PAPAN KENYATAAN

KOSONG

Isnin, 6 Jun 2011

PERBEZAAN DI ANTARA ULAMA` IBADAH DENGAN ULAMA` POLITIK

UMNO mengelarkan Ulama` PAS sebagai Ulama` Politik...

Setahu aku ada dalam islam Dua Katagori Ulama sahaja...
1 ) Ulama` sebenar yang membenarkan ayat2 Allah serta zuhud.
2 ) Ulama` Suk iaitu Ulama jahat yang suka memutar belitkan ayat2 Allah demi
kepentingan duniawi serta bersekongkol dgn para pemimpin yang dzalim.

*********

Apa itu Ulama` Ibadah : Ulama Ibadah sebenarnya tidak wujud sama sekali cuma gelaran ini diberi kerana masyarakat melayu yang mengiktiraf mereka sebagai ulama` sebenarnya mereka ini hanya layak dipanggil ustadz sahaja..

Ulama` Ibadah menginggalkan segala urusan duniawi dan hanya tertumpu beribadat kepada Allah serta mengajar sedikit sebanyak ilmu agama berhubung pekara2 Fardhu ain, fekah dan tauhid

*********

Apa Itu Ulama` Politik : Ulama` politik adalah ulama` yang mengikut sunnah dan sirrah Rasulullah... Mereka tidak meniggalkan ibadah dan mereka juga tidak meninggalkan tanggung jawab dalam Mentadbir Manusia dan Dunia..

Apa yang Rasulullah buat semasa hidup Baginda..??

Adakah Rasulullah duduk di atas tikar sembahyang semata2 hanya tumpu pada ibadah sahaja..??

Rasulullah dahulu menjadi pemerintah negara islam madina..
Bukankah Rasulullah dahulu pernah bersabda bahawa ULAMA` itu adalah PEWARIS NABI ".. apakah pandangan kamu tentang hadith tersebut..

Rasulullah :

صلى ا لله عليه وسلم bersabda إن الْعُلُمَاءُ وَرَثَةُ اْلأَنْبِيَاءِ، إِنَّ اْلأَنْبِياَءَ لَمْ يُوَرِّثُوْا دِيْناَرًا وَلاَ دِرْهَماً إِنَّمَا وَرَّثُوْا الْعِلْمَ فَمَنْ أَخَذَ بِهِ فَقَدْ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ

“Sesungguhnya ulama adalah pewaris para nabi. Sungguh para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Sungguh mereka hanya mewariskan ilmu maka barangsiapa mengambil warisan tersebut ia telah mengambil bagian yang banyak.” (Tirmidzi, Ahmad, Ad-Darimi, Abu Dawud. Dishahihkan oleh Al-Albani)

APAKAH RASULULLAH HANYA MEWARISKAN TUNTUTAN FARDHU AIN SEMATA-MATA KEPADA PARA ULAMA`.....????

Sebenarnya segala` Perbuatan, Perlaksanaan, Adab, akhlak serta urusan hidup di dunia ni yang pernah dilakukan oleh baginda adalah DIWARISKAN kepada para ulama` termasuklah Urusan Pentadbiran Negara dan Umah...
Bukankah Rasulullah yang mentadbir Negara islam Madina..??

Hadith yang berupakan Amaran dari Rasulullah :

Rasulullah:

صلى ا لله عليه وسلم bersabda إِنَّ اللهَ لاَ يَقْبِضُ الْعِلْمَ انْتِزَاعاً يَنْتَزِعُهُ مِنَ الْعِباَدِ، وَلَكِنْ بِقَبْضِ الْعُلَماَءِ. حَتَّى إِذَا لَمْ يُبْقِ عاَلِماً اتَّخَذَ النَّاسُ رُؤُوْساً جُهَّالاً فَسُأِلُوا فَأَفْتَوْا بِغَيْرِ عِلْمٍ فَضَلُّوا وَأَضَلُّوا

“Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu dengan mencabutnya dari hamba-hamba. Akan tetapi Dia mencabutnya dengan diwafatkannya para ulama sehingga jika Allah tidak menyisakan seorang alim pun, maka orang-orang mengangkat PEMIMPIN dari kalangan orang-orang bodoh. Kemudian mereka ditanya, mereka pun berfatwa tanpa dasar ilmu. Mereka sesat dan menyesatkan.”(HR. Al-Bukhari no. 100 dan Muslim no. 2673)

Jika munurut pemahaman bangsa melayu Ulama` hanya tertumpu kepada urusan Ibadah maka para ulama` kita hanya membiarkan bangsa melayu dibaham dan diratah dagingnya oleh serigala yg berkeliaran di sekeliing ummah..

Kerana Ulama` Ibadah hanya mengutamakan fardhu ain semata2 utk umat islam dan meninggalkan fadhu kifayah berhubung tanggung jawab Mentadbir Manusia dan Negara....

Persoalannya Apakah Ulama` Ibadah ini boleh kita iktiraf sebagai " ULAMA` PEWARIS NABI " sedangkan mereka hanya mengambil sebahagian sahaja apa yg telah diwariskan kepada mereka oleh Rasulullah...

Mari kita ajak puak UMNO imbas kembali sejarah Para Ulama` Dan Imam

Sejarah iman syafie yg dimaki hamun oleh pemerintah islam ketika itu kerana menegur khalifah islam yang tidak melaksanakan perintah Allah.. bukankah itu politik juga namanya..

Bila imam syafie menegur khalifah maka khalifah menjadi murka dan pernah mengistiharkan hukum bunuh ke atas iman syafie dan membuat fitnah kononnya beliau sesat dan membawa ajaran syi`ah.. bukankah itu politik...

Mungkin UMNO akan kata iman syafie tidak pernah menjadi khalifah...

Mari kita tanya puak2 UMNO pernah tak mereka mengkaji tentang sirah khalifah2 islam semuanya... Sebenarnya lebih 70% khalifah2 islam dahulu adalah para ulama`- Hakikat yg cuba disembunyikan oleh para pemimpin negara2 islam bekas jajahan Yahudi dan Nasarani..

Dahulu Islam pernah memerintah 2/3 dunia kerana dipimpin oleh para ulama` jangan cuba nak menafikannya...!!!

Cuma di akhir2 zaman kejatuhan setiap empayar islam tersebut khalifahnya dilantik dari kalangan manusia2 yg bukan ulama`

Khalifah islam di akhir2 zaman kejatuhan setiap empayar islam telah mula membentuk sistem BERAJA serta mewariskan Tahta kepada Anak beranaknya justeru itu umat islam hancur lebur..

Kerana apa ianya berlaku..??

Kerana pada ketika itu para ulama`nya berasa takut utk menegur dan MENGAMBIL ALIH tampuk pimpinan negara, mereka takut dipenjara, takut diseksa dan takut dibunuh... maka jadilah mereka ulama` ibadah semata2 dgn tidak mengambil sepenuhnya ajaran islam dan perintah Rasulullah.. ( Yakni tidak menjalankan amanah yg telah ditinggalkan oleh baginda Rasulullah sebagai ( PEWARIS NABI ).

Di akhir zaman nanti islam akan menguasai dunia..
Apakah UMNO fikir khalifah islamnya seorang pakar ekonomi dan ketenteraan yg hebat kerana menuntut ilmu dari negara yahudi dan nasarani...

Jika itu andaian UMNO ternyata UMNO telah menunjukkan suatu tahap kebodohan yang melampau ...!!!

*************

ILMU TAUHID DAN KEPENTINGANNYA DALAM MEMBI KEKUATAN UMMAH

Di rantau asia tenggara termasuk di negara kita Malaysia penekanan terhadap Fardhu ain lebih dititik-beratkan berbanding dgn ilmu tauhid ( keyakinan terhadap Allah.. )

Natijah bila kurangnya pemahaman tentang ilmu tauhid kepada umat islam maka mereka menjadi kalut dan akan bercakap sesuka hati tetang hukum halal haram dalam agama islam tanpa memikirkan tentang akidah mereka , golongan ini biasanya akan bercakap mengikut logik akai dan perasann semata2

Jika nipisnya ilmu tauhid di dalam jiwa seseorang itu maka mereka akan sesat di dalam terang contohnya :

Walaupun seseorang tu kuat amal ibadahnya solat tak tinggal, puasa, zakat dan pergi haji tiap2 tahun tetapi bila nak berhukum dgn hukum tuhan mereka akan berasa tak selesa dan tak yakin kalau dilaksanakan dgn memberi bermacam2 alasan seolah-olah Allah tak tahu pasal masalah yg manusia hadapi..

Di kebanyakkan negara2 bekas jajahan Yahudi dan Nasarani macam negara kita malaysia . Anak2 sejak kecil hanya ditekankan pasal fardhu ain bila dan tua2 baru nak belajar yakin dgn Allah..

Kalau manusia tu ditanamkan sifat tauhid sejak kecik nuscaya mereka tidak akan mempersenda2kan ayat Allah dan sunnah Rasulullah... tiada guna segala ibadah kalau ada sekelumit rasa was-was terhadap hukum Allah.. termasukkan hukum Hudud.

Walaupun ibadat kita setinggi gunung sekali pun tetapi jika terdapat sebesar Hama sekali pun rasa keraguan tentang perlaksanaan hukum Allah maka Neraka Jahanamlah tempat kita di akhirat nanti..

Contohilah Rasulullah...

Bertahun2 Rasulullah menanamkan keyakinan serta tauhid dalam jiwa para sahabat kemudian baru dilaksanakan pekara2 fardhu ain.. sebab bila keyakinan terhadap Allah semakin kukuh maka mereka tidak akan berasa was-was terhapat segala titah perintah Allah seperti yg terkandung di dalam Al-Quran termasuklah Hukum Hudud...

SIFAT RIAK...

Jika kita merasakan hukum Potong Tangan bagi si pencuri, sebatan 100 rotan bagi penzina dan mencari 4 org saksi dalam kes jenayah syariah tersebut adalah suatu yg tak masuk akal di zaman serba morden ni sebenarnya kita telah berlaku Riak terhadap Allah s.w.t

Insaflah...

Sebenarnya Riak yang paling besar sekali adalah Riak terhadap Allah s.w.t dan riak ni tiada pengampunan darinya..

Jika kita masih lagi mengaku sebagai kita hambanya maka tunduk dan redha sahaja lah dgn segala hukum dan ketentuan Allah bukannya mempertikaikan segala hukum Allah..

Janganlah kita berhukum salain dari apa yang telah Allah tetapkan dan jangan lah kita mengambil golongan Yahudi dan Nasara sebagai panduan utk kita melaksanakan hukum ( undang2 civil )


SEKADAR RENUNGAN :

Rata-rata orang UMNO akan berkata Ulama` PAS adalah Ulama` politik..
Kalau benar2 nak pejuangkan islam jangan Masuk politik...

Mari kita guna hujah yang sama kpd Puak UMNO ni Pulak..
Kalau benar2 UMNO nak perjuangkan bangsa jangan masuk politik lah..

Tentu mereka akan kata : UMNO kena masuk Politik sebab dgn kuasa Politik sahaja baru UMNO boleh memperjuangkan melayu..

So... PAS pun kena masuk politik jugalah sebab dgn kuasa politik baru PAS boleh perjuangkan Islam...

Nilaikanlah siapa yg cerdik dan siapa yg bengap dalam hal ini..!!

Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

Pengikut

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...