PAPAN KENYATAAN

KOSONG

Khamis, 15 Oktober 2009

IMAM BAGAN PINANG

Oleh : MRK albanjari
Saya tertarik dengan artikal dari albanjari ini berkara ini bukan sahaja ada di Bagan Pinang dikawasan rancangan pun ada .


Sambil kami berjalan berjamaah menuju ke Masjid Kariah Bagan Pinang untuk menunaikan solat Subuh pada pagi Ahad lalu(11.Okt), telinga kami diperdengarkan dengan alunan azan yang sangat kurang menyenangkan telinga oleh muazzin yang saya rasa dari segi usianya sudah terlalu tua dan sudah tidak mampu untuk menzahirkan makhraj-makhraj huruf yang sudah tidak sempurna lagi sebutannya.

Sesampainya saya diperkarangan masjid saya cukup teruja dengan kebanjiran para jemaah yang pastinya mereka adalah penyokong dan pendokong PAS dan Rakatan Rakyat yang pada telahan saya mungkin inilah kali pertama sejak kewujudan masjid ini

subuhnya jemaah melimpah sampai keluar.

Ketika saya sedang berwuduk, muazzin telah melaungkan Iqamah dan seterusnya solat subuh pun bermua dengan lafaz takbir imam yang saya amati lafaz Takbiratul Ihramnya sudah bertukar makna dari maksud Allah Maha Besar kepada Allah Maha .......... sudah bertukar kepada jelas huruf KAF kepada huruf KHA dengan dituruti bacaan surah al-Fatihahnya juga banyak bertukar huruf dan bacaan yang tidak jelas.

Ramai dari kami para jemaah menggelengkan kepala tanda protes terhadap lafaz bacaan sang Imam itu dan ramai juga yang merungut sendirian namun saya gagahi juga untuk masuk saf untuk turut berjamaah denganya tetapi sebelum imam itu menghabiskan bacaan al-Fatihahnya saya terpaksa keluar dari saf kerana sudah tidak tertanggung lagi kebingungan saya dengan bacaan sang Imam tersebut yang jelas banyak salahnya pada bacaannya, maka saya keluar dari saf menanti sehingga dia menghabiskankan solatnya.

Sesudah sang Imam itu selesai memberikan salam keduanya maka kami dengan segera bertindak membentuk saf baru lebih kurang 5 saf penuh dengan di imamkan oleh seorang ahli Pas yang tidak sempat saya bersapa dengannya.

Nasib malang kami juga tidak terhenti disitu sahaja kerana sound system masjid ini boleh dikatakan canggih juga, apabila kami yang bersolat diluar amat terkesan dengan kesan bunyi sang Imam tadi mengalunkan zikir-zikirnya yang juga tidak jelas butir kalimahnya melainkan kalimah Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar, dan kalimah tauhid yang dialunkannya cukup bersemangat maklumlah solat Subuh yang teramai dalam sejarah Masjid Bagan Pinang ini yang sekali gus amat menganggu jemaah lain yang sedang menunaikan solat pada waktu yang sama itu.

Sejurus jemaah kami selesai menunaikan solat lalu ada diantara kami yang melaungkan kalimah suci dengan laungan "TAKBIR" lalu dijawab "ALLAHUAKBAR" tiga kali. Tiba-tiba seorang dari sahabat saya mendengar 2 orang totok UMNO berkata " kita halau je orang yang kat belakang tu buat bising je".

Woi bodoh !!! itu bukan buat bising la tapi lafaz agung membesarkan Allah sambil memprotes bacaan imam tu.

Secara peribadi saya dengan secara jujur dan ikhlas kerana Allah mencadangkan agar Imam dan Bilal itu PERLU kena letak jawatan kerana bacaan dan fasohah anda sudah tidak menepati kehendak dan kaedah sebutan huruf-huruf hijaiyah dalam ertikata lain bacaan anda sudah lari dari Lahjah Quraish.

Sewajarnya pihak pengurusan masjid seperti Pak Nazirnya harus bertanggung jawab melantik imam yang lebih fasih bacaan serta sebutannya bagi menjadi Imam dan Muazzin di masjid ini atau jika Pak Nazir pun bangang juga eloklah pihak Dakwah dan Pengurusan Masjid Pejabat Agama Islam Daerah PD atau Mat Hassan mendepani isu ini dan yang paling wajar kena bergurulah dengan Isa Samad yang alim dan baik serta baik budi dan baik akhlaknya ini untuk melantik atau menamakan insan lain menggantikan dua imam veteran ini.

Saya tidak berhasrat untuk menentukan apakah sah atau tidak sahnya solat imam tersebut namun bagi saya jika dalam kariah ini hanya mereka berdua sahaja yang terbaik bacaannya maka itulah yang sewajarnya tetapi sebaliknya ada orang lain yang lebih baik bacaannya maka bolehlah dihukumkan solat mereka tidak sah kerana bacaan surah al-Fatihah itu merupakan salah satu rukun solat yang 13 termasuk lafaz Takbiratul Ihramnya. Maka pada ketika itu menjadi wajib kepada anak kariahnya belajar ilmu dan hukum-hukum Tajwid. Inilah akibatnya didikan dan tarbiyah yang telah dijelmakan oleh UBN dalam menjaga hal ehwal Islam di negeri yang kurang 1 jadi sepuluh ini. Wallahualam..
POSTED BY ALBANJARI AT 3:03 PM

Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

Pengikut

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...