PAPAN KENYATAAN

KOSONG

Sabtu, 20 November 2010

Felda merayu supaya guna kaedah Timbang Tara


Selamat Hari Raya aidil adha kepada semua pembaca blog ini dengan harapan semoga semua ceria dan sejahtera sentiasa, jika selama ini ada tulisan dari saya yang boleh menyinggung perasaan, kemaafan juga yang di pinta.

Pagi ini selepas sembahyang sunat Aidil Adha, di ketika mahu melewati pintu Masjid, saya terpandang sekeping kertas berlipat yang di letakkan di tepi pintu masuk Masjid, saya terfikir, kad apa ini ? setelah diteliti rupanya sekeping kertas yang di lipat menyerupai kad undangan kahwin, isinya adalah merupakan surat rayuan daripada Pengarah Besar Felda Dato' Dzulkifli Abd.Wahab kepada seluruh peneroka felda di Malaysia .

Antaranya meminta selepas ini jika berlaku perselisihan di antara peneroka dengan felda, di minta peneroka menggunakan kaedah timbang tara sebagai jalan penyelesaian, jangan menggunakan Mahkamah.


Selepas membaca warkah tersebut saya tergelak besar, apa tidaknya, selepas felda kalah kes di Felda Kemahang 3, baru keluar warkah rayuan tersebut, jika tidak, tak pernah di dengar pun.

Memang betul, semasa mula-mula mahu masuk ke rancangan felda dahulu, ada termasuk didalam pernyataan yang di persetujui bersama antara peneroka dengan felda menyatakan jika ada apa-apa pertelingkahan di antara kedua-dua belah pihak maka kaedah timbang tara adalah tempat rujukan utama.

Namun perlu kita fahami bahawa, apa yang berlaku di Felda Kemahang 3 tidak begitu, ketika jawatan kuasa bertindak peneroka Felda Kemahang 3 mahu memulakan rundingan, mereka bukan di rundingi malah sebaliknya di ugut mahu disingkirkan dari rancangan ( klik di sini ) akhirnya ajk tersebut terpaksa bertindak memulakan prosiding melalui peguamnya ke Mahkamah .

Setelah pergi ke Mahkamah pun di peringkat permulaan, ajk ini masih dihina, masih di ugut dan pelbagai dugaan lagi, sehingga keluar keputusan Mahkamah memberikan kemenangan kepada peneroka, baru mereka ternganga.........

Itu pun ada yang masih berdalih, kononya kemenangan peneroka felda Kemahang 3 itu bukan kemenangan sebenar sebaliknya satu konspirasi diantara peguam yang mewakili Felda dengan peguam yang mewakili peneroka dengan cara berpakat supaya peguam yang mewakili felda jangan hadir dihari perbicaraan.

Inilah masaalahnya, apabila dah jadi seperti sekarang baru di minta, kalau ada yang tidak berpuas hati jangan guna Mahkamah tetapi guna timbang tara, saya sendiri sebenarnya tidak kisah, sebab di Felda Kota Gelanggi 01 ini sehingga kini belumlah lagi di temui masaalah yang begitu kusut di antara Felda dengan peneroka sehingga perlu dibawa ke Mahkamah.

Walau macamana pun andai kata, jika di temui di masa akan datang kekusutan yang tidak boleh di rungkai, saya menyokong penuh sepertimana saranan dari Pengarah Besar Felda itu, tetapi pihak Felda usahlah mengulangi LAGAK persis yang di lakukan oleh bekas Pengurus Felda Kemahang 3 ( sudah aruah) itu.

Memang tiada kekusutan yang tidak boleh di rungkai, tiada masaalah yang tidak boleh diselesaikan kecuali jika kita mangamalkan sifat sombong membuta tuli, namun Alhamdulillah dengan kemenangan peneroka di Felda Kemahang 3 itu rupanya telah memberikan kesedaran ( itu pun jika ikhlas ) bagi Felda kembali kemeja Timbang Tara bagi menyelesaikan sesuatu masaalah di antaranya dengan peneroka.

Semoga selepas ini Felda dan masyarakat peneroka akan semakin maju didalam menghadapi cabaran dialaf akan datang.....................Sekian.
Artikal asal dari sini


Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Selasa, 16 November 2010

CERITA DARI KEDAH

Kisah Sebenar Banjir di Kedah
Pada hari pertama banjir di Kedah, MB Kedah telah panggil mesyuarat semua agensi pusat dan negeri utk diselaraskan program Bantuan Banjir. Penghormatan kepada Bashah selaku tim pengerusi UMNO Kedah utk duduk sebelah MB.

Semua pihak bersetuju utk menanggalkan baju politik dalam membantu rakyat Kedah. Maka dibahagi-bahagikan kawasan termasuklah persatuan Buddha dll. Bashah diberikan stadium Suka Menanti sbg pusat bantuan kerana berhampiran dgn kawasan beliau Alor Merah. YB Pas di kawasan masing2.

Ceritera bermula apabila YB Bashah menjadikan pusat bantuan Stadium Suka Menanti sbg pusat bantuan UMNO dan pusat dan menjaja bahawa PAS tidak memberikan bantuan di kawasan itu (padahal dipersetujui PAS tak perlu turun di tempat UMNO supaya tak overlap).

Maka mendarat dan turunlah segala bala tentera dan balaciey umno seluruh Malaysia dgn pihak media melihat rakyat ked
Maka mendarat dan turunlah segala bala tentera dan balaciey umno seluruh Malaysia dgn pihak media melihat rakyat kedah di Stadium Suka Menanti yang dibiarkan kerajaan negeri. Segala bantuan dicurahkan di situ dan sekalian kawasan UMNO seperti di Jitra, Kubang Pasu (kaw UMNO).

maka dalam media TV3 adalah seorang rakyat mengadu kesusahan tidak diberikan bantuan kerajaan negeri kedah. Namun apabila disiasat setelah itu, keluarga berkenaan sebenarnya telah diberikan bantuan oleh pihak bantuan pemuda pas, malah anak kecilnya dibelikan susu lactogen yang mahal oleh pemuda PAS. Pengakuan rakyat berkenaan ialah dia telah diminta untuk membaca teks yang disediakan oleh petugas TV3.

Padahal ada YB PAS yang rumahnya turut ditenggelami banjir namun dibiarkan kepada isteri dan keluarganya mengurus kerana mengutamakan rakyat yang lain sehingga tidak sempat langsung menjenguk ke rumah. padahal ada kalangan kita yang sihat segar bugar dan kuat tidak ditimpa musibah turut menunggu org PAS pegi tolong…malah petugas PAS diingatkan utk tidak membawa lambang PAS semasa membantu supaya semua org dapat terima bantuan tanpa masalah dan diberikan dengan ikhlas. Namun setelah UMNO dan BN menggunakan lambang mereka, tidak dapat tidak lambang bulan terpaksalah di mengambangkan.

Adalah pemuda pemuda UMNO yang masuk kampung kononnya nak tolong cuci rumah tapi sebenaqnya hanya nak bergambaq kononnya depa tgh angkat barang. Dapat gambaq teruih tinggal barang2 yang masih berselerakkan dan rumah yang masih berselut. Ditinggalkan pesan supaya undilah BN. Itulah khidmat masyarakat oleh UMNO.

Alhamdulillah sampailah sebuah bas membawa pelajar UIA Gombak yang datang membantu secara sukarela di kampung Alor Merah. Tahniah UIA dan terima kasih…syukur pada Allah

Semoga jadi pengajaran pada semua. Pertimbangkanlah mana yang betul dan mana yang baik.



ADUN dan MP UMNO agih Peruntukan banjir menggunakan wang kerajaan PR Kedah

Sultan Kedah dikatakan kecewa dengan tindakan sesetengah pihak yang tidak menghargai sumbangan dan pengorbanan kerajaan negeri dan semua yang terlibat dalam membantu mangsa banjir di Kedah.

Maklumat yang diterima mengatakan bahawa Kerajaan Persekutuan belum menghulurkan apa-apa bantuan secara rasmi di negeri itu.

Malah berlori-lori makanan, sardin, minuman, beras, kopi, gula, tikar, susu, pampers dan lain-lain barang keperluan mangsa yang diangkut oleh pihak YB Johari Baharom Ahli Parlimen Kubang Pasu, YB Zaini Japar ADUN Bukit Kayu Hitam, Sahlan (wakil PM), YB Bashah Hanipah ADUN Bakar Bata dan beberapa orang ADUN Barisan Nasional dari pusat pemindahan hadapan di daerah-daerah adalah dibeli dari peruntukan kerajaan Negeri Kedah.

Baru hari ini kerajaan persekutuan mengedarkan borang bagi tujuan pemberian bantuan dan dijangka akan dipertimbang untuk bayaran selepas Eidul Adha.

"Takpalah jika ADUN BN pun ambil barang kerajaan negeri Kedah. Semuanya untuk rakyat Kedah. Tapi janganlah pakat dengan wartawan TV3 dan RTM membohongi rakyat mengatakan ianya dari Kerajaan Persekutuan" kata seorang Penghulu.

"Maknanya selama banjir di Kedah, belumlah ada bantuan dari Najib, Muhyiddin dan Kementerian Pembangunan Masyarakat dari KL. Setakat hari ini 14 November 2010 semuanya masih dari Kerajaan Kedah" kata bekas Pegawai Kewangan Negeri Kedah.

Nampaknya wartawan yang membuat liputan di tempat banjir, beritanya didapati palsu bilamana dia mengatakan Jabatan Kebajikan Masyarakat memberi keperluan makanan dan lain-lain dengan menggunakan peruntukkan persekutuan.


Artikal asal http://najwasuhaimi.blogspot.com/2010/11/cerita-dari-kedah.html
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Isnin, 15 November 2010

LAWATAN KETUA PEMUDA PAS KE CHINI TIMUR 1

Lawatan Ketua Pemuda Pas Pusat Ustaz Nasruddin Tantawi dan Ketua Pemuda Pas Pekan bersama rombongan telah meluangkan masa melawat keluarga mangsa pembunuhan di Chini Timur 1.
Selanjutnya disini












Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Pengikut

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...