PAPAN KENYATAAN
KOSONG
Isnin, 27 Februari 2012
Ahad, 26 Februari 2012
USTAZ KHALWAT ( PENJELASAN )

Haslan Ampanga
Sunday, February 26, 2012
Terkini - Penjelasan Ustaz Badrulamin Baharon dan akan menyaman mereka yang memfitnahnya
Penjelasan Tuduhan Berniat Jahat Terhadap Dr Badrulamin Baharon
Saya menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan media bahawa saya ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Kuantan.
Saya ke Kuantan untuk menghadiri Temurapat Pemimpin Parti Keadilan Rakyat pada 24 Februari sehingga 26 Februari 2012. Saya mengambil peranan aktif di dalam Temurapat ini.
Pada petang 24 Februari 2012, wanita tersebut telah menghubungi saya dengan nada cemas dan menyatakan hasrat beliau untuk melarikan diri daripada rumah kerana bimbangkan keselamatan diri beliau. Saya dengan tegas menasihatkan beliau untuk tidak berbuat demikian.
Walau bagaimanapun pada jam 2.00 pagi 25 Februari 2012, beliau telah menghubungi saya memaklumkan bahawa beliau sudah tiba di lokasi Temurapat Pemimpin Keadilan.
Saya telah mengenali pasangan suami isteri ini sejak lebih setahun lalu semasa wanita itu bersama keluarganya mengikuti rombongan umrah saya. Pasangan suami isteri ini sering berhubung dengan saya bagi mendapatkan nasihat mengenai masalah keluarga yang mereka hadapi termasuk kes keganasan rumah tangga. Di dalam usaha membantu pasangan ini, saya dan isteri pernah menziarahi keluarga ini di Rompin.
Di atas rasa tanggungjawab melihat wanita tersebut bersama anaknya di awal pagi, saya membantu beliau mendapatkan bilik penginapan. Pada jam 2.30 pagi suami wanita tersebut bersama lebih kurang 20 orang yang tidak dikenali menyerbu dan menyerang saya. Suami wanita tersebut kemudiannya telah membawa isteri dan anaknya pergi secara paksa.
Lelaki-lelaki bersikap ala samseng ini berhenti memukul saya apabila pihak keselamatan tiba dan menghalang mereka. Namun mereka masih tidak membenarkan saya keluar dari bilik. Hanya setelah 20 minit dikurung oleh samseng tersebut, pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) tiba dan menahan saya yang berseorangan di dalam bilik.
Kenyataan Timbalan Pengarah JAIP bahawa saya ditahan oleh pegawai JAIP ketika berkhalwat adalah tidak benar sama sekali. Saya beranggapan bahawa kejadian ini merupakan satu tindakan terancang untuk memerangkap dan mengaibkan saya. Saya hanya dipanggil untuk membantu siasatan JAIP pada 27 Februari 2012. Saya akan hadir bersama peguam untuk memberi kerjasama penuh kepada siasatan ini.
Dengan penjelasan ini, saya berharap semua pihak menghentikan tohmahan dan fitnah terhadap saya. Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang membuat tuduhan dan fitnah terhadap saya

Dr. Badrulamin Bahron
Rabu, 22 Februari 2012
Isnin, 20 Februari 2012
Ahad, 19 Februari 2012
MINYAK SAWIT KITA KE ISRAEL ?

KUALA LUMPUR, 13 Feb: Syarikat berkaitan kerajaan, Sime Darby dan Felda diminta memberikan penjelasan apakah benar mereka menjual minyak sawit mereka ke Israel.
Penjelasan ini dipohon Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SMMM), Badrul Hisham Shaharin atau che'GuBard melalui satu kenyataan terbuka hari ini.
Terbaru, kata che'GuBard, ialah dokumen di perolehi dari "Index Mundi" dan IMF yang cukup mudah dicari melalui internet.
Link yang ini menunjukkan bagaimana penjualan minyak sawit Malaysia dalam matawang New Israeli Syeqel dan harga minyak sawit Malaysia telah di senaraikan dalam futures trading (harga masa depan) sehingga Januari 2012 juga dalam New Israeli Sheqel.
Tertera dengan jelas, katanya, adalah nama Sime Darby dari Malaysia.
"Kini rakyat Malaysia harus mendapatkan penjelasan dari pihak Felda dan Sime Darby samada mereka ada terlibat dalam apa-apa penjualan minyak sawit Malaysia kepada Israel," kata beliau dalam kenyataannya.
Sebelum ini, SAMM telah membuat pendedahan awal mengenai wujudnya dagangan Sawit terus oleh syarikat tempatan dan penghantaran secara terus dilakukan dari Johor ke Israel.
Namun regim terus mendiamkan dari memberikan jawapan rasmi, katanya.
Hari ini, kata che'GuBard, satu surat rasmi dari SAMM telah dihantar kepada Kemneterian Perdagangan Antarabangsa dengan dihantar salinan ke Perdana Menteri Malaysia serta pihak media untuk memberikan respon mengenai perkara ini.
Namun dalam media baru ramai 'pemain cyber upahan' cuba memberikan penafian lemah, katanya.
Bagi beliau, rakyat harus membuka mata dengan fakta ini kerana di depan rakyat tempatan regim menuduh orang itu dan orang ini sebagai 'agen Amerika' dan sebagainya tetapi hakikat sebenarnya Malaysia terus menerus menjadi pembantu ekenomi Israel.
Pada 8 Febuari lepas, SAMM telah menunjukkan kepada pihak wartawan mengenai beberapa dokumen perniagaan termasuk dokumen rasmi kerajaan yang menunjukkan dua buah syarikat yang menghantar terus minyak sawit ke Israel.
Dua syarikat tersebut ialah Mewaholeo Industries Sdn. Bhd dan IOI Croklaan Sdn Bhd yang mana kedua dua syarikat tempatan tersebut punya alamat beroperasi di Johor.
Bagi beliau, kenyataan sebelum ini yang menyatakan kononya Malaysia tidak mampu menghalang perdagangan terus Malaysia dan Israel kerana ia melibatkan syarikat asing yang melabur di Malaysia ialah bertujuan menipu dan mengelirukan.
"Sudahlah kenyataan tersebut menunjukkan kelemahan negara hanya kerana untuk menarik pelaburan asing maka kita gadaikan prinsip membela Palestin dan usaha pembebasan kiblat pertama umat Islam.
"Malang lebih dari itu regim menyelindungkan urusan bahawa wujud juga perdagangan terus libatkan syarikat tempatan," dakwa beliau.
Harakah
Rabu, 15 Februari 2012
Razali Alias Menafikan Pakatan Rakyat DUN Chini Hadapai Masalah Tentukan Parti Mana Jadi Calon
KUANTAN, 11 Feb - Ketua Penerangan PKR Pahang, Razali Alias (foto) hari ini menafikan bahawa Pakatan Rakyat bermasalah dalam menentukan calon bagi kerusi DUN Chini pada Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang. Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan artikel terdahulu kami yang bertajuk Panas: Kontroversi Calon, Pakatan Rakyat Hadapi Dilema Tentukan 'Siapa Bertanding' Di DUN Chini semalam. Kata Razali, sebenar apa yang berlaku timbul sedikit masalah kecil kerana calon-calon yang ingin ditampilkan oleh kedua-dua parti (PAS dan PKR) adalah yang berkaliber dan boleh diterima oleh rakyat. "Bagi saya tidak timbul perbalahan, malah dalam BN sendiri pun perkara ini berlaku, malah lebih hebat daripada apa yang kita sangka", kata Razali. Beliau turut mendakwa, semua pihak supaya menerima ketetapan yang telah dipersetujui oleh kepimpinan Pakatan Rakyat peringkat negeri. "Kita harus akur dengan keputusan pimpinan tertinggi parti. Biar mereka yang putuskan. Apa yang penting ialah Pakatan Rakyat mencapai kemenangan dan merampas kembali kerusi DUN Chini yang pernah dimenangi pada PRU-10 dulu. Kita ada banyak isu yang boleh mengubah persepsi rakyat (peneroka) terhadap pembangkang sekarang. Isu Felda dan isu sikap bermewah-mewah ADUN Chini sekarang dan proksi-proksinya amat berkesan di hati pengundi di sini pada masa sekarang. Maka itu, saya berharap siapa sahaja yang menjadi calon semua pihak harus menerimanya dengan sebulat suara. Tidak perlu ada protes yang akan merosakkan peluang kita menang. Jalan perbincangan masih terbuka dan kami senantiasa adakan pertemuan untuk membincangkan hal ini", kata Razali Alias lagi.Artikal asal dari SINI
Langgan:
Catatan (Atom)