Ribuan yang hadir dalam ceramah Anwar di Felda Chini 1 malam ini... Sepatutnya malam ini Debat antara Anwar dengan Najib tetapi Najib gagal untuk hadir menyebabkan Anwar menukar tajuk kepada ceramah sahaja...sedia maklum Felda gugusan Chini kebelakangan ini di cop sebagai kubu kuat najib tetapi dengan hadiran yang malam ini BN kena berfikir dua kali untuk mengatakan ini kubu umno...
Kehadiran malam ini bukan hanya dihadiri oleh penyokong PR sahaja sebaliknya ramah orang-orang umno hadir sama ..Semoga kebenaran akan membuka hati mereka kepada jalan yang Allah sukai...
Tidak ada provokasi berlaku pada malam ini yang pada mulanya kita jangka ada sekatan atau kekecohan dari pehak lawan....Segalanya berjalan dengan lancar sekali.
PAPAN KENYATAAN
KOSONG
Jumaat, 26 April 2013
Rabu, 24 April 2013
FARIZ MUSA PARLIMEN PEKAN P085
Perihal
Pengasas dan Ketua Koordinator Jingga13 Malaysia
Calon Parti Keadilan Rakyat P085 Pekan
Calon Parti Keadilan Rakyat P085 Pekan
Biografi
Bekan Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia (2007 - 2010)
EXCO AMK Malaysia (2000 - 2007)
Bekas calon Parti Keadilan Rakyat di P40 Kemaman (2008)
EXCO AMK Malaysia (2000 - 2007)
Bekas calon Parti Keadilan Rakyat di P40 Kemaman (2008)
Perihal Saya
Timbalan Pengarah jabatan Latihan & Komunikasi Selangor (2011 - kini)
Pendidik dan Guru Kaunseling (1992 - 2008)
Bekas Pensyarah Sambilan di Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA - Kini UNIZA) (1996 - 2000)
Penyertaan Luar Negara:
Mewakili Malaysia di Forum Belia Antarabangsa di Korea Selatan (1993)
Mewakili Parti Keadilan Malaysia ke Kongres Ke-2 Parti Keadilan dan Pembangunan Turkey di Ankara,Turkey (2009)

Maklumat Pendidikan
Kolej:
Minat
Melukis, membaca, memancing, rock climbing, menunggang motosikal
Buku Kegemaran
Buku-buku politik dan motivasi
Filem Kegemaran
Slow rock
Maklumat Asas
Telah Menyertai Facebook
|
22/04/2013
|
Tempat Asal
|
Pekan
|
Negara
| |
Anugerah
|
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Pelajaran
Anugerah Kecemerlangan Sempena hari Guru Peringkat Daerah Marang (1997) |
Status hubungan
|
Berkahwin dengan
Rohaida Mansor (anak peneroka Felda Chini Timur 1) |
Jantina
|
Lelaki
|
Maklumat Peribadi
|
Umur: 43 tahun
Nama isteri: Rohaida Mansor (anak peneroka Felda Chini Timur 1) |
Maklumat Hubungan
Emel
| |
Nama Samaran
|
Fariz Musa
|
Selasa, 23 April 2013
Ceramah: Petugas parti tidak perlu mohon permit ???
Pihak petugas parti tidak perlu memohon permit atau membuat apa-apa makluman kepada pihak polis jika ingin membuat sebarang ceramah dan lain-lain perhimpunan pada PRU13 ini.
“Ceramah dan perhimpunan boleh diteruskan tanpa melanggar apa-apa peruntukan undang-undang,” jelas Pengarah Perundangan Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Zulqarnain Lukman dalam satu kenyataan.
Menurutnya, atas semangat transformasi yang dilaungkan oleh kerajaan dan pesta demokrasi yang berjalan sekarang serta pemansuhan Seksyen 27 Akta Polis, maka pihaknya berpendapat bahawa keperluan untuk mendapatkan permit sudah tidak wujud lagi.
Berikut ialah penjelasan beliau.
Salam dan tahniah kepada semua calon yang berjaya menghantar borang pencalonan masing-masing.
Kami telah mendapat laporan bahawa ada sesetengah OCPD yang mengarahkan parti politik bertanding untuk memohon suatu permit daripada mereka berdasarkan seksyen 24B(3) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. Kami juga difahamkan bahawa pihak polis telah membuat borang khusus bagi permohonan permit ini dan telah diedarkan kepada wakil parti.
S. 24B (3) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 menyatakan,
"Seseorang calon atau ejen pilihan rayanya boleh, semasa tempoh berkempen -
(a) mengadakan, memanggil atau mengaturkan apa-apa perjumpaan awam terbuka, perhimpunan awam terbuka, pertunjukan awam terbuka atau hiburan awam terbuka; atau
(b) memberikan apa-apa ucapan awam terbuka atau syarahan awam terbuka,
di dalam bahagian mana-mana pilihan raya yang baginya calon itu bertanding tetapi hanya jika dia memegang suatu permit untuk berbuat demikian yang dikeluarkan kepadanya oleh pegawai polis yang menjaga daerah di mana perjumpaan, perhimpunan, pertunjukan atau atau hiburan itu hendak diadakan atau ucapan atau syarahan itu hendak diberikan.
Kami tidak bersetuju dengan arahan OCPD itu kerana sebelum ini (dalam pilihan raya yang lepas) tidak pernah suatu permit dipohon di bawah seksyen 24B ini tetapi permit dikeluarkan menurut Seksyen 27 Akta Polis. S.27 Akta Polis telah dimansuhkan pada 23/4/2012 [2 hari lagi adalah hari ulangtahun pemansuhan S.27 ini] dan oleh itu keperluan untuk memohon permit sudah tiada lagi.
S. 27 kemudiannya telah digantikan dengan Akta Perhimpunan Aman 2012. Seksyen 1(2) Akta Perhimpunan Aman ini secara jelas menyatakan akta ini tidak terpakai bagi suatu perhimpunan yang merupakan suatu kempen pilihan raya di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Oleh itu, atas semangat transformasi yang dilaungkan oleh kerajaan dan pesta demokrasi yang berjalan sekarang serta pemansuhan Seksyen 27 Akta Polis, maka kami berpendapat bahawa keperluan untuk mendapatkan permit ini sudah tidak wujud lagi.
Kami juga berpendapat keperluan permit di bawah S.24B Akta Kesalahan Pilihan Raya tidak dapat berdiri dengan sendirinya [melainkan terpaksa bergantung kepada S. 27 Akta Polis yang telah dimansuhkan] kerana kekurangan peruntukan yang sahih berkaitan penyuraian, tatacara permohonan, pembelaan dan lain-lain isu berkaitan. Malah, borang yang digunakan PDRM itu tidak digazetkan untuk dijadikan undang-undang atau dalam kata lain PDRM sendiri melanggar undang-undang jika mengarahkan kepada parti untuk memohon permit.
Kesimpulannya, pihak petugas parti tidak perlu memohon permit atau membuat apa-apa makluman kepada pihak polis jika ingin membuat sebarang ceramah dan lain-lain perhimpunan. Ceramah dan perhimpunan boleh diteruskan tanpa melanggar apa-apa peruntukan undang-undang.
Sekian
Dr Zulqarnain Lukman
Pengarah Perundangan
Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/18526-ceramah-petugas-parti-tidak-perlu-mohon-permit
Rabu, 17 April 2013
Kerajaan setuju Injil diterjemah dalam Bahasa Malaysia
KUALA LUMPUR 15 Mac - Kerajaan bersetuju untuk mengeluarkan kitab Injil yang diterjemahkan dalam Bahasa Malaysia di Kuching dan Pelabuhan Klang.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Idris Jala yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) berkata, persetujuan itu selaras dengan warta 1982 di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Beliau berkata, setelah pemerhatian serta analisa yang teliti, Peguam Negara juga telah menetapkan bahawa pengeluaran kitab Injil yang diterjemahkan dalam Bahasa Malaysia tidak akan memberi kesan dalam kes mahkamah yang berkaitan isu Kalimah Allah.
Artikel Penuh: SINI

Selasa, 16 April 2013
Rabu, 10 April 2013
SELAMAT DATANG FARIZ MUSA KE PARLIMEN P85 PEKAN
Kenyataan Media Jingga 13
10 April 2013
Jingga 13 Malaysia mengucapkan tahniah kepada Ketua Koordinator Jingga 13 Malaysia Saudara Fariz Musa yang juga adalah ahli Majlis Pimpinan Pusat 2010-2013 kerana diberi kepercayaan untuk bertanding di Parlimen P85 Pekan, Pahang yang diumumkan tadi oleh Dato Seri Anwar Ibrahim P85 Pekan akan menyaksikan pertembungan antara Fariz Musa (PKR), Bukhairy Suffian (GM13 yang bertanding atas tiket BEBAS mewakili Gerakan Mahasiswa) dan Dato Seri Najib Razak (Presiden UMNO pertama yang bakal menjadi Ketua Pembangkang Malaysia).
Dan bermulalah kempen melawan persepsi buruk yang dilemparkan pihak lawan. UMNO-BN memburukkan dan menakutkan rakyat Pekan. Baru sahaja sekitar 2 jam diumumkan, pelbagai cerita yang keluar dia media blog, twitter dan facebook milik penyokong Pro-UMNO. Cerita seks pun antara agenda mereka seolah olah semua pimpinan PR terutama dari PKR adalah jahat dan jahil. Malah ada juga kononnya ahli UMNO menyokong PAS kalau PAS yang bertanding di Pekan. Pelbagai lagi propaganda yang sebenarnya hanya untuk melagakan sesama PR, dan secara tidak langsung bertujuan mengurangkan keyakinan rakyat Parlimen Pekan untuk tidak mengundi calon dari parti pembangkang. Sebagai Ketua Koordinator Penerangan Jingga 13 Malaysia mengucapkan tahniah buat Saudara Fariz Musa. Buat jentera Jingga 13 yang sedang bertugas dan yang akan hadir bertugas di Pekan bersama jentera PKR, sedikit ungkapan utk dijadikan peneman perjuangan

"Bersabarlah sedikit dalam kepayahan ini dan jagalah diri anda dalam satu barisan. Jangan sesekali dirasuk oleh orang orang munafiqin yang bersedia mengganggu anda setiap masa untuk mematahkan semangat anda dan mereka akan bercakap bukan dari hati mereka" - Sheikh Yusof Al-Qadhrawi
Orenji Ren Oren
Ketua Koordinator Penerangan
Jingga 13 Malaysia
Isnin, 8 April 2013
PAS Pahang tanding 21 Dun, 6 parlimen
TEMERLOH: Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengumumkan PAS akan bertanding di 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) pada Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.
Bagi kerusi parlimen pula, Tuan Ibrahim berkata, PAS akan bertanding enam daripada 14 kerusi, manakala selebihnya lima akan ditandingi PKR dan tiga DAP.
Dun-Dun yang akan ditandingi PAS ialah N2 Jelai, N3 Padang Tengku, N8 Dong, N9 Tahan, N11 Pulau Tawar, N12 Beserah, N15 Tanjung Lumpur, N16 Inderapura, N17 Sungai Lembing, N19 Panching, N20 Pulau Manis, N21 Peramu Jaya, N24 Luit, N26 Chenor, N28 Kerdau, N29 Jengka, N32 Kuala Semantan, N36 Pelangai, N37 Guai, N40 Bukit Ibam dan N42 Tioman.
Manakala parlimen pula ialah Jerantut, Kuala Krau, Temerloh, Bera, Maran dan Rompin.
Mengenai calon, Tuan Ibrahim berkata setakat ini beliau baru mengumumkan tiga calon Dun dan satu parlimen semasa ceramah jelajah treler Negara Berkebajikan PAS sepanjang empat hari berakhir kelmarin.
"Ketua Pemuda PAS Nasrudin bertanding di Parlimen Temerloh, Syed Hamid kekal di Dun Kuala Semantan, Timbalan Pesuruhjaya Yusof Embong bertanding di Panching dan Rosli Abdul Jabar di Tanjung Lumpur," katanya dalam sidang media di pejabat PAS Pahang, semalam.
Tuan Ibrahim berkata baki calon akan diumumkan pada malam Himpunan Rakyat di Taman Indera Sempurna pada 7 April ini. Manakala ketiga-ketiga parti akan mengumumkan semua calonnya pada 11 April tetapi bergantung kepada tarikh penamaan calon oleh SPR.
Mengenai peluang PR di Pahang, Tuan Ibrahim yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat berkata, beliau optimis memandangkan sambutan dan mood rakyat pada masa ini.
"Kita menjangkakan undi kaum Cina melonjak kepada 75 peratus di Pahang iaitu setara dengan peringkat nasional. Jika PR berjaya 47 peratus saja undi Melayu dan sokongan kaum lain kekal, PR mampu menang dengan majoriti mudah," katanya.
Sementara itu mengenai kemungkinan berlaku fenomena calon bebas pada PRU kali ini, Tuan Ibrahim berkata parti itu akan bertindak tegas jika ada ahli PAS yang bertanding Bebas.
http://pru13.pas.org.my/index.php/berita/501-pas-pahang-tanding-21-dun-6-parlimen

Langgan:
Catatan (Atom)