PAPAN KENYATAAN

KOSONG

Ahad, 26 Februari 2012

USTAZ KHALWAT ( PENJELASAN )


Haslan Ampanga
Sunday, February 26, 2012
Terkini - Penjelasan Ustaz Badrulamin Baharon dan akan menyaman mereka yang memfitnahnya
Penjelasan Tuduhan Berniat Jahat Terhadap Dr Badrulamin Baharon

Saya menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan media bahawa saya ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Kuantan.

Saya ke Kuantan untuk menghadiri Temurapat Pemimpin Parti Keadilan Rakyat pada 24 Februari sehingga 26 Februari 2012. Saya mengambil peranan aktif di dalam Temurapat ini.

Pada petang 24 Februari 2012, wanita tersebut telah menghubungi saya dengan nada cemas dan menyatakan hasrat beliau untuk melarikan diri daripada rumah kerana bimbangkan keselamatan diri beliau. Saya dengan tegas menasihatkan beliau untuk tidak berbuat demikian.

Walau bagaimanapun pada jam 2.00 pagi 25 Februari 2012, beliau telah menghubungi saya memaklumkan bahawa beliau sudah tiba di lokasi Temurapat Pemimpin Keadilan.

Saya telah mengenali pasangan suami isteri ini sejak lebih setahun lalu semasa wanita itu bersama keluarganya mengikuti rombongan umrah saya. Pasangan suami isteri ini sering berhubung dengan saya bagi mendapatkan nasihat mengenai masalah keluarga yang mereka hadapi termasuk kes keganasan rumah tangga. Di dalam usaha membantu pasangan ini, saya dan isteri pernah menziarahi keluarga ini di Rompin.

Di atas rasa tanggungjawab melihat wanita tersebut bersama anaknya di awal pagi, saya membantu beliau mendapatkan bilik penginapan. Pada jam 2.30 pagi suami wanita tersebut bersama lebih kurang 20 orang yang tidak dikenali menyerbu dan menyerang saya. Suami wanita tersebut kemudiannya telah membawa isteri dan anaknya pergi secara paksa.

Lelaki-lelaki bersikap ala samseng ini berhenti memukul saya apabila pihak keselamatan tiba dan menghalang mereka. Namun mereka masih tidak membenarkan saya keluar dari bilik. Hanya setelah 20 minit dikurung oleh samseng tersebut, pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) tiba dan menahan saya yang berseorangan di dalam bilik.

Kenyataan Timbalan Pengarah JAIP bahawa saya ditahan oleh pegawai JAIP ketika berkhalwat adalah tidak benar sama sekali. Saya beranggapan bahawa kejadian ini merupakan satu tindakan terancang untuk memerangkap dan mengaibkan saya. Saya hanya dipanggil untuk membantu siasatan JAIP pada 27 Februari 2012. Saya akan hadir bersama peguam untuk memberi kerjasama penuh kepada siasatan ini.

Dengan penjelasan ini, saya berharap semua pihak menghentikan tohmahan dan fitnah terhadap saya. Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang membuat tuduhan dan fitnah terhadap saya

Dr. Badrulamin Bahron
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Isnin, 20 Februari 2012

Ahad, 19 Februari 2012

MINYAK SAWIT KITA KE ISRAEL ?

Photobucket

KUALA LUMPUR, 13 Feb: Syarikat berkaitan kerajaan, Sime Darby dan Felda diminta memberikan penjelasan apakah benar mereka menjual minyak sawit mereka ke Israel.

Penjelasan ini dipohon Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SMMM), Badrul Hisham Shaharin atau che'GuBard melalui satu kenyataan terbuka hari ini.

Terbaru, kata che'GuBard, ialah dokumen di perolehi dari "Index Mundi" dan IMF yang cukup mudah dicari melalui internet.

Link yang ini menunjukkan bagaimana penjualan minyak sawit Malaysia dalam matawang New Israeli Syeqel dan harga minyak sawit Malaysia telah di senaraikan dalam futures trading (harga masa depan) sehingga Januari 2012 juga dalam New Israeli Sheqel.

Tertera dengan jelas, katanya, adalah nama Sime Darby dari Malaysia.

"Kini rakyat Malaysia harus mendapatkan penjelasan dari pihak Felda dan Sime Darby samada mereka ada terlibat dalam apa-apa penjualan minyak sawit Malaysia kepada Israel," kata beliau dalam kenyataannya.

Sebelum ini, SAMM telah membuat pendedahan awal mengenai wujudnya dagangan Sawit terus oleh syarikat tempatan dan penghantaran secara terus dilakukan dari Johor ke Israel.

Namun regim terus mendiamkan dari memberikan jawapan rasmi, katanya.

Hari ini, kata che'GuBard, satu surat rasmi dari SAMM telah dihantar kepada Kemneterian Perdagangan Antarabangsa dengan dihantar salinan ke Perdana Menteri Malaysia serta pihak media untuk memberikan respon mengenai perkara ini.

Namun dalam media baru ramai 'pemain cyber upahan' cuba memberikan penafian lemah, katanya.

Bagi beliau, rakyat harus membuka mata dengan fakta ini kerana di depan rakyat tempatan regim menuduh orang itu dan orang ini sebagai 'agen Amerika' dan sebagainya tetapi hakikat sebenarnya Malaysia terus menerus menjadi pembantu ekenomi Israel.

Pada 8 Febuari lepas, SAMM telah menunjukkan kepada pihak wartawan mengenai beberapa dokumen perniagaan termasuk dokumen rasmi kerajaan yang menunjukkan dua buah syarikat yang menghantar terus minyak sawit ke Israel.

Dua syarikat tersebut ialah Mewaholeo Industries Sdn. Bhd dan IOI Croklaan Sdn Bhd yang mana kedua dua syarikat tempatan tersebut punya alamat beroperasi di Johor.

Bagi beliau, kenyataan sebelum ini yang menyatakan kononya Malaysia tidak mampu menghalang perdagangan terus Malaysia dan Israel kerana ia melibatkan syarikat asing yang melabur di Malaysia ialah bertujuan menipu dan mengelirukan.

"Sudahlah kenyataan tersebut menunjukkan kelemahan negara hanya kerana untuk menarik pelaburan asing maka kita gadaikan prinsip membela Palestin dan usaha pembebasan kiblat pertama umat Islam.

"Malang lebih dari itu regim menyelindungkan urusan bahawa wujud juga perdagangan terus libatkan syarikat tempatan," dakwa beliau.

Harakah
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Rabu, 15 Februari 2012

Razali Alias Menafikan Pakatan Rakyat DUN Chini Hadapai Masalah Tentukan Parti Mana Jadi Calon

KUANTAN, 11 Feb - Ketua Penerangan PKR Pahang, Razali Alias (foto) hari ini menafikan bahawa Pakatan Rakyat bermasalah dalam menentukan calon bagi kerusi DUN Chini pada Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang. Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan artikel terdahulu kami yang bertajuk Panas: Kontroversi Calon, Pakatan Rakyat Hadapi Dilema Tentukan 'Siapa Bertanding' Di DUN Chini semalam. Kata Razali, sebenar apa yang berlaku timbul sedikit masalah kecil kerana calon-calon yang ingin ditampilkan oleh kedua-dua parti (PAS dan PKR) adalah yang berkaliber dan boleh diterima oleh rakyat. "Bagi saya tidak timbul perbalahan, malah dalam BN sendiri pun perkara ini berlaku, malah lebih hebat daripada apa yang kita sangka", kata Razali. Beliau turut mendakwa, semua pihak supaya menerima ketetapan yang telah dipersetujui oleh kepimpinan Pakatan Rakyat peringkat negeri. "Kita harus akur dengan keputusan pimpinan tertinggi parti. Biar mereka yang putuskan. Apa yang penting ialah Pakatan Rakyat mencapai kemenangan dan merampas kembali kerusi DUN Chini yang pernah dimenangi pada PRU-10 dulu. Kita ada banyak isu yang boleh mengubah persepsi rakyat (peneroka) terhadap pembangkang sekarang. Isu Felda dan isu sikap bermewah-mewah ADUN Chini sekarang dan proksi-proksinya amat berkesan di hati pengundi di sini pada masa sekarang. Maka itu, saya berharap siapa sahaja yang menjadi calon semua pihak harus menerimanya dengan sebulat suara. Tidak perlu ada protes yang akan merosakkan peluang kita menang. Jalan perbincangan masih terbuka dan kami senantiasa adakan pertemuan untuk membincangkan hal ini", kata Razali Alias lagi.

Artikal asal dari SINI
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sabtu, 11 Februari 2012

DUN CHINI BERGOLAK ?

PAS Telah menafikan Artikal di Bawah ini.

PAS Dun Chini lebih selesa dengan perancangan yang telah di buat…
Setia pada pemimpin adalah jalan yang terbaik untuk menyimpul masaalah...
PKR tetap menerajui DUN Chini seperti yang telah dirancang...
Bekerjasama jalan yang terbaik …

"MENUMBANGKAN BN ADALAH MATLAMAT UTAMA KAMI DALAM PR CHINI."


Dibawah artikal dari BDO yang menjadi kontrovesi di Chini antara PAS dan Pakatan di Facebook .Semoga pembaca faham ini Artikal dari siapa.

Klik sini Artikal ASAL

Friday, February 10, 2012
Panas: Kontroversi Calon, Pakatan Rakyat Hadapi Dilema Tentukan 'Siapa Bertanding' Di DUN Chini
PEKAN, 10 Feb - Pakatan Rakyat (pembangkang) kini masih bercelaru dan belum mencapai kata sepakat dalam menentukan siapakah calon yang akan bertanding di kerusi DUN Chini, Parlimen Pekan pada Pilihanraya Umum Ke-13 ini nanti. Difahamkan, kedua-dua parti iatu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Islam SeMalaysia (PAS) kini berminat untuk meletakkan calon mereka di kawasan itu. Pada Pilihanraya Umum Ke-12 (2008) yang lalu, calon BN, Abu Bakar Harun menang ke atas calon PAS, Ustaz Mohd Fadhil Noor Abd Karim dengan majoriti 4,524 undi. Calon BN itu mendapat 7,398 undi, manakala Ustaz Fadhil (PAS) hanya mendapat 2,874 undi. Susulan dengan itu, PKR khabarnya berminat untuk bertanding semula di kerusi itu berdasarkan kepada rekod mereka pernah menang pada Pilihanraya Umum ke-10 (1999) bila mana calon KeADILan, Mohd Jafri Abdul Rashid menang ke atas calon BN iaitu Dato' Wan Razali Wan Mahussin (Speaker DUN Pahang sekarang) dengan majoriti tipis sebanyak 5 undi sahaja. Jafri mendapat 4,060 undi manakala Wan Razali mendapat 4,055 undi. Keputusan memeranjatkan itu diluar jangkaan sebenarnya. Namun, mungkin dek kerana gelombang reformasi yang melanda selepas pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim, maka ia berlaku. Ini menyebabkan UMNO BN di DUN Chini bagai "cacing kepanasan". Mereka tidak menyangka, Dato' Wan Razali yang merupakan Exco Kerajaan Negeri Pahang ketika itu boleh ditewaskan. Namun selepas itu Jafri gagal untuk mempertahankan kerusi terbabit apabila dia kecundang dengan majoriti 4,005 undi kepada calon BN, Abu Bakar Harun. Calon BN itu mendapat 6,664 undi, manakala Jafri hanya mendapat 2,659 undi iaitu satu jumlah yang begitu jauh dari kejayaan beliau menewaskan BN pada pilihanraya umum sebelum itu. Kekalahan Jafri ini menyebabkan beliau kemudian beralih arah pada Pilihanraya Umum ke-12, bila bertanding pula di kerusi Parlimen Paya Besar menentang Datuk Abdul Manan Ismail (BN). Walau bagaimana pun beliau tewas dengan majoriti 8,503 undi. Abdul Manan ketika itu mendapat 19,355 undi, manakala Jafri 10,852 undi. Lantaran itulah, kerusi DUN Chini telah ditandingi Ketua Pemuda PAS Pekan, Ustaz Mohd Fadhil Noor. Kini, siapakah calon yang paling sesuai kali ini agaknya?.

[Berdasarkan rekod sejak PRU-10 (selepas Pakatan Rakyat bergabung), PKR telah bertanding dua kali di DUN Chini manakala PAS baru sekali. Maka itulah PAS mendakwa mereka lebih layak untuk bertanding di kerusi DUN Chini pada kali ini. Namun, apa yang berlaku pimpinan Pakatan Rakyat Negeri Pahang sudah membuat ketetapan bahawa kerusi DUN Chini akan diberikan kepada PKR dan parti itu sudah pun mengenalpasti beberapa calon yang akan bertanding di situ. Namun, berita panas diterima apabila sebahagian besar kepimpinan PAS di Peti Undi DUN Chini mahu calon dari parti mereka yang bertanding. Ini menimbulkan konflik, dan bakal mengugat kekuatan Pakatan Rakyat jika ia tidak ditangani dengan betul. Difahamkan, ada dikalangan pemimpin PAS setempat yang sudah awal-awal lagi mahu membuat protes jika PKR bertanding di situ. Malah, dalam beberapa mesyuarat yang diadakan baru-baru ini ternyata kepesepakatan masih belum diperolehi lagi. Alasan yang diberika oleh PAS, kononnya PKR tidak mempunyai jentera yang cukup untuk bertanding di situ. Malahan, kata mereka PAS lebih layak kerana sudah bersiap sedia dengan jentera mereka sedangkan PKR masih terkial-kial untuk menubuhkan cawangan (ranting) parti itu di DUN Chini. Persoalannya, siapakah yang paling layak untuk bertanding di kerusi DUN Chini kali ini. PAS dan PKR perlu mencari kata sepakat yang terbaik agar tidak ada mana-mana pihak yang kecewa dengan keputusan yang akan ditetapkan. Apapun, pada PRU-13 kali ini Pakatan Rakyat dijangka berupaya merampas semula kerusi DUN Chini berdasarkan kepada sokongan kuat masyarakat peneroka Felda terhadap parti pembangkang].
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Khamis, 5 Januari 2012

GAMBAR "SAVE FELDA STOP ISA"

Gambar Ehsan dari LKTP1436














Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Pengikut

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...