PAPAN KENYATAAN

KOSONG

Selasa, 19 Januari 2010

Peneroka Felda Kemahang 3 berJAYA !!!!!!

PUTRAJAYA 19 Jan. – Seramai 354 orang penduduk Kemahang Tiga, Tanah Merah, Kelantan mendapat `durian runtuh' berjumlah RM11 juta setelah Mahkamah Persekutuan memerintahkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) membayar ganti rugi kerana melakukan penipuan terhadap sistem timbangan kelapa sawit.

Penantian sekumpulan peneroka itu bagi mendapat pembelaan kerana ditipu selama enam tahun berbaloi, setelah mahkamah menolak permohonan agensi itu bagi mendapatkan kebenaran merayu.


Ia diputuskan sebulat suara oleh panel tiga hakim diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Tun Azmi yang bersidang bersama Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin dan Datuk Gopal Sri Ram. - Utusan

Kenangan indah, bagaimana sekumpulan Peguam yang terdiri dari anak peneroka turut memperjuangkan nasib peneroka felda Kemahang 3.

13 Januari 2008:- Wan Rohimi Wan Daud, Yusfarizal Yussoff dan Muhd Azmi Bin Talib menerukan nafas perjuangan menegakkan keadilan mereka di Mahkamah yang merupakan ruang mencari keadilan.


Dalam keputusan Mahkamah Tinggi Kota Bharu dalam kes Awang Soh & 353 yang lain lwn FELDA & 2 yang lain, Mahkamah telah memberikan gantirugi am sebanyak RM7.1 juta, gantirugi teladan sebanyak 10% iaitu RM710,000, faedah keatas jumlah penghakiman daripada tarikh pemfailan tindakan dan juga kos tindakan dalam sidang perbicaraan yang disambut tepukan gemuruh 354 orang peneroka FELDA yang setia menanti keadilan dipertegakkan.


Setelah 11 tahun menderita dek kerana hak yang terang-terangan dinafikan atas nama kuasa, FELDA dan Felda Palm Indutries Sdn Bhd diputuskan telah melakukan fraud, penipuan dan konspirasi keatas peneroka-peneroka dengan memaksa mereka menjual buah sawit dengan harga yang tidak munasabah dan mengredkan buah sawit berkualiti dibawah gred yang munasabah.

6 tahun dahulu, 354 orang peneroka memanjat tangga-tangga pejabat peguam bagi menyuarakan isi hati mereka, tetapi ditolak atas pelbagai alasan. Kos yang tinggi, melawan pihak berkuasa, tiada kes, tiada bukti dan sebagainya. Namun, setelah luahan isi hati peneroka tersebut didengari oleh insan yang masih tinggi prihatin terhadap nasib anak bangsa, keadilan ditunjukkan walau terpaksa menunggu lama.


Tetuan Wan Rohimi & Asmadi, berbekalkan segenggam tekad dan segunung azam memperjuangkan nasib golongan bawahan peneroka, memfailkan saman pada bulan September 2002 tanpa sebarang ganjaran lumayan yang dijanjikan.


Sesungguhnya, membuka fail atas dasar "pro bono"(percuma) bukanlah sesuatu yang mudah, terutamanya bagi seorang peguam yang hanya mementingkan kepala agong (wang) dan jawatan dalam persatuan mahupun dewan perniagaan. Apatah lagi menentang pihak dianjung kuasa. Namun, tidak bagi Tetuan Wan Rohimi & Asmadi yang senantiasa sedar bahawa hak dan keadilan itu jauh lebih penting daripada kepala agong (wang).


Pasukan peguam peneroka FELDA yang rata-ratanya terdiri daripada orang kuat AD hanya meneruskan nafas perjuangan yang sama sebagaimana yang acapkali dilaungkan dalam pendedahan dan tulisan AD. Korupsi, tumbuk rusuk, rasuah, makan suap, dan pecah amanah perlu, dan perlu dibanteras. Mungkin mutakhir ini menyaksikan AD dikecam hebat oleh segelintir golongan berfikiran sempit, namun kebenaran terserlah jua. Dan nafas perjuangan tersebut akan diteruskan selagi ada nyawa. Kepada pendokong agama korupsi diluar sana, tunggu dan lihatlah. Masa anda pasti tiba!!!

Walau bukan seorang peguam, Zairul Isham, pengasas AD telah tanpa mengenal erti penat, lelah dan keringat menyumbangkan tenaga bagi membantu pasukan peguam Peneroka mengumpul bahan dan membuat kajian. Jasamu tetap dikenang!



Untuk kisah selanjutnya ........ ( klik di sini )










Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

Pengikut

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...