KUALA LUMPUR, 7 Sept: Polis dan kerajaan Malaysia mengaku bersalah kerana menahan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (ketika itu Pengarah Pilihanraya PAS) di bangunan Parlimen hampir dua tahun lalu.
Ekoran itu, mereka bersetuju membayar gantirugi kepada beliau sebanyak RM50,000 hari ini.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini merekodkan persetujuan kerajaan itu kerana menahan beliau di bangunan Parlimen pada 11 Disember 2007.
Hakim P.S. Nathan merekodkan persetujuan itu ekoran saman yang dikemukakan oleh Mustafa kepada Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Ketua Polis Negara dan Kerajaan Malaysia.
Mustafa yang datang ke Dewan Rakyat untuk mendengar perbahasan untuk menolak cadangan melanjutkan tempoh jawatan Pengerusi SPR, Tan Sri Rashid Abdul Rahman.
Beliau telah ditahan dan dibawa ke Balai Polis. Di sana beliau telah ditahan selama tiga jam setengah mulai jam 1 hingga 4.30 petang.
Mustafa diwakili peguam Mohamed Hanipa Maidin yang juga Pengerusi Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia PAS Pusat manakala pihak defendan diwakili Peguam Kanan Persekutuan Tuan Rosli Ahmad.
Dalam insiden penangkapan itu, Mustafa telah diheret dengan kasar dan secara kurang ajar oleh dua orang polis.
(Gambar: Inilah aksi ketika Mustafa ditahan dahulu. Kerajaan setuju bayar gantirugi kepada Mustafa kerana kejadian ini)
Mustafa dan beberapa orang pimpinan PAS serta aktivis Bersih berada di hadapan bangunan Parlimen ketika itu untuk menyerahkan satu memorandum kepada Anggota Parlimen mengenai tuntutan pilihanraya yang bersih dan adil.
Di samping beliau, turut ditahan adalah Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli; Ketua Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Salleh, Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Tantawi, Dr Lo' Lo Haji Ghazali; Setiausaha Agung KeADILan, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Dr Mohd Nasir telah ditangkap oleh pihak polis.
Terdahulu, Ketua Penerangan PKR, Tian Chua telah ditangkap dalam jarak 200 meter dari tempat kawalan pihak polis.
Mustafa yang ketika itu sedang memasuki pintu Parlimen, telah ditahan oleh dua anggota polis berpakaian preman dan meminta beliau menyerahkan diri kerana didakwa terlibat dengan pelanggaran satu perintah mahkamah.
Bagaimanapun Mustafa yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu menyatakan kehadirannya di Parlimen adalah sebagai tetamu Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar dan sekadar memerhati perbahasan yang berlangsung.
"Apa perintah mahkamah terhadap saya? Bacakan dan arahkan 'superior' awak untuk datang bacakan dan saya akan pergi dengan sukarela tetapi bukan dengan secara kasar begini," kata beliau memarahi pegawai polis yang ingin menangkapnya itu.
Turut hadir segera mempertahankan Mustafa Ali ialah Datuk Kamaruddin Jaffar, Lim Kit Siang, Kunasegaran, Chong Eng dan beberapa ahli Parlimen DAP yang lain.
Namun perbincangan 'hangat' yang berlangsung selama 15 minit itu akhirnya menemui jalan buntu dan lima anggota polis secara kasar memaksa Mustafa untuk ke van polis yang diletakkan berhampiran pintu parlimen.
Turut menyaksikan situasi gawat itu ialah beberapa ahli parlimen BN dan puluhan orang ramai yang berada di kawasan tersebut.
"Don't touch me. Be gentlemen and be nice. Hormati Parlimen ini!" kata Mustafa yang bergelut dengan polis terbabit.
Mustafa bagaimana pun terus di bawa van polis dan seterusnya ke balai polis.
harakahdaily
PAPAN KENYATAAN
KOSONG
Isnin, 7 September 2009
Ahad, 6 September 2009
KEMALANGAN DIPALOH HINAI.
Satu kemalangan telah berlaku antara kereta dangan sebuah lori dijalan Kuantan Segamat berhampiran Paloh Hinai malam tadi.Kebetulan Ketua unit amal Pekan bersama SU dan Pemuda baru balik dari menghadiri mesyuarat dikuantan
Beliau sempat memberi bantuan yang sepatutnya sebelum kahadiran pasukan Bomba dan keselamatan.









Beliau sempat memberi bantuan yang sepatutnya sebelum kahadiran pasukan Bomba dan keselamatan.
Sabtu, 5 September 2009
Jumaat, 4 September 2009
SATU LAGI PILIHANRAYA
ADUN Bagan Pinang
YB.Azman Mohd Noor meninggal dunia sebentar tadi.
DUN Bagan Pinang terletak di dalam kawasan Parlimen P132 Telok Kemang.
Negara akan menyaksikan satu lagi pilihanraya kecil iaitu pilihanraya kecil yang ke-9
Pada pilihanraya umum yang ke 12, Azman memenangi kerusi tersebut dengan menewaskan Ramli Ismail dari Pas dengan majoriti 2,333 undi. Beliau memperolehi 6,430 undi manakala Ramli pula 4,097 undi.
Selanjutnya….
YB.Azman Mohd Noor meninggal dunia sebentar tadi.
DUN Bagan Pinang terletak di dalam kawasan Parlimen P132 Telok Kemang.
Negara akan menyaksikan satu lagi pilihanraya kecil iaitu pilihanraya kecil yang ke-9
Pada pilihanraya umum yang ke 12, Azman memenangi kerusi tersebut dengan menewaskan Ramli Ismail dari Pas dengan majoriti 2,333 undi. Beliau memperolehi 6,430 undi manakala Ramli pula 4,097 undi.
Selanjutnya….
Khamis, 3 September 2009
Isnin, 31 Ogos 2009
Ahad, 30 Ogos 2009
OLE-OLE DARI KG.SAMA GAGAH
Langgan:
Catatan (Atom)
















