PAPAN KENYATAAN

KOSONG

Khamis, 22 September 2011

Selasa, 20 September 2011

TARIKH CERAMAH UMUM DI CHINI

CERAMAH UMUM
DI MARKAS PAS CHINI 03
PADA 21.9.2011 JAM 9.00 MALAM
OLEH CIKGU BARD.

CERAMAH UMUM
DIMARKAS PAS CHINI 03
PADA 26.9.2011 JAM 9.00 MALAM
OLEH CIKGU MALA

SEMUA WARGA CHINI DIJEMPUT HADIR.
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

PENEROKA JENGKA SAMAN FELDA RM510 JUTA

Felda bakal berdepan musibah terbaru sebaik menerima tuntutan saman lebih RM510 juta dari peneroka di kawasan Jengka, Pahang dalam jangka masa terdekat.

Ini berikutan 345 lagi peneroka menyerahkan borang waran pelantikan peguam yang menjadikan jumlah keseluruhan mereka yang menyaman Felda di kawasan itu setakat ini adalah seramai 1,056 orang, lapor Keadilan Daily.

NONEPada Julai lalu, Felda disaman oleh 711 peneroka di kawasan itu, selain deretan saman dari peneroka di Kelantan, Johor, dan Negeri Sembilan.

Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR, Suhaimi Said dalam laman blognya mendedahkan, jumlah tuntutan oleh 1,056 peneroka terbabit merupakan jumlah terbesar setakat ini.

“Jumlah tuntutan sebanyak RM510,048,000.00 merupakan jumlah terbesar yang pernah dituntut oleh peneroka-peneroka Felda terhadap Felda,” katanya dipetik organ PKR itu.

Lanjutan kes ini, Jawatankuasa Bertindak yang mewakili peneroka-peneroka terbabit mengadakan Majlis Penyerahan Borang Pelantikan Peguam yang disempurnakan dengan kehadiran Pengarah Guaman PKR, Latheefa Koya di Markaz PAS Felda Jengka 17, pada Ahad lalu.

Menurut Suhaimi, saman itu dikemukakan berikutan peratusan kadar perahan gred (KPG) buah sawit yang dimanipulasi oleh Felda dan kilang-kilang Felda.

NONE“Mereka (peneroka) menuntut buah sawit yang ditolak oleh kilang Felda kononnya buah-buah itu mengkal, muda dan tangkal panjang, walhal buah-buah ini diuji di makmal dengan peratusan perahan sebanyak 20 peratus.

“Buah-buah sawit dari kawasan ini telah dihantar ke makmal dan disahkan peratusan perahan KPG (Kadar Perahan Gred) tidak pernah menurun dari 27 peratus sedangkan Felda hanya membayar kepada peneroka di atas kadar perahan antara 17 peratus hingga 19 peratus.

“Ini mendatangkan kerugian yang amat besar kepada peneroka-peneroka. Kiraan selama 15 tahun kerugian yang ditanggung oleh peneroka-peneroka melebihi RM400,000.00 bagi setiap peneroka,” kata Suhaimi.

Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Khamis, 15 September 2011

Kita Tak Pernah diJajah ?

Lu Fikir laa sendiri,.....

Kalau kita tak pernah dijajah... Bermakna

  1. Kita telah bazirkan billion ringgit wang rakyat untuk sambutan sejak 50 tahun lalu sambutan peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.
  2. Mungkinkah kita kena batalkan sambutan yg membazir ini dan cuti 31 ogos juga mesti dikaji.
  3. Ini juga memberi gambaran semua PM dan rakyat selama ini buat kerja bodoh sambut 31 ogos.
  4. Kematian Pejuang maharaja lela, Tok Janggut,Mat kilau, tok janggut, Dato bahaman, Tok gajah dll mati sia sia kerana menentang kerajaan yg sah bukan penjajah
  5. Negara Komenwell hanyalah Melaka dan Pulau Pinang bukan Malaysia. Ubah senarai negara Komenwell
  6. Malaysia mesti menarik diri dari sukan Komenwell kerana sukan itu untuk negara jajahan British. Sukan Komennwell hanya boleh disertai oleh Melaka dan Pulau Pinang
  7. Semua tesis atau kalian ilmiah tentang sejarah kemerdekaan tidak ada nilai dan B.A, M.A, PHD mereka yg menulis tentang kemerdekaan negara dan yg bercanggah dengan kenyataan Zainal Kling ditarik balik dan batalkan.
  8. Tengku Abd Rahman bukan Bapa kemerdekaan... buku sejarah tersalah tulis.
  9. Semua guru sejarah akan pening kepala untuk mengajar sejarah kemerdekaan.
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada lagi tauliah untuk ahli politik

Tiada lagi tauliah untuk ahli politik berceramah di masjid, surau: JAIS
SHAH ALAM: Ahli politik tidak lagi diberi tauliah untuk berceramah di semua 2,081 surau dan 380 masjid di seluruh Selangor, kata Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Marzuki Hussin.

"Mana-mana ahli politik yang mempunyai tauliah sebelum ini tidak boleh memperbaharuinya sebaik ia tamat dan mereka tidak lagi dibenarkan memberikan ceramah di semua surau dan masjid di negeri ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Beliau berkata larangan terhadap ahli politik itu adalah bagi mematuhi titah perintah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, melalui surat pekeliling bertarikh 22 Jun lalu. Marzuki berkata, Sultan Selangor tidak berkenan untuk memberikan tauliah kepada semua ahli politik untuk berceramah di semua surau dan masjid di seluruh Selangor.

Beliau berkata, mereka yang melanggar arahan itu (menyampai ceramah tanpa tauliah) boleh didakwa di bawah Enakmen Pentadbiran Jais, Seksyen 119 (1) yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Katanya, kini terdapat 2,601 penceramah agama yang bertauliah di Selangor.

Awal bulan ini JAIS memanggil Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, bagi disiasat terhadap dakwaan bahawa beliau memberi tazkirah tanpa tauliah dengan perbicaraan berhubung perkara itu telah ditetapkan diadakan di Mahkamah Syariah Shah Alam pada 24 November depan.
Khalid didakwa menyampaikan kuliah agama tanpa permit pada 16 Ogos lalu di Surau Taman Seri Sementa, Kapar, Klang. - BERNAMA
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Rabu, 7 September 2011

Tauliah: Jangan sampai jadi bahan ketawa

KUALA LUMPUR, 7 Sept: Tidak menafikan bahawa pemberian tauliah merupakan satu makanisme bagi menjamin bahawa kesucian Islam dapat dipelihara dan pengajaran agama Islam dapat dipantau dengan baik.

Namun begitu, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) hari ini menasihatkan agar jabatan-jabatan agama Islam negeri-negeri di Malaysia agar memudahkan pemberian tauliah kepada golongan yang mempunyai taraf keilmuan agama yang diketahui umum yang ingin membantu mendidik masyarakat Islam.

“Pemberian tauliah mengajar agama merupakan satu makanisme bagi menjamin bahawa kesucian Islam dapat dipelihara dan pengajaran agama Islam dapat dipantau dengan baik. Hampir semua negeri mempunyai makanisme tauliah ini.

“Ia adalah satu makanisma yang sangat baik selagi mana ia berjalan di atas landasan yang bertepatan dengan syarak. Apa yang mendukacitakan kini ialah sedikitnya tauliah yang dikeluarkan berbanding keperluan umat yang mengharapkan siraman ilmu,” tegas beliau dalam satu kenyataannya hari ini.

Para ilmuan Islam, kata beliau mempunyai tanggungjawab agama bagi menyampaikan ilmu agama selaras dengan hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Sampaikanlah apa yang kamu terima dariku, walau sepotong ayat.”

“Di atas asas ini, maka golongan agama mempunyai amanah menyampaikan ilmu yang wajib disampaikan,” tambah beliau.

Menurut Tuan Ibrahim, tugas utama menyampai dan membimbing rakyat adalah terpikul di atas bahu para pemimpin Islam di akhirat.

Sejajar itu, katanya golongan agama bertanggungjawab membantu para pemimpin ini untuk meringankan hisaban di akhirat.

“Pada masa yang sama, para pemimpin yang dibantu ini hendaklah berterima kasih kepada golongan agama kerana membantunya meringankan hisaban di akhirat dan melepaskan bebanan mengurangkan kejahilan rakyatnya.

“Untuk itu, pemerintah mestilah menyediakan ilmuan Islam yang cukup bagi mendidik masyarakat ke arah penghayatan Islam yang syumul. Adalah satu kesalahan besar bagi seseorang pemimpin untuk membiarkan rakyatnya terus jahil,” terang beliau.

Beliau juga memberikan peringatan bahawa ulamak atau golongan agamawan pula dipertanggungjawabkan mesti memelihara amanah ilmu dengan menyampaikan ilmu tersebut walau pahit sekalipun rintangan yang bakal dihadapinya.

Akibat kekurangan siraman ilmu yang mengekalkan kejahilan, terang beliau adalah sebab berlakunya pelbagai gejala sosial, soal murtad, rasuah, berkembangnya ajaran sesat dan sebagainya.

Lebih malang kini, mereka yang mempunyai taraf keilmuan agama yang diketahui umum dengan kelulusan ilmu agama, jawatan yang disandang seperti pensyarah, mufti, kadhi, guru agama sekolah-sekolah bahkan ulamak yang disegani juga terikat dengan sistem tauliah, tambahnya lagi.

“Jika pihak berkuasa agama membimbangi mereka ini menyampaikan ajaran salah atau bercanggah dengan syarak, bagaimana pula dengan kuliahnya di universiti dan tempat lain?

“Bahkan, kalau seseorang mufti pun kena memohon tauliah, sudah tentu ia menjadi bahan tertawa orang jahil dan ini antara sebab utama mengapa wibawa institusi agama sangat rendah di mata masyarakat,” terang Tuan Ibrahim, sambil menambah ini juga antara sebab mengapa pendakwaan mengajar atau menyampaikan kuliah tanpa tauliah kini mengundang pelbagai gurau senda dalam masyarakat.

Untuk jabatan agama Islam di negeri-negeri, Tuan Ibrahim mengesyorkan agar mereka memudahkan pemberian tauliah kepada golongan yang mempunyai taraf keilmuan agama di mata masyarakat, lebih-lebih lagi apabila golongan ini yang mengajar ini tidak pernah meminta upah dari pengajaran yang disampaikannya.

“Bersangka baiklah terhadap golongan ilmuan agama, dan bertindak adillah dengan kuasa di dalam tangan dalam pemberian tauliah, dan dengan ini diharap kejahilan masyarakat dapat di atasi dan pemimpin akan dirahmati Allah,” nasihat beliau.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/5277-tauliah-jangan-sampai-jadi-bahan-ketawa
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Selasa, 30 Ogos 2011

Mat Indera Sebagai Perjuang Kemerdekaan (komen)


Mat Indra ternyata seoarng pejuang sama dengan tokoh-tokoh yang lain seperti Rashid Maiden dan Chin Peng..tetapi pengorbanan beliau tidak di hargai oleh masyarakat yang kebanyakan nya mereka menuduh golongan in membabi buta tanpa mencari bukti-bukti bagi mengukuh kan tuduhan Mat Indra adalah seoarng penghianat bangsa....sedang kan aliran beliau juga sama ..ingin memerdekakan negara dari serangan penjajah.............. - Pippo








Askar dan polis kerja dibawah british...maka ianya talibarut penjajahlah. Mereka berjuang untuk kekalkan kuasa penjajah di malaya, oleh itu siapa yang melawan british mereka anggap musuh. Orang melayu kalau diumpan dengan wang cukup senang untuk BELOT dengan bangsanya sendiri. Mat Indera ini dari kacamata saya ianya seorang yang berjiwa merdeka dan ada semangat setia bangsa serta tidak tunduk dengan kemewahan dunia. Orang melayu lain ibarat ayam daging yang digemokkan untuk disembelih oleh penjajah british. Akibat perangai melayu yang tidak tetap pendirian inilah maka hingga sekarang dijajah oleh wakil british ?...UMNO lah ngok. - IATTIB

....

Saya baru membaca apa yg saudara tulis mengenai peribadi abang saya.saya ucapkan berbanyak terima kaseh.

Dia bukan saorang komunis tetapi dia saorang Islam sejati,masuk hutan keran mahu melawan penjajah British yg menjajah kita pada masa itu. - bahrom shah bin indra

....

Kekadangku rase, kerana polis le kite lambat merdeka, mereka digunakan untuk menangkap dan menyiksa pejuang yang berjuang sebenar2nya mempertahankan tanahair. Force 136 seperti cerita sarjan hasan hanya berjuang untuk bebaskan dari Jepun bagi pihak British, setelah Jepun kalah terus balik ke kampung, tiada keinginan untuk memerdekakan tanah air dari penjajah, mentadbir tanah air sendiri. - AFirdaus

.....

asalamualaikum pada semua pembaca..yer betol apa yg ayah saya katakan(bahrom shah bin Indra)..mat Indra bukan komunis..PEACE - bahar@din

saya ingin membetulkan ayat jay bond...atuk sy mat indra bkn petualang tetapi dia ingin menentang penjajahan British ke atas tanah melayu...sekian sy anak kpd bahrom shah(bahar_bts@yahoo.com)

.....

There are too many spaculations over the net about this particular uncle of mine. I can see uncle Rom and his son here too. Berjuang demi Melayu - itulah arwah. Ramai yg memperkotak katikkan sesuka hati thadap perjuangan beliau. Ramai yang mencemuh dan memaki hamun. Tapi, pernah kah generasi2 baru cuba mendalami isu sebenar pada zaman itu? Generasi skg, hanya mendengar dan membaca. Silap sumber, maka silaplah pemahaman mereka. Cuba lah generasi (bukan merayu, mahu kamu berfikir), letakkan diri kamu di tahun 1948-1952.. Buang segala kemudahan yg ada depan mata, letak diri kamu di dalam sebuah rumah di dalam kebun yg dikelilingi hutan.. Apakah yg kamu boleh buat untuk diri dan bangsa sendiri?? Berjuang tidak semestinya memegang senjata - singkap wikipedia apa itu warfare? Berapa bahagiankah warfare?? Cuba fikirkan. Kamu adalah generasi baru, generasi maju. Malaysia dah maju, anak-anak yg bijak pandai. Propah yg dsebarkan oleh brits dan juga melayu yg tkabur dengan habuan di waktu itu - mjadikan arwah musuh sedangkan perjuangan beliau sama dengan apa yg dperjuangkan oleh Melayu lain. Apa? Kemerdekaan.. Yg mbunuh, bukan beliau. Yg menyiksa rakyat, bukan beliau. Malah beliau sampai di BK selepas BK di serang. Pernah kah kamu tfikir, berapa melayu yg telah arwah selamatkan? Siapakah yg menangis semasa beliau di gantung? Melayu juga.. Kenapa?? Sebab Melayu pada waktu itu, tahu apa yg diperjuangkan beliau. Siapakah yg tersenyum di waktu itu?? Kamu fikirkan lah sendiri.. - UNknow

....

saya org banjar batu pahat..menurut cerita org tua saya..mmg betulla apa yg korg cakap.mat indera bukan komunis - jamal

...

pokok pangkalnya sekarang adakah Mat Indera seorang komunis?

adakah dia berfahaman komunis?

bukankah dia ahli rejimen ke 10?

bukankah bukan semua ahli rejimen ke 10, malah tiada seorang pun yang terbukti berideologi komunis?

kalau yang politik kiri tu memang hampir semuanya, tapi tak semua yang kiri itu komunis.

ingat, kalau tak kerana British hambat semua pejuang kiri Melayu demi memenangkan puak kanan (baca: bourgeois/bangsawan kanan Melayu) yang akan jadi pak turut British, puak kiri takkan lari masuk ke hutan mendapatkan perlindungan dari PKM.

Orang Melayu Johor waktu tu tak sedoboh Melayu sekarang.

Mereka sendiri tak criminalize Mat Indera. Bagi mereka PKM adalah PKM, Rejimen ke-10 adalah R-10. Polis juga di satu pihak pada waktu itu sudah dilihat Melayu dengan pandangan yang rendah kerana kronisme dan korupsi.

Tidak sampai 10 tahun sebelum UMNO mula berkuasa (pilihanraya pertama adalah pada 1949), orang Melayu tak suka dengan UMNO.

Gelora perjuangan Melayu bangkit dengan API, AWAS, SEDAR, KMM, dll. yang mana tokoh-tokohnya adalah mereka yang berada di dalam Rejimen ke-10.

Hanya setelah zaman 50an baru masyarakat pandang rendah pada tokoh-tokoh tersebut setelah ejen-ejen propaganda UMNO menyebarkan fitnah terhadap mereka (cth: Shamsiah Fakeh bunuh anak sendiri dalam hutan, dsb).


Polis hanya balaci pemerintah.


Zaman British diorang ikut cakap British, zaman UMNO ikut cakap UMNO. - Megat Seri Rama
.....


antara ucapan Mat Sabu - ....Bukit Kepong, polis itu polis British, hak serang Bukit Kepong tulah pegawai kerajaan, ketuanya MaT Indra, Melayu, tetapi semua sejarah itu ditutup, Jins Samsuddin buat filem, Jins Samsuddin tu UMNO, cerita bukit Kepong, hak serang balai polis tu penjahat, polis tu polis British, sebelum merdeka negara kita diperintah oleh British, tapi dia buat filem yang hero hak pertahan balai polis, hak serang tu pengganas, padahal Mat Inda ketua penyerang balai polis tu dan akhirnya dia dihukum gantung di Jering Taiping, begitulah juga Tok Janggut, Tok Janggut ni lawan British, tapi sebelum British nak..nak bunuh dia, dia menghasut Sultan Kelantan untuk mengishtiharkan Tok Janggut sebagai penderhaka, bila ishtihar Tok Janggut sebagai penderhaka, barulah tok Janggut dihukum gantung di Pasir Puteh Kelantan. Semua sejarah negara kita bohong.... agnako
.......



Polis pejuang kemerdekaan?

Tok Janggut pejuang penjajahan kalau gitu?



Lt. Adnan pejuang kemerdekaaan?

Lawan Jepun demi British?
.........


--end--

http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=8475

Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Pengikut

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...