PAPAN KENYATAAN

KOSONG

Khamis, 1 Oktober 2009

PAS,PKR DAN DAP

Artikal ini saya ambil dari Pas KAwasan Lipis dari Al-Banjari.
Artikel ini diterbitkan di al-Banjari Online bagi menjawab beberapa komen daripada penyokong UMNO-BN yang mempersoalkan jalinan politik yg dilakukan oleh PAS dengan parti DAP dan PKR, melalui ruang komen di blog wak. Diwaktu yang lebih relax ini wak paparkan jawapannya. Maaf, artikel ini memerlukan masa yang agak panjang untuk bacaan. Seandainya terdapat mana-mana bahagian yg tidak lengkap, mohon sembah derhaka kepada para2 pandai agama memberi pandangan ( al-banjari) Usharlah, di mana-mana, khususnyadi ruang komen blog-blog pro jamaah Islam, sudah pasti akan kita ketemu dengan komen-komen dan respon daripada mereka yang mempersoalkan tentang kerjasama Parti Islam Se-Malaysia ( PAS) sebagai sebuah badan politik Islam dengan badan-badan politik sekular khususnya parti Democratic Action Party ( DAP ) dan Parti Keadilan Rakyat( PKR) tidak ketinggalan juga badan-badan bukan kerajaan ( NGO ) terutamanya yg sering disebut sebagai Hindraf. Saya percaya bahawa mereka-mereka yang memberi komen dengan menyatakan kononnya kekesalan atau persoalan tentang kerjasama politik yang dilakukan oleh PAS dan rakan-rakan politik yang lain adalah dari kalangan ahli-ahli UMNO yang kecewa dengan kekalahan yang mereka alami pada PRU-12 maka dengan kejahilan mereka tentang ilmu kerjasama politik dalam Islam maka mereka bersuara dengan mepersoalkan tindakan PAS itu dengan cuba menimbulkan semula ‘kritikan2 PAS terhadap UMNO yang berkerjasama dengan parti-parti sekular lain’.

sekular lain’. Maka pendokong atau penyokong UMNO ini bertindak menyerang blog-blog pro-PAS / Pakatan Rakyat dengan mengatakan bahawa tindaskan PAS ini adalah satu tindakan “ cakap tak serupa bikin” bahawa kununnya dahulu PAS lah yang mengkritik UMNO ber”mati-matian” sehingga timbullah apa yang di istilahkan oleh orang UMNO bahawa “PAS mengatakan UMNO kafir kerana UMNO berkawan dengan parti politik KAFIR”. Antara pemimpin PAS ketika itu yang kuat mengkafirkan UMNO adalah Naib Presiden PAS, Dato’ Hj Nakhaie Bin Hj Ahmad. Namun kemudian beliau menyertai UMNO yang pernah dikafirkannya itu dan mengisytiharkan keluar dari PAS walaupun rumahnya masih di dalam kawasan Markaz Tarbiyah PAS Pusat di Taman Melewar sehingga kini. Amanat Haji Hadi juga merunsingkan UMNO, jelas di dalamnya, Tuan Guru Haji Hadi menekankan bahawa dasar UMNO yang sekular itu adalah terkeluar dari batas-batas iman dan kufur, maka UMNO jugalah yang mula mengistilahkan bahawa PAS telah mengkafirkan UMNO . Sebenarnya istilah ’sensasi’ ini dipopularkan oleh UMNO, bukan PAS. Ia jelas. Maka mulai dari saat itu momokan UMNO berterusan dengan isu PAS mengkafirkan UMNO dan terus menyalahkan PAS atas alasan PAS mengkafirkan sesama Islam walhal perkara pokoknya adalah dasar UMNO itulah yang kufur bertentangan dengan dasar yang dibawa oleh PAS. Oleh kerana Barisan Nasional yang diterajui oleh UMNO dan parti-parti komponennya yang lain adalah sama sahaja dasar sekularnya, maka kerjasama UMNO dan parti komponen BN yang lain sudah pastilah berjuang menegakkan apa- apa jua sistem dengan fahaman sekular. Kerjasama sekular BN inilah yang sering menjadi perbahasan antara UMNO dan PAS dari sudut syar’ ienya. PAS berpendirian bahawa bekerjasama atas dasar sekular tambahan pula kerjasama itu adalah untuk terus melakukan kezaliman dan penyelewengan, maka ia adalah satu kerjasama yang kufur jika dipandang dari sudut Islam. PRU-12 menyaksikan parti-parti pembangkang berjaya menafikan 2 PAS-PKR-DAP berjaya membentuk kerajaan campuran di Kedah ( 16 Pulau Pinang ( 19 18 DAP- 7 PKR – 6 PAS ) dan Selangor ( 15 PKR- 13 DAP- 8 PAS ) manakala di Kelantan PAS terus mendominasi majoriti DUN Kelantan dan mempertahankan kedudukannya sebagai kerajaan. Bermula di Perak apabila timbul isu perlantikan MB dari PAS, seterusnya ketiga-tiga parti ini membuat keputusan untuk bergabung dengan menamakan gabungan ini sebagai Pakatan Rakyat. Cemburunya UMNO melihat perkembangan ini bukan kepalang. Dengan memanipulasikan kuasa media, UMNO secara halus memainkan peranan untuk mewujudkan suasana “was-was” dikalangan masyarakat umumnya juga dikalangan ahli-ahli PAS khususnya tentang tindakan PAS ber” kawan” dengan DAP. UMNO melalui media memainkan isu anti-Melayu dan anti-Islam yang kununnya dibawa oleh DAP yang nyata berlawanan dengan dasar Islam yang dibawa oleh PAS. Tidak ketinggalan juga di dalam ruang komen dalam blog-blog yang dikendalikan oleh pimpinan mahupun ahli atau penyokong PAS, para peng”komen” ( boleh jadi upahan) berperanan melakukan perang psikologi terhadap pembaca blog yang rata-rata dari kalangan penyokong Pakatan Rakyat khasnya penyokong PAS. Mereka-mereka ini (baca : orang2 kecewa) berlagak seolah-olah mereka ini adalah penyokong PAS, bahkan ada yang mengaku sebagai ahli PAS, menulis respon dengan menyatakan bahawa mereka kesal dengan suasana terkini berkenaan hubungan PAS dan DAP dengan sandaran hujahnya, ‘ dimana islamiknya ? atau sebaliknya. Malah ada juga yang menyatakan rasa ragu-ragu dengan PAS yang di”dokongi” selama ini dan ada juga yang menyatakan rasa menyesal kerana menyokong PAS kerana terasa ter”tipu” dengan tindakan dan keputusan PAS mengukuhkan hubungan bersama DAP dan juga PKR. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri, tambah pula hubungan politik yang berlainan dasar ( akidah dan idealogi ). Sudah pastilah ada satu dua mungkin banyak perkara yang menjadi pertikaian antara parti-parti yang berlainan dasar. Kesempatan inilah UMNO mengambil peluang “cucuk jarum” dengan cuba melaga-lagakan parti-parti Pakatan Rakyat, malah cuba masuk ke dalam organisasi untuk melemahkan hubungan di antara pimpinan sama ada bermula dari peringkat cawangan, kawasan mahupun pusat. Suara-suara UMNO yang berusaha menyebarkan salah faham terhadap kerjasama politik sedikit sebanyak menimbulkan suasana tidak sihat antara ahli-ahli PAS khususnya walhal perkara ini disensasikan oleh UMNO. Boleh jadi juga dengan cara ini, UMNO berusaha menjauhkan pengundi Melayu atas pagar dengan harapan mereka ini berpersepsi bahawa PAS dan UMNO sama sahaja, dan cuba mewujudkan persoalan di dalam minda mereka ini bahawa PAS buat kerja yang sama yang UMNO buat dan PAS mengatakan kerja-kerja yang UMNO buat adalah kafir sedangkan kini PAS pula yang bekerjasama dengan parti kafir. Ditambah pula dengan kenyataan-kenyataan orang- orang UMNO bahawa PAS sudah buang dasar perjuangannya untuk menubuhkan Negara Islam semata-mata untuk mendapat sokongan non-Muslim.

Apakah kerjasama politik PAS dan UMNO sama?

Sudah tentu tidak sama bahkan jauh bezanya seperti bezanya dunia dan akhirat, dosa dan pahala malah syurga dan neraka. Untuk mendapatkan kuasa boleh jadi bersendirian dan boleh jadi berkawan. Umpama mahu mengorek telaga untuk mendapatkan sumber air masing masing manusia mahukan air untuk terus hidup. Maka mengali telaga berseorangan boleh jadi berjaya jika kudratnya tidak ada hadnya. Namun jika kudratnya amat terbatas, maka tidak salah mengajak seorang dua manusia lain untuk membantu mengorek telaga untuk kegunaan dan kemaslahatan anak cucu mereka. Contoh mudah yang diberikan, jika masih dungu tak boleh nak faham, humban saja ke dalam telaga yg digalinya itu. Maka sudah pastilah ianya amat berbeza dengan segolongan 14 bekerjasama menimbus telaga untuk menyusahkan hidup orang lain. Maka dalam politik, dengan kemampuan yang terbatas untuk mendapatkan kuasa, maka kalau ada kawan lain yang sama-sama berjuang mengeakkan keadilan dan menolak kezaliman, maka Islam meyediakan sadu kaedah kerjasama politik dengan mereka yang berlainan dasar tapi ada beberapa perkara yang boleh dikongsi bersama dengan apa yang dinamakan sebagai tahalluf siyasi. Perbahasan Tahaluf Siyasi dalam Islam Tahaluf ialah Perjanjian Persefahaman bagi kerjasama dan bantu-membantu untuk menghadapi lawan atau musuh. Persefahaman ini berlaku di kalangan sesama Islam seperti yang dilakukan oleh Rasulullah S. A.W dengan Aus dan Khazraj yang membawa kepada penyatuan umat di bawah panji-panji dan tertegaknya sebuah negara Islam. Perkara ini juga berlaku dengan kumpulan-kumpulan bukan Islam seperti persefahaman dengan Bani Hasyim dan Bani Abdul Muthalib yang berlaku sebelum Hijrah juga persefahaman dengan Qabilah Khaza’ah selepas Perjanjian Hudaibiyah. Rasulullah S.A.W mengiktirah Half Al-Fudul yang berlaku pada zaman Jahiliyah apabila terbentuk satu persefahaman menentang kezaliman. Perkara ini terjadi setelah seorag lelaki dari Kabilah Zubaid di zalimi oleh ‘Aas bin Wa’il, lalu dia meminta pertolongan namun tiada siapa yang sanggup menolongnya. Lalu beberapa orang daripada bangsawan Makkah yang bersimpati dengannya telah mengadakan persefahaman di rumah Abdullah bin Jad’an untuk menentang kezaliman tersebut. Berhubung dengan peristiwa tersebut, Rasulullah S.A.W telah bersabda mafhumnya; “Daripada Thalhah bin Abdullah Bin ‘Auf, bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda; “ Sesungguhnya aku telah menyaksikan di rumah Abdullah bin Jad’an satu pakatan yang aku amat suka kepadanya seperti sayang kepada unta merah ( barang yang sangat berharga ) , jikalau aku diajak kepadanya di zaman silam nescaya aku akat menyahutnya” Oleh itu Tahaluf telah menjadi suatu perkara yang berlaku dalam perjalanan gerakan Islam menurut keperluan dan cabaran yang berlaku pada zaman masing-masing. Satu kajian yang terperinci perlu dilakukan dan dibincangkan dengan teliti agar langkah yang diambil tidak bercanggah dengar dasar Islam yang wajib ditegaskan dalam semua keadaan.

Hukum Tahaluf
Tahaluf diizinkan oleh syari’at berdasarkan kepada syarat-syaratnya. Untuk memahami syarat-syaratnya, perlu dikaji perbezaan di antara tahaluf yang dilangsungkan oleh Rasulullah S.A.W dan tahaluf yang ditolak oleh baginda. Syarat-syarat Tahaluf 1) Membawa maslahah dan tidak mengikat sehingga menjejaskan dasar perjuangan. Dalil- dalilnya ialah; a) Hubungan Rasulullah S.A.W dengan keluarganya dari kalangan Bani Hasyim dan Bani Abdul Muthalib, khususnya Abu Thalib. Walaupun mereka tidak menganut Islam, tetapi mereka mempertahankan Rasulullah S.A.W sehingga sanggup berkorban apa sahaja. Namun pernah Abu Thalib membuat kenyataan seolah- olah supaya Rasulullah S.A.W bertolak ansur dalam perkara dasar, lalu dengan tegasnya Rasulullah S.A.W bersabda yang mafhumnya; “Wahai bapa kesayanganku, demi Allah, jika mereka meletakkan matahari di sebelah kananku dan bulan di sebelah kriku agar aku meninggalkan urusan ini ( menegakkan Islam ), nescaya aku tidak akan meninggalkannya sehinggalah Allah memberi kemenangan kepada agama-Nya atau aku mati kerana-Nya” Akhirnya Abu Thalib dan keluarganya kecuali Abu Lahab mengambil keputusan untuk mempertahankan rasulullah S.A.W. b) Hubungan Abu Bakar As-Siddiq Radhiyallahu ‘ Anhu dengan Ibnu Daghnah yang bersedia untuk memberi perlindungan kepada beliau dibatalkan. Perkara ini terjadi apabila Ibnu Daghnah mensyaratkan kepada Abu Bakar supaya beliau jangan membaca Al-Quran di luar rumah kerana bimbang boleh mempengaruhi orang lain kepada Islam. Contoh maslahat yang diizinkan. a) Ke arah mendaulatkan Islam dan perlaksanaan syari’atnya. Dalam situasi kegagalan fahaman-fahaman sekular dan kebuntuannya untuk menyelesaikan masalah, terdapat kumpulan orang-orang Islam yang jahil dan terjebak ke dalam fahaman sekular dan juga dari kumpulan non-muslim yang yang memberi kesempatan kepada perlaksanaan Islam, maka mestilah di adakan satu hubungan dengan mereka ke arah dalam memberi sokongan kepada perjuangan parti politik Islam di dalam pilihanraya, dalam persidangan-persidangan dewan dan sebagainya, dengan syarat mereka bersedia untuk menerima kepimpinan Islam, mengakui kedaulatan dan perlaksanaan dengan sepenuhnya dan kita tidak memaksa mereka untuk memluk Islam ( tetapi mengambil peluang berdakwah memperkenalkan Islam dan membetulkan salah faham mereka terhadap Islam kepada gambaran Islam yang sebenar ) Dalilnya ialah perjanjian Rasulullah S.A.W di Madinah Al-Munawwarah dengan orang-orang Yahudi. b) Menentang kezaliman, penyelewengan dan keruntuhan akhlak. Apabila perkara ini mula dirasai akan kesan dan akibatnya kepada semua golongan dan lapisan masyarakat termasuklah golongan non-muslim, maka boleh diadakan persefahaman dalam perkara ini. Contohnya bekerjasama di dalam usaha mendesak pembebasan tahanan dan sebagainya kerana Rasulullah S.A.W mengiktiraf Halfu Al-Fudul serta mengakui pakatan persefahaman golongan yang menentang Perjanjian Pemulauan ke atas keluarga Rasulullah S.A.W walaupun mereka tidaklah sampai ke peringkat mengakui kedaulatan Islam. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud; Diriwayatkan daripada Jabir Radhiyallahu ‘Anhu katanya: Dua orang anak muda yang mana salah seorang di antaranya kaum muhajirin dan seorang lagi dari kaum Ansar sedang bertengkar. Seorang dari kaum Muhajirin atau mungkin juga beberapa orang dari kaum Muhajirin berteriak: Wahai kaum Muhajirin..!!! Manakala kaum Ansar berteriak: Wahai kaum Ansar…!!!. Setelah mendengar suara begitu maka Rasulullah S.A.W keluar dan telah bersabda: ” Ada apakah panggilan seperti jahiliyah ini…?” Mereka menjawab: ” Tidak ada apa-apa ya Rasulullah. Hanya ada dua orang anak muda sedang bertengkar di mana salah satu dari keduanya berusaha memukul bahagian tubuh yang satunya.” Rasulullah S.A.W bersabda: ” Kamu tidak perlu menyembunyikan persoalan. Seharusnya kamu menolongnya baik yang zalim mahupun yang dizalimi. Terhadap yang zalim, maka hendaklah beliau mencegah kezalimannya. Sesungguhnya itu bererti telah menolongnya. Manakala terhadap yang dizalimi hendaklah membelanya.”( Hadith riwayat Muslim) 2) Mengakui kepimpinan Islam dan tidak menjejaskan dasar dan matlamat perjuangan. Dalilnya, i) Rasulullah S.A.W telah menangguhkan Tahaluf dengan Bani Syaiban apabila mereka tidak bersedia untuk bersama-sama mennegakkan negara Islam dan mempertahankannya. Perkara ini terjadi apabila Bani Syaiban menyatakan ketidak sanggupan untuk berhadapan dengan Parsi tetapi hanya sanggup menghadapi Kabilah Arab sahaja. ii) Rasulullah membatalkan cadangan untuk bertahaluf dengan Bani ‘Amir apabila mereka mahu berkongsi jawatan kepimpinan negara tanpa menerima Islam. 3) Tidak berwala’ kepada musuh dan tidak redha dengan pegangan mereka. Diantaranya ialah kepimpinan orang-orang bukan Islam dan bertahaluf dengan musuh-musuh Islam untuk memerangi orang-orang Islam. sebagaimana Firman Allah S.W.T yang bermaksud: ” Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meningglkan orang-orang beriman. Dan sesiapa yang melakukan ( larangan ) yang demikian maka tiadalah ia ( mendapat perlindungan ) dari Allah dalam suatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka ( yang kafir itu ). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diri-Nya, dan kepada Allah jualah tempat kamu kembali” ( Surah Ali ‘Imran ayat 28 ) Berwala’ maknanya menjadikan sebagai pemimpin, teman yang akrab, pelindung atau penolong. Keadaan takut adalah darurat. Kesetiaan dalam keadaan itu dilahirkan secara zahir, tetapi hatinya tidak redha disamping berusaha untuk membebaskan diri dengan merancang bagi meneruskan perjuangan dengan berhijrah dan sebagainya. Muwada’ah. Di sana wujud satu titik persamaan secara sementara waktu dengan golongan bermusuh kerana maslahah. Persefahaman ini dinamakan muwada’ah dan terdapat juga ‘ulamak meletakkannya dalam perkara hadanah ( gencatan senjata ). Disebut di dalam kitab ” Syarah Muhazaab ” yang dikarang oleh Imam An-Nawawi, diantara maslahahnya ialah mengharapkan mereka masuk Islam, mereka akan membayar jizyah atau menolong kerana memerangi golongan lain. Tetapi para ‘ulamak berselisih pendapat dalam menentukan tempoh masanya. Ada yang menghadkan setakat empat bulan sahaja dan ada juga yang mengharuskan menurut maslahah ( diantaranya ialah kerana orang-orang Islam masih berada dalam keadaan lemah ). Adapun jika tiada apa-apa maslahat atau mudharatnya lebih banyak dari maslahat, maka ianya adalah tidak diharuskan. Isti’anah ( meminta bantuan dan pertolongan ). Apabila adanya persefahaman, maka berlakulah tolong-menolong, iaitu mereka berjanji untuk menolong kita dan kita berjanji menolong mereka. 1. Mereka menolong kita : Menurut Shaikh Sayyid Saabiq dalam kitabnya “ Fiqhussunnah”, adalah harus bagi kita untuk menerima pertolongan daripada golongan munafiq dan fasiq kerana Rasulullah S.A.W pernah membenarkan Abdullah Bin Ubai Bin Salul (seorang munafik) menyertai peperangan bersama-sama baginda. Begitu juga kisah penyertaan Abu Mahjan (seorang fasik) yang mabuk dalam peperangan menentang tentera Parsi. Adapun pertolongan daripada orang-orang kafir, terdapat perselisihan pandangan di kalangan fuqaha’: a) Imam Malik dan Imam Ahmad Bin Hanbal tidak mengharuskannya secara mutlak. b) Imam Abu Hanifah mengharuskannya dengan syarat orang-orang Islam yang menguasai urusan. c) Imam As-Syafi’e mengharuskannya dengan syarat: * Apabila orang-orang Islam berada di dalam keadaan yang lemah. (*)Apabila didapati bahawa orang-orang bukan Islam cenderung kepada Islam dan memandang baik terhadap Islam, dibenarkan dia memberi pertolongan dengan di beri imbuhan dan bukannya bahagian ghanimah. 2) Kita menolong mereka. Menurut Al-Zarkashi di dalam kitabnya “Al- Mabsut”, dan Al-Syaibani di dalam kitabnya “Al- Siyar Al-Kabir”, Rasulullah S.A.W menghantar tamar ‘Ajwat kepada Abu Sufyan dan mengutus lima ratus dinar ke Makkah supaya dibahagikan kepada orang yang perlu dibantu ketika bumi Makkah dilanda kemarau. Menurut Ibnu Qayyim Al-Jauwziyyah di dalam kitabnya, “Zad Al-Ma’ad “, apabila Sumamah bin Al-Sal Radhiyallahu ‘Anhu, pemimpin Bani Hanifah memeluk Islam, beliau memerintahkan supaya jangan dihantar bekalan gandum ke Makkah sehingga penduduk Makkah berada dalam keadaan kesempitan hidup. Lalu pemimpin-pemimpin Makkah merayu kepada Rasulullah S.A.W menasihatkan Sumamah menghentikan sekatannya. Rumusan Penting : Tahaluf Siyasi dapat dibahagikan menurut keadaa berikut: 1) Dalam peringkat membentuk kerajaan hendaklah dengan syarat ; * Kepimpinan mestilah di tangan orang Islam. * Mengiktiraf negara Islam. * Menerima perlembagaan Islam dan Syari’ atnya. 2) Tahaluf Siyasi tanpa membentuk negara ; * Kerana maslahah untuk menghadapi musuh yang lebih besar. * Maslahah bersama untuk menentang kezaliman dan menegakkan keadilan. * Berlindung sementara ketika lemah * Tidak terikat dengan syarat yang bercanggah dengan Islam dan kepentingan gerakan Islam. Begitulah sedikit sebanyak perbahasan berkaitan Tahaluf Siyasi atau kerjasama politik yang dianjurkan oleh Islam yang menjadi panduan kepada mana-mana gerakan Islam termasuk PAS dalam menghadapi tekanan daripada musuh politiknya khusunya UMNO dan Barisan Nasional. Jawapan dari Rumusan dalam konteks politik negara : Melalui perbahasan di atas, nyatalah perbezaan kerjasama dan persefahaman politik antara PAS dan UMNO sangatlah jauh berbeza. Oleh kerana UMNO kini amat terdesak dengan kedudukannya yang amat lemah ditambah pula pergaduhan merebur jawatan sesama mereka, jalan untuk melihat pesaing politiknya, khususnya PAS adalah dengan menimbulkan keraguan dikalangan pengundi Melayu atas pagar dan juga penyokong PAS itu sendiri yang kurang terdedah dengan ilmu dan perbahasan berkaitan Fiqh Haraki dengan harapan mahu melihat akhirnya penyokong PAS beralih arah kepada UMNO atau cuba mempengaruhi pimpinan PAS di peringkat bawahan terutama golongan muda untuk meragui pimpinan peringkat atasan dan menimbulkan hubungan tidak baik antara pimpinan dan ahli PAS. UMNO bekerjasama dengan parti-parti komponen BN yang lain atas dasar sekular, bekerjasama mempertahankan kezaliman, bekerjasama menutup penyelewengan dan penindasan yang mereka lakukan, bahkan sama- sama bekerjasama menolak Islam walaupun UMNO kadang-kadang mengaku menjadi pejuang Islam. Sebalinya PAS menggunakan kesempatan ini bersama-sama PKR dan DAP bekerjasama dalam isu keadilan, kebenaran, menentang kezaliman, menentang penyelewengan, menentang rasuah menentang korupsi, menentang penyalahgunaan kuasa dan sebagainya walaupun ada beberapa perkara dilihat tidak sekata namun peluang dan masa harus diberikan untuk mereka memahami hakikat bahawa Islam adalah untuk semua setelah 51 UMNO dan BN lah yang selama ini menipu non- muslim tentang Islam, memberikan gambaran buruk tentang Islam maka denga kesempatan kerjasama politik ini, wajib bagi kita pejuang Islam, menguatkan lagi usaha dakwah agar mereka ini, rakan-rakan kita di dalam pakatan rakyat yang non-muslim, dapat menerima Islam sebagai cara hidup mereka dan setidak-tidaknya mereka menghormati dan mengetahui bahawa Islam menjamin kehidupan mereka sekalipun mereka tidak akan menganut Islam. Wallahu A’ alam. (sumber : al-Banjary)

Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

Pengikut

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...