PAPAN KENYATAAN

KOSONG

Rabu, 10 Mac 2010

Ulasan Penahanan Mazlan


Penahanan Mazlan Menaikan Namanya dan Anak

KEWUJUDAN Persatuan Anak-Anak Felda Kebangsaan (Anak) sebelum ini semacam tidak disedari oleh orang ramai. Anak hanya menjadi buah mulut kalangan anak-anak peneroka Felda yang kebanyakan nun jauh di pedalaman saja.

Mungkin orang menganggap ia hanya penyibuk saja maka ia tidak diberi perhatian. Tetapi Anak tidak pedulikan kepada sikap atau kepedulian orang ramai kepada persatuan itu. Apa yang penting anak membela anak-anak peneroka dan membawa masalah yang timbul di dalam Felda ke pengetahuan luar.

Mungkin mereka tidak pun berniat ingin gah atau glamour dengan persatuan itu. Apa lagi pengerusinya Mazlan Aliman yang saya tengok sungguh hamble dan merendah diri dalam kehidupan sehariannya. Wajahnya sebagai anak peneroka jelas terbayang dari mana-mana sudut.





Penahanan oleh polis terhadap Mazlan Aliman petang semalam dan diremen hari ini menyebabkan baru ada orang yang sedar kewujudan Anak. Bahawa ada persatuan yang ditubuhkan untuk membela nasib anak-anaka Felda yang teraniayaa dan diabaikan.

Baru-baru ini Anak diketaui Mazlan telah menyerahkan memorandum kepada Suhakam berhubung ketidak adilan yang berlaku dalam Felda. Penyerahan memorandum itu menyebabkan orang sudah mula memberi perhatian kepada Anak dan Mazlan Aliman. Bahawa fungsi Anak mula mencabar pihak tertentu dalam Felda.

Kemungkinan juga penahanan yang dilakukan ke atasnya semalam ada kaitan dengan penyerahan memorandum berkenaan. Lebih jauh dari itu ia mula digeruni oleh pihak pengurusan Felda, dalam hal ini Perdana Menteri, Najib Razak.

Meneliti penahanan Mazlan ini adalah sedikit keanihan. Menurut laporan beliau dtahan selepas membuat laporan polis berhubung tindakan seorang pegawai Felda yang ingin menahan atau menghalangnya ketika beliau menghadi satu majlis dialog di rumah seorang peneroka.

Kenapa Mazlan ditahan dan pengurus Felda berkenaan yang dilaporkan oleh Mazlan dibebaskan? Tindakan ini menjadi persoalan. Bahawa ada sesutau ketidakadilan dan sini. Ataupun penahanan Mazlan itu sebagai satu gertakan saja. Saya percaya kalau itulah tujuannya ia tidak memberi kesan kerana sudah tentu sebelum menubuhkan Anak dan menggerakkan agedannya Mazlan yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat pusat sudah tahu natijahnya.

Ugutan gertakan dan penahanan itu sama sekali tidak akan mengendurkan semangat Mazlan dan Anak sebaliknya telah menaikan namanya setangga lagi sebagai pejuang dari golongan marhaen di negara ini.

artikal asal dari MERAH TINTA

Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

MAZLAN ALIMAN DITAHAN POLIS

SUMBER BERITA DARI SINI

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Mazlan Aliman ditahan polis Pahang di Raub tengah malam tadi dipercayai berkaitan dengan ceramahnya menyentuh pengurusan Felda.

Beliau yang kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub dijangka akan dihadapkan di mahkamah hari ini, kata salah seorang pembantunya ketika dihubungi.

“Mazlan masih berada di balai polis, difahamkan mungkin akan dibawa ke mahkamah pagi ini,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Mazlan yang juga Pengerusi Persatuan Anak-Anak Felda Kebangsaan (Anak) yang dipetik Harakah Daily berkata, polis tidak memberitahunya sebab beliau ditangkap.


Bagaimanapun beliau tidak menolak kemungkinan penangkapan itu ada kaitan dengan ceramah politik di Felda Klau, Raub petang semalam.

Naib Presiden PAS dan Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahudddin Ayub mahu polis menjelaskan tujuan penangkapan tersebut.

“Sebagai rakyat, Mazlan sendiri wajib diberitahu sebab penangkapan beliau, itu hak asasi mereka yang polis tak boleh nafikan,” ujarnya.

Mazlan merupakan aktivis yang memperjuangkan isu-isu berkaitan dengan pengurusan Felda sejak beberapa tahun lalu.

Pada 24 Februari lalu, Anak meminta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mengadakan siasatan awam terhadap Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) kerana didakwa melakukan penindasan berterusan kepada peneroka.

Mazlan mengetuai kira-kira 200 peneroka tanah rancangan Felda dari Pahang, Perak, Negeri Sembilan dan Johor untuk menyerahkan memorandum kepada Suhakam berkenaan beberapa perlanggaran hak asasi dan ketidakadilan pengerusan Felda ke atas peneroka setelah lebih 50 tahun ia diwujudkan.

Memorandum tersebut mengandungi empat aduan daripada peneroka termasuk mengenai Akta Kawasan Tanah Berkelompok yang didakwa digunakan oleh kerajaan Umno/BN untuk mengongkong kebebasan para peneroka.

Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Jumaat, 5 Mac 2010

KULIAH HARAKI BULANAN DUN CHINI

Kuliah minggu ini telah didatangkan dari pondok Tahfis Darul Fikri Ustaz Amir Sallam


Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Rabu, 3 Mac 2010

GAMBAR SEKITAR CERAMAH DI CHINI TIMUR 2

17 keping gambar sekitar ceramah oleh Mohd Sabu di Chini timur 2
Gambar atas Ketua Cawangan Chini 04


Gambar atas iktivis NGO sdr Zubir Hashim























Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Ahad, 28 Februari 2010

CERAMAH UMUM MOHD SABU DI DUN CHINI TIMUR 2

Malam tadi satu ceramah telah diadakan diMarkas Pas Chini Timur 2 .
Penceramah ialah
TDP Rompin Ustaz Sukri Ahmad
Beliau menekankan betapa pentingnya kita sebagai peneroka mengetahui kedudukan dan susur jalur,urus niaga felda ini agar kita tidak tertipu..terutama berkaitan dengan BTS ke kilang,Tecnoplant dan Felda Holding.
Dalan ceramah Hj.Mohamad Sabu pula beliu menekankan betapa bahayanya dengan rasuah yang berlaku di negara kita ini dan antara rasuah yang paling bahaya ialah berkaitan dengan pertahanan Negara.
dibawah ada 8 keping gambar..












Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sabtu, 27 Februari 2010

PERSEDIAAN CERAMAH MAT SABU DICHINI MALAM INI

GAMBAR DIAMBIL SEBENTAR TADI






Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Khamis, 25 Februari 2010

Hakmilik: Peneroka Felda mengadu pada Suhakam


Hakmilik: Peneroka Felda mengadu pada Suhakam
Abdul Rahim Sabri
Feb 24, 10
7:05pm


Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) hari ini menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berhubung dakwaan pelanggaran hak asasi, diskriminasi dan dakwaan berlakunya penipuan oleh Felda.

NONEMemorandum tersebut diserahkan oleh presidennya Mazlan Aliman (kiri) kepada pesuruhjaya suruhanjaya tersebut Datuk Khalid Ibrahim (kanan) di pejabatnya kira-kira jam 3.30 petang ini.

Turut hadir ialah barisan peguam yang ketuai oleh Ahmad Nizam Hamid serta beberapa pemimpin Pakatan Rakyat, antaranya ahli parlimen Batu Tian Chua dan ADUN Port Dickson M Ravi.

Kira-kira 100 peneroka hadir dalam majlis penyerahan memorandum tersebut kepada Suhakam.

Dalam memorandum tersebut, persatuan itu menyenaraikan beberapa aduan termasuk dakwaan diskriminasi terhadap 25,000 peneroka yang mengendalikan sendiri kebun mereka selepas melangsaikan bayaran hutang.

"Tanah mereka itu, sudah selesai bayaran hutangnya, tetapi sampai hari ini, mereka tidak dapat hak milik," kata Mazlan dalam aduannya kepada Khalid.

NONEBeliau yang juga ahli jawatankuasa pusat PAS juga mendakwa terdapat peneroka menerima ugutan daripada Felda, termasuk dakwaan akan disingkirkan dari tanah rancangan.

Menurutnya, terdapat sesetengah peneroka Felda telah menggunakan pelbagai cara untuk mendapatkan hak milik tanah mereka itu, termasuk membuat laporan polis, berjumpa dengan menteri dan membawa perkara tersebut ke mahkamah.

Dalam memorandum tersebut, peneroka juga menuntut hak mereka yang telah dinafikan oleh agensi kerajaan itu selama ini, antaranya wang tanam semula sebanyak RM17,000 yang tidak diterima mereka sehingga hari ini.

Selain itu, mereka juga mendakwa dinafikan hak, antaranya, untuk mendapat bantuan tanam semula Risda bagi tanaman getah, lesen menjual hasil sawit dari Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) serta bantuan pendidikan dan pinjaman usahawan.

Dalam aduannya juga, Mazlan turut mendakwa Akta Penempatan Beramai-ramai (GSA) 1960 telah menjadi "senjata" agensi kerajaan itu untuk mengawal selia keseluruhan aktiviti dan kegiatan peneroka.

NONE"Mereka akan menyebut akta ini termasuklah berhubung pengurusan ladang, dan kegiatan aktiviti peneroka mengikut tafsiran felda. Dan peneroka tidak boleh buat apa-apa," kata Mazlan.

Memorandum itu juga mendakwa akta tersebut membolehkan penguasaan tanah rancangan secara langsung dalam bentuk syarat nyata yang tertulis dalam surat hak milik peneroka, sama ada secara tersirat atau tidak nyata.

Akta itu, menurut memorandum tersebut, tidak membenarkan tanah mereka digadai, dipecah-pecahkan atau dibahagikan dan diserahkan kepada seorang penama sahaja.

Akta ini, kata peneroka terbabit, telah menimbulkan konflik dalam keluarga dari sudut pembahagian pusaka, hak peneroka terhadap tanah dan masa depan generasi kedua.

Memorandum itujuga mendakwa, peneroka terpaksa menandatangani beberapa perjanjian untuk mendapat hak milik tanah, termasuk perjanjian penanaman semula yang diperkenalkan beberapa tahun dahulu.

Peneroka juga didakwa tidak mendapat salinan surat perjanjian tersebut dan felda juga boleh bertindak hingga ke tahap mendapatkan 'kaveat' tanah peneroka.

NONEDalam majlis tersebut juga lima wakil peneroka felda dari pelbagai negeri turut mengemukakan aduan lisan mereka kepada Khalid, yang rata-ratanya berkisar mengenai masalah yang dibangkit itu.

Sementara itu, Khalid berkata bagi pihaknya tidak pernah menerima aduan berhubung masalah yang dihadapi oleh peneroka.

"Kami hanya mendengar yang elok-elok sahaja, yang tidak ada masalah. Oleh sebab itu, kita mahu mendengar sendiri dari peneroka sebagai langkah pertama untuk menyelesaikan masalah ini," katanya.

Beliau berkata, pihaknya juga akan mendapatkan penjelasan daripada Felda sendiri berhubung aduan yang dikemukakan oleh persatuan tersebut.

Sehubungan itu, para pesuruhjaya Suhakam akan bermesyuarat pada 8 Mac depan untuk mengkaji dan menentukan tindakan mereka berhubung aduan yang diterima itu, termasuklah membuat siasatan nasional sekiranya sukar untuk mendapatkan maklumat.

NONE"Kita tidak ada kuasa untuk memaksa kerajaan mesti buat itu, mesti buat ini. Kita hanya menyampaikan kepada kerajaan, maklumat yang tidak menyebelahi mana-mana pihak," katanya.

Manakala Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub pula memberitahu pemberita sebelum penyerahan memorandum tersebut bahawa sebagai ahli parlimen, akan membahaskan akta Akta Penempatan Berkelompok 1960 (GSA) dan masa depan Felda dalam sidang parlimen yang akan bermula 15 Mac ini.

Beliau yang juga ahli parlimen Kubang Kerian berkata, akta tersebut menindas peneroka dan sudah tiba masanya akta tersebut di semak semula.

Terdapat 112,635 peneroka di Malaysia di 317 tanah rancangan Felda di seluruh negara. Daripada jumlah tersebut, tiga buah negeri yang mempunyai jumlah peneroka yang ramai iaitu Pahang (43,123); Johor (27,641) dan Negeri Sembilan (16,429) orang.

Felda Lurah Bilut di Bentong yang dibuka pada 1958 adalah rancangan Felda yang terawal dengan projek penanaman getah, manakala Felda Taib Andak di Kulai Johor dibuka pada 1961 untuk penanaman kelapa sawit.

Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Pengikut

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...