Ulama berselisih pendapat berkenaan dengan hukum ini kepada
tiga pendapat:-
PENDAPAT PERTAMA: Disunatkan solat sunat sebelum maghrib. Ini pendapat mazhab Syafie dan ulama Zahiri.
Dalil pendapat pertama ini:
1. Hadis Nabi saw dari Abdullah almuzani
PENDAPAT PERTAMA: Disunatkan solat sunat sebelum maghrib. Ini pendapat mazhab Syafie dan ulama Zahiri.
Dalil pendapat pertama ini:
1. Hadis Nabi saw dari Abdullah almuzani
صَلُّوا
قَبْلَ صَلاَةِ الْمَغْرِبِ . – قَالَ
فِي الثَّالِثَةِ -: لِمَنْ شَاءَ ،
كَرَاهِيَةَ أَنْ يَتَّخِذَهَا النَّاسُ
سُنَّةً
“ Solatlah sebelum magrib , Solatlah sebelum magrib,
Solatlah sebelum magrib bagi sesiapa yang hendak.” Baginda takut manusia menganggapnya
sebagai suatu sunnah (keawajipan).
Hadis sahih Bukhari (1183)
Imam Tobari berkata:
Imam Tobari berkata:
لمْ يُرِدْ نَفْي اِسْتِحْبَابهَا
،لِأَنَّهُ لَا يُمْكِنُ أَنْ
يَأْمُرَ بِمَا لَا يُسْتَحَبُّ
, بَلْ هَذَا اَلْحَدِيث مِنْ
أَقْوَى اَلْأَدِلَّةِ عَلَى اِسْتِحْبَابِهَا , وَمَعْنَى
قَوْلِهِ ” سُنَّة ” أَيْ شَرِيعَة وَطَرِيقَة
لَازِمَة
Dari hadis ini Nabi saw tidak bermaksud menafikan sunat
solat ini. Ini kerana tidak mungkin baginda menyuruh perkara yang bukan sunat.
Bahkan hadis ini adalah sekuat-kuat dalil tentang sunatnya solat sebelum
magrib. Maksud sunnah dalam hadis ini ialah syariat yang diwajibkan.
2. Hadis dari Anas bin Malik:
لَقَدْ
رَأَيْتُ كِبَارَ أَصْحَابِ النَّبِي
صلى الله عليه وسلم
يَبْتَدِرُونَ السَّوَارِي عِنْدَ الْمَغْرِبِ
“ sesungguhnya aku melihat sahabat-sahabat yabg terbilang
segera mendapatkan tiang2 untuk solat sebelum maghrib.”
Hadis sahih Bukhari (503)
PENDAPAT KEDUA: Tidak disyariatkan solat ini. Ulama mazhab
hanafi mengatakan ianya khilaful aula (tidak afdal) dan ulama Maliki mengatakan
makruh.
Dalil mereka:- Hadis dari Ibnu Umar:
سُئِلَ
ابْنُ عُمَرَ عَنْ الرَّكْعَتَيْنِ
قَبْلَ الْمَغْرِبِ فَقَالَ: مَا رَأَيْتُ أَحَدًا
عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
يُصَلِّيهِمَا
“ Ibnu Umar ditanya tentang solat sebelum magrib. Beliau
menjawab “ Aku tidak pernah sesiapa pun yang melakukannya di zaman Nabi saw.”
Hr abu Daud (1284)
Hr abu Daud (1284)
PENDAPAT KETIGA: Harus solat dua rakaat sebelum maghrib. Ini
pendapat mazhab Hambali.
Dalil mereka adalah hadis dari Anas bin Malik ra:
كُنَّا
نُصَلِّي عَلَى عَهْدِ النَّبِيِّ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
رَكْعَتَيْنِ بَعْدَ غُرُوبِ الشَّمْسِ
قَبْلَ صَلَاةِ الْمَغْرِبِ ،
فَقُلْتُ لَهُ : أَكَانَ رَسُولُ
اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ صَلَّاهُمَا ؟ قَالَ : كَانَ
يَرَانَا نُصَلِّيهِمَا فَلَمْ يَأْمُرْنَا ،
وَلَمْ يَنْهَنَا
“ Kami dahulu solat sunat selepas masuk magrib dan sebelum
solat fardu magrib. Aku pun bertanya kepadanya “ Adakah Rasulullah saw
melakukannya?” Anas ra menjawab “ Baginda melihat kami melakukannya , baginda
tidak menyuruh kami dan tidak melarangnya.”
Hadis sahih Muslim (836)
Hadis sahih Muslim (836)
Kesimpulan
Pendapat kuat ialah pendapat pertama yang menyatakan
sunatnya solat sebelum magrib. Apa pun kita menghormati pendapat lain.
Soalan:Adakah sunat mengerjakan solat sunat qabliyyah
(sebelum) Maghrib?Apakah dalil berkaitan mereka yang mengerjakan solat tersebut
?Timbul kekeliruan kerana ada hadis yang mengatakan para sahabat tidak
melaksanakannya ketika zaman Rasulullah s.a.w.
Jawapan:Solat sunat Rawatib ialah solat sunat yang
dikerjakan sebelum dan sesudah solat fardhu lima waktu.Solat sunat Rawatib
sebelum solat fardhu dikenali sebagai solat qabliyyah dan solat sunat
Rawatib yang dikerjakan selepas solat fardhu dikenali sebagai solat ba'diyyah.
Antara hikmah solat qabliyyah ialah untuk menenagkan hati
seseorang setelah menjalankan aktiviti kehidupan seharian yang terlalu sibuk
dan dapat memulihkan tumpuan dan tawajuh hati ketika menunaikan soat fardhu.
Ya,sesungguhnya solat qabliyyah Maghrib ialah daripada
sunnah Rasulullah s.a.w dan dikerjakan antara azan dan iqamah.Melaksanakannya
membuahkan pahala dan tergolong dalam kategori solat sunat ghair mu'akkad
(tidak diberatkan).
Dalil-dalilinya ialah :
Daripada Abdullah a-Muzani ,beliau meriwayatkan bahawa
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :"Solatlah kamu dua rakaat
sebelum Maghrib."Kemudian Baginda s.a.w bersabda:"Solatlah kamu dua
rakaat sebelum Maghrib."Kemudian Baginda s.a.w bersabda lagi kali yang
ketiga: "Bagi sesiapa yang mahu mengerjakannya."Hal ini kerana
Baginda s.a.w tidak mahu orang menjadikannya sebagai sesuatu yang wajib
dilakukan."(Riwayat al-Bukhari,Abu Daud dan Ahmad)
Daripada al-Mukhtar bin Fulful ,beliau berkata :"Pada
zaman Nabi s.a.w ,kami melakukan solat dua rakaat sesudah terbenam matahari
,sebelum solat Maghrib.Baginda s.a.w tidak menyuruh dan tidak juga melarang
."(Riwayat Muslim)
Hadis ini menunjukkan takrir Nabi s.a.w ketika melihat para
sahabatnya mengerjakan solat tersebut tanpa melarang bahkan membiarkan amalan
tersebut.
Daripada Anas r.a. ,beliau berkata ,"Apabia muadzin
mengumandangkan azan ,beberapa orang sahabat Nabi s.a.w berdiri dan bergegas
menuju tiang-tiang masjid sehingga Nabi s.a.w keluar ,sedangkan mereka masih
dalam keadaan seperti itu yakni mereka solat sebelum Maghrib dan tidaklah
berlaku sesuatu yang banyak antara azan dan iqamat itu ."(Riwayat
al-Bukhari dan Ahmad)
Hadis inilah yang dijadikan dalil oleh Syeikh Ibrahim
al-Bajuri dalam kitabnya Hashiyah al-Bajuri mengenai sunat mendirikan solat
sunat Maghrib.
Demekianlah beberapa hadis yang menjelaskan tentang solat dua rakaat qabliyyah Maghrib dan ternyata lebih jelas dalam hadis di atas bahawaa solat tersebut pernah dilaksanakan pada zaman Rasulullah s.a.w
Imam al-Nawawi berkata dalam kitabnya al-Majmu' Syarh al-Muhazzab (jil.4 ,hlm,8):Dalam solat sunat dua rakaat sebelum Maghrib terdapat dua pandangan masyhur dalam kalangan kalangan para ulama Khurasan .Namun pendapat yang sahih antara kedua-duanya ialah sunat mendirikan solat dua rakaay sebelum Maghrib itu."
Tertulis dalam kitab Nihayah al-Zain (hlm.99)karangan Syeikh al-Nawawi al-Batani :Disunatkan melakukan solat dua rakaat yang ringan sebelum Maghrib berdasarkan sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud :"Solatlah kamu sebelum Maghrib "Dan juga berdasarkan hadis Nabi s.a.w yang lain :"Antara azan dan iqamah itu terdapat solat."
Terdapat satu riwayat daripada Ibn Umar yang disandarkan oleh mereka yang mengatakan bukan sunnah solat Maghrib iaitu daripada Thawus r.a. katanya ;"Ibn Umar pernah ditanya tentang solat dua rakaat sebelum Maghrib .Beliau menjawab :"Tiada seorang pun pada zaman Nabi s.a.w melakukannya."(Riwayat Abu Daud ,jil 2 ,hlm 26)
Imam al-Baihaqi dan para ulama hadis yang lain telah memberi jawapan atas pernyataan Ibn Umar tersebut:"Bahawasanya beliau telah menafikan sesuatu yang tidak beliau ketahui sedangkan yang demekian itu telah ditetapkan oleh para sahabat lain yang mengetahuinya ."
Begitulah petikan tulisan Imam al-Nawawi dalam kitabnya al-Majmu' tentang jawapan Imam al-Baihaqi dan para ulama hadis .Jadi ,wajiblah mendahulukan riwayat daripada mereka yang menetapkan sunnahnya solat dua rakaat sebelum Maghrib disebabkan mereka lebih banyak mengetahui sesuatu yang tidak diketahui oleh Ibn Umar .Kaedah usul fiqah yang sudah disepakati mengatakan :"Mereka yang menetapkan (suatu hukum) didahuukan daripada yang menafikannya."
Tunaikanlah sebanyak mungkin solat sunat kerana ia ialah wasilah untuk mendekatkan diri kepada Rabb ,Pencipta kita .Juga sebegai penampung solat fardhu yang kurang sempurna di akhirat kelak.