PAPAN KENYATAAN

KOSONG

Isnin, 10 Disember 2012

AKTIVIS UPAHAN ?....ANTI MORSI


Sebelum ke Masjid Al-Azhar aku singgah di Medan Tahrir untuk melihat sendiri para anti Morsi berkumpul. Aku ingin lihat dan ingin menyelidik apakah benar para anti Morsi ini adalah para penyokong Morsi ketika Revolusi menjatuhkan rejim Mubarak. Apakah benar para pemuda berkumpul ini kerana marah dengan tindakan Morsi atau pun mereka ini hanyalah sekadar pendemostran upahan. Aku berlapang dada dan cuba untuk mencari kebenaran. Aku tidak taksub pada Morsi dan aku hanya mahukan kebenaran. Setibanya aku disana aku lihat beberapa pemuda memegang kayu dan dipercayai ahli keselamatan para pendemostran yang berkhemah disitu. Dari jauh aku cuba mengira bilangan mereka yang masih men

Dari jauh aku cuba mengira bilangan mereka yang masih menduduki dataran Tahrir itu. Jika sebelum ini para anti Morsi pernah berkumpul sehingga mencecah 100 000 pendemo. Namun para kini para anti Morsi di dataran Tahrir sudah berkurangan. Aku anggar dalam 5000 masih belum cukup berdasarkan pandangan mata aku. Cuma mereka ini terlalu ganas. Ada yang membakar tayar sehingga berkepul-kepul asap hitam keluar dan ada mat rempit dengan aksi motornya di sekitar medan Tahrir tanpa menghiraukan keselamatan orang lain.

Aku cuba amati khemah-khemah yang mereka dirikan. Kebanyakkan khemah-khemah mereka terlalu baru dan ketika revolusi Mesir sebelum ini khemah-khemah yang didirikan terlalu buruk. Kebanyakkan khemah-khemah terdahulu dibawa sendiri oleh para penyokong Morsi sendiri satu ketika dahulu. Aku beranggapan khemah-khemah ini diberi dan persoalannya siapakah yang memberi khemah-khemah ini?

Aku bersolat asar di masjid berhampiran dengan medan Tahrir. Para anti Morsi masih tidak turut serta dan masih membuat bising ketika kami sedang bersembahyang. Mereka bukan sahaja tidak menghormati azan bahkan ketika kami sedang berjemaah mereka terus memasang lagu-lagu dengan kuat sehingga menganggu kami bersembahyang. Di dalam masjid pula berpuluh orang sedang tidur dan ketika kami bersolat mereka terus tidur dan aku yakin mereka ini juga kumpulan anti Morsi yang sedang berehat selepas penat berlakon di medan Tahrir.

Berbeza dengan kumpulan penyokong Morsi di era Revolusi. Umat islam mengerjakan solat berjemaah manakala orang kristian pula yang menyokong Morsi berjaga ketika umat islam sedang bersembahyang. Bagi aku, mereka yang berkumpul ini bukanlah penyokong Morsi ketika Revolusi tetapi aku berpendapat mereka ini adalah pro Mubarak yang menyamar bekas penyokong Morsi. Dan mereka (kumpulan anti Morsi) bukanlah membenci tindakan Morsi yang melaksanakan kekebalan kuasa tetapi mereka semua tidak mahu Morsi ters menjadi Presiden Mesir dan mahu Ikhwan kembali menjadi seperti di era Mubarak. Oleh yang demikian, kerana sudah ada konspirasi jahat daripada pro Mubarak maka Morsi terpaksa melaksanakan polisi tersebut untuk seketika bagi menyelamatkan keadaan dan bukanlah melaksanakan polisi itu kerana tamakkan kuasa atau pun kerana dendam.

Seperti mana yang kita tahu, Morsi sudah pun menjadi Presiden Mesir namun media massa Mesir masih menganggap Morsi adalah pembangkang dimana tajuk-tajuk akhbar masih menghina beliau. Namun Morsi tidak melayan kerenah-kerenah bodoh itu dan terus dengan agenda beliau iaitu menyelamatkan Mesir daripada kembali ke zaman rejim. Jika Morsi adalah diktotor, sudah tentu akhbar yang menyiarkan berita-berita yang menghina Morsi itu dikenakan tindakan. Dan jika Morsi itu tidak mengamalkan demokrasi, sudah tentu para pendemo itu dihalau dan ditangkap. Lihat sahaja tindakan Morsi, walaupun beliau mempunyai penyokong sehingga mencecah angka 6 juta yang pernah berhimpun tanda menyokong beliau, namun beliau tetap tidak mahu bertembung dengan pendemostran yang anti beliau. Buka kerana takut, tetapi demi menjaga keamanan Mesir. Oleh yang demikian, maka aku berharap kita semua tidak mudah menerima maklumat dan mempercayai berita-berita di internet, Sedangkan media Mesir sendiri masih mengeluarkan berita palsu apatah lagi media daripada CNN atau TV3. Ayuhlah kita semua berdoa moga-moga konspirasi Zionis dan Amerika tidak akan berjaya. Semoga Mesir akan berjaya seperti mana Turki. Wallahualam
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

Pengikut

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...