“Tiada jalan lagi memperjuangkan agenda negara di dalam kerajaan sedia ada. Jangan lontar batu dari luar bagi membetulkan keadaan sudah tidak terpakai. Penyelesaian yang tepat ialah tukar dan bersama membina negara tercinta dengan idea dan kematangan." -Shahrir Samad
Barisan Nasional / Umno dan Pimpinan semakin meracau apabila Ahli Parlimen Johor Baharu Dato Shahrir Samad mengumumkan keluar parti yang sedang sakit itu dan menyertai PAS.
Bekas Menteri dan veteran Umno itu berbuat demikian bersama lebih 2,000 orang ahli.
Bagaimanapun ketika mengadakan sidang media untuk membuat pengumuman itu, berlaku kekacauan yang dipercayai digetuskan oleh ahli UMNO yang berhasrat menggagalkan sidang akhbar tersebut.
Empat orang cedera termasuk seorang wartawan. Mereka dikejarkan ke hospital. Ia kemudian disuraikan oleh polis.
Shahril berkata:
“Tiada jalan lagi memperjuangkan agenda negara di dalam kerajaan sedia ada. Jangan lontar batu dari luar bagi membetulkan keadaan sudah tidak terpakai. Penyelesaian yang tepat ialah tukar dan bersama membina negara tercinta dengan idea dan kematangan."
Difahamkan Pakatan Rakyat akan bermesyuarat Jumaat ini bagi membincangkan keperluan meletakkan Shahril Samad sebagai Menteri Besar Johor tidak kira parti mana yang menang terbanyak seandainya Barisan Nasional berjaya ditumbangkan di Johor pada PRU13 ini.
Ketika ditanya sama ada Shahril akan membuat road show bersama adiknya Khalid Samad, Shahril menjelaskan
"Selepas apa yang berlaku tadi (keganasan sidang media), saya berfikir Road Show akan bermula di luar Johor terlebih dahulu. Sebelum memberi tumpuan kepada Johor secara habis-habisan menjelang pengundian."
Beliau yang juga bekas Menteri berbuat demikian bersama-sama 2,000 orang pengikutnya. Shahrir adalah abang kepada Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad.
-PenangDaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan