PAPAN KENYATAAN

KOSONG

Rabu, 10 April 2013

SELAMAT DATANG FARIZ MUSA KE PARLIMEN P85 PEKAN

Kenyataan Media Jingga 13 10 April 2013
Jingga 13 Malaysia mengucapkan tahniah kepada Ketua Koordinator Jingga 13 Malaysia Saudara Fariz Musa yang juga adalah ahli Majlis Pimpinan Pusat 2010-2013 kerana diberi kepercayaan untuk bertanding di Parlimen P85 Pekan, Pahang yang diumumkan tadi oleh Dato Seri Anwar Ibrahim P85 Pekan akan menyaksikan pertembungan antara Fariz Musa (PKR), Bukhairy Suffian (GM13 yang bertanding atas tiket BEBAS mewakili Gerakan Mahasiswa) dan Dato Seri Najib Razak (Presiden UMNO pertama yang bakal menjadi Ketua Pembangkang Malaysia).
Dan bermulalah kempen melawan persepsi buruk yang dilemparkan pihak lawan. UMNO-BN memburukkan dan menakutkan rakyat Pekan. Baru sahaja sekitar 2 jam diumumkan, pelbagai cerita yang keluar dia media blog, twitter dan facebook milik penyokong Pro-UMNO. Cerita seks pun antara agenda mereka seolah olah semua pimpinan PR terutama dari PKR adalah jahat dan jahil. Malah ada juga kononnya ahli UMNO menyokong PAS kalau PAS yang bertanding di Pekan. Pelbagai lagi propaganda yang sebenarnya hanya untuk melagakan sesama PR, dan secara tidak langsung bertujuan mengurangkan keyakinan rakyat Parlimen Pekan untuk tidak mengundi calon dari parti pembangkang. Sebagai Ketua Koordinator Penerangan Jingga 13 Malaysia mengucapkan tahniah buat Saudara Fariz Musa. Buat jentera Jingga 13 yang sedang bertugas dan yang akan hadir bertugas di Pekan bersama jentera PKR, sedikit ungkapan utk dijadikan peneman perjuangan
"Bersabarlah sedikit dalam kepayahan ini dan jagalah diri anda dalam satu barisan. Jangan sesekali dirasuk oleh orang orang munafiqin yang bersedia mengganggu anda setiap masa untuk mematahkan semangat anda dan mereka akan bercakap bukan dari hati mereka" - Sheikh Yusof Al-Qadhrawi Orenji Ren Oren Ketua Koordinator Penerangan Jingga 13 Malaysia
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Isnin, 8 April 2013

PAS Pahang tanding 21 Dun, 6 parlimen

TEMERLOH: Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengumumkan PAS akan bertanding di 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) pada Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

Bagi kerusi parlimen pula, Tuan Ibrahim berkata, PAS akan bertanding enam daripada 14 kerusi, manakala selebihnya lima akan ditandingi PKR dan tiga DAP.

Dun-Dun yang akan ditandingi PAS ialah N2 Jelai, N3 Padang Tengku, N8 Dong, N9 Tahan, N11 Pulau Tawar, N12 Beserah, N15 Tanjung Lumpur, N16 Inderapura, N17 Sungai Lembing, N19 Panching, N20 Pulau Manis, N21 Peramu Jaya, N24 Luit, N26 Chenor, N28 Kerdau, N29 Jengka, N32 Kuala Semantan, N36 Pelangai, N37 Guai, N40 Bukit Ibam dan N42 Tioman.

Manakala parlimen pula ialah Jerantut, Kuala Krau, Temerloh, Bera, Maran dan Rompin.

Mengenai calon, Tuan Ibrahim berkata setakat ini beliau baru mengumumkan tiga calon Dun dan satu parlimen semasa ceramah jelajah treler Negara Berkebajikan PAS sepanjang empat hari berakhir kelmarin.

"Ketua Pemuda PAS Nasrudin bertanding di Parlimen Temerloh, Syed Hamid kekal di Dun Kuala Semantan, Timbalan Pesuruhjaya Yusof Embong bertanding di Panching dan Rosli Abdul Jabar di Tanjung Lumpur," katanya dalam sidang media di pejabat PAS Pahang, semalam.

Tuan Ibrahim berkata baki calon akan diumumkan pada malam Himpunan Rakyat di Taman Indera Sempurna pada 7 April ini. Manakala ketiga-ketiga parti akan mengumumkan semua calonnya pada 11 April tetapi bergantung kepada tarikh penamaan calon oleh SPR.

Mengenai peluang PR di Pahang, Tuan Ibrahim yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat berkata, beliau optimis memandangkan sambutan dan mood rakyat pada masa ini.

"Kita menjangkakan undi kaum Cina melonjak kepada 75 peratus di Pahang iaitu setara dengan peringkat nasional. Jika PR berjaya 47 peratus saja undi Melayu dan sokongan kaum lain kekal, PR mampu menang dengan majoriti mudah," katanya.

Sementara itu mengenai kemungkinan berlaku fenomena calon bebas pada PRU kali ini, Tuan Ibrahim berkata parti itu akan bertindak tegas jika ada ahli PAS yang bertanding Bebas.

http://pru13.pas.org.my/index.php/berita/501-pas-pahang-tanding-21-dun-6-parlimen
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Pengikut

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...