Seringkali kita mendengar terpacul keluar dari mulut seseorang perkataan " SUBHANALLAH" dan juga " MASYA ALLAH".
Zikir Yang Menjadi Adat
Di
alam Melayu, selalunya kita akan mendengar ungkapan sebagaimana berikut
jika kita rasa terkejut bila mendengar atau melihat sesuatu yang
negatif, contohnya bila kita dengar orang yang buat maksiat
"Masya Allah, kau berjudi?"
Atau juga bila kita mendengar cerita seseorang yang menzalimi ibu bapa, anak dan sebagainya. "Masya Allah, anak apa kau ni, buat begitu kat mak ayah kau"
Begitu juga perkataan lain yang terkeluar dari mulut , umpama " SUBHANALLAH"
Biasanya jika berlaku perkara yang difikirkan ajaib, takjub dan indah, ungkapan "SUBHANALLAH" akan keluar. Contohnya jika kita dengar orang dapat 20A1 dalam SPM "SubhanaLLAH, hebatnya dia"
Begitulah
kita, jika kita mendengar sesuatu yang baik, pasti kita akan sebut "
SubhanALLAH" dan jika kita mendengar sesuatu yang buruk atau negatif ,
kita akan ungkap "MasyaALLAH"
Penggunaan Yang Terbalik
Jika
diteliti dan dikaji, perkataan (ungkapan zikir) yang kita gunakan
(praktik) tika berhadapan dengan situasi di atas amat berbeza dengan apa
yang diajar oleh Islam
Ungkapan
"Masha Allah" sepatutnya digunakan untuk perkara yang menggambarkan
keindahan, ketakjuban yang positif terhadap sesuatu perkara .
Sebagai contoh, kejayaan seseorang dalam pelajarannya atau bidangya perlu kita sebut
"Masya Allah, hebatnya, dia dapat 20A1 dalam SPM"
" Masya Allah, dia dapat cipta enjin solar berkelajuan tinggi"
Juga kita boleh menyebut
"Masya Allah, cantiknya baju awak"
Al-Quran menukilkan ayat berkenaan penggunaan kalimah "MasyaAllah ini dalam surah Al-Kahfi ayat 39 (Juzuk 15):
"
Mengapakah tidak engkau katakan "MasyaAllah", tiadalah kekuatan
melainkan dari Allah ; tatkala engkau melihat aku kurang berbanding
engkau dari segi harta dan anak pinak"
Dari
ayat tersebut dapat difahami bahawa jika kita mendapati kita lebih
hebat dari orang lain, maka sepatutnya kita menyebut 'MasyaAllah".
Bukan
dalam bab ini sahaja bahkan dalam apa jua perkara yang indah dan
menarik , inilah kalimah yang sepatutnya diucapkan, bukannya perkataan
lain .
Dalam
masa yang sama, penggunaan kalimah ini boleh menghindari seseorang
mendapat penyakit " ain" atau sumpahan mata . Oleh itu tidak hairanlah
jika kita dapati di kebanyakan negara Arab, Pakistan dan Iran , mereka
akan melakarkan perkataan "MasyaAllah" jika mereka sedang dalam proses
pembinaan bangunan dan kalimah itu kekal sehinggalah bangunan siap
dibina.
Manakala
penggunaan kalimah SubhanaLLAH pula biasa digunakan oleh baginda SAW
dalam perkara yang dianggap pelik atau hairan pada perbuatan yang kurang
tepat .
Sebagai contoh dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Tirmizi, dari Abu Hurairah ra mafhumnya
"Suatu hari aku berjunub dan ternampak Rasulullah SAW berjalan bersama
para sahabat, lantas aku menjauhi mereka dan pulang untuk mandi junub,
setelah itu aku datang menemui Rasulullah SAW . Baginda bersabda : Wahai
Abu Hurairah, mengapakah engkau melarikan diri tatkala ternampak kami?
Aku menjawab: Wahai Rasulullah , aku kotor (berjunub) dan aku tidak
selesa untuk bertemu kamu. Rasulullah SAW bersabda : SUBHANALLAH!!
sesungguhnya mukmin tidak najis "
Lihatlah
bagaimana ungkapan Nabi tika mendengar kata-kata Abu Hurairah . Baginda
tersentak dengan fahaman Abu Hurairah yang kurang tepat .
Oleh itu, sepatutnya jika berlaku atau terdengar sesuatu yang negatif , kita ungkapkan "SUBHANALLAH", contohnya
"SubhanaLLAH, awak belum solat lagi?"
" SubhanaLLAH, kenapa boleh jadi macam tu?"
Mungkin
kita tertanya-tanya, bagaimana pula ayat Al-Quran yang menggunakan
kalimah "SubhanALLAH" ketika membicarakan soal penciptaan langit dan bumi
serta seisinya yang cukup mengagumkan?
Jawapannya
ialah kerana ketakjuban kita dan keindahan yang memukau itu menyebabkan
minda kita melayang-layang yang memudahkan syaitan menusuk 'jarumnya'
untuk membayangkan zat Allah, lantas kita perlu sucikan Allah dari
segala bentuk bayangan minda yang salah . Juga untuk memasukkan dalam
jiwa kita sekalipun kita takjub pada alam, Allah yang lebih layak untuk
kita kagumi . Wallahu a'lam (diangkat dari http://www.nuruldahlya.com/2012/08/cara-betul-menggunakan-ungkapan.html)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan