PAPAN KENYATAAN

KOSONG

Ahad, 13 Februari 2011

PRK ke 17 – Adun Kerdau meninggal

TEMERLOH: Sah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kasim, 64, meninggal dunia di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh petang tadi.

Berita tersebut disahkan oleh beberapa orang dan disiarkan dalam berita sebuah stesen televisyen malam ini.

Keadaan ini membuatkan negara mungkin terpaksa menghadapi satu lagi pilihan raya kecil (PRK) iaitu ke 17 selepas Merlimau 6 Mac ini.
Sebelum ini, Zaharuddin beliau yang merupakan anggota skuad “James Bond Malaysia” telah banyak kali berulang-alik ke hospital termasuk tiga kali dimasukkan ke ICU. Keadaan ini menyebabkan banyak spekulasi PRK.

Bagaimanapun pada tahun lalu beliau mendirikan rumah tangga dengan seorang guru kemas daripada Jengka 23.

Pada PRU 2008 Zaharuddin yang pertama kali bertanding sebagai calon BN menggantikan Datuk Redzuan Harun, mengalahkan calon PAS Hasanuddin Salim (Ketua Penerangan PAS Pahang) dengan majoriti 1,615 undi. Zaharuddin mendapat 8,451 undi berbanding Hasanuddin (6,789).

N. 28 Kerdau terletak dalam Parlimen Kuala Krau di mana YDP Kawasannya ialah Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man.

Maklumat:

Keputusan PRU 12 bagi DUN Kerdau
Jumlah Pengundi: 8,451
Peratusan Kaum: M: 89.04% C:5.62% I: 3.59% L: 1.75 %

1. Zaharuddin Abu Kassim (BN) (4,135)
2. Hassanuddin Salim (Pas) (2,520)

Majoriti: 1,615
Jumlah undi: 6,777
Peratus mengundi: 80.19%
Undi rosak: 122

Penyandang: Redzwan Harun (BN)
(Majoriti: 2,565 undi)



Artikal asal dari sini
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Pengikut

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...