PAPAN KENYATAAN

KOSONG

Ahad, 27 Jun 2010

PROGRAM SIMULASI PERINGKAT DUN CHINI BERAKHIR

Program Simulasi peringkat Dun Chini sedah pun berakhir sekitar jam 4.00ptg tadi. Sambutan dari penduduk sangat baik dan bekerjasama memberi maklumat.
Kehadiran dari rombongan Bera dan Paya Besar diluar jangka melebehi dari angara seramai 40 orang.
Walau pun sambutan secara sederhana tetapi penuh meriah dan ceria .














Gambar atas
Ustaz Johari abd Wahid
Setiausaha Pas kawasan Paya Besar.


Gambar bawah
Ustaz Che Zuhar bin Che Harun
Setiausaha Pas Kawasan Bera.











Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Jumaat, 25 Jun 2010

PROGRAM SIMULASI PERINGKAT DUN CHINI

Esok Sabtu 26.6.10 satu program simulasi akan diadakan di Dun Chini bermula jam 3.00ptg selama dua hari.
Dijemput warga Chini sama-sama hadir untuk meraikanya.
Rombongan seramai 20 orang dari Dun Bera yang dipimpin oleh Ustaz Hj.Sulaiman YDP Bera akan hadir bersama.
Rombongan seramai 20 orang juga dari Dun Paya Besar yang dipimpin oleh Ustaz Yusuf Embong akan hadir bersama.


Gambar bawah
jemaah sedang bergotong royong untuk persiapan Simulasi esok.



Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

KULIAH MINGGUAN CHINI 04

Kuliah minguan muslimat oleh Ustaz Fahdir Noor bin Abd Karim diChini 04


Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Rabu, 16 Jun 2010

NASA SAHKAN MATAHARI AKAN TERBIT DARI BARAT


بسم الله الرحمن الرحيم



Sains astronomi ada menyebut bahawa kelajuan putaran planet Marikh sedang perlahan sedikit demi sedikit ke arah laluannya ke timur. Para saintis agensi angkasa lepas kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) pula mendapati pergerakan planet itu terhenti ke arah laluan tersebut.

NASA kemudian mendapati planet Marikh telah menukar laluannya ke arah yang bertentangan, iaitu ke arah Barat, ini bermakna matahari akan terbit dari arah barat Marikh. Fenomena yang ganjil itu disebut sebagai "retrograde motion".

Kebanyakan saintis Barat berpendapat bahawa semua planet akan melalui fenomena yang serupa dan ini termasuklah planet Bumi. Apabila ianya berlaku, maka matahari akan terbit dari Barat!

Subhanallah! Kekasih Allah Nabi Muhammad s.a.w. bersabda bahawa salah satu tanda besar yang hari kiamat akan tiba ialah apabila matahari terbit dari Barat.

Pihak NASA telahpun mendapati tanda-tanda matahari akan terbit dari Barat semasa ahli sains astronominya mengkaji pergerakan planet Marikh. Yang mereka tidak dapat pastikan ialah tempoh masa yang bakal diambil sehinggalah semua planet melalui fenomena yang serupa.

Dapatan sains oleh NASA itu semestinya memperkukuhkan lagi iman umat Islam akan tanda-tanda kiamat. Manusia tidak tahu bila ianya akan berlaku walaupun sudah ada banyak tanda-tandanya. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui. - Oleh Syed Imran
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Selasa, 15 Jun 2010

USTAZ IBRAHIM ZAKARIA DITAHAN POLIS MESIR

USTAZ IBRAHIM ZAKARIA DITAHAN POLIS MESIR



Posted by MisbahulMunir Tuesday, June 15, 2010

Al Fadhil Ust Ibrahim Zakaria (Nama sebenar Muhammad Zulkifli Muhammad Zakaria) bekas calon PAS Lenggong 2008 dan AJK Dewan Ulama PAS Perak telah ditahan oleh pihak keselamatan Mesir. Beliau ditahan di Lapangan Terbang Cairo selepas mendaftar masuk untuk pulang ke Kuala Lumpur.

Menurut sumber yang menghubungi saya, beliau berada di Mesir selama dua bulan untuk mengikuti ujian kelayakan master di Universiti Zamalik, Cairo. Ketika ditahan beliau bersama dengan isteri dan anaknya, walau bagaimanapun isteri dan anaknya dilepaskan pulang ke tanah air, beliau pula dikenakan tahanan lokap yang tidak diketahui di mana tempatnya. Sehingga sekarang, tidak ada siapa yang tahu punca-punca penangkapan.

PAS Negeri Perak dan PAS Pusat sedang berusaha mendapatkan maklumat lanjut penangkapan ini dan berusaha menghubungi pihak kedutaan Malaysia di Mesir dengan kerjasasama Wismaputra bagi membebaskan Ust Ibrahim.

Seluruh ahli PAS diseru solat Hajat supaya Ust Ibrahim dalam keadaan selamat dan segera dibebaskan, kita yakin beliau tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah yang menyebabkan beliau ditahan oleh Polis Mesir.

Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Pengikut

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...