PAPAN KENYATAAN

KOSONG

Khamis, 8 April 2010

Penerangan Bagaimana Yahudi Masuk ke Bukit Aman..

Rupanya Raja Petra telah mendedahkan kemasukan Yahudi ke Bukit Aman semenjak 2008 lagi. Namun tiada tindakan yang diambil.

Secara ringkasnya, kemasukan Yahudi tersebut adalah melaluli sebuah syarikat yang berpengkalan di Singapura bernama Asiasoft (Singapore) Pte Ltd.

Syarikat ini telah mendapat “sub-con” dari 3 syarikat Bumiputra yang diberikan kontrak untuk menaiktaraf sistem computer Polis Diraja Malaysia. Mereka adalah:

a. Master Plan Consulting Sdn Bhd (357303-V)
b. System Protocol Information Sdn Bhd (603787-M)
c. D. G. Kom Sdn Bhd (87537-V)

Ketiga-tiga syarikat Bumiputra ini dilaporkan telah “dipaksa” untuk memberikan kontrak yang telah diberikan kepada mereka kepada syarikat Asiasoft (Singapore) PTE Ltd ini melalui cawangan Malaysia mereka bernama Asiasoft (M) Sdn Bhd (150529-H).

Dua dari Ahli Lembaga Pengarah Asiasoft (Singapore) Pte Ltd adalah warga Israel:

a. Izhak David Nakar (Israeli passport number 10902695)
b. Ido Schechter (Israeli passport number 56626252) – dia ini masih lagi seorang Kapten dalam Tentera Israel (Israeli Defence Forces).

Secara mudah lagi, Asiasoft (M) Sdn Bhd (150529-H) pula dipunyai oleh sebuah syarikat bernama Top Image Systems Limited yang berpengkalan di Tel Aviv.

Di bawah saya nukil artikel dari RPK untuk rujukan kita semua. Soalnya sekarang, mengapa boleh sampai jadi begini? Sewaktu DSAI membentangkan kes ini di Parlimen, terdapat satu laporan polis yang dibuat oleh salah seorang anggota polis juga.

Laporan itu adalah kerana terdapat beberapa warga Yahudi Israel yang telah masuk ke bilik server PDRM di Bukit Aman.

Juga, mengapa ketiga-tiga syarikat Bumiputra itu terpaksa menyerahkan kontrak tersbeut kepada Asiasoft (M) Sdn Bhd? Itu persoalan yang masih belum terjawab sehingga sekarang.


Artikal asal dari SINI



Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

Pengikut

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...