PAPAN KENYATAAN

KOSONG

Rabu, 15 Februari 2012

Razali Alias Menafikan Pakatan Rakyat DUN Chini Hadapai Masalah Tentukan Parti Mana Jadi Calon

KUANTAN, 11 Feb - Ketua Penerangan PKR Pahang, Razali Alias (foto) hari ini menafikan bahawa Pakatan Rakyat bermasalah dalam menentukan calon bagi kerusi DUN Chini pada Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang. Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan artikel terdahulu kami yang bertajuk Panas: Kontroversi Calon, Pakatan Rakyat Hadapi Dilema Tentukan 'Siapa Bertanding' Di DUN Chini semalam. Kata Razali, sebenar apa yang berlaku timbul sedikit masalah kecil kerana calon-calon yang ingin ditampilkan oleh kedua-dua parti (PAS dan PKR) adalah yang berkaliber dan boleh diterima oleh rakyat. "Bagi saya tidak timbul perbalahan, malah dalam BN sendiri pun perkara ini berlaku, malah lebih hebat daripada apa yang kita sangka", kata Razali. Beliau turut mendakwa, semua pihak supaya menerima ketetapan yang telah dipersetujui oleh kepimpinan Pakatan Rakyat peringkat negeri. "Kita harus akur dengan keputusan pimpinan tertinggi parti. Biar mereka yang putuskan. Apa yang penting ialah Pakatan Rakyat mencapai kemenangan dan merampas kembali kerusi DUN Chini yang pernah dimenangi pada PRU-10 dulu. Kita ada banyak isu yang boleh mengubah persepsi rakyat (peneroka) terhadap pembangkang sekarang. Isu Felda dan isu sikap bermewah-mewah ADUN Chini sekarang dan proksi-proksinya amat berkesan di hati pengundi di sini pada masa sekarang. Maka itu, saya berharap siapa sahaja yang menjadi calon semua pihak harus menerimanya dengan sebulat suara. Tidak perlu ada protes yang akan merosakkan peluang kita menang. Jalan perbincangan masih terbuka dan kami senantiasa adakan pertemuan untuk membincangkan hal ini", kata Razali Alias lagi.

Artikal asal dari SINI
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

Pengikut

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...