haris telah berlepas selepas zohor dari masjid Chini 2.. Umrah dan...(more)
COMANGO Melukakan Ummat Islam - Jan 09
1. Negara dikejutkan dengan kehadhiran sebuah gabungan Ngo [ The Coalition of Malaysian NGOs in the UPR Process ] COMANGO yang terdiri daripada 54 pertubuhan telah menyediakan satu laporan...(more)
RM2.2 BILION ? PENEROKA AKAN KEHILANGAN LEBIH BANYAK KEUNTUNGAN. - Oct 21
Normal 0 false false false MicrosoftInternetExplorer4 /* Style Definitions */ table.MsoNormalTable {mso-style-name:"Table Normal"; ...(more)
TIPS MENJAGA BUAH PINGGANG - Aug 17
Ketua MTD Pas DUN Chini kita sakit berpunca kedua-dua buah pinggang beliau tidak berfunsi ..Kini beliau terpaksa berulang alik ke hospital seminggu tiga kali untuk cuci darah... Beliau kini...(more)
GAMBAR PROGRAM PEMUDA DUN CHINI ( 1 ) - Jun 11
Catatan Safwan Anang selama 3 hari berada dalam penjara. Siri 1-3. - Jun 06
Realiti seorang banduan di penjara Sg Buloh oleh : Safwan Anang (31302770) Terlalu banyak cerita yang nak dikongsikan sepanjang aku di Sg Buloh. Patutlah bila ditanya kepada bekas tahanan ISA,...(more)
Widget by Beautiful Beta
Rabu, 7 September 2011
Langgan:
Catatan (Atom)