PAPAN KENYATAAN
KOSONG
Jumaat, 28 September 2012
Selasa, 25 September 2012
Selasa, 18 September 2012
MENGECAM TINDAKAN BIADAP MENGHINA YAB TUAN GURU DATUK NIK ABDUL AZIZ NIK MAT
Nasrudin
Hassan
1. Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengecam sekeras-kerasnya tindakan segelintir pihak yang menghina peribadi YAB Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan menyamakan beliau seperti babi. Dalam satu posting yang disebarkan oleh individu bernama
2. Idham bin Zulkifli dengan tajuk “Antara Dua Haiwan ini mana yang lebih sopan” dengan menyiarkan gambar YAB Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik sedang menghirup makanan dan disebelahnya gambar seekor babi yang sedang minum air. Beliau turut menulis

dengan kata-kata ...”
nampaknya begitulah. Babi tu lbh sopan dari Nik Aziz..”
3. DPPM melihat kenyataan beliau serta posting yang beliau
sebarkan terlalu berniat jahat, biadap serta menghina peribadi YAB Tuan Guru
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Individu ini telah merendahkan darjatnya dengan
begitu hina sekali sehingga hilang kewarasan, dan kemanusiaan serta adab-adab
dalam penulisan beliau.
4. DPPM mengingatkan mana-mana pihak bahawa YAB Tuan Guru
Nik Abdul Aziz adalah seorang ulama’ yang disegani oleh seluruh umat Islam di
negara ini bahkan masyarakat antarabangsa turut menghormati beliau. Allah SWT
merakamkan di dalam al Qur’an bahawa para Ulama’ adalah pewaris para Nabi a.s.
Ini bererti menghina para ulama’ seperti menghina para nabi a.s.
5. Selain itu, YAB Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz juga
merupakan seorang pemimpin di negeri Kelantan. Beliau telah dipilih melalui
sistem demokrasi di negara ini melalui pilihanraya umum yang lalu. Menghina YAB
Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz bererti menghina rakyat Kelantan keseluruhannya.
Dalam keadaan isu penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW
sedang marak di seluruh dunia, ada juga pihak yang tergamak menghina ulama’
sebaik YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Jelaslah, individu terbabit adalah mereka
yang tidak peka, sensitif, serta amat biadap terhadap umat Islam di negara ini.
6. Jika pengarah filem di Amerika Syarikat diancam bunuh
kerana kebiadapannya terhadap Nabi Muhammad SAW, apakah pula balasan terhadap
mereka yang menghina para ulama’ sebagai pewaris para Nabi a.s?
7. DPPM meminta kerajaan khususnya pihak keselamatan
termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengambil
tegas terhadap individu ini. Tulisan seperti ini sama sekali tidak layak berada
dalam laman sosial yang dibaca dan disebarkan oleh rakyat di negara ini.
8. DPPM juga menyeru mana-mana pihak yang sensitif untuk
bangkit menyatakan bantahan dengan membuat laporan polis agar tindakan
sewajarnya dapat diambil. DPPM turut mengingatkan agar sesiapa juga menghormati
nilai demokrasi dalam negara ini.
RIDUAN MOHD NOR
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia
Isnin, 17 September 2012
kereta anak saudara beliau juga pecah ditempat yg sama.
Pas Kawasan Pekan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk menyiasat kes kianat kepada YDP kami, pihak PAS Kawasan tidak menuduh mana-mana pihak,
Cermin kereta U. Abu Kasim (YDP PAS Pekan) dipecahkan, sehari sebelum itu cermin kereta anak saudara beliau juga pecah ditempat yg sama. Mutakhir ini PAS kawasan Pekan sangat aktif menggerakkan jentera menyerang kubu Najib. Ratusan bendera PAS megah berkibar menghiasi bandar Pekan. Nyatakan sokongan anda pada U. Abu Kasim dan petugas PAS Pekan. Like, komen & kutuk tindakan tak bertamadun ini.

Langgan:
Catatan (Atom)