PAPAN KENYATAAN

KOSONG

Rabu, 6 Julai 2011

Surat Tuan Guru Nik Aziz Kepada Yang di-Pertuan Agong




Mengadap Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj

Bismillahir Rahmanir Rahim.

Sukalah patik ingin memaklumkan kepada pihak Tuanku bahawa patik sedang berada di Tanah Suci Makkah Al-Mukarramah untuk mengerjakan umrah dan Insya-Allah dijadualkan akan pulang ke tanah air pada 10 Julai 2011.

Patik di sini mendoakan agar KDYMM Tuanku serta Permaisuri sentiasa dilimpahi keberkatan yang berpanjangan daripada Allah SWT.

Patik mendengar khabar berita bahawa pihak Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) telah diberi ampuni untuk mengadap KDYMM Tuanku pada pagi ini dan menyembahkan tuntutan-tuntutan ke arah memastikan perjalanan pilihanraya yang lebih bersih dan terjamin ketelusannya.


Patik juga dimaklumkan bahawa pihak penganjur telah dinasihatkan agar tidak mengadakan perarakan di tempat terbuka dan memindahkannya di tempat yang tertutup seperti stadium bagi menjamin perjalanan yang aman dan tidak mengganggu ketenteraman awam.

Justeru, patik ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah di atas keprihatinan KDYMM Tuanku terhadap kehendak rakyat untuk merasai keadilan melalui sistem demokrasi yang telah dijamin di dalam perlembagaan Malaysia.

Sukalah patik mempersembahkan pendirian patik bahawa sebarang pertukaran kepimpinan negara di bawah sistem pilihanraya yang adil tidak akan mendatangkan huruhara sama sekali seperti yang berlaku di negara-negara lain seperti Jepun dan terkini negara jiran iaitu Thailand.

Sekali lagi tahniah dan junjung kasih berpanjangan dari patik.

Semoga KDYMM Tuanku dan Permaisuri terus dilindungi Allah SWT dan terus berperanan sebagai payung yang menaungi seluruh rakyat jelata.

Sesungguhnya KDYMM Tuanku adalah umpama ibubapa tempat rakyat yang terdiri dari pelbagai kefahaman politik mengadu keluh kesah.

Di bawah naungan Kaabah, patik dengan penuh rasa kasih dan sayang berdoa semoga KDYMM Tuanku dan Permaisuri dilimpahi rahmat oleh Allah SWT.

Patik yang menjunjung kasih,

YANG AMAT BERHORMAT DATUK BENTARA SETIA HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Al-Mursyidul Am
Parti Islam Semalaysia (PAS).

Bertarikh : 3 Syaaban 1432H bersamaan 5 Julai 2011M

Dipetik dari Jalan Pulang
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Jumaat, 1 Julai 2011

Apa itu bersih

Apa itu bersih? Kenapa bersih haram? Kenapa bersih berhimpun?

Rupa-rupanya walaupun BERSIH 2.0 ini tersangatlah popular, rupa-rupanya masih ramai yang tidak tahu apa itu bersih 2.0. Jutaan terima kasih kepada media yang sentiasa bekerja keras untuk mempromosikan BERSIH 2.O.

Bersih dalam segi bahasa bermaksud kesucian dari segala jenis kekotoran dan pencemaran. Bersih juga merupakan bahagian daripada iman. Dan bersih juga satu amalan yang mulia.

Tetapi kenapa BERSIH haram?

Perkataan Bersih menjadi kontoversi dan perkataan itu haram dicetak pada baju atau dibuat poster bila 10 Oktober 2007 yang lalu telah berlakunya perhimpunan aman yang mencecah angka ratusan ribu rakyat yang berkumpul dan berarak secara aman untuk menghantar Memorandum kepada DYMM AGONG untuk menuntut 8 perkara utama . Mereka berhimpun demi menuntut pilihanraya yang bersih lagi adil. Perhimpunan bersih 2007 itu telah menyebabkan UMNO hilang 5 buah negeri oleh pembangkang walaupun tuntutan rakyat supaya dakwat kekal digunakan kepada pengundi telah dibatalkan penggunaanya disaat-saat akhir. Namun, dengan pilihanraya yang bersih dan telus, pembangkan berjaya mendapatkan 5 negeri untuk ditadbirkan oleh Pakatan rakyat.

Maka tahun ini, sebelum menjelang pilihanraya, bersih kembali lagi dengan nama BERSIH 2.0 yang masih sama tuntutanya iaitu;

-Bersihkan senarai undi

-Mereformasikan undi pos

-Gunakan dakwat kekal

-Akses media bebas & adil

-Masa berkempen minima 21 hari

-Kukuhkan institusi awam

-Hentikan rasuah

-Hentikan politik kotor

Perkataan bersih dan warna KUNING yang merupakan warna tema BERSIH dan BERSIH 2.0 telah menjadi satu ancaman kepada negara. Rakyat yang memakai baju kuning dan tertera perkataan BERSIH merupakan satu kesalah di negara ini.

Masih ramai yang tertanya-tanya kenapa bersih 2.0 haram, ini kerana, jika dilihat pada tuntutannya, tuntutan bersih adalah munasabah sebagai rakyat dan menuntut pilihanraya yang bersih dan telus bukan semata-mata untuk mana-mana parti, tetapi untuk kesemua rakyat di negara ini.

Jika dikatakan perhimpunan itu haram, united malay national organization harus ingat, united malay national organization ditubuhkan selepas berlakunya berhimpunan rakyat kerana menentang prinsip jus soli dilaksanakan oleh gagasan Malayan Union.

Bukankah Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan menjamin bahawa setiap warganegara Malaysia berhak bersuara dan mengeluarkan pendapat disamping berhak berhimpun secara aman. Kenapa meraka kata perhimpunan bersih haram.

Mereka kata, perhimpunan aman itu akan bertukar kepada tidak aman. Mana ilmu meraka dapat sehingga mampu membaca masa hadapan. Dan kenapa polis hari ini diberi tugas untuk menghalang perhimpunan BERSIH 2.0. Polis ini milik rakyat, dan seharusnya polis menjaga rakyat. Dan jika polis menjaga keamanan perhimpunan BERSIH 2.0 seperti mana polis menjaga keamanan ketika konsert konsert justin bieber tempoh hari. Insyallah semua berjalan dengan lancar, ini kerana rakyat hanya datang untuk menghantar Memorandum kepada DYMM AGONG untuk menuntut 8 perkara utama.

BERSIH 2.0 kembali untuk rakyat bukan untuk mana-mana parti.

copy dari sini
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Khamis, 30 Jun 2011

PANDUAN RINGKAS PESERTA BERSIH 2.0


Download panduan bersih 2.0

  1. 1. Apa yang perlu anda buat apabila DIBERHENTIKAN polis?

  • Minta beliau tunjukkan Kad Kuasa Polis
  • Catit nama dan nombor anggota yang tercatat dalam Kad Kuasa Polis
  • Jika beliau berpakaian seragam, catit nombor anggota pada pakaian seragam
  • Jika beliau berkenderaan, catit nombor pendaftaran kenderaan

  1. 2. Apa perlu anda buat jika diminta pengenalan diri?

  • Berikan nama, nombor kad pengenalan dan alamat sahaja
  • Jangan sekali-kali menyerahkan kad pengenalan anda kepada polis; hanya tunjuk sahaja
  • Jika polis paksa anda serahkan kad pengenalan, minta dikeluarkan Borang Pemeriksaan sebagai bukti kad pengenalan dirampas
  1. 3. Bilakah anda ditahan?

  • Apabila anda dihalang beredar dari tempat tersebut
  • Apabila anda digari
  1. 4. Apa harus anda buat apabila ditahan?

  • Jangan melawan dan jangan beri alasan kepada polis untuk gunakan kekerasan
  • Tanya apakah alasan anda ditahan
  • Tanya ke balai mana anda akan dibawa
  1. 5. Apakah hak anda setelah ditahan?

  • Anda berhak membuat panggilan telefon kepada keluarga dan/atau peguam dan maklumkan balai tempat anda dibawa, sebab tangkapan dan nama polis yang membuat tangkapan
  1. 6. Berapa lama polis boleh menahan anda?

  • Polis boleh menahan anda tidak melebihi 24 jam di balai atau lokap polis
  • Anda boleh ditahan melebihi 24 jam jika anda diberikan

Perintah Reman oleh Mahkamah Majistret tertakluk kepada tempoh maksimum 7 (4+3) hari bagi kesalahan menghadiri perhimpunan ‘Bersih 2.0’

  1. 7. Apakah yang perlu dibuat apabila anda dibawa ke hadapan Majistret untuk mendapatkan Perintah Reman?

  • Beritahu polis/Majistret bahawa anda ingin diwakili peguam
  • Jika anda diwakili peguam, anda tidak perlu bercakap kerana peguam yang akan bercakap bagi pihak anda di hadapan Majistret
  • Anda hanya perlu beritahu peguam yang mewakili anda sekiranya anda sakit, didera, diugut atau tidak diberikan makanan/air/pakaian secukupnya semasa dalam tahanan. Buat laporan polis dengan segera jika berlaku keadaan sedemikian
  • Beritahu juga kepada peguam sama ada polis telah menjalankan penyiasatan semasa anda dalam tahanan
  1. 8. Apakah yang perlu dibuat apabila polis ingin merakam Kenyataan Bertulis semasa dalam tahanan?

  • Kenalpasti nama dan pangkat pegawai yang menyoal siasat anda
  • Berikan nama penuh, umur, alamat dan pekerjaan (butir-butir peribadi) jika diminta
  • Selain memberikan butir-butir peribadi, anda dinasihatkan untuk berdiam diri dari menjawab soalan dari pegawai polis
  • Jika anda memilih untuk berdiam diri, katakan“saya akan jawab di mahkamah” terhadap sebarang soalan yang dikemukakan kepada anda dan polis tidak boleh memaksa, mengugut atau memukul anda jika anda enggan menjawab soalan
  1. 9. Bilakah anda didakwa di mahkamah?
  • Anda boleh didakwa di mahkamah pada atau sebelum tempoh reman yang diberikan terhadap anda tamat
  • Anda didakwa jika pertuduhan dibacakan terhadap anda di hadapan seorang Majistret/Hakim dan anda ditanya sama ada mengaku bersalah atau minta dibicarakan
  • Pastikan anda MENGAKU TIDAK BERSALAH dan peguam ‘Bersih 2.0’ akan mewakili anda sehingga perbicaraan selesai

Disediakan oleh: Unit Tindakan Undang-Undang Jenayah, Jabatan Undang-Undang & Hak Asasi Manusia (JUHAM), Dewan Pemuda PAS Malaysia dengan kerjasama Lajnah Undang-Undang PAS Pusat

No. Telefon Hotline Bilik Gerakan JUHAM, Dewan Pemuda PAS Malaysia :

1. 0 1 6 – 3 1 2 6 4 6 3
2. 0 1 6 – 3 1 2 6 4 7 3
3. 0 1 4 – 6 4 5 1 7 5 3
4. 0 1 2 – 3 9 2 8 3 7 9

Copy artikal dari DUPAHANG

Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Rabu, 8 Jun 2011

FIFA LARANG PEMAIN PUTRI IRAN BERAKSI

Zurich - Tim sepakbola wanita Iran dicoret dari turnamen Olimpiade Yunior karena peraturan FIFA melarang para pemain mengenakan penutup kepala ala muslim alias jilbab.

Dalam keterangan di situs resminya, Senin (5/4/2010), Konfederasi Sepakbola Asia (AFC) menyebutkan bahwa Thailand dinominasikan untuk menggantikan tim Iran yang dicekal karena soal seragam tersebut.

"FIFA menetapkan bahwa mengenakan penutup kepala Islam (jilbab) tidak sesuai dengan peraturan permainan ini," demikian AFC yang dilansir AP.

Komite Olahraga Iran sebelumnya telah meminta FIFA dan IOC untuk me-review larangan penggunaan jilbab, yang merupakan kewajiban berpakaian untuk kalangan wanita muslim dewasa. Namun permintaan tersebut telah ditolak FIFA melalui suratnya kepada Federasi Sepakbola Iran.


Peraturan yang dipakai FIFA untuk masalah tersebut adalah Law 4 yang berbunyi, "Perlengkapan dasar yang diharuskan adalah tidak berhubungan dengan pernyataan politik, agama atau pribadi tertentu". Tim yang pemainnya mengenakan perlengkapan terkait politik, agama atau slogan atau pernyataan tertentu akan dihukum oleh penyelenggara kompetisi atau FIFA.

Penggunaan jilbab oleh pesepakbola wanita musim pertama kali terangkat di tahun 2007, setelah seorang remaja 11 tahun di Kanada dilarang memakainya dengan dalih keamanan bermain.


Iran semula dijadwalkan mengikuti turnamen enam negara untuk pemasanan Olimpiade Yunior di Singapura pada 12-25 Agustus. Karena dicoret, Thailand akan menggantikan mereka sebagai wakil Asia, bersaing dengan Turki, Equatorial Guinea, Trinidad dan Tobago, Cile, dan Papua Nugini. Sekitar 3.600 atlet berusia 14-18 tahun akan berkompetisi di 26 cabang olahraga.

Ada ada saja aturan FIFA. Padahal memakai jilbab merupakan kewajiban bagi muslimah. Apalagi Iran merupakan negara Islam. Q yakin iran lebih baik mundur daripada menuruti aturan FIFA. Mendingan cabut aja tu peraturan FIFA ganti ama yang lebih menghormati hak asasi manusia. Katanya negara-negara barat HAM harus ditegakkan. tapi kenyataannya







Sumber dari sini
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Pengikut

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...