PAPAN KENYATAAN

KOSONG

Khamis, 19 November 2009

MEMORANDUM KEPADA MB PAHANG



Pada 17.11 2009 yang lalu Sdr Mazlan Aliman ,Ustaz Fadhirnoor dan rombonganya telah menghantar memorandum kepasa Yab.Dato' Sri Adnan Yaakob Menteri Besar Pahang.

Isu Yang dibawa ialah,masaalah dan tuntutan mengenai generasi baru (ke 2 dan 3 ) Felda Negeri Pahang.

Ia berkain dengan ,
Jaminan masa depan
Peluang pendidikkan yang terhad
Kouta dalam anak syarikat Felda
Rumah kediaman jenerasi baru
Gelaja Sosial.
Tuntutan
Lot tanah kosong bagi perumahan jenerasi baru
Batalkan Felda Plantation
Naik taraf penempatan Felda yang telah mendapat hakmilik
Menangani gejala sosial
Perbanyakkan peluang pendidikkan dan kemahiran
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Selasa, 17 November 2009

MAJLIS DAILOG DENGAN MAZLAN ALIMAN


PROGRAM DI DUN CHINI
Majlis dailog dengan Mazlan Aliman akan diadakan pada 17.11.2009 dikedai tongkat ali Chini 05 pada jam 5.00 petang .
Dijemput semua terutama warga Felda datang dalam program ini.
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Selasa, 10 November 2009

ANAS KEMBALI KE RAHMATULLAH

SAHABAT DAN RAKAN SEPERJUANGAN KITA DARI CHINI TIMUR 2 SDR ANAS TELAH KEMBALI KERAHMATULLAH PETANG TADI SEKITAR JAM 2 PTG SEMASA SEDANG MEMANDU KE KUANTAN URUSAN KERJA.
KITA SAMA-SAMA HADIAHKAN ALFATIHAH SEMUGA DICUCURIRAHMAT KEATAS ROHNYA...ALFATIHAH...





Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sabtu, 7 November 2009

LAPORAN AUDIT NEGERI PAHANG 2008

Antara intipati ceramah yang disampaikan oleh Ketua Pemuda Pas Pahang di Felda Chini Timur 1 malam tadi. Video klip akan menyusul kemudian.. untuk lebih lengkap layari sini










Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Jumaat, 6 November 2009

CERAMH UMUM DICHINI TIMUR 1

MALAM INI SATU CERAMAH UMUM DIADAKAN DIFELDA CHINI TIMUR SATU (6.11.09 )
PENCERAMAH OLEH ,
YB.KHALIL IDHAM LIM
UST SUHAIMI SAAD
UST.FADHIL NOOR




Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Khamis, 29 Oktober 2009

KONFLIK DALAMAN PAS AKAN DIBINCANG BERSAMA AHLI SEMINAR GANTI "EGM"


KUALA LUMPUR: PAS memutuskan untuk mengadakan satu seminar bagi mengantikan Muktamar Luar Biasa (EGM) yang dicadangkan oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, seminar tersebut akan diadakan pada 7 Disember bertempat di Taman Melewar dengan yang akan disertai ahli-ahli PAS daripada seluruh negara.

Siasah difahamkan peserta seminar tersebut adalah sama dengan peserta muktamar tahunan PAS.

Abdul Hadi sebelum itu mempengerusikan mesyuarat khas ahli jawatankuasa PAS Pusat berhubung konflik terbaru dalam parti itu.

Turut diputuskan dalam mesyuarat yang berlangsung lebih empat jam itu ialah kajian terhadap kes Selangor - salah satu isu yang dicetuskan dalam konflik tersebut, yang akan diketuai Naib Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man daripada jawatankuasa disiplin PAS Pusat.

Mesyuarat juga memutuskan isu kerajaan perpaduan (unity government) tidak akan berbangkit lagi dalam PAS.

Konflik dalaman terbaru PAS tercetus apabila Nik Aziz menggesa satu muktamar Khas (EGM) diadakan bagi membincangkan isu yang beliau sifatkan "dua tiga kerat pemimpin bermasalah".

Menguatkan cadangannya itu, Nik Aziz juga merujuk kepada parti Umno, MCA dan MIC yang mengadakan EGM apabila berlaku masalah dalaman parti.

"Kalau Umno boleh buat sesuatu dengan mengadakan mesyuarat agung khas dan MCA pun boleh mengadakan EGM-nya sehingga sempat menggugurkan presiden dan timbalan presidennya.

"Demikian juga dengan PKR yang telah membuat pindaan perlembagaannya melalui kongres khas mereka. Maka kita?

"Isu kita ialah isu dua tiga kerat pemimpin bermasalah. Masyarakat India pun boleh menentang (presiden MIC Datuk Seri S) Samy Vellu dengan mewujudkan parti lain.

"Maka pelik apa, kita panggil mesyuarat parti yang tergempar misalnya, mungkin dipanggil muktamar khaslah. Kalau nak kirakan, kitalah yang sepatut buat dulu." tulis Nik Aziz dalam blog beliau.

Beliau juga mengambarkan cadangan untuk EGM itu turut dipengaruhi setelah membaca tulisan pensyarah Undang-undang Universiti Islam Malaysia (UIA) Dr Aziz Bari yang mengaitkan kemerosotan undi PAS di Bagan Pinang baru-baru ini dengan kekecohan di Selangor serta mengkritik kepimpinan Abdul Hadi.

Sekurang-kurangnya dua pimpinan tertinggi PAS iaitu Nasharuddin dan Naib Presiden, Salahuddin Ayub telah bertemu Nik Aziz ekoran kenyataan tersebut.

Isu yang turut dipanaskan oleh media dan menjadi topik utama kebanyakan blog yang dikendalikan individu yang dekat dengan PAS telah menimbulkan kegelisahan dikalangan ahli PAS apalagi ada pemimpin yang memperlihatkan sokongan dan bantahan terhadap cadangan Mursyidul Am itu.

Bagaimanapun Abdul Hadi dalam reaksinya beberapa hari selepas isu tersebut menjadi panas meminta kemelut dalaman yang sedang dihadapi PAS perlu diselesaikan secara musyawarah dan bukannya menerusi penggunaan media massa dan media baru.

Dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan, Abdul Hadi berkata pendekatan musyawarah dengan berpegang kepada budaya dan panduan yang menjadi pegangan PAS sewajarnya dipilih, sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan parti.

"Sehubungan itu, saya meminta seluruh ahli dan kepimpinan PAS di pelbagai peringkat untuk bersabar dan bertenang dalam menghadapi persoalan dalaman parti pada waktu ini," katanya.

Nik Aziz kemudiannya juga akur untuk menukar EGM seperti mana cadangan awalnya kepada mesyuarat khas.

Sejurus itu, Setiausaha Agung PAS menetapkan jam 8.30 malam pada 28 Oktober untuk mengadakan mesyuarat khas dikalangan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat bagi membincangkan isu berkaitan EGM yang dicadangkan Nik Aziz, melalui sidang media pada 26 Oktober.

Mesyuarat tersebut turut menjemput Nik Aziz hadir untuk membolehkan membentangkan pendapatnya disamping semua pimpinan PAS mendengar sendiri penjelasan daripada beliau.

Nik Aziz pada asalnya dilaporkan keberatan untuk hadir kerana bertembung dengan persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan yang berakhir pada petang rabu bagaimanapun mengambil keputusan untuk turut serta dalam mesyuarat tersebut.
COPY DARI SIASAH
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Pengikut

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...