PAPAN KENYATAAN

KOSONG

Sabtu, 12 Disember 2009

KG.GANCONG PEKAN TAK ADA AIR PAIP



Saya copy dari Kedahlanie
12 DECEMBER 2009
Ingatkan Kat KEDAH ja isu Ayaq Tak Ada, Nuu Kat Kg PM kita pon sama..kira OK laa tuu...!!
Isu air Kampung Ganchong, Pekan belum selesai
SAYA ingin mengutarakan masalah ketiadaan bekalan air yang berlaku di Kampung Ganchong, Pekan Pahang dan kampung-kampung sekitarnya. Masalah ini berlaku bertahun-tahun lamanya sehingga ia menjadi satu perkara biasa di sini.

Perkara ini benar-benar menyusahkan penduduk bukan hanya pada ketika hari raya dan kenduri-kendara bahkan pada hari-hari biasa.


Air hanya naik ke tangki simpanan dalam rumah selepas waktu tengah malam dan kembali berhenti menjelang subuh. Pada waktu siang pula kalau ada air pun ia hanya keluar sekejap-sekejap dan tekanannya tidak kuat untuk masuk ke tangki simpanan.

Perkara ini telah diadukan melalui akhbar dan secara terus ke jabatan berkenaan namun tiada penjelasan memuaskan diberi.

Adalah diharapkan melalui aduan ini sekali lagi pihak-pihak berkenaan dapat tampil bertindak secara lebih proaktif dan responsif terhadap perkara ini.

Kami juga tidak mahu mendengar jawapan-jawapan klise yang menyalahkan paip bekalan, menyalahkan kepadatan penduduk, loji kecil dan sebagainya kerana dalam jangka masa masalah ini berlaku perkara-perkara tersebut sudah berada dalam pengetahuan pihak berkenaan dan tindakan-tindakan susulan sepatutnya sudah pun diambil.

Apakah kita tidak malu ‘orang kampung’ kita sudah pun menjadi Perdana Menteri tapi orang kampung PM masih tidak ‘berair’?


Pekan

Tapi yang peliknya di Chini 03 paip bocor didepan kedai dah berbulan-bulan tak baiki lagi....


Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

Pengikut

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...