PAPAN KENYATAAN

KOSONG

Ahad, 5 Disember 2010

Demo bantah kenaikan harga air berjaya

100% COPY DARI "BUJANG SUSAH"


Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim kesal dengan tindakan polis menangkap kira-kira 50 orang peserta perhimpunan membantah kenaikan harga air di Masjid Negara di ibu negara hari ini.

Selepas menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, Khalid menyatakan kekesalannya kerana "polis tidak menunaikan janji untuk membenarkan perhimpunan secara aman"

“Saya berharap dan mengesa pihak polis melepaskan mereka tanpa syarat,” kata menteri besar.

Dalam satu kenyataan, Khalid juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menyokong perhimpunan hari ini dan menyeru agar mereka terus menyokong usaha kerajaan Selangor mengambil alih industri air.


“Kerajaan Persekutuan membelakangkan kepentingan rakyat dalam isu air," tambah Khalid.

Tambahnya, kerajaan pusat sepatutnya bersama menyokong kerajaan negeri untuk menghentikan perjanjian tidak adil yang didakwa hanya memberi kebaikan kepada syarikat konsesi.


Suhakam: Tugas polis bukan maki hamun

Menurut Khalid, beliau berjaya menyerahkan memorandum berkenaan kepada Pegawai Akhbar Istana Negara, Khairi Abdul Rahman kira-kira jam 2.15 petang.


Sementara itu, Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) Mohd Shaani Abdullah berkata, mereka mendapati polis bertindak tidak profesional menangani perhimpunan membantah kenaikan harga air di Selangor hari ini.

"Mereka (polis) perlu dilatih lagi. Tugas mereka bukan mendera atau maki hamun orang ramai. Ini tidak dilakukan dengan betul dan mereka sepatutnya profesional menanganginya.


"Ia menyebabkan orang ramai benci pada polis. Mungkin perhimpunan ini tiada permit tetapi mereka tidak patut mengeluarkan kata-kata kesat," katanya kepada pemberita di Masjid Negara selepas tamat perhimpunan baju merah itu.

Sementara itu, ahli parlimen Kuala Selangor Dr Dzukefly Ahmad pula menyifatkan polis bertindak keterlaluan menangani perhimpunan itu.

"Kami bercadang bangkitkan perkara ini dalam sidang parlimen yang akan datang," katanya yang juga ahli jawatankuasa pusat PAS - Malaysiakini


Gambar penuh boleh lihat di SINI dan di SINI

Demo Air: Polis Merusuh

Apabila pihak polis di tunganggi oleh parti politik,maka keganasan pun tercetus.
Demo bantahan air secara aman telah tercemar oleh keganasan pihak polis,jikalau pihak polis tidak
menyekat demo ini atau membiarkan secara aman nescaya tiada sebarang bentuk keganasan terjadi.

Pasukan polis telah melepaskan gas pemedih mata dan menyembur airi ke arah lebih 2,000 penunjuk perasaan yang cuba untuk menyerahkan satu memorandum tentang isu air di Selangor kepada Istana Negara, Ahad.

Penunjuk perasaan tersebut yang telah berkumpul di Masjid Negara sejak pukul sembilan pagi tadi, memulakan perbarisan mereka ke istana itu pada kira-kira pukul 1.30 petang tadi.

Mereka kemudiannya menuju ke stesen kereta api sebelum Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) cuba menghalang mereka.

Bagaimanapun pihak FRU terpaksa melepaskan beberapa gas pemedih mata dan memancut air ke arah mereka apabila mereka berjaya menembusi kawasan itu.

Terdahulu, polis melakukan sekatan jalan raya dan mengawal ketat jalan menuju ke Istana Negara.

Note: Perserta demo ok jer.. polis pula yang merusuh...kan.. kah..kah..kah..kah.. bodoh punya polis...!!! bila kita nak buat demo bantah kenaikan harga minyak plak... kita turun satu malaysia... jommmm...!!!


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sabtu, 20 November 2010

Felda merayu supaya guna kaedah Timbang Tara


Selamat Hari Raya aidil adha kepada semua pembaca blog ini dengan harapan semoga semua ceria dan sejahtera sentiasa, jika selama ini ada tulisan dari saya yang boleh menyinggung perasaan, kemaafan juga yang di pinta.

Pagi ini selepas sembahyang sunat Aidil Adha, di ketika mahu melewati pintu Masjid, saya terpandang sekeping kertas berlipat yang di letakkan di tepi pintu masuk Masjid, saya terfikir, kad apa ini ? setelah diteliti rupanya sekeping kertas yang di lipat menyerupai kad undangan kahwin, isinya adalah merupakan surat rayuan daripada Pengarah Besar Felda Dato' Dzulkifli Abd.Wahab kepada seluruh peneroka felda di Malaysia .

Antaranya meminta selepas ini jika berlaku perselisihan di antara peneroka dengan felda, di minta peneroka menggunakan kaedah timbang tara sebagai jalan penyelesaian, jangan menggunakan Mahkamah.


Selepas membaca warkah tersebut saya tergelak besar, apa tidaknya, selepas felda kalah kes di Felda Kemahang 3, baru keluar warkah rayuan tersebut, jika tidak, tak pernah di dengar pun.

Memang betul, semasa mula-mula mahu masuk ke rancangan felda dahulu, ada termasuk didalam pernyataan yang di persetujui bersama antara peneroka dengan felda menyatakan jika ada apa-apa pertelingkahan di antara kedua-dua belah pihak maka kaedah timbang tara adalah tempat rujukan utama.

Namun perlu kita fahami bahawa, apa yang berlaku di Felda Kemahang 3 tidak begitu, ketika jawatan kuasa bertindak peneroka Felda Kemahang 3 mahu memulakan rundingan, mereka bukan di rundingi malah sebaliknya di ugut mahu disingkirkan dari rancangan ( klik di sini ) akhirnya ajk tersebut terpaksa bertindak memulakan prosiding melalui peguamnya ke Mahkamah .

Setelah pergi ke Mahkamah pun di peringkat permulaan, ajk ini masih dihina, masih di ugut dan pelbagai dugaan lagi, sehingga keluar keputusan Mahkamah memberikan kemenangan kepada peneroka, baru mereka ternganga.........

Itu pun ada yang masih berdalih, kononya kemenangan peneroka felda Kemahang 3 itu bukan kemenangan sebenar sebaliknya satu konspirasi diantara peguam yang mewakili Felda dengan peguam yang mewakili peneroka dengan cara berpakat supaya peguam yang mewakili felda jangan hadir dihari perbicaraan.

Inilah masaalahnya, apabila dah jadi seperti sekarang baru di minta, kalau ada yang tidak berpuas hati jangan guna Mahkamah tetapi guna timbang tara, saya sendiri sebenarnya tidak kisah, sebab di Felda Kota Gelanggi 01 ini sehingga kini belumlah lagi di temui masaalah yang begitu kusut di antara Felda dengan peneroka sehingga perlu dibawa ke Mahkamah.

Walau macamana pun andai kata, jika di temui di masa akan datang kekusutan yang tidak boleh di rungkai, saya menyokong penuh sepertimana saranan dari Pengarah Besar Felda itu, tetapi pihak Felda usahlah mengulangi LAGAK persis yang di lakukan oleh bekas Pengurus Felda Kemahang 3 ( sudah aruah) itu.

Memang tiada kekusutan yang tidak boleh di rungkai, tiada masaalah yang tidak boleh diselesaikan kecuali jika kita mangamalkan sifat sombong membuta tuli, namun Alhamdulillah dengan kemenangan peneroka di Felda Kemahang 3 itu rupanya telah memberikan kesedaran ( itu pun jika ikhlas ) bagi Felda kembali kemeja Timbang Tara bagi menyelesaikan sesuatu masaalah di antaranya dengan peneroka.

Semoga selepas ini Felda dan masyarakat peneroka akan semakin maju didalam menghadapi cabaran dialaf akan datang.....................Sekian.
Artikal asal dari sini


Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Selasa, 16 November 2010

CERITA DARI KEDAH

Kisah Sebenar Banjir di Kedah
Pada hari pertama banjir di Kedah, MB Kedah telah panggil mesyuarat semua agensi pusat dan negeri utk diselaraskan program Bantuan Banjir. Penghormatan kepada Bashah selaku tim pengerusi UMNO Kedah utk duduk sebelah MB.

Semua pihak bersetuju utk menanggalkan baju politik dalam membantu rakyat Kedah. Maka dibahagi-bahagikan kawasan termasuklah persatuan Buddha dll. Bashah diberikan stadium Suka Menanti sbg pusat bantuan kerana berhampiran dgn kawasan beliau Alor Merah. YB Pas di kawasan masing2.

Ceritera bermula apabila YB Bashah menjadikan pusat bantuan Stadium Suka Menanti sbg pusat bantuan UMNO dan pusat dan menjaja bahawa PAS tidak memberikan bantuan di kawasan itu (padahal dipersetujui PAS tak perlu turun di tempat UMNO supaya tak overlap).

Maka mendarat dan turunlah segala bala tentera dan balaciey umno seluruh Malaysia dgn pihak media melihat rakyat ked
Maka mendarat dan turunlah segala bala tentera dan balaciey umno seluruh Malaysia dgn pihak media melihat rakyat kedah di Stadium Suka Menanti yang dibiarkan kerajaan negeri. Segala bantuan dicurahkan di situ dan sekalian kawasan UMNO seperti di Jitra, Kubang Pasu (kaw UMNO).

maka dalam media TV3 adalah seorang rakyat mengadu kesusahan tidak diberikan bantuan kerajaan negeri kedah. Namun apabila disiasat setelah itu, keluarga berkenaan sebenarnya telah diberikan bantuan oleh pihak bantuan pemuda pas, malah anak kecilnya dibelikan susu lactogen yang mahal oleh pemuda PAS. Pengakuan rakyat berkenaan ialah dia telah diminta untuk membaca teks yang disediakan oleh petugas TV3.

Padahal ada YB PAS yang rumahnya turut ditenggelami banjir namun dibiarkan kepada isteri dan keluarganya mengurus kerana mengutamakan rakyat yang lain sehingga tidak sempat langsung menjenguk ke rumah. padahal ada kalangan kita yang sihat segar bugar dan kuat tidak ditimpa musibah turut menunggu org PAS pegi tolong…malah petugas PAS diingatkan utk tidak membawa lambang PAS semasa membantu supaya semua org dapat terima bantuan tanpa masalah dan diberikan dengan ikhlas. Namun setelah UMNO dan BN menggunakan lambang mereka, tidak dapat tidak lambang bulan terpaksalah di mengambangkan.

Adalah pemuda pemuda UMNO yang masuk kampung kononnya nak tolong cuci rumah tapi sebenaqnya hanya nak bergambaq kononnya depa tgh angkat barang. Dapat gambaq teruih tinggal barang2 yang masih berselerakkan dan rumah yang masih berselut. Ditinggalkan pesan supaya undilah BN. Itulah khidmat masyarakat oleh UMNO.

Alhamdulillah sampailah sebuah bas membawa pelajar UIA Gombak yang datang membantu secara sukarela di kampung Alor Merah. Tahniah UIA dan terima kasih…syukur pada Allah

Semoga jadi pengajaran pada semua. Pertimbangkanlah mana yang betul dan mana yang baik.



ADUN dan MP UMNO agih Peruntukan banjir menggunakan wang kerajaan PR Kedah

Sultan Kedah dikatakan kecewa dengan tindakan sesetengah pihak yang tidak menghargai sumbangan dan pengorbanan kerajaan negeri dan semua yang terlibat dalam membantu mangsa banjir di Kedah.

Maklumat yang diterima mengatakan bahawa Kerajaan Persekutuan belum menghulurkan apa-apa bantuan secara rasmi di negeri itu.

Malah berlori-lori makanan, sardin, minuman, beras, kopi, gula, tikar, susu, pampers dan lain-lain barang keperluan mangsa yang diangkut oleh pihak YB Johari Baharom Ahli Parlimen Kubang Pasu, YB Zaini Japar ADUN Bukit Kayu Hitam, Sahlan (wakil PM), YB Bashah Hanipah ADUN Bakar Bata dan beberapa orang ADUN Barisan Nasional dari pusat pemindahan hadapan di daerah-daerah adalah dibeli dari peruntukan kerajaan Negeri Kedah.

Baru hari ini kerajaan persekutuan mengedarkan borang bagi tujuan pemberian bantuan dan dijangka akan dipertimbang untuk bayaran selepas Eidul Adha.

"Takpalah jika ADUN BN pun ambil barang kerajaan negeri Kedah. Semuanya untuk rakyat Kedah. Tapi janganlah pakat dengan wartawan TV3 dan RTM membohongi rakyat mengatakan ianya dari Kerajaan Persekutuan" kata seorang Penghulu.

"Maknanya selama banjir di Kedah, belumlah ada bantuan dari Najib, Muhyiddin dan Kementerian Pembangunan Masyarakat dari KL. Setakat hari ini 14 November 2010 semuanya masih dari Kerajaan Kedah" kata bekas Pegawai Kewangan Negeri Kedah.

Nampaknya wartawan yang membuat liputan di tempat banjir, beritanya didapati palsu bilamana dia mengatakan Jabatan Kebajikan Masyarakat memberi keperluan makanan dan lain-lain dengan menggunakan peruntukkan persekutuan.


Artikal asal http://najwasuhaimi.blogspot.com/2010/11/cerita-dari-kedah.html
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Isnin, 15 November 2010

LAWATAN KETUA PEMUDA PAS KE CHINI TIMUR 1

Lawatan Ketua Pemuda Pas Pusat Ustaz Nasruddin Tantawi dan Ketua Pemuda Pas Pekan bersama rombongan telah meluangkan masa melawat keluarga mangsa pembunuhan di Chini Timur 1.
Selanjutnya disini












Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Ahad, 31 Oktober 2010

Sabtu, 30 Oktober 2010

Lagi peneroka saman Felda

http://selamatkanpahang.blogspot.com/2010/10/lagi-peneroka-saman-felda.html

Berikutan pelbagai permasalahan yang dihadapi, peneroka-peneroka tanah rancangan di negeri Pahang dijangka akan memfailkan saman terhadap Felda dalam masa terdekat berkaitan beberapa isu yang menjadi rungutan.

Menurut peguam Mohd Hanipa Maidin, antara sebab Felda akan diheret ke mahkamah ialah untuk mencabar peraturan yang dikeluarkan agensi tersebut seperti pekeliling yang dikuatkuasakan sewenang-wenangnya tanpa pernah membawa peneroka berunding.

“Peneroka bersedia untuk mencabar Felda di mahkamah antaranya berkaitan pekeliling yang berbentuk peraturan yang dikuatkuasakan mengikut sesuka hati. Selain itu peneroka akan menuntut wang Tabung Tanam Semula (TTS) yang dipotong Felda sebanyak RM1,700 seekar.

“Jumlah sebanyak itu juga akan dicabar di mahkamah kerana kenapa jumlahnya tidak meningkat selepas 15 tahun sedangkan ia berbentuk pemotongan untuk pelaburan. Begitu juga dengan harga gred sawit yang tidak munasabah yang diterima peneroka,” katanya.

Hanipa berkata demikian sejurus tamat program Taklimat & Penerangan Isu KPG Sawit & Peneroka Saman Felda pada 23 Oktober lalu di Dewan Darul Hikmah, Kerdau, Temerloh.

Kira-kira 200 peneroka dari seluruh Pahang menyertai program anjuran Sekretariat Felda PAS Pahang itu. Turut membantu Hanipa dalam dialog ialah peguam dari Perak, Amiruddin.

“Felda perlu diheret ke mahkamah berikutan telah berpuluh tahun peneroka tidak mendapat haknya yang sebenar. Dan Felda ini hanya faham bahasa saman dan tidak pernah mengenal erti perundingan,” tambahnya ketika menjelaskan cadangan seorang peserta supaya diadakan terlebih dahulu perbincangan dengan Felda sebelum menyaman agensi itu.

Hanipa yang merupakan peguam kepada peneroka Felda Sungai Koyan yang baru menang menyaman Felda, mengakui menyaman Felda merupakan perkara yang sukar kerana samalah seperti menyaman Perdana Menteri tetapi peneroka mesti bertindak.

Turut menyampaikan pembentangan dalam majlis tersebut ialah Abdul Rahman Ramli, iaitu ketua peneroka Felda Serting, Negeri Sembilan yang mengetuai 766 peneroka menyaman Felda sebelum ini.

Abdul Rahman dalam ucapannya menjelaskan, beliau bersama rakan-rakannya memberanikan diri menyaman Felda kerana sudah tidak tahan melihat sudah ditipu selama 30 tahun sehingga matlamat kewujudan badan berkanun itu sudah tersasar jauh.

Bagaimanapun beliau menjelaskan mengambil langkah yang rapi sebelum menyaman Felda isu Kadar Perahan Gred (KPG) sawit iaitu telah membawanya sampel buah jenis muda, mengkal dan masak ke makmal Sungai Tekam dan Sime Darby sebelum itu. Hasilnya mendapati grednya ialah 25.57%.

Sedangkan gred yang diberikan oleh Felda tidak pernah melebih 19% selama ini.

Terdahulu, ketika merasmikan program berkenaan, Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang Dr Hamzah Jaafar berkata kekuatan Umno pada masa ini terletak kepada peneroka Felda dan sebab itulah mereka kelihatan begitu menjaga peneroka.

“Namun malangnya kebajikan peneroka sendiri terabai dan dalam banyak hal peneroka tertipu. Jadi mereka merupakan kelompok yang mempertahan Umno selama ini namun pada masa yang sama banyak hak dan kebajikan mereka tidak dipedulikan,” jelasnya.

Gambar:

1. Peguam Hanipa Maidin (kiri) bersama peguam Aminuddin
2. Abdul Rahman Ramli
3. Dr Hamzah Jaafar
4. Antara peserta yang hadir


Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Jumaat, 29 Oktober 2010

Suri dihati Dr. Zulkefli

Suri dihati Dr. Zulkefli

Pertama kali bersua dengannya, penulis merasakan beliau adalah seorang wanita yang cukup sempurna. Anggun dengan seraut wajah yang manis dihiasi kehalusan peribadi, seraut wajah ini menjawab beliaulah sumber inspirasi Dr Zulkefli. Diserikan dengan sepasang mata bercahaya, dengan bibir dan hidung yang sederhana, segalanya tampak indah.

Beliaulah Zainab binti Jalar, 30, isteri kepada calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed. Beliau dilahirkan pada 2 Jun 1980 di Tumpat dan membesar di Chiku 1, Gua Musang. Wanita bertubuh sederhana ini mudah mesra namun tidak banyak bicara. Beliau lebih suka mendengar daripada berkata-kata.

Menghabiskan masa muda beliau dengan menuntut ilmu dalam aliran agama, Zainab sempat belajar di Maahad Gua Musang, Meheliah Geting dan berjaya menamatkan pengajian di peringkat Diploma Pengajian Syariah di Institut Pengajian Ilmu-Ilmu Islam yang kini dikenali sebagai Kolej Dar Al Hikmah di Kajang, Selangor.

Selepas menamatkan pengajian, beliau melakukan pelbagai kerja. Daripada kerani Pejabat Pos di Chiku 3, Perunding Kewangan AAM Insurans sehinggalah menjadi tenaga pengajar di Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) di Chiku 1. Benarlah kata orang, individu yang lahir pada bulan Jun berwawasan dan mempunyai pandangan yang jauh. Tidak mustahil beliau dberi kepercayaan untuk memikul amanah sebagai Pembantu Penyelaras Armalah Dun Paloh semenjak tahun 2007 sehingga sekarang.

Tugas memantau armalah di dun tersebut menambahkan lagi pengalaman beliau di dalam berurusan dengan masyarakat. Sehingga kini beliau kekal melakukan tugas-tugas tersebut kerana ia menepati minat beliau.

Beliau yang sangat faham sepak tendang politik turut tidak terpengaruh dengan sebarang fitnah yang dilemparkan kepada suami. Contohnya, isu khalwat yang ditimbulkan baru-baru ini, dianggap semua itu asam garam di dalam perjuangan.

Menurut Dr Zulkefli, beliau sangat memberi sokongan yang padu dan memahami kerjaya dirinya. Bagi Dr Zulkefli, beliau bukan sahaja merupakan isteri, bahkan teman yang sangat memahami.

"Beliau sentiasa memberi sokongan yang padu buat saya. Kami sentiasa melakukan banyak perkara bersama-sama namun jadual kempen yang membawa kami ke tempat berasingan menyebabkan kami rindu-rinduan," ujar Dr Zulkefli seraya memandang wajah isteri yang tersenyum malu semasa ditemuramah di kediaman beliau di Taman Kesedar Putra, Galas.

Jikalau di belakang Presiden Amerika yang ke-44, Barrack Obama adanya Michelle LaVaughn Robinson, di belakang Dr Zulkefli adanya Zainab Jalar yang lembut dan berhati waja. Dengan segala ciri-ciri dan pengalaman yang ada pada dirinya, penulis yakin beliau mampu menggalas amanah sebagai isteri Yang Berhormat jika ditakdirkan PAS memenangi kerusi Galas. InsyaAllah.

Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Pengikut

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...