PAPAN KENYATAAN

KOSONG

Isnin, 31 Mei 2010

Cerita "GAS" di TV3

Sekiranya TV3 tidak suka pada GAS
  1. Himpunan hanya 500 orang saja dalam lapuran
  2. Buat temuramah kutuk GAS
  3. Buat ulasan lebih dari ucapan perhimpunan
  4. Buat liputan 30 saat saja keluar kat TV
Sekiranya TV3 suka pada GAS
  1. Himpunan 5 ribu lebih dalam laporan
  2. Kurang ulasan banyak keluar ucapan perhimpunan
  3. Buat liputan lama sikit
TV3-umno.umno TV3

Rakyat sudah cerdik dah....


Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Jumaat, 28 Mei 2010

Judi bolasepak, rakyat terus protes...

Abdul Rahim Sabri & S Pathmawathy
Mei 28, 10
5:02pm
Cuaca mendung dan hujan di beberapa tempat tidak menghalang Pemuda PAS hari ini menyambung semula demontrasi 'pemanas badan' membantah keputusan kerajaan meluluskan lesen judi yang dibuat sejak minggu lalu.

Kali ini, ia diteruskan di beberapa buah negeri lagi selepas solat Jumaat.

Minggu lalu, lima buah negeri - Pulau Pinang, Perak, Selangor, Terengganu dan Negeri Sembilan - mengadakanbantahan terhadap tindakan kerajaan itu.




Kemuncak bantahan hari ini di negeri-negeri adalah di rumah Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussin di Bachok sebelum bantahan besar-besaran di Istana Negara yang dijadual pada 3 Julai depan.

Bertempat di Masjid Mahmudi, Bachok, hampir 2,000 orang berhimpun selepas solat Jumaat bagi menyatakan bantahan mereka.

Bantahan di Bachok hari ini dianjurkan oleh Kempen Anti Judi (KEJI) dan disokong sebahagian besarnya oleh ahli PAS.

Bachok merupakaan kubu kuat PAS yang diduduki oleh Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa.

Perhimpunan besar-besaran ini juga agak simbolik kerana ia diadakan di kampung halaman Awang Adek yang kementeriannya bertanggung-jawab dengan pemberian lesen judi itu.

Penduduk yang berang dengan keputusan kerajaan itu membawa sepanduk menuntut pemberian lesen berkenaan ditarik balik.

Antara yang hadir di sini ialah ahli parlimen Kuala Krai, Hatta Ramli yang berkata Awang Adek dipilih oleh Barisan Nasional untuk menjadi Menteri Besar Kelantan, jika mereka menang pada pilihan raya 2008 yang lalu.

"Bayangkan,
menteri besar Kelantan buat pengumuman judi? Saya rasa, rakyat Bachok bertindak bijak menolaknya,” kata Hatta.

Di Kedah, kira-kira 1,000 orang termasuk pemimpin politik dan penyokong PAS membanjiri Dataran Zero di Sungai Petani bagi membantah tindakan kerajaan meluluskan pemberian lesen judi.

'Tarik balik lesen judi'

Ketua Pemuda PAS negeri Ahmad Yahaya berkata demontrasi itu berlangsung selama 45 minit bermula jam 2.15 petang di mana beberapa tokoh PAS dan NGO turut hadir.

Ketik

a dihubungi Malaysiakini, Ahmad berkata dalam ucapannya beliau menegaskan bahawa PAS menentang keputusan kerajaan meluluskan lesen judi sukan dan mendesak kerajaan menarik balik keputusannya itu.

Turut menyampaikan ucapan adalah Timbalan Speaker Izzat Shauki, Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah, Sanusi Mohamad Noor, Pengerusi Gerakan Mansuh Judi (GMJ) Nasir Zakaria dan wakil dari Teras Keupayaan Melayu (Teras) Mohd Azmi Abdul Hamid dan wakil dari PSM.

Turut hadir dalam bantahan tersebut dua orang ADUN iaitu Abdullah Jusuh (Pantai Merdeka) dan Yahya Abdullah bagi DUN Jeneri.

Menurut Ahmad, ada di kalangan hadirin juga membawa poster antara lain berbunyi "Kita Bantah Judi Bola".

Perhimpunan tersebut dikawal oleh kira-kira 10 anggota polis dan tiada kekecohan atau tangkapan dibuat, tambahnya.

Manakala di Perlis, lebih dari 500 orang termasuk penyokong parti berkumpul di perkarangan Masjid Putra Kangar melaungkan 'Tolak Judi' sebagai tanda bantahan terhadap tindakan kerajaan itu.

Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Ketua Pemuda PAS negeri Yaakob Abu Seman berkata bantahan tersebut berlangsung selama 40 minit bermula jam 1.50 petang, selepas orang ramai menunaikan solat Jumaat.

Rakyat benci judi

Mereka mengibarkan kain rentang antaranya berbunyi "Rakyat benci judi dan pemimpin judi".

Katanya turut hadir adalah beberapa pimpinan PAS negeri termasuk pesuruhjaya PAS Hashim Jasin dan beberapa pemimpin Pemuda PAS dan pemimpin mahasiswa.

"Kita harap pemimpin Umno dapat menarik balik pemberian lesen judi ini," katanya sambil menambah ucapan mereka itu diselangi dengan ucapan takbir dan reformasi.

Menurut Yaakob, seramai 10 orang polis berada di situ bagi mengawal perhimpunan itu yang diadakan tanpa sebarang kekecohan ataupun tangkapan.

Di Selangor bantahan yang sama dibuat di beberapa masjid dengan Timbalan Ketua Pemuda PAS negeri Ahmad Zaidy Abdul Mutalib mengetuai kira-kira 500 orang membantah kelulusan lesen judi di Masjid Country Home Selayang.

Bercakap kepada Malaysiakini, Ahmad Zaidy berkata bantahan tersebut berlangsung selama 30 minit bermula kira-kira jam 2.10 petang di perkarangan masjid berkenaan.

Katanya selain itu, terdapat dua lagi protes iaitu di Masjid Besar Kuala Selangor dan di Masjid Besar Batu 14 di Hulu Langat.

Bencana Allah

Dalam

ucapannya, Ahmad Zaidy berkata judi itu adalah haram di sisi Islam kerana termaktub dalam surah al-Maidah ayat 90 yang meminta umat Islam menjauhi perbuatan tersebut.

Ini kerana, katanya, judi memberi kesan yang tidak baik kepada masyarakat dan mendedahkan kepada bencana Allah.

Menurutnya lagi, mereka juga turut mengibarkan dua kain rentang yang berbunyi "Judi bola tetap haram" dan "Katakan ya untuk bola, Katakan tidak untuk judi" serta poster yang bertulis "Kami main bola, bukan main judi".

Sebanyak 500 risalah membantah kelulusan kerajaan memberi lesen judi turut diedarkan kepada orang ramai.

Tiada kekecohan yang berlaku di masjid tersebut, kata Ahmad Zaidy yang juga ketua Pemuda PAS kawasan itu.

Tunjuk perasaan di Masjid Jumhuriyah Taman Dato Harun pula menyaksilan hampir 1,000 orang berhimpun mengecam kegelinciran Umno-BN dari landasan moral kerana menghalalkan operasi judi sukan di negara ini.

Laungan takbir bergema disebalik kain rentang dan sepanduk mengingatkan kerajaan bahawa judi itu haram, mencemar moral dan peruntuh institusi keluarga.

Di Melaka, Ketua Pemuda PAS negeri Kamarudin Sidek berkata kira-kira 500 orang hadirin termasuk penyokong PAS turut serta dalam bantahan lesen judi.

Tiada kekecohan

Menurutnya, bantahan itu berlangsung selama hampir setengah jam bermula 1.50 petang dengan dikawal kira-kira 20 anggota polis di masjid negeri, Masjid Al-Azim di Bandar Melaka

Menurut Kamarudin, beberapa pimpinan PAS dan PKR menyampaikan ucapan membantah keputusan kerajaan itu.

Antara mereka ialah Pesuruhjaya PAS negeri Abdul Ghani Abdul Rahman dan timbalannya, Adly Zahari.

Turut hadir adalah exco Pemuda PAS negeri serta wakil dari Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Pertubuhan Jamaah Islam Malaysia (JIM).

Dalam perhimpunan tersebut, mereka mengibarkan beberapa kain rentang yang antaranya berbunyi "Ya Untuk Bola, Tidak untuk Judi ".

Tiada kekecohan atau tangkapan dilaporkan.

Bantahan di Pahang dibuat semalam

Di Pahang pula, Ketua Pemuda PAS negeri Suhaimi Saad berkata pihaknya telah berhimpun membantah lesen judi semalam, sebelum menghantar memorandum kepada Menteri Besar, Datuk Adnan Yaakob.

"Tiada demonstrasi pada hari ini. Kita dah buat semalam," kata Suhaimi ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Menurutnya, kira-kira 300 penyokong Pakatan rakyat yang diketuai oleh Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berhimpun di padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) yang terletak bersebelahan dengan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) semalam.

Turut hadir dalam perhimpunan itu adalah beberapa pemimpin DAP dan PKR.

Antara mereka ialah Choong Siew Oon yang merupakan ADUN Tras dan Timbalan Ketua PKR Pahang Ram Ponoshan.

Perhimpunan itu berlangsung selama 20 minit bermula jam 10 pagi sebelum enam wakil dari setiap parti dibenarkan bertemu dengan menteri besar.

Menurut Suhaimi, selepas menyampaikan memorandum tersebut, mereka mengedarkan kira-kira 3,000
risalah kepada orang ramai di kawasan berhampiran.

Sementara itu, setiausaha Pemuda PAS Pulau Pinang, Nd Nor Harun ketika dihubungi Malaysiakini berkata, ratusan orang berkumpul membantah lesen judi di beberapa buah masjid di Pulau Pinang.

Antaranya di Masjid Kapitan Keling dan Masjid Permatang Janggus.

Gambar protes di Melaka diambil darihttp://angkasanuri.blogspot.com/ manakala perhimpunan di Kedah pula adalah ehsan http://www.harakah.net.my. Pihak Malaysiakini merakamkan penghargaan terhadap gambar berkenaan





Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Kapal kemanusiaan Gaza dikepung helikopter Israel

"SHAH ALAM, 28 Mei: Keselamatan konvoi sembilan kapal kemanusiaan Gaza kini terancam ekoran sedang dikepung helikopter komando Israel dan cuba untuk merampas kapal tersebut.

Menurut Setiausaha Masjid Jamek Raja Tun Uda, Ustaz Nasaruddin Hasim yang menerima mesej dari sana berkata, ketika ini konvoi sedang berada di perairan Gaza dan jam 4.30 petang (waktu Malaysia) akan berhadapan dengan kapal Israel.

Beliau mengumumkan perkara itu sebaik selepas selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Raja Tun Uda Shah Alam, lebih 500 anak jemaah mendirikan solat hajat memohon bantuan daripada Allah SWT.

Perkara ini disahkan oleh Naib Presiden Muslim Care, Zulkifli Mohd Nani yang baharu sebentar menghubungi Harakahdaily; kini konvoi sedang berada dalam ancaman kerana segala kemungkinan boleh berlaku."
ARTIKAL ASAL DARI SINI
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Selasa, 25 Mei 2010

MELAWAT, ZIARAH DAN UMRAH

13 Keping gambar untuk tatapan semasa mengerjakan umrah baru-baru ini.












Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Rabu, 19 Mei 2010

NAK TELUS TANPA RASUAH ?

"Kalau kita inginkan pilihanraya yang telusssss tanpa rasuah !.. kita kena jatuhkan UMNO dahulu"
Aziz Bari (Awani)
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sabtu, 15 Mei 2010

Lebih setengah bilion Politeknik Muadzam terus gagal disiapkan

Artikal asal dari sini



ROMPIN: Setelah 10 tahun berlalu, projek Politeknik Muadzam Shah (PMS)
terus menjadi projek ”menanti buah yang tak gugur” dan amat menyakitkan bagi rakyat sebelah sini.

Dimulakan sekitar tahun 2000 di pinggir Bandar Muadzam Shah, iaitu terletak lebih kurang satu kilometer dari persimpangan Muadzam Shah meghala ke Kuantan, kini sudah masuk kontraktor ketiga, namun keadaannya masih belum siap.

Projek yang jika siap dan beroperasi nanti boleh menempatkan 4,000 ke 5,000 penuntut itu, pada mulanya telah dianugerahkan kepada kontraktor pertama Konsortium Kontraktor Melayu Pahang (KKMP) bernilai RM219,000.000.00 dan sepatutnya siap pada 12.12.2003.

Kemudian pada ketika kemajuan projek 41.15 %, KKMP telah gagal disiapkan dan digantikan oleh KAUSAR CORPORATION SDN. BHD KAUSAR CORPORATION SDN. BHD dengan tambahan harga kontrak bernilai RM193, 088,888.00.Ini bermakna harga projek keseluruhan setelah tamat tempoh bagi kontrak yang kedua menjadi RM412,088,888.00.

Kontak telah tamat pada 28.04.2008 dengan kemajuan hanya 61% dan kontraktor pub cabut kerana tak tahan.

Kini masuk kontraktor ketiga yang mula masuk tapak pada 24 februari 2009. iaitu MMN Bina Sdn Bhd dengan tambahan nilai sebanyak RM140,800,000 lagi. Ini bermakna sudah RM552 juta sudah dihabiskan.

Tempoh siap pada asalnya ialah 23 Februari 2010. Kemudian dilanjutkan lagi sehingga 15 Jun 2010. Namun kemajuannya sehingga kini baru 90%.

Di mana silapnya? Inilah akibatnya bila dibiarkan kronisme dan balik-balik rakyatlah yang terpaksa menanggung biawak hidup!


Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Jumaat, 14 Mei 2010

Berita gembira untuk pengundi UMNO/BN


BERJAYA perolehi lesen judi bolasepak




Sehubungan itu pertaruhan secara sah boleh dilakukan sebelum kejohanan bolasepak itu bermula pada 11 Jun ini.

BERJAYA akan menjadi syarikat tunggal pertaruhan bolasepak di negara ini yang mempunyai lesen. Ia dijangka akan menggunakan lebih dua ratus kedai pertaruhan Toto yang dimilikinya itu untuk menerima pertaruhan.

Sebelum ini, ada pihak yang bimbang rangkaian kedai serbanika, 7-eleven yang juga dimiliki Kumpulan BERJAYA akan digunakan untuk tujuan yang sama.

Sin Chew memetik sumber yang berkata, masyarakat Islam akan dilarang daripada terbabit dengan pertaruhan bolasepak itu.

BERJAYA pada 11 Mei lalu memohon sahamnya di Bursa Kuala Lumpur digantung hari ini mulai jam 9 pagi hingga 5 petang sementara menunggu pengumuman lanjut berhubung cadangan menaikkan modalnya. Ketika dihubungi pegawai BERJAYA berkata kenyataan media akan dikeluarkan hari ini.

ATIKAL ASAL DARI SINI
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Pengikut

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...