PAPAN KENYATAAN

KOSONG

Jumaat, 29 Oktober 2010

Suri dihati Dr. Zulkefli

Suri dihati Dr. Zulkefli

Pertama kali bersua dengannya, penulis merasakan beliau adalah seorang wanita yang cukup sempurna. Anggun dengan seraut wajah yang manis dihiasi kehalusan peribadi, seraut wajah ini menjawab beliaulah sumber inspirasi Dr Zulkefli. Diserikan dengan sepasang mata bercahaya, dengan bibir dan hidung yang sederhana, segalanya tampak indah.

Beliaulah Zainab binti Jalar, 30, isteri kepada calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed. Beliau dilahirkan pada 2 Jun 1980 di Tumpat dan membesar di Chiku 1, Gua Musang. Wanita bertubuh sederhana ini mudah mesra namun tidak banyak bicara. Beliau lebih suka mendengar daripada berkata-kata.

Menghabiskan masa muda beliau dengan menuntut ilmu dalam aliran agama, Zainab sempat belajar di Maahad Gua Musang, Meheliah Geting dan berjaya menamatkan pengajian di peringkat Diploma Pengajian Syariah di Institut Pengajian Ilmu-Ilmu Islam yang kini dikenali sebagai Kolej Dar Al Hikmah di Kajang, Selangor.

Selepas menamatkan pengajian, beliau melakukan pelbagai kerja. Daripada kerani Pejabat Pos di Chiku 3, Perunding Kewangan AAM Insurans sehinggalah menjadi tenaga pengajar di Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) di Chiku 1. Benarlah kata orang, individu yang lahir pada bulan Jun berwawasan dan mempunyai pandangan yang jauh. Tidak mustahil beliau dberi kepercayaan untuk memikul amanah sebagai Pembantu Penyelaras Armalah Dun Paloh semenjak tahun 2007 sehingga sekarang.

Tugas memantau armalah di dun tersebut menambahkan lagi pengalaman beliau di dalam berurusan dengan masyarakat. Sehingga kini beliau kekal melakukan tugas-tugas tersebut kerana ia menepati minat beliau.

Beliau yang sangat faham sepak tendang politik turut tidak terpengaruh dengan sebarang fitnah yang dilemparkan kepada suami. Contohnya, isu khalwat yang ditimbulkan baru-baru ini, dianggap semua itu asam garam di dalam perjuangan.

Menurut Dr Zulkefli, beliau sangat memberi sokongan yang padu dan memahami kerjaya dirinya. Bagi Dr Zulkefli, beliau bukan sahaja merupakan isteri, bahkan teman yang sangat memahami.

"Beliau sentiasa memberi sokongan yang padu buat saya. Kami sentiasa melakukan banyak perkara bersama-sama namun jadual kempen yang membawa kami ke tempat berasingan menyebabkan kami rindu-rinduan," ujar Dr Zulkefli seraya memandang wajah isteri yang tersenyum malu semasa ditemuramah di kediaman beliau di Taman Kesedar Putra, Galas.

Jikalau di belakang Presiden Amerika yang ke-44, Barrack Obama adanya Michelle LaVaughn Robinson, di belakang Dr Zulkefli adanya Zainab Jalar yang lembut dan berhati waja. Dengan segala ciri-ciri dan pengalaman yang ada pada dirinya, penulis yakin beliau mampu menggalas amanah sebagai isteri Yang Berhormat jika ditakdirkan PAS memenangi kerusi Galas. InsyaAllah.

Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

Pengikut

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...